Friday, 28 December 2012

Filem filem memburukkan Islam


Filem filem memburukkan Islam

Sekarang macam2 filem dah ujud bertujuan memburukkan Islam .... Tetapi umat Islam masih leka dan khayal dengan facebook, twitter, You Tube, hiburan , mengejar dunia semata mata dsbnya ....

Antara contohnya adalah :

1.   Filem Taken 2.

2.   Innocents of Muslim.

Tubuh Kita adalah Mesin yang Menakjubkan



Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Diantara sifat orang beriman adalah ketika mendapat berbagai kenikmatan, dia bersyukur kepada Dzat yang telah memberikan nikmat tersebut yaitu Alloh Subhaanahu wa Ta’ala. Dia ucapkan: “Alhamdulillaah, segala puji bagi Alloh” dan ucapan yang sejenisnya. Memang arti syukur sendiri adalah memuji kepada Dzat yang telah memberikan berbagai kenikmatan dan kebaikan.

 

Di dalam Ash-Shahiihain dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: Bahwasanya beliau berdiri shalat malam sampai kedua telapak kakinya bengkak-bengkak, maka dikatakan kepada beliau: Mengapa engkau melakukan ini dalam keadaan Alloh telah mengampuni seluruh dosa-dosamu yang dahulu maupun yang akan datang? Maka beliau menjawab: “Apakah aku tidak boleh untuk menjadi orang yang bersyukur?”

 

Saat ini, manusia selalu memimpikan untuk memiliki kekuatan luar biasa. tetapi sedikit yang kita tahu bahwa tubuh kita sendiri adalah sebuah mesin yang luar biasa dan dapat melakukan pekerjaan yang menakjubkan..

 

OTAK

Anda yang terdiri 80% air, memiliki 100.000.000.000 sel saraf yang mengirimkan sinyal dengan kecepatan 274 km per jam. menciptakan lebih banyak impuls listrik dari pada satu hari dari semua telepon di seluruh dunia yang di kumpulkan. Kekuatan pemrosesan otak Anda seperti komputer pentium 168.000mhz, yang merupakan perbandingan kasar karena otak Anda tidak digunakan secara kompleks. 20% dari oksigen yang Anda hirup masuk ke otak. Subhanallah

 

MATA

mata Anda bisa membedakan 500 tingkatan warna abu-abu, dan ukuran mereka selalu sama sejak lahir, sebuahmata manusia berkedip rata-rata 6.205.000 per tahun (berkedip benar-benar membersihkan bola mata kita) cara mata kita melihat, di tiru oleh pembuat kamera.

 

HIDUNG

hidung anda membau “stereo” aroma sinyal dari setiap perjalanan nosetril ke berbagai bagian otak yang membantu Anda untuk menentukan dari mana bau berasal.

 

MULUT

manusia rata-rata memproduksi 28.000 liter air liur dalam seumur hidup, yang cukup untuk mengisi 2 kolam renang. klo ukuran 1 kolam renang internasional FINA

Length :50 m (164 ft)

Width :25 m (82 ft)

Depth :2.0 m (6 ft 7 in) minimum

Volume :2,500 m3

 

JANTUNG

jantung Anda berdetak 40.000.000 kali setahun mengepam 48.000.000 galon darah dalam waktu hidup rata-rata, namun hanya berbobot kurang dari 0,45 kg. jantung memiliki kekuatan yang cukup untuk menyemprotkan darah sejauh sembilan meter. dalam satu jam, jantung Anda bekerja cukup keras untuk menghasilkan energi setara untuk meningkatkan hampir satu ton bobot 0,9 meter dari tanah.

 

KULIT

dalam 2,5 sentimeter persegi kulit di sana terletak 3,6 meter dari serat saraf, 1.300 sel-sel saraf, 100 kelenjar keringat, tiga juta sel, dan 2,7 meter pembuluh darah. Kulit adalah organ terbesar dalam manusia dengan permukaan adalah sebesar 2,25 meter persegi.

 

TULANG

Adamantium adalah salah satu logam terkuat di dunia, tetapi substansi yang paling kuat dalam tubuh kita adalah email dan tulang paha kita lebih kuat dari beton dan ini memiliki ruang kosong di dalam nya! Sebuah balok tulang ukuran kotak dapat menahan bobot sembilan ton . rata-rata orang dewasa memiliki 206 tulang dalam tubuh mereka.

 

ORGAN DALAM

Tubuh Anda adalah toko farmasi yang mengandung belerang yg cukup untuk membunuh semua kutu pada anjing rata-rata, karbon yg cukup membuat 900 pensil, pottassium yg cukup untuk membuat meriam api mainan, lemak untuk membuat tujuh batang sabun, phosporus untuk membuat 2,200 match heads, besi yang cukup untuk menciptakan paku tiga inci dan air untuk mengisi tangki 40 liter. asam lambung pencernaan yg cukup kuat untuk melarutkan seng.

 

DARAH

seberapa jauh kau bisa berjalan?darah juga memiliki perjalanan jarak yang sangat panjang, sekitar 96.000 km dalam waktu hidup rata-rata, yang cukup untuk pergi ke seluruh dunia dua kali..

 

TIDUR

bahkan ketika Anda sedang tidur Anda melakukan hal-hal yang menakjubkan. satu dari delapan orang mendengkur dan satu dari sepuluh menggesekan gigi nya.

 

BERSIN

bersin pun membersih kan virus” yg mengganggu tubuh anda..

bahkan di saat anda bersin semua organ tubuh anda berhenti bekerja, termasuk JANTUNG. Subhaanallah, seorang muslim tidak boleh sekejap pun untuk melupakan syukur kepada Alloh. Mengapa? Tidakkah kita sadari betapa banyak nikmat yang telah Alloh berikan kepada kita dalam keadaan kita sering terjatuh kepada kemaksiatan akan tetapi Alloh tutupi aib-aib kita. Untuk itu bersegeralah kembali dan taubat kepada-Nya serta kita minta kepada-Nya agar menjadikan kita sebagai orang-orang yang pandai bersyukur. AAmiin.

_forum.viva.co.id/iptek

 

Dunia berakhir Esok 21 12 2012


Dunia berakhir Esok (21 12 2012)?

 

Kaum Maya tak peduli ramalan

 

Oleh Muhd Izawan Baharin Artikel ini disiarkan pada : 20  . 12 . 2012

 

ADAKAH masyarakat semakin kalut kononnya dunia bakal berakhir esok iaitu 21 Disember 2012. Ahli falsafah Perancis, Michel de Nostredame atau lebih dikenali sebagai Nostradamus yang hidup pada abad ke-16 meramal kononnya sebuah planet akan melanggar bumi sehingga menyebabkan kemusnahan, namun teori paling popular ialah pada 21.12.2012 menandakan berakhirnya kalendar 5,125 tahun Maya, sekali gus ditafsirkan sebagai pengakhiran dunia.


Mengikut tafsiran kalendar itu, apabila berakhirnya waktu subuh Jumaat, mengikut kalendar Maya, ia menandakan akhir bak’tun 13 iaitu zaman selama kira-kira 400 tahun dan permulaan bak’tun 14. Disebabkan tafsiran itu, kekalutan demi kekalutan berlaku di seluruh dunia akibat percayakan mitos ini, di China, seorang petani membina tujuh bola gergasi yang didakwanya mampu menyelamatkan dia apabila dunia musnah. Agensi berita Xinhua melaporkan, pihak berkuasa China turut menahan berpuluh-puluh orang, sesetengahnya anggota kumpulan kultus dalam operasi besar-besaran bagi mematahkan khabar angin mengenai kedatangan kiamat.


Reuters pada 17 Disember lalu juga melaporkan histeria berlaku di penjara Russia manakala mereka yang percayakan kewujudan makhluk asing berkumpul di perkampungan di pergunungan Perancis mengharapkan bantuan dari angkasa lepas. Penulis di Melbourne, Australia, Robert Bast turut menulis sebuah buku yang dipanggil ‘Survive 2012’ bagaimana untuk berhadapan dengan malapetaka yang mungkin berlaku kerana dia percaya masyarakat Maya sudah lama menghantar amaran awal.


Ramalan mengenai kiamat sudah lama berlegar di alam maya dengan pelbagai tarikh diberikan kononnya bersandarkan ramalan dan kiraan saintifik. Metro Ahad pada 2006 pernah melaporkan terdapat e-mel berantai disebarkan kononnya dunia akan kiamat pada 1 Februari 2019 akibat bumi dilanggar asteroid dikenali sebagai 2002 NT7.

Bagaimanapun kiraan kalendar Maya lebih popular sehingga Hollywood mengambil kesempatan menerbitkan filem mengenai kemusnahan dunia pada 2009.


Malah, tarikh kiamat itu dijadikan modal iklan serta program berbentuk realiti televisyen seperti ‘Doomsday Preppers’ untuk menarik perhatian umum. Persoalannya kenapa masyarakat yang majoritinya mengikut kalendar Gregorian secara tiba-tiba menjadi taksub kepada kalendar Maya yang tidak ramai memahami perkiraannya malah tamadun itu pun sudah lama runtuh.


Associated Press baru-baru ini melaporkan di tengah-tengah kegilaan dunia kononnya bersedia mendepani 21 Disember 2012, masyarakat keturunan Maya di semenanjung Yucatan, Mexico langsung tidak peduli dengan ramalan nenek moyang mereka. Masyarakat itu meneruskan kehidupan seharian mereka, membawa motosikal roda tiga yang sarat dengan ahli keluarga dan makanan haiwan. Mereka berjenaka, menari atau berbual di kaki lima pada waktu malam.


“Saya tidak tahu jika dunia akan berakhir,” kata Liborio Yeh Kinil, 62, sambil duduk di kerusi di luar kedai runcit kecil di dataran berumput tengah bandar Uh-Mei di Quintana Roo. “Ingat 2006 dan ‘6-6-6’ (Jun 6, 2006). Ramai orang fikir ada sesuatu yang akan berlaku tetapi tiada apa yang berlaku. Kenapa panik? Jika ada sesuatu akan berlaku, ia tetap berlaku,” katanya. Panik, bimbang dan bingung mengenai kesahihan khabar angin ini juga menjalar sehingga ke kawasan kampung di negara ini. Kecoh di kedai kopi apabila ada yang membincangkan soal ini walaupun si kecoh itu hanya mendapat maklumat ‘separuh masak’ daripada Internet atau membaca di media massa.


Ada juga yang mengatakan kedudukan planet di dalam sistem suria akan menjadi sejajar esok menyebabkan bumi mengalami gerhana sekali gus perubahan cuaca berlaku secara drastik. Dari sudut psikologi, Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Hussain Habil berkata, ketaksuban itu terjadi disebabkan wujudnya individu yang takutkan kematian tetapi pada masa sama mahu melihat kemusnahan dan kematian orang lain. “Ia semakin menjadi-jadi apabila wujud elemen sensasi dan komersial iaitu ada pihak menjadikan ia modal keuntungan umpamanya menggunakan media untuk menerbitkan rancangan kiamat sehingga mempengaruhi individu tertentu,” katanya.


Menurutnya, soal kemusnahan dunia ada dalam semua kepercayaan dan orang tercari-cari atau tertanya-tanya bila akan berlakunya hari itu. Secara tiba-tiba kalendar Maya didakwa menyebutkan tarikh 21 Disember 2012. “Percampuran elemen kepercayaan dan material apabila dikomersialkan menyebabkan orang takut tetapi teruja serta mahu menyaksikannya. Sebab itu ada pihak sanggup menyimpan stok makanan atau mencipta tempat perlindungan kononnya boleh menyelamatkan mereka.


“Hendak tahu apa yang berlaku kita kena tunggulah tarikh itu tetapi dalam Islam sudah dinyatakan tanda-tanda kecil dan besar mengenai kiamat, ia pasti berlaku cuma Allah saja yang tahu bila.


“Sebagai orang Islam, kita kena berhati-hati dengan perkara sebegini kerana ia boleh menyebabkan akidah kita menyimpang jika berpegang kepada andaian sebegini,” katanya. Ketakutan pada andaian dunia kiamat esok sebenarnya boleh memberi pelbagai kesan buruk lain kerana tidak mustahil ada individu yang memikirkan dia gagal mencari perlindungan memilih untuk membunuh diri. Dalam Islam, kiamat pasti berlaku, tidak perlu memikirkan bila ia akan berlaku kerana perkara paling penting ialah bekalan di alam seterusnya.


Meminjam kembali kata-kata Liborio: “Jika ada sesuatu akan berlaku, ia tetap berlaku.” Penulis wartawan Harian Metro

 

sumpah ariel sharon


 


 

“Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin.
Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin. (* Ariel Sharon kini masih koma dan tidak sedarkan diri sejak diserang angin ahmar pada 4 Januari 2006. Dia adalah bekas Perdana Menteri Israel)


Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel. “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim). Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa. Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat pertama itu.

Bantuan boleh kita berikan dengan doa yang khusyuk kepada ALLAH, meminta kepada-NYA agar saudara kita diberi kekuatan hati dan sentiasa dalam lindungan-NYA; memberi sumbangan berupa wang dan sokongan moral serta sumbangan lain yang mereka perlukan. Mari kita kikis sifat acuh kita agar peduli kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ketika ini, kita mungkin asyik duduk di ruang berhawa dingin, menonton rancangan TV kegemaran dan bergurau senda dengan keluarga.


Sementara di Gaza, mereka berteduh di rumah bocor atap dan dindingnya; meratap di katil hospital menanggung sakit, berjaga-jaga menunggu serangan Israel yang entah bila benar-benar berakhir.


Menyumbanglah. Hulurkanlah derma menerusi Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian, ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988. Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain 03-51013820. Sebelum ini, sumbangan pertama daripada Yayasan Nur Karangkraf RM50,000 diserahkan kepada Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut bagi membeli ubat-ubatan untuk dihantar ke Gaza. Sumber: Mynewshub.my

 

 

 

 

10 PERKARA TENTANG ISRAEL YANG KITA TIDAK TAHU



1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya. Kadar pengguna rokok di sana semakin menurun dari masa ke semasa.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Namun ilmu itu hanya untuk orang luar kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel dibuka pada tahun 1993 (lewat berbanding negara-negara lain). Mereka telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan kafein yang berbahaya.

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk, lemah dan sukar untuk memahami pelajaran di sekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya. Gambar-gambar penggalian boleh di dapati di sini.

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri dan antisipasi.

8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan di masa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.

Source : bloglistmalaysia.blogspot

Wednesday, 3 October 2012

Bidadari syurga


Bidadari  syurga

"Demikianlah, dan Kami berikan kepada mereka bidadari." (QS. Ad-Dhukhan: 54)

مُتَّكِئِينَ عَلَى سُرُرٍ مَصْفُوفَةٍ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ (٢٠)

"Mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (QS. At-Thur: 20)

حُورٌ مَقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ (٧٢)

"(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah." (QS. Ar-Rahman: 72)

فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ (٧٠)

"Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (QS. Ar-Rahman: 70)

إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً (٣٥)فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا (٣٦)عُرُبًا أَتْرَابًا (٣٧)

"Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung.[1] Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya." (QS. Al-Waqi'ah: 35-37)

Ibnu Abid Dunya meriwayatkan dari Abul Hawari, dia berkata: Bidadari itu diciptakan langsung (kun fayakun). Apabila telah sempurna peciptaan mereka maka dipasanglah kemah-kemah atas mereka. Oleh karena itu Ibnul Qayyim berkata bahwa kemah-kemah ini bukanlah ghuraf (kamar-kamar) atau qushur (istana-istana), melainkan ia adalah tenda di taman-taman dan di atas sungai-sungai.

Nabi Sholallohu 'alaihi wa sallam bersabda:

1. Hadits Abu Sa’id al-Khudri Rodiallohu 'anhu :

« إِنَّ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً رَجُلٌ صَرَفَ اللّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ قِبَلَ الْجَنَّةِ وَمَثَّلَ لَهُ شَجَرَةً ذَاتَ ظِلٍّ فَقَالَ: أَيْ رَبِّ قَرِّبْنِي مِنْ هذِهِ الشَّجَرَةِ أَكُونُ فِي ظِلِّهَا ». فَذَكَرَ الْحَدِيْثَ فِيْ دُخُوْلِهِ الْجَنَّةَ وَتًمًنٍّيْهِ إِلىَ أَنْ قَالَ فِيْ آخِرِهِ.

“Sesungguhnya ahli surga yang paling rendah tingkatannya adalah seseorang yang Allah palingkan wajahnya dari neraka kearah surga, dan ditampakkan padanya satu pohon surga yang rindang. Lalu orang itu berkata: Ya Allah dekatkanlah aku ke pohon itu agar aku bisa berteduh di bawahnya.” Lalu Nabi Sholallohu 'alaihi wa sallam terus menyebutkan angan-angan orang itu hingga akhirnya beliau bersabda:

« إِذَا انْقَطَعَتْ بِهِ الأَمَانِيُّ قَالَ اللّهُ: هُوَ لَكَ وَعَشْرَةُ أَمْثَالِهِ. قالَ: ثُمَّ يَدْخُلُ بَيْتَهُ فَتَدْخُلُ عَلَيْهِ زَوْجَتَاهُ مِنَ الحُورِ الْعِينِ فَيَقُولاَنِ : الْحَمْدُ للّهِ الَّذِي أَحْيَاكَ لَنَا وَأَحْيَانَا لَكَ. قَالَ: فَيَقُولُ: مَا أُعْطِيَ أَحَدٌ مِثْلَ مَا أُعْطِيتُ ».

“Apabila telah habis angan-angannya maka Allah berfirman kepadanya: “Dia itu milikmu dan ditambah lagi sepuluh kali lipatnya.” Nabi bersabda: “Kemudian ia masuk rumahnya dan masuklah menemuinya dua biadadari surga, lalu keduanya berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanmu untuk kami dan yang menghidupkan kami untukmu. Lalu laki-laki itu berkata: “Tidak ada seorangpun yang dianugerahi seperti yang dianugerahkan kepadaku.” (HR. Muslim: 417)

2. Hadits Anas Rodiallohu 'anhu :

« إِنَّ الْحُورَ الْعِينَ لَتُغَنينَ فِي الْجَنَّةِ يَقُلْنَ: نَحْنُ الْحُورُ الْحِسَانِ خُبئْنَا لأَزْوَاجٍ كِرَامٍ »

“Sesungguhnya bidadari nanti akan bernyanyi di surga: Kami para bidadari cantik disembunyikan khusus untuk suami-suami yang mulia.” (Shahih al-Jami’: 1602)

3. Hadits Abu Hurairah Rodiallohu 'anhu :

« إِنَّ أَوَّلَ زُمْرَةٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ. وَالَّذِينَ يَلُونَهُمْ عَلَى أَشَدِّ كَوْكَبٍ دُرِّيَ، فِي السَّمَاءِ، إِضَاءةً. لاَ يَبُولُونَ، وَلاَ يَتَغَوَّطُونَ وَلاَ يَمْتَخِطُونَ وَلاَ يَتْفِلُونَ. أَمْشَاطُهُمُ الذَّهَبُ. وَرَشْحُهُمُ الْمِسْكُ. وَمَجَامِرُهُمُ الألُوَّةُ. وَأَزْوَاجُهُمُ الْحُورُ الْعِينُ. أَخْلاَقُهُمْ عَلَى خُلُقِ رَجُلٍ وَاحِدٍ. عَلَى صُورَةِ أَبِيهِمْ آدَمَ. سِتُّونَ ذِرَاعاً، فِي السَّمَاءِ ».

“Sesungguhnya kelompok pertama yang masuk surga adalah seperti rupa bulan di malam purnama. Berikutnya adalah seperti binang yang paling terang sinarnya di langit. Mereka tidak buang air kecil, tidak buang air besar, dan tidak meludah. Sisir mereka dari emas, minyak mereka adalah misik, asapannya adalah kayu gaharu, pasangan mereka adalah bidadari, akhlak mereka seperti akhlak satu orang. Bentuk (postur tubuh) mereka seperti Nabi Adam as; 60 lengan di langit.” (Bukhari, Muslim dll. Al-Jami’ al-Shaghir: 3778, Shahih al-Jami’: 2015)

4. Hadits Abdullah ibnu Mas’ud Rodiallohu 'anhu :

« أَوَّلُ زُمْرَةٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ ضَوْءُ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ، وَالْزُّمْرَةُ الثَّانِيَةُ عَلَى لَوْنِ أَحْسَنِ كَوْكَبٍ دُريَ فِي السَّمَاءِ، لِكُل رَجُلٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ، عَلَى كُل زَوْجَةٍ سَبْعُونَ حُلَّةً، يُرَىٰ مُخُّ سُوقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ لُحُومِهِمَا وَحُلَلِهِمَا، كَمَا يُرَىٰ الشَّرَابُ الأَحْمَرُ فِي الزُّجَاجَةِ الْبَيْضَاءِ »

“Kelompok pertama kali yang masuk surga, seolah wajah mereka cahaya rembulan di malam purnama. Kelompok kedua seperti bintang kejora yang terbaik di langit. Bagi setiap orang dari ahli surga itu dua bidadari surga. Pada setiap bidadari ada 70 perhiasan. Sumsum kakinya dapat terlihat dari balik daging dan perhiasannya, sebagaimana minuman merah dapat dilihat di gelas putih.” (HR. Thabrani dengan sanad shahih, dan Baihaqi dengan sanad hasan. Hadits hasan, shahih lighairi: Shahih al-Targhib: 3745)

Dalam lafazh Tirmidzi:

« وَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ يُرَى مُخُّ سُوْقِهِمَا منْ وَرَاءِ الَّلحْمِ مِنَ الْحُسْنِ، لاَ اخْتِلاَفَ بَيْنَهُمْ وَلاَ تَبَاغُضَ قُلُوبُهُمْ قَلْبُ رَجُلٍ وَاحِدٍ يُسَبِّحونَ الله بُكْرَةً وَعَشِيَّا » .

“Masing-masing mendapat dua bidadari, sumsum kakinya dapat dilihat dari balik daging karena begitu cantiknya, tidak ada perselisihan di antara mereka, dan tidak ada saling benci di hati mereka. Hati mereka seperti hati satu orang, mereka semua bertasbih kepada Allah pagi dan sore.”

5. Hadits al-Miqdam Ibn Ma’di Karib Rodiallohu 'anhu :

« لِلشَّهِيدِ عِنْدَ اللَّهِ سَبْعُ خِصَالٍ: يُغْفَرُ لَهُ فِي أَوَّلِ دَفْعَةٍ مِنْ دَمِهِ، وَيَرَىٰ مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَيُحَلَّىٰ حُلَّةَ الإِيمَانِ، وَيُزَوجُ اثْنَيْنِ وَسَبْعِينَ زَوْجَةً مِنَ الْحُورِ الْعِينِ، وَيُجَارُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَيَأْمَنُ مِنَ الْفَزَعِ الأَكْبَرِ، وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ، الْيَاقُوتَةُ مِنْهُ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا، وَيَشْفَعُ فِي سَبْعِينَ إِنْسَاناً مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ »

“Orang yang mati syahid memiliki 7 [yang benar 8] keistimewaan di sisi Allah: (1) diampuni dosanya di awal kucuran darahnya, (2) melihat tempat duduknya dari surga, (3) dihiasi dengan perhiasan iman, (4) dinikahkan dengan 72 bidadari surga, (5) diamankan dari adzab kubur, (6) aman dari goncangan dahsyat di hari qiamat, (7) diletakkan di atas kepalanya mahkota kewibawaan; satu permata dari padanya lebih baik dari pada dunia seisinya, (8) memberi syafaat kepada 70 orang dari kerabatnya.” (Ahmad, Tirmidzi dan Baihaqi. Silsilah al-Shahihah: 3213, Shahih al-Jami’: 5182)

6. Hadits Mu’adz ibn Anas Rodiallohu 'anhu ;

« مَنْ كَظَمَ غَيْظاً وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ دَعَاهُ اللَّه سُبْحَانَهُ عَلَى رُؤُوسِ الْخَلائِقِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ مِنَ الْحُورِ الْعينِ مَا شَاءَ ».

“Barangsiapa mampu menahan amarah padahal ia mampu untuk melampiaskannya, maka Allah memanggilnya di hadapan para makhluk hingga Dia memberikan hak untuk memilih yang ia suka dari bidadari.” (HR. Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, hadits hasan. Lihat Shahih al-Jami’: 6518)

7. Hadits Mu’adz t;

« لاَ تُؤْذِي امْرَأةٌ زَوْجَهَا فِي الدُّنْيَا. إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ: لاَ تُؤْذِيهِ، قَاتَلَكِ الله، فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَك دَخِيلٌ يُوشِكَ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا »

“Tidak ada seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia melainkan bidadari yang menjadi pasangannya berkata: "Jangan engkau sakiti dia -semoga Allah melaknatmu- sesungguhnya ia hanyalah bertamu (di rumahmu), hampir saja ia berpisah meninggalkanmu menuju kami.” (Shahih al-Jami’: 7192)

Imam Ibnul Qoyyim berkata:

"Jika anda bertanya tentang mempelai wanita dan istri-istri penduduk surga, maka mereka adalah gadis-gadis remaja yang montok dan sebaya. Pada diri mereka mengalir darah muda, pipi mereka halus dan segar bagaikan bunga dan apel, dada mereka kencang dan bundar bagai delima, gigi mereka bagaikan intan mutu manikam, keindahan dan kelembutan mereka selalu menjadi kerubutan.

Elok wajahnya bagaikan terangnya matahari, kilauan cahaya terpancar dari gigi-giginya dikala tersenyum. Jika anda dapatkan cintanya, maka katakan semau anda tentang dua cinta yang bertaut. Jika anda mengajaknya berbincang (tentu anda begitu berbunga), bagaimana pula rasanya jika pembicaraan itu antara dua kekasih (yang penuh rayu, canda dan pujian). Keindahan wajahnya terlihat sepenuh pipi, seakan-akan anda melihat ke cermin yang bersih mengkilat (maksudnya, menggambarkan persamaan antara keindahan paras bidadari dengan cermin yang bersih berkilau setelah dicuci dan dibersihkan, sehingga tampak jelas keindahan dan kecantikan). Bagian dalam betisnya bisa terlihat dari luar, seakan tidak terhalangi oleh kulit, tulang maupun perhiasannya.

Andaikan ia tampil (muncul) di dunia, niscaya seisi bumi dari barat hingga timur akan mencium wanginya, dan setiap lisan makhluk hidup akan mengucapkan tahlil, tasbih, dan takbir karena terperangah dan terpesona. Dan niscaya antara dua ufuk akan menjadi indah berseri berhias dengannya. Setiap mata akan menjadi buta, sinar mentari akan pudar sebagaimana matahari mengalahkan sinar bintang. Pasti semua yang melihatnya di seluruh muka bumi akan beriman kepada Allah Yang Maha hidup lagi Maha Qayyum (Tegak lagi Menegakkan). Kerudung di kepalanya lebih baik daripada dunia seisinya. Hasratnya terhadap suami melebihi semua keinginan dan cita-citanya. Tiada hari berlalu melainkan akan semakin menambah keindahan dan kecantikan dirinya. Tiada jarak yang ditempuh melainkan semakin menambah rasa cinta dan hasratnya. Bidadari adalah gadis yang dibebaskan dari kehamilan, melahirkan, haidh dan nifas, disucikan dari ingus, ludah, air seni, dan air tinja, serta semua kotoran.

Masa remajanya tidak akan sirna, keindahan pakaiannya tidak akan usang, kecantikannya tidak akan memudar, hasrat dan nafsunya tidak akan melemah, pandangan matanya hanya tertuju kepada suami, sekali-kali tidak menginginkan yang lain. Begitu pula suami akan selalu tertuju padanya. Bidadarinya adalah puncak dari angan-angan dan nafsunya. Jika ia melihat kepadanya, maka bidadarinya akan membahagiakan dirinya. Jika ia minta kepadanya pasti akan dituruti. Apabila ia tidak di tempat, maka ia akan menjaganya. Suaminya senantiasa dalam dirinya, di manapun berada. Suaminya adalah puncak dari angan-angan dan rasa damainya.

Di samping itu, bidadari ini tidak pernah dijamah sebelumnya, baik oleh bangsa manusia maupun bangsa jin. Setiap kali suami memandangnya maka rasa senang dan suka cita akan memenuhi rongga dadanya. Setiap kali ia ajak bicara maka keindahan intan mutu manikam akan memenuhi pendengarannya. Jika ia muncul maka seisi istana dan tiap kamar di dalamnya akan dipenuhi cahaya.

Jika anda bertanya tentang usianya, maka mereka adalah gadis-gadis remaja yang sebaya dan sedang ranum-ranumnya.

Jika anda bertanya tentang keelokan wajahnya, maka apakah anda telah melihat eloknya matahari dan bulan?!

Jika anda bertanya tentang hitam matanya, maka ia adalah sebaik-baik yang anda saksikan, mata yang putih bersih dengan bulatan hitam bola mata yang begitu pekat menawan.

Jika anda bertanya tentang bentuk fisiknya, maka apakah anda pernah melihat ranting pohon yang paling indah yang pernah anda temukan?

Jika anda bertanya tentang warna kulitnya, maka cerahnya bagaikan batu rubi dan marjan.

Jika anda bertanya tentang elok budinya, maka mereka adalah gadis-gadis yang sangat baik penuh kebajikan, yang menggabungkan antara keindahan wajah dan kesopanan. Maka merekapun dianugerahi kecantikan luar dan dalam. Mereka adalah kebahagiaan jiwa dan penghias mata.

Jika anda bertanya tentang baiknya pergaulan dan pelayanan mereka, maka tidak ada lagi kelezatan selainnya. Mereka adalah gadis-gadis yang sangat dicintai suami karena kebaktian dan pelayanannya yang paripurna, yang hidup seirama dengan suami penuh pesona harmoni dan asmara .

Apa yang anda katakan apabila seorang gadis tertawa di depan suaminya maka sorga yang indah itu menjadi bersinar? Apabila ia berpindah dari satu istana ke istana lainnya, anda akan mengatakan: "Ini matahari yang berpindah-pindah di antara garis edarnya." Apabila ia bercanda, kejar mengejar dengan suami, duhai… alangkah indahnya…!! (dari kitab Hadil Arwah Ila Biladil Afrah (h.359-360) (Faiz)*

Rujuk Sini:  http://www.aldakwah.org/home/21-sifat-sifat-bidadari-surga.html

 

Pencipta Bujal terus berkarya


Pencipta Bujal terus berkarya

DI KALANGAN pembaca yang pernah menatap komik Bujal pada tahun 80-an, anda mungkin pernah menatap watak kanak-kanak lelaki bermata bulat, berjerawat, berbaju belang dan berseluar pendek yang popular di kalangan kanak-kanak pada waktu itu.

Komik Bujal yang sarat dengan mesej berguna cukup laris dan ditatap kanak-kanak generasi itu.

Namun, tahukah anda siapa pelukis dan penciptanya? Dalam komik itu, pelukis terbabit dikenali dengan nama pena Nasah.

Bakat dan kredibiliti kartunis yang ada dalam diri Nasah membuatkan Bujal diterima ramai. Malah, sewaktu di sekolah, guru penulis pernah menjadikan Bujal sebagai contoh berikutan mesej yang disampaikannya.

Kini komik Bujal sudah berkubur. Namun, pelukisnya, Nasah atau Sharif Hasan, 58, masih lagi aktif melukis dan membuat lakaran.
Karyanya kini terpampang di ruangan Jawi, akhbar Harian Metro serta majalah Pendidik dan Cahaya terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Namanya mungkin tidak sepopular Datuk Lat atau kartunis generasi baru seperti Ujang, Gayour dan Aie. Bagaimanapun, nama Sharif sebaris dengan kartunis lama seperti Rejabhad, Halim Teh, Wahidi, Mishar dan Raja Hamzah. Sharif mempunyai sentuhan dan gaya tersendiri dalam menghasilkan kartun.

Kartun dan komik memang dekat dengan jiwanya ketika dia masih kanak-kanak lagi. Hasil dorongan gurunya, Yaacob Rais, dia bergiat cergas dalam bidang berkenaan seawal 1969.

Karya pertamanya tersiar dalam majalah Hiburan sebelum dia mendapat ruangan tetap, iaitu Renungan Hari Ini di akhbar Utusan Melayu dan Utusan Zaman.

Mulai 1973, Sharif bekerja dengan syarikat Suarasa yang menerbitkan majalah seperti Bujal, Anak Rusa Nani dan Rina. Dia kemudian menyertai syarikat penerbitan Raz Studio sebelum berpindah ke syarikat Graphic Comic pada 1995.

Selain bertugas di situ, Sharif berkarya untuk beberapa majalah lain seperti Gelihati, Kuntum, Mingguan Kanak-Kanak, Pelita Rakyat, Gema RTM dan Pemimpin dengan menggunakan pelbagai nama pena. Di samping majalah, karya Sharif tersiar di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia. Komik Ima dan Nizam, Pak We Malang dan Gurau Senda mengangkat namanya.
Bukan itu saja, Sharif juga aktif sebagai penulis ruangan di beberapa majalah seperti Majalah Filem, Berita Filem, Mastika Filem, Seni, Hiburan, Utusan Filem dan Fesyen.

“Sebenarnya saya dah nak bersara sejak 1996 lagi sebab keadaan kesihatan tak mengizinkan. Tapi seorang rakan kemudian mempelawa saya untuk bekerja secara kontrak dengan Utusan Melayu. Tawaran itu sukar untuk saya tolak dan saya kembali bersemangat walaupun tak berapa sihat,” kata Sharif. Kini beliau dalam perancangan untuk mengumpul koleksi kartun Miau bertulisan Jawi yang disiarkan dalam Harian Metro dengan sasaran pembaca kanak-kanak.

Menurutnya, kanak-kanak mudah tertarik dengan watak kartun tanpa mengira apa bahasanya. Contohnya walaupun kartun itu disiarkan dalam bahasa Inggeris, Kantonis atau Jepun, mereka tetap menghayatinya dengan penuh imaginasi. Baginya, penghasilan buku bergambar dan komik Jawi dapat menarik kanak-kanak untuk meminati tulisan Jawi. Ini terbukti ketika majalah Bujal yang diterbitkan dengan konsep sebegitu pada tahun 70-an dan 80-an mencatat jualan yang tinggi berbanding majalah kanak-kanak lain waktu itu.

“Sekiranya komik dapat diterbitkan dalam tulisan Jawi berserta watak yang boleh mengkagumkan kanak-kanak, saya yakin ia boleh menjadi serampang dua mata untuk pendidikan moral dan jawi sekali gus,” kata Sharif.

Bermula pada tahun 90-an, majalah kartun semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat dan ia terbukti apabila jualan majalah seperti Gila-Gila, Ujang dan Gelihati begitu tinggi. Kerjaya kartunis juga semakin dipandang tinggi dan ramai kartunis yang hidup selesa.

Bagaimanapun, Sharif berasa penerimaan masyarakat terhadap majalah kartun tidak seperti dulu berikutan jualan kebanyakan majalah komik merosot, malah ada yang gulung tikar! “Ini mungkin kerana kemunculan banyak stesen televisyen yang menyiarkan kartun dan khidmat internet yang meluas. Tapi, saya juga melihat idea dan persembahan sesetengah kartunis baru kurang menarik. Mungkin ini juga antara faktornya,” katanya.

SUMBER  : http://pergh.com/forum/comic-and-cartoon-times/pelukis-bujal-terus-berkarya/

 

Komen: Jika benar komik merosot kenapa kartun Boboi Boy serta Upin Ipin mencatat untung dan sangat popular di kalangan kanak kanak Malaysia mahupun di Indonesia? Justeru pendidikan agama serta adab sopan, sahsiah diri dan teladan yang baik boleh diterapkan dalam jiwa kanak kanak melalui kartun berjiwa Malaysia!!!

MAJALAH BUJAL pelukis NASAH
Terbitan Raz Studio
Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur