Saturday 20 April 2013

Jins Shamsudin lupa SM Salim menangis


Jins Shamsudin lupa, SM Salim menangis

TATKALA umur sudah mencecah angka emas, ingatan adalah segala-galanya. Bukan wang ringgit yang mereka cari sebaliknya perhatian sebagai tanda ingatan.
Itu yang ketara kelihatan di wajah dua Tan Sri yang sudah menabur jasa dan keringat dalam dunia seni masing-masing. Tan Sri Jins Shamsudin ialah anak kelahiran Perak yang sebati dalam dunia lakonan.
Begitu juga dengan Tan Sri SM Salim yang sehingga kini menjadi penghibur jiwa dengan suaranya yang tersendiri. Kini mereka sedang meniti hari tua bersama keluarga dengan keadaan kesihatan yang seiring usia.
Jins hilang memori
Jins masih berdiri tegap manakala pakaiannya kemas melekat pada tubuhnya. Berkemeja dan berseluar panjang, lelaki yang berumur 78 tahun itu tersenyum tatkala disapa tetamu yang hadir ke rumah.
Dahulu, riuh rumah Jins dengan suaranya mengalu-alukan kedatangan tetamu namun kini hanya tetamu menyapa namanya. Tiada balasan selain senyuman dan jemputan masuk. Dia jelas sudah hilang memori terhadap nama-nama yang pernah rapat dengan dirinya.
Mewakili Yayasan 1 Malaysia, nama-nama besar seperti Datuk A. Rahman Hassan, Datuk DJ Dave, Datuk M. Daud Kilau, Nancie Foo dan Nash, mereka meluangkan waktu bertemu dengan seseorang yang sesuai digelar guru.
Mereka juga menjadi wakil bagi menghulurkan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada insan seni yang mereka hormati sejajar dengan penubuhan Yayasan itu sejak 11 November 2012.
Walaupun nama para tetamunya sudah luput daripada ingatan Jins, mereka tetap bergurau seperti biasa dan mendengar kata-kata yang hanya sekali sekala keluar daripada mulut aktor yang sinonim dengan watak ejen perisik Jefri Zain.
Selebihnya sang isteri, Puan Sri Halijah Abdullah, 54, kini menjadi suara Jins lantaran beliau diserang penyakit Alzheimer. Sekali sekala, anaknya, Hang Nadim menambah fakta sekiranya Jins yang terdiam, memandang dengan pandangan kosong.
"Dia tidak cam walaupun muka sendiri di kaca televisyen. Katanya nama orang yang di dalam televisyen itu lain dengan dirinya. Tempoh hari, Noorkumalasari datang pun dia tidak ingat sedangkan itu kegemaran dia," ujar Halijah tentang suaminya.
Disoal tentang tahap kesihatan Jins, Halijah tersenyum sambil memanjat syukur. Penghulu keluarga mereka itu sedang diuji Allah. Cuma sebulan sekali, Jins dibawa ke Temerloh, Pahang untuk urutan di bahagian tangan.
"Aktivitinya pagi-pagi kami akan berjalan di sekitar kawasan rumah selama 15 minit. Bawa naik bukit dan kena cahaya matahari pagi. Kemudian dia akan tengok televisyen atau berbaring. Jins juga gemar membaca surat khabar dan akan mengambil masa sejam untuk membaca semua berita. Sekali sekala Nadim akan bawa dia menonton wayang. Dia tonton tapi dalam pandangan yang kosong," tambah Halijah.
Kesibukan dan terlampau fokus kepada kerja menjadi penyumbang kepada kehilangan memori Jins kepada peristiwa silam. Yang diingati adalah zaman Jalan Ampas dan Finas, selebihnya memorinya terendam bersama waktu berlalu.
"P. Ramlee itu guru saya," tiba-tiba Jins bersuara sekali gus membuat semua memandangnya. Dia kemudian menyambung renungan entah ke mana.
Jins pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School pada tahun 1970-1972 dan menerima diploma dengan kelas pertama.
Pada tahun 1999, dia menerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada Universiti Sains Malaysia.
Pada 24 Mac 2010 pula, Jins menerima Ijazah doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena konvokesyen ke-23.
"Begitulah dia, cakapnya memang sedikit dan memang sejak azali begitu. Dia tidak mahu bercakap kalau bukan hal yang mustahak. Dia lebih gemar membaca. Dulu kalau diajak bercuti pun dia enggan. Saya bersyukur dengan kesihatannya. Melihat pada satu sudut, walaupun diserang Alzheimer tetapi sekurang-kurangnya kami sudah dapat dia kembali. Dulu selalunya dia tiada di rumah," senyum Halijah sebelum tetamu beredar langkah.
Mahu menyanyi
Sedikit berbeza dengan Jins, SM Salim menyambut tetamunya dengan air mata. Air mata SM Salim jatuh tatkala sampul surat berserta cek sampai di tangannya.
SM Salim tidak putus-putus mengucapkan terima kasih atas kunjungan rakan seperjuangannya tatkala dia kini berkerusi roda.
Tidak lama dia menyimpan emosi itu kerana tidak mahu semua yang hadir hanyut dalam tangisan. Dia tersenyum menyambung lawak jenaka. Ujar Datuk DJ Dave, SM Salim tidak pernah gagal membuat semua yang dekat dengan dirinya ketawa dan sikap itulah sebenarnya yang membuatkan penyanyi berusia 84 tahun itu terus sihat dan kelihatan segar.
"Saya ni sihat-sihat orang tua. Tangan dan kaki susah sedikit nak digerakkan. Jadi kalau mahu makan, kena pakai sudu," kata Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros yang mencipta tapak dalam dunia seni sebagai penyampai radio.
"Saya sangat berbesar hati dengan rombongan ini. Saya fikir orang tidak ingat dan saya tidak sangka akan dapat duit banyak. Ingatkan semua dah tak peduli," katanya yang terharu dengan rombongan Yayasan Artis 1 Malaysia yang hadir ke rumahnya di Sering Ukay, Ampang, Kuala Lumpur.
Didampingi nama-nama yang sama-sama berjuang atas nama seni, SM Salim sempat meluahkan rasa. Keinginannya untuk menyanyi semula disuarakan.
"Saya sebenarnya gian mahu menyanyi. Magisnya bila menyanyi sahaja keadaan saya terus jadi baik. Aktiviti saya sekarang kalau duduk sendiri, saya akan pasang balik lagu-lagu saya dan dengar di mana salah saya menyanyi dalam rakaman tersebut," luahnya yang ketara kedengaran rindu dengan dunia nyanyian pentas dan rakaman.
Sudah darah anak seni, segala yang terjadi dalam cabang dunianya menjadi perhatian dan tatapan. Dari atas kerusi roda, SM Salim menjadi pemerhati. Ujarnya penuh ikhlas akan kekhilafan yang dilakukan penyanyi sekarang yang jelas di matanya.
"Penyanyi sekarang banyak nyanyi tidak betul. Lirik tidak kena dan begitu juga suara. Kalaulah bukan kerana cetak rompak dulu, sekarang kita sudah kaya raya. Filem pun sama juga pergerakannya," luah hati seorang biduan yang sudah berangkai ratusan lagu-lagunya dalam rakaman.
"Saya kalau menyanyi sambil duduk, nyanyian saya bagus. Tetapi kalau berdiri tidak bagus," jujurnya yang ketara memang mahu menyanyi dan menghibur semula.
Sebelum tetamu berundur pulang, dia memberi hadiah istimewa walau sekejap cuma. Bait-bait lagu Pasir Roboh dinyanyikan seketika. Sesekali dia berhenti sebelum menyambung nyanyian. Jelas dia rindu, serindu pencinta suaranya.
Kita tidak sentiasa muda. Yang muda akan jadi tua. Yang tua sampai masa akan kembali kepada Allah. Justeru jangan lupa mencari Allah sebelum kita sakit atau uzur akibat dipanjat usia. Jangan hanya cinta dunia sahaja. Jangan juga cinta kepada harta dan wang ringgit semata mata. Jangan juga menipu manusia lain kerana pentingkan diri sendiri. Ingatlah akhirat adalah kampung yang sebenar benarnya dan sebaik baik tempat berehat!

MudahNya Wanita Mendapat Syurga


15 hb April 2013   04:09

MudahNya Wanita Mendapat Syurga

Maha Suci Engkau Allah yang telah menjadikan kejadianMu dengan berpasang pasang serta berkasih sayang. Sungguh Engkau MahaPenentu lagi MahaKuasa atas segala urusan. Engkau sejahterakan Rasul Engkau serta sahabat sahabat mereka.

Maha Suci Allah yang telah menciptakan Hawa daripada tulang rusuk lelaki.

Kaum Hawa adalah sebenarnya kaum yang amat mudah sekali untuk mendapat syurga berbanding kaum lelaki!! Wanita yang hendak mencari syurga cukup sekadar mendapatnya dari dalam rumah mereka sendiri saja! Untuk mencari syurga, bagi seorang wanita adalah tidak sesusah mana kaum lelaki mencari syurga… Sebaliknya, kaum lelaki perlu berhempas pulas melakukan banyak perkara sama ada di luar rumahnya dan juga di dalam rumahnya sekiranya ia berhajatkan syurga Allah!!! Sudah tentu perkara di  luar rumah amat banyak cabaran, ranjau dan rintangannya termasuk di rumah ibu bapanya, rumah mertuanya, rumah adik-beradik, tempat kerjanya dsbnya!!

Apabila wanita melayan suaminya dengan penuh kasih sayang, maka Allah dan malaikatnya turut akan kasih dan sayang kepada wanita tersebut! Ketahuilah bahawasanya Allah adalah lebih Pengasih daripada segala-gala yang penyayang!!! Oleh itu, sekiranya seorang ibu kasih kepada anaknya, sebenarnya Allah lebih Penyayang daripada sayang ibu tersebut kepada anak itu !!

Yang paling utama bagi wanita adalah tanggungjawab memberi serta melayani kehendak nafkah batin kepada suami agar suami terhindar dari mencari maksiat diluar rumah !!! Justeru, berdosa seorang wanita yang tidur berasingan dengan suaminya atau menolak apabila suami berhajat melakukan hubungan intim. Menurut suatu hadis, Allah dan malaikat akan mengutuk mana-mana wanita yang menolak kehendak suaminya melakukan hubungan intim sehingga ke terbit matahari sekiranya wanita itu tidak dalam keadaan datang bulan, sakit dsbnya! Ini kerana, suami yang mendapat nafkah batin secukupnya akan lebih kebal daripada tertarik untuk melakukan sebarang bentuk maksiat semasa sang suami bekerja di luar rumah!! Sang suami akan jadi lebih perkasa untuk menepis sebarang maksiat yang mengodanya di luar, lantaran di zaman sekarang, sudah banyak wanita walaupun bertudung tetapi memakai pakaian ketat seperti pembalut nangka sehinggakan menampakkan sosok buah dada serta alur bontot atau lain lain alur atau bentuk yang sepatutnya tidak boleh dipamerkan!

Itu belum termasuk massage center yang menampilkan wanita muda lagi seksi serta boleh dipilih sesuka hati yang premisnya telah tumbuh macam cendawan sekarang! Namun, segala tarikan maksiat ini tidak seharusnya pula dijadikan alasan bagi lelaki beriman melakukan maksiat di luar! Ikutilah contoh kisah Nabi Yusuf yang berjaya melawan godaan wanita cantik, Zulaikha pada zaman dahulu. Oleh yang demikian, kita menyeru wanita agar melayani suami anda dengan sebaik baiknya! Tanyalah kepada ustaz atau mereka yang arif mengenai agama! Jangan melayan lelaki lain di tempat kerja anda, dalam facebook, twitter, laman sembang dsbnya kerana mereka haram untuk anda berbuat sedemikian!! Sudah menjadi kebiasaan bahawasanya yang haram itu sedap dibuat oleh manusia kerana Iblis menghiaskan cantik dan sedap kepada manusia sebagaimana janji Iblis pada zaman Nabi Adam dahulu !!!

Justeru, sekiranya anda wanita, layanilah suami anda sebaik baiknya selagi suami anda tidak melakukan perkara perkara maksiat atau perkara perkara mungkar atau perkara perkara yang salah di sisi agama mahupun dari segi hukum syarak !! Sekiranya wanita mati semasa melahirkan maka dia dikira mati syahid, tetapi di zaman serba canggih dan moden ini, sudah jarang benar wanita yang mati semasa melahirkan bayi !!



Wanita mencari syurga di rumah

Apabila telah berkahwin, wanita tertakluk kepada arahan serta kehendak serta redha suaminya selagi sang suami tidak melakukan perkara maksiat atau mungkar di sisi agama! Contoh, seorang wanita tidak boleh mengikut cakap ibunya yang melarang dia daripada mengikuti suaminya! Ibu wanita tersebut pula tidak wajar melarang anak perempuannya daripada mengikuti suaminya ke mana sahaja suami tersebut di tempatkan bekerja selagi suami tersebut, beriman dan berada di jalan Allah yang benar lagi lurus!!! Untuk suami yang memiliki jalan yang lurus, dia bertanggungjawab menjaga walaupun ibu mertua dan walaupun bapa mertua sekiranya mertua itu sakit!!! Justeru tanggungjawab lelaki sebenarnya amat berat kerana terpaksa menjaga serta menanggung ramai orang, sedangkan wanita tertakhluk menjaga dalam isi rumahnya sahaja !!!!!!!

Sebenarnya, untuk seorang wanita melangkahkan kakinya keluar dari rumah adalah memerlukan izin daripada suami, apatah lagi sekiranya wanita itu hendak pergi ke supermarket atau hendak pergi ke tempat kerja! Jadi sudahkah anda mendapat izin dari suami anda atau anda telah mengetahui suami anda redha dengan pergerakan atau perbuatan anda? Sekiranya suami tidak mengizinkan anda bekerja, hasilan serta perbuatan dari kerja wanita itu akan menjadi haram hukumnya di sisi agama Islam !!!

Untuk berpuasa sunat, atau menggantikan puasa di luar bulan Ramadhan, seorang wanita perlu meminta izin daripada suaminya terlebih dahulu. Ini disebabkan wanita tertakhluk kepada melayani kehendak batin suaminya! Justeru, pastikan suami anda membenarkan sebelum anda berpuasa sunat atau menggantikan puasa anda di hari tertentu! Beritahu suami anda ingin menggantikan puasa di sekian sekian hari dan barulah anda sebagai wanita boleh berpuasa. Tidak salah sekiranya anda merayu kepada suami anda untuk mendapatkan hari berpuasa anda kerana sifat semulajadi lelaki memang selalunya mereka suka kepada wanita yang memujuk-rayu, bermanja dengan suaminya dan sesuai dengan sifat wanita yang lemah lembut dan lelaki pula pelindung, biasanya suami tiada masalah untuk membenarkan isteri menggantikan puasanya pada hari tertentu!!

Tempat sembahyang yang sebenarnya afdal bagi seorang wanita adalah di dalam rumah tempat wanita tersebut tinggal dengan suaminya. Tempat sembahyang paling afdal dan berkat bagi wanita adalah sebenarnya di dalam bilik tidur tempat wanita tersebut tidur dengan suaminya setiap malam !! Justeru, tidak perlulah seorang wanita itu sangat rajin pergi ke masjid sekiranya ia telah bersuami, kecualilah atas kehendak suami yang mahukan anda mendengar ceramah agama di masjid masjid berdekatan anda !!

Terdapat suatu hadis yang mengatakan sekiranya seorang wanita itu tidak mendapat keredaan suaminya tentang apa yang wanita itu lakukan, maka Allah dan malaikatnya akan mengharamkan bau syurga kepada wanita tersebut. Ini jelas diberitakan melalui hadis Nabi yang berpesan kepada anaknya Fatimah yang berbunyi, “Sekiranya suami engkau tidak redha kepadamu maka engkau juga ya Fatimah tidak akan mendapat keredaanku (CMP 4:42am).” Jadi di sini jelas ketegasan Baginda Rasullulah yang bertujuan mendidik anaknya dan juga manusia perempuan agar sentiasa mendapatkan keredhaan suami sebelum seseorang wanita melaksanakan apa jua perkara yang mereka hendak lakukan !! Malangnya, pada zaman serba moden, teknologi dan gajet canggih, manakala kerjaya wanita berijazah jauh lebih besar, penting atau berpengaruh berbanding daripada suaminya, hadis Nabi ini menjadi tidak penting lalu dicampakkan ke pinggir belukar sahaja!! Lebih malang lagi apabila suami yang bertukar menjadi suri rumah, memasak, mengemas, menjaga anak, membasuh serta mensterika baju dsbnya !! Ada suami yang dijerit jerit, dibentak bentak dan dihempaskan meja atau kerusi!!! Apa nak jadi pada wanita Islam zaman sekarang justeru keegoan wanita serta sikap wanita tidak mahu mengalah atau meminta maaf daripada suami lantaran status suami yang rendah atau sama taraf atau cuma tinggi sedikit dari mereka? Sedikit sebanyak, agen zionis telah berjaya meruntuhkan apa yang telah disepakatkan atau diputuskan oleh hehendak, ajaran dan sunah Islam semenjak daripada zaman Rasullullah dan Khalifah Islam pada zaman dahulu !!

Sekiranya anda wanita dan berhajat mengumpulkan mata terkumpul bagi mendapat syurga Allah, maka jangan tangguhkan dari melakukan  perkara perkara seperti berikut:
1.   Tinggallah dengan suami anda.
2.   Tidurlah dengan suami anda.
3.   Jangan sakiti hati suami anda.
4.   Berikan sokongan terhadap idea atau pendapat suami. Sekiranya ideanya salah atau merugikan, nasihatkan suami anda dengan berhemah serta lemah lembut kerana biasanya lelaki akan kalah dengan lemah lembut wanita!
5.   Layani kehendak batin suami anda secukupnya. Tanya apa sebenarnya yang dimahukannya selagi tidak menyalahi hukum Islam dan syarak!!
6.   Layani suami anda dengan sebaiknya ketika suami sakit kronik seperti kanser, dialysis, lumpuh dsbnya. Jangan meminta cerai daripada suami lebih-lebih lagi ketika suami sakit kronik seperti diatas! Benar juga bagi kaum lelaki, jangan menceraikan isteri anda ketika isteri sakit kronik kerana pasangan adalah anugerah dan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada anda! Sekiranya anda di jalan yang lurus, maka jangan ceraikan mereka sebaliknya jagalah dan layanilah mereka dengan sebaik-baiknya agar anda akan ditempatkan di kalangan orang orang yang soleh, beriman dan sabar serta berjaya dan tinggi pula kedudukan atau darjatnya di sisi Allah malaikat serta ambiyaknya! Atau pun … anda memilih hanya untuk mendapat kemurkaan Allah, para malaikat serta ambiyaknya !
7.   Minta izin dari suami apabila hendak keluar rumah.
8.   Menutup aurat.
9.   Menyimpan rahsia serta kelemahan suami anda.
10.               Tidak mengaibkan suami anda.
11.               Jangan membentak atau berkasar dengan suami anda. Cakaplah dengan lemah lembut dengan suami anda.
12.               Apabila suami anda bertanya dengan sepuluh perkataaan, anda jawablah dengan beberapa banyak perkataan yang sewajarnya. Senyumlah kepada suami anda. Jangan menjawab dengan sepatah perkataan atau setakat menjuihkan bibir sahaja sehingga menyakiti hati suami!
13.               Anda sebagai wanita boleh melakukan perkara perkara berikut bagi mendapat keredaan suami anda serta mendapat keredaan Allah iaitu:
a.   Senyum kepada suami apabila suami anda pulang dari bekerja.
b.   Membukakan stokin suami anda.
c.   Membukakan kipas atau membawakan bantal ketika suami anda berbaring di lantai.
d.   Memberikan kain pelikat atau tauala untuk suami anda mandi.
e.   Menyediakan mandian air suam dari bunga bungaan atau herba alam semulajdi untuk suami anda mandi.
f.     Mengemaskan rumah serta tempat tidur.
g.   Menghidangkan makanan kepada anda.
h.   Membancuhkan minuman untuk suami anda.
i.     Memanggil suami makan atau minum bersama anda.
j.     Makan bersama suami anda. Memanggil semua anak anak makan bersama suami anda.
k.    Menggalakkan serta mengingatkan anak anak anda supaya sentiasa menghormati suami anda.
l.     Akur mengikut ke mana sahaja tempat suami anda bertukar tempat kerja selagi tempat yang suami pergi itu selamat untuk anda dan bukan tempat maksiat atau tempat mungkar!!

Terdapat juga hadis lain mengatakan semasa peristiwa Israk Mikraj, penghuni neraka adalah kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita. Dalam hadis yang lain ada pendapat ulama mengatakan bahawasanya sekiranya seseorang wanita itu tahu, bahawasanya syurga wanita terletak dibawah tapak kaki suaminya, selagi suami itu suci, maka wanita itu akan takut untuk meminta cerai daripada suami tanpa alasan yang munasabah. Sekiranya seseorang wanita itu sedar, bahawasanya syurganya terletak dibawah tapak kaki suaminya, wanita itu tidak berbelah bagi mencium tapak kaki suaminya. Malangnya, tidak ramai wanita yang tahu atau sedar akan hakikat ini! Kebanyakkan mereka akan mengetahui atau menyedarinya apabila mereka telah mati di mana penyesalan sudah tiada gunanya lagi !!


Justeru, sekiranya pasangan anda menghidap sebarang bentuk sakit kronik, tak kira sama ada anda insan lelaki atau wanita, jangan tinggalkan dia, sebaliknya jagalah dia dengan sebaik baiknya dan dengan sepenuh hati kerana pasangan anda itu adalah anugerah serta amanah Allah kepada anda!  Serupa juga dengan ibu bapa, jangan hantar ibu bapa anda ke rumah orang tua kerana anda sudah jemu menjaga mereka. Ingatlah, tanpa mereka anda tiada! Tanpa mereka, anda bukanlah seperti mana anda pada hari ini! Anda tidak akan dapat membalas jasa ibu bapa, walaupun sebaik mana kebaikan anda telah usaha lakukan terhadap mereka!!!

Justeru, berhiaslah, berwangilah untuk suami anda bukan untuk lelaki lain di tempat kerja !

Lagu kat bawah ini sesuai sekali kalau dinyanyikan oleh Dato SM Salim…. Sesiapa boleh ambilnya dan jangan risau atau khuatir fasal hakmiliknya asal saja ia boleh mengajar manusia menjadi manusia baik !!!

Cinta dahulu, cinta mulia,
Cangkul dan tanah memisahkannya!

Cinta sekarang, cinta murahan,
Cerai terajang, jadi amalan!

Banyak isteri pelajaran tinggi,
Semua Universiti mereka dah pergi,
Oleh itu, isteri ranggi,
Banyak isteri, bentak suami,
Dosa dan Nusyuz ditolak tepi.
Hukum agama, dicampak pergi!

Tertipu dengan ego sendiri,
Suami baik tak diperduli,
Silap sedikit, dicemuh dicaci
Mohon maaf, jauh sekali,
Akhirat nanti, isteri yang rugi,








Dosa laman sosial


Dosa laman sosial

Kuala Lumpur: Seorang suri rumah berusia 27 tahun ibarat berada di neraka dunia apabila dia terpaksa menahan kesakitan akibat ditampar, disepak selain dipukul dengan kayu oleh suaminya selama tiga hari dalam kejadian di rumah mereka di Kepong, di sini. Detik hitam itu mula menimpa suri rumah terbabit kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu apabila suaminya berusia awal 30-an mengamuk selepas berang melihat mangsa terlalu asyik bersembang di laman sosial. Tambah memeritkan, sepanjang dipukul suaminya dalam tempoh tiga hari itu, mangsa hanya dibenarkan meneguk air.
Penderitaan suri rumah itu bagaimanapun berakhir apabila dia dapat melarikan diri daripada cengkaman suaminya jam 10 pagi kelmarin ketika dibawa membeli barang keperluan di kedai berhampiran rumah mereka sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini. Menurut sumber, selain berang dengan sikap isterinya terlalu asyik bersembang di laman sosial, lelaki terbabit juga dipercayai cemburu dengan perbuatan wanita berkenaan.

Pssst :::
Itulah surirumah sekarang akibat mengabaikan tanggungjawab kepada suami itulah jadinya !! Itu jugalah lelaki sekarang yang suka ikut iblis bukan suka ikut akal fikiran !!!

Dallas Wiens temu jodoh



Austin (Texas): Lelaki yang menjalani pembedahan pemindahan wajah penuh melangsungkan perkahwinan dengan seorang mangsa kebakaran semalam di gereja yang menjadi lokasi dia mengalami kecederaan ngeri lima tahun lalu.
Wajah Dallas Wiens cacat sehingga tidak boleh dikenali langsung apabila dia tersentuh kabel bervoltan tinggi ketika dia bekerja di gereja berkenaan pada 2008.
Wiens, 27, menjalani puluhan pembedahan bagi membentuk semula wajahnya.
Isterinya, Jamie Nash, 29, nyaris terbunuh dalam kemalangan kereta pada 2010 apabila kenderaan berkenaan terbakar ketika dia terperangkap di dalamnya.
Kemalangan itu menyebabkan Jamie mengalami kesan lecur teruk pada tangan, belakang dan kaki. Mereka bertemu ketika menghadiri sesi kaunseling bersama kumpulan sokongan di sebuah hospital di Dallas sebelum akhirnya berkahwin semalam. Kata Wiens, dia berasa sangat bertuah kerana dipilih Jamie sebagai suami dan berjanji menyayangi wanita terbabit sepenuh hati. Beratus-ratus orang bersesak-sesak dalam Gereja Ridglea untuk menyaksikan Wiens dan Jamie disahkan sebagai pasangan suami isteri.
Antara mereka ialah doktor dan jururawat yang pernah merawat pasangan berkenaan. Dallas - dari Fort Worth di Texas - sedang mengecat gereja itu sambil berdiri pada tempat tinggi apabila kepalanya tersentuh kabel.
Renjatan elektrik menyebabkan dia cedera parah dan mukanya seolah-olah cair. Tiga tahun kemudian, bapa kepada seorang anak itu menjadi individu pertama di Amerika Syarikat menjalani pemindahan muka penuh. Wiens menerima hidung, bibir, kulit, otot dan saraf baru daripada penderma tidak dikenali dan menjalani hampir 40 pembedahan. Jamie pula - berasal dari Garland, Texas - mengalami lecur 70 peratus daripada badannya.
Ibu kepada seorang anak itu kini aktif memberi syarahan mengenai bahaya menggunakan mesej pesanan ringkas telefon bimbit ketika memandu. –
The Sun

AMALKANLAH


AMALKANLAH!

1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :


“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :



 “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.