Dosa laman sosial
Kuala Lumpur: Seorang suri rumah berusia 27 tahun ibarat berada di neraka
dunia apabila dia terpaksa menahan kesakitan akibat ditampar, disepak selain
dipukul dengan kayu oleh suaminya selama tiga hari dalam kejadian di rumah
mereka di Kepong, di sini. Detik hitam itu mula menimpa suri rumah terbabit
kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu apabila suaminya berusia awal 30-an mengamuk
selepas berang melihat mangsa terlalu asyik bersembang di laman sosial. Tambah
memeritkan, sepanjang dipukul suaminya dalam tempoh tiga hari itu, mangsa hanya
dibenarkan meneguk air.
Penderitaan suri rumah itu bagaimanapun berakhir apabila dia dapat
melarikan diri daripada cengkaman suaminya jam 10 pagi kelmarin ketika dibawa
membeli barang keperluan di kedai berhampiran rumah mereka sebelum tampil
membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini. Menurut sumber, selain berang
dengan sikap isterinya terlalu asyik bersembang di laman sosial, lelaki
terbabit juga dipercayai cemburu dengan perbuatan wanita berkenaan.
Pssst
:::
Itulah surirumah sekarang
akibat mengabaikan tanggungjawab kepada suami itulah jadinya !! Itu jugalah
lelaki sekarang yang suka ikut iblis bukan suka ikut akal fikiran !!!
No comments:
Post a Comment