Tuesday 21 February 2012

Orang yang ada harapan keluar dari Neraka


Orang yang ada harapan keluar dari Neraka

1.       Tiada keluar seseorang insan dari neraka melainkan dihatinya ada keyakinan bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan dihatinya ada kebaikan seberat biji benih.

2.       Tiada keluar seseorang insan dari neraka melainkan dihatinya ada keyakinan bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan dihatinya ada kebaikan sebesar habuk.

3.       Tiada keluar seseorang insan dari neraka melainkan dihatinya ada keyakinan bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan dihatinya ada kebaikan sebesar zarrah.

Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi



Kehebatan dan kebijaksanaan Mereka

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku perubatan, buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan mereka ini) bahawa kalau nak mendapat vitamin B dan jika nak menambah darah, kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya, Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut mereka atau nak ikut sunnah nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita kerana hati merupakan tempat di mana semua racun akan dikumpul dan dineutralkan. Justeru, kepekatan racun adalah sangat tinggi di hati ayam. Kita makan racun tersebut serta bengaplah otak kita sebab percaya buku sains keluaran mereka ini.

2. Kita diajar bahawasanya dalam ilmu sains, kopi merosakkan kesihatan. Namun sebenarnya, kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita, selain susu kambing dan madu. Cuba tengok, mereka minum kopi, Starbuck. Ada juga cybercafé. Profesor mereka di U K semua mengamalkan segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar jangan memakan kambing sebab tinggi kandungan kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan sangat tinggi kolesterolnya dan paling banyak mengandungi lemak tepu trans.

5. Mereka ini juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tidak berkhasiat, contohnya coca cola, coke dan maggi . Coke itu sangat beracun, & sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, pH asid dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6 . Agen dajjal ini juga mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab Amerika merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melembutkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu, soya juga dapat meningkatkan risiko barah payudara, barah ovari, barah prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn hormon estrogen wanita. Selain itu, soya ada asid fitik yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk badan kita terjejas.

Jangan Jual Ayat Allah


Ali Imran , 77 :Orang orang yang menjual janji Allah dan sumpah mereka dengan harga yang murah, di akhirat mereka tidak akan mendapat apa-apa. Tuhan tidak akan bercakap cakap dengan mereka. Tuhan tidak akan memandang merekap ada hari Kiamat dan tidak pula mensucikan dosa mereka. Untuk mereka itu siksaan yang pedih.

Dari Abu Hurairahr.a., katanya: Rasullullahs.a.w. bersabda: “Ada 3 golongan manusia yang tidak akan dilihat dan tidak akan disucikan Tuhan pada hari Kiamat, dan mereka itu akan memperoleh siksa yang hebat. Pertama, orang yang mempunyai kelebihan air tetapi tidak mau memberikannya kepada orang yang kehausan dalam perjalanan. Kedua, orang yang berjanji setia kepada Ketua tetapi hal itu dilakukannya hanya kerana kepentingan dunia. Kalau ketua memberikan keuntungan dunia kepadanya, dia gembira, jika tidak diberi, dia jadi marah.Ketiga, orang yang berjualan setelah ashar, seraya berkata, Demi Allah, tiada Tuhan selainnya. Barang barang saya ini telah ditawar orang sekian. Lalu kata-katanya itu dipercayai orang lain. 

Dari Abu Hurairahr.a., katanya: Rasullullahs.a.w. bersabda: “Ketika seorang lakilaki sedang dalam perjalanan, dia kehausan. Ia masuk ke dalam sumur yang curam, lalu minum disana. Kemudian ia keluar. Tiba tiba ditemuinya seekor anjing yang menjelir-jelirkan lidah sambil menjilat jilat tanah akibat kehausan. Orang itu berfikir anjing ini merasa kehausan seperti kehausan yang saya rasakan. Lalu dia turun kembali ke sumur itu, memenuhi sepatunya dengan air dan membawa keatas dengan menggigit sepatu itu. Terus diberinya anjing itu minum. Allah mengasihinya dan mengampuni dosanya. Para sahabat bertanya, Hai Rasullullah, kalau kami mengasihi binatang, apakah kami beroleh pahala?Rasullullahs.a.w. bersabda: “Setiap jiwa yang pengasih mendapat pahala,”


Senarai buku yang wajib anda baca sebelum anda dijemput Izrail


Senarai buku yang wajib anda baca sebelum anda dijemput Izrail

1.    Tafsir Quran Al-Karim 30 Juz – Prof. Dr. H. Mahmud Yunus 1957.
2.    Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid I II III & IV Al Imam Al Bukhary.
3.    Terjemahan Hadis Shahih Muslim Jilid I II III & IV Al Imam Muslim.
4.    Agenda Yahudi menakluk dunia. Rahsia di sebalik rahsia - Sabaruddin Hussein. RM17/-
5.    Konspirasi Yahudi Peperangan dan Penaklukan - Sabaruddin Hussein. RM16/-
6.    Rahsia simbol Yahudi. Membongkar rahsia simbol Freemason, Illuminati, Peace, Walt Disney, Nazi, Dollar…. Ibnuyaacob
7.    Fobia Yahudi dan Barat terhadap Islam – Haji Husseiny b Zambery.
8.    Travelog Misteri - Israel kuasai dunia – Mohd Nadzri Kamsin
9.    Gerakan Freemason sedunia. Falsafah Freemason yang telah didedahkan dan ditolak – Harun Yahya.
10. Al Syahid Hasan Al Banna – Pengasas Ikwan Muslimin – Zulkifli Mohamad Al Bakri dan Mohamad Faisal Fadzil
11. Gerakan Orientalisma & Kristianisasi Ancaman kepada Ummah – Hj Nik Azran Mohamed; Hj Mohd Mahadi Hj Isa.
12. Gerakan Freemasonry. Musuh dalam menghancurkan Islam – Hj Nik Azran Muhamed; Hj Mohd Mahadi Hj Isa.
13. Perang perang yang benar Badar Uhud Khandaq Khaibar – Novel Sejarah Islam Abdul Latip Talib.


Manusia dicipta untuk apa?


Manusia dicipta untuk apa?

Tahukah anda untuk apa manusia dicipta di dunia ini? 

1.   Menjadi khalifah di muka bumi.
2.   Menjadi pemimpin yang adil lagi saksama.
3.   Untuk dicobai tahap keimanan mereka masing-masingnya.
4.   Bumi sebagai gelanggang tempat persaksian terhadap apa sahaja amal kebaikan dan kejahatan semua manusia.
5.   Membaca Tafsir Al Quran.
6.   Mendalami maksud tersirat di sebalik Tafsir Al Quran.
7.   Mempelajari Tafsir Al Quran.
8.   Mengkaji Tafsir Al Quran.
9.   Mengamalkan apa yang diajar oleh Al Quran.
10.               Meneladani apa yang diajar oleh Al Quran.
11.               Mendapat Petunjuk dan Jalan yang lurus seperti jalan-jalan orang dahulu kala, iaitu jalan orang yang telah Allah beri nikmat kepada mereka, sedang mereka itu bukan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Dengan melakukannya akan aman tenteram dan mendapat rahmat segala jiwa dan hati.