Saturday, 20 April 2013

MudahNya Wanita Mendapat Syurga


15 hb April 2013   04:09

MudahNya Wanita Mendapat Syurga

Maha Suci Engkau Allah yang telah menjadikan kejadianMu dengan berpasang pasang serta berkasih sayang. Sungguh Engkau MahaPenentu lagi MahaKuasa atas segala urusan. Engkau sejahterakan Rasul Engkau serta sahabat sahabat mereka.

Maha Suci Allah yang telah menciptakan Hawa daripada tulang rusuk lelaki.

Kaum Hawa adalah sebenarnya kaum yang amat mudah sekali untuk mendapat syurga berbanding kaum lelaki!! Wanita yang hendak mencari syurga cukup sekadar mendapatnya dari dalam rumah mereka sendiri saja! Untuk mencari syurga, bagi seorang wanita adalah tidak sesusah mana kaum lelaki mencari syurga… Sebaliknya, kaum lelaki perlu berhempas pulas melakukan banyak perkara sama ada di luar rumahnya dan juga di dalam rumahnya sekiranya ia berhajatkan syurga Allah!!! Sudah tentu perkara di  luar rumah amat banyak cabaran, ranjau dan rintangannya termasuk di rumah ibu bapanya, rumah mertuanya, rumah adik-beradik, tempat kerjanya dsbnya!!

Apabila wanita melayan suaminya dengan penuh kasih sayang, maka Allah dan malaikatnya turut akan kasih dan sayang kepada wanita tersebut! Ketahuilah bahawasanya Allah adalah lebih Pengasih daripada segala-gala yang penyayang!!! Oleh itu, sekiranya seorang ibu kasih kepada anaknya, sebenarnya Allah lebih Penyayang daripada sayang ibu tersebut kepada anak itu !!

Yang paling utama bagi wanita adalah tanggungjawab memberi serta melayani kehendak nafkah batin kepada suami agar suami terhindar dari mencari maksiat diluar rumah !!! Justeru, berdosa seorang wanita yang tidur berasingan dengan suaminya atau menolak apabila suami berhajat melakukan hubungan intim. Menurut suatu hadis, Allah dan malaikat akan mengutuk mana-mana wanita yang menolak kehendak suaminya melakukan hubungan intim sehingga ke terbit matahari sekiranya wanita itu tidak dalam keadaan datang bulan, sakit dsbnya! Ini kerana, suami yang mendapat nafkah batin secukupnya akan lebih kebal daripada tertarik untuk melakukan sebarang bentuk maksiat semasa sang suami bekerja di luar rumah!! Sang suami akan jadi lebih perkasa untuk menepis sebarang maksiat yang mengodanya di luar, lantaran di zaman sekarang, sudah banyak wanita walaupun bertudung tetapi memakai pakaian ketat seperti pembalut nangka sehinggakan menampakkan sosok buah dada serta alur bontot atau lain lain alur atau bentuk yang sepatutnya tidak boleh dipamerkan!

Itu belum termasuk massage center yang menampilkan wanita muda lagi seksi serta boleh dipilih sesuka hati yang premisnya telah tumbuh macam cendawan sekarang! Namun, segala tarikan maksiat ini tidak seharusnya pula dijadikan alasan bagi lelaki beriman melakukan maksiat di luar! Ikutilah contoh kisah Nabi Yusuf yang berjaya melawan godaan wanita cantik, Zulaikha pada zaman dahulu. Oleh yang demikian, kita menyeru wanita agar melayani suami anda dengan sebaik baiknya! Tanyalah kepada ustaz atau mereka yang arif mengenai agama! Jangan melayan lelaki lain di tempat kerja anda, dalam facebook, twitter, laman sembang dsbnya kerana mereka haram untuk anda berbuat sedemikian!! Sudah menjadi kebiasaan bahawasanya yang haram itu sedap dibuat oleh manusia kerana Iblis menghiaskan cantik dan sedap kepada manusia sebagaimana janji Iblis pada zaman Nabi Adam dahulu !!!

Justeru, sekiranya anda wanita, layanilah suami anda sebaik baiknya selagi suami anda tidak melakukan perkara perkara maksiat atau perkara perkara mungkar atau perkara perkara yang salah di sisi agama mahupun dari segi hukum syarak !! Sekiranya wanita mati semasa melahirkan maka dia dikira mati syahid, tetapi di zaman serba canggih dan moden ini, sudah jarang benar wanita yang mati semasa melahirkan bayi !!



Wanita mencari syurga di rumah

Apabila telah berkahwin, wanita tertakluk kepada arahan serta kehendak serta redha suaminya selagi sang suami tidak melakukan perkara maksiat atau mungkar di sisi agama! Contoh, seorang wanita tidak boleh mengikut cakap ibunya yang melarang dia daripada mengikuti suaminya! Ibu wanita tersebut pula tidak wajar melarang anak perempuannya daripada mengikuti suaminya ke mana sahaja suami tersebut di tempatkan bekerja selagi suami tersebut, beriman dan berada di jalan Allah yang benar lagi lurus!!! Untuk suami yang memiliki jalan yang lurus, dia bertanggungjawab menjaga walaupun ibu mertua dan walaupun bapa mertua sekiranya mertua itu sakit!!! Justeru tanggungjawab lelaki sebenarnya amat berat kerana terpaksa menjaga serta menanggung ramai orang, sedangkan wanita tertakhluk menjaga dalam isi rumahnya sahaja !!!!!!!

Sebenarnya, untuk seorang wanita melangkahkan kakinya keluar dari rumah adalah memerlukan izin daripada suami, apatah lagi sekiranya wanita itu hendak pergi ke supermarket atau hendak pergi ke tempat kerja! Jadi sudahkah anda mendapat izin dari suami anda atau anda telah mengetahui suami anda redha dengan pergerakan atau perbuatan anda? Sekiranya suami tidak mengizinkan anda bekerja, hasilan serta perbuatan dari kerja wanita itu akan menjadi haram hukumnya di sisi agama Islam !!!

Untuk berpuasa sunat, atau menggantikan puasa di luar bulan Ramadhan, seorang wanita perlu meminta izin daripada suaminya terlebih dahulu. Ini disebabkan wanita tertakhluk kepada melayani kehendak batin suaminya! Justeru, pastikan suami anda membenarkan sebelum anda berpuasa sunat atau menggantikan puasa anda di hari tertentu! Beritahu suami anda ingin menggantikan puasa di sekian sekian hari dan barulah anda sebagai wanita boleh berpuasa. Tidak salah sekiranya anda merayu kepada suami anda untuk mendapatkan hari berpuasa anda kerana sifat semulajadi lelaki memang selalunya mereka suka kepada wanita yang memujuk-rayu, bermanja dengan suaminya dan sesuai dengan sifat wanita yang lemah lembut dan lelaki pula pelindung, biasanya suami tiada masalah untuk membenarkan isteri menggantikan puasanya pada hari tertentu!!

Tempat sembahyang yang sebenarnya afdal bagi seorang wanita adalah di dalam rumah tempat wanita tersebut tinggal dengan suaminya. Tempat sembahyang paling afdal dan berkat bagi wanita adalah sebenarnya di dalam bilik tidur tempat wanita tersebut tidur dengan suaminya setiap malam !! Justeru, tidak perlulah seorang wanita itu sangat rajin pergi ke masjid sekiranya ia telah bersuami, kecualilah atas kehendak suami yang mahukan anda mendengar ceramah agama di masjid masjid berdekatan anda !!

Terdapat suatu hadis yang mengatakan sekiranya seorang wanita itu tidak mendapat keredaan suaminya tentang apa yang wanita itu lakukan, maka Allah dan malaikatnya akan mengharamkan bau syurga kepada wanita tersebut. Ini jelas diberitakan melalui hadis Nabi yang berpesan kepada anaknya Fatimah yang berbunyi, “Sekiranya suami engkau tidak redha kepadamu maka engkau juga ya Fatimah tidak akan mendapat keredaanku (CMP 4:42am).” Jadi di sini jelas ketegasan Baginda Rasullulah yang bertujuan mendidik anaknya dan juga manusia perempuan agar sentiasa mendapatkan keredhaan suami sebelum seseorang wanita melaksanakan apa jua perkara yang mereka hendak lakukan !! Malangnya, pada zaman serba moden, teknologi dan gajet canggih, manakala kerjaya wanita berijazah jauh lebih besar, penting atau berpengaruh berbanding daripada suaminya, hadis Nabi ini menjadi tidak penting lalu dicampakkan ke pinggir belukar sahaja!! Lebih malang lagi apabila suami yang bertukar menjadi suri rumah, memasak, mengemas, menjaga anak, membasuh serta mensterika baju dsbnya !! Ada suami yang dijerit jerit, dibentak bentak dan dihempaskan meja atau kerusi!!! Apa nak jadi pada wanita Islam zaman sekarang justeru keegoan wanita serta sikap wanita tidak mahu mengalah atau meminta maaf daripada suami lantaran status suami yang rendah atau sama taraf atau cuma tinggi sedikit dari mereka? Sedikit sebanyak, agen zionis telah berjaya meruntuhkan apa yang telah disepakatkan atau diputuskan oleh hehendak, ajaran dan sunah Islam semenjak daripada zaman Rasullullah dan Khalifah Islam pada zaman dahulu !!

Sekiranya anda wanita dan berhajat mengumpulkan mata terkumpul bagi mendapat syurga Allah, maka jangan tangguhkan dari melakukan  perkara perkara seperti berikut:
1.   Tinggallah dengan suami anda.
2.   Tidurlah dengan suami anda.
3.   Jangan sakiti hati suami anda.
4.   Berikan sokongan terhadap idea atau pendapat suami. Sekiranya ideanya salah atau merugikan, nasihatkan suami anda dengan berhemah serta lemah lembut kerana biasanya lelaki akan kalah dengan lemah lembut wanita!
5.   Layani kehendak batin suami anda secukupnya. Tanya apa sebenarnya yang dimahukannya selagi tidak menyalahi hukum Islam dan syarak!!
6.   Layani suami anda dengan sebaiknya ketika suami sakit kronik seperti kanser, dialysis, lumpuh dsbnya. Jangan meminta cerai daripada suami lebih-lebih lagi ketika suami sakit kronik seperti diatas! Benar juga bagi kaum lelaki, jangan menceraikan isteri anda ketika isteri sakit kronik kerana pasangan adalah anugerah dan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada anda! Sekiranya anda di jalan yang lurus, maka jangan ceraikan mereka sebaliknya jagalah dan layanilah mereka dengan sebaik-baiknya agar anda akan ditempatkan di kalangan orang orang yang soleh, beriman dan sabar serta berjaya dan tinggi pula kedudukan atau darjatnya di sisi Allah malaikat serta ambiyaknya! Atau pun … anda memilih hanya untuk mendapat kemurkaan Allah, para malaikat serta ambiyaknya !
7.   Minta izin dari suami apabila hendak keluar rumah.
8.   Menutup aurat.
9.   Menyimpan rahsia serta kelemahan suami anda.
10.               Tidak mengaibkan suami anda.
11.               Jangan membentak atau berkasar dengan suami anda. Cakaplah dengan lemah lembut dengan suami anda.
12.               Apabila suami anda bertanya dengan sepuluh perkataaan, anda jawablah dengan beberapa banyak perkataan yang sewajarnya. Senyumlah kepada suami anda. Jangan menjawab dengan sepatah perkataan atau setakat menjuihkan bibir sahaja sehingga menyakiti hati suami!
13.               Anda sebagai wanita boleh melakukan perkara perkara berikut bagi mendapat keredaan suami anda serta mendapat keredaan Allah iaitu:
a.   Senyum kepada suami apabila suami anda pulang dari bekerja.
b.   Membukakan stokin suami anda.
c.   Membukakan kipas atau membawakan bantal ketika suami anda berbaring di lantai.
d.   Memberikan kain pelikat atau tauala untuk suami anda mandi.
e.   Menyediakan mandian air suam dari bunga bungaan atau herba alam semulajdi untuk suami anda mandi.
f.     Mengemaskan rumah serta tempat tidur.
g.   Menghidangkan makanan kepada anda.
h.   Membancuhkan minuman untuk suami anda.
i.     Memanggil suami makan atau minum bersama anda.
j.     Makan bersama suami anda. Memanggil semua anak anak makan bersama suami anda.
k.    Menggalakkan serta mengingatkan anak anak anda supaya sentiasa menghormati suami anda.
l.     Akur mengikut ke mana sahaja tempat suami anda bertukar tempat kerja selagi tempat yang suami pergi itu selamat untuk anda dan bukan tempat maksiat atau tempat mungkar!!

Terdapat juga hadis lain mengatakan semasa peristiwa Israk Mikraj, penghuni neraka adalah kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita. Dalam hadis yang lain ada pendapat ulama mengatakan bahawasanya sekiranya seseorang wanita itu tahu, bahawasanya syurga wanita terletak dibawah tapak kaki suaminya, selagi suami itu suci, maka wanita itu akan takut untuk meminta cerai daripada suami tanpa alasan yang munasabah. Sekiranya seseorang wanita itu sedar, bahawasanya syurganya terletak dibawah tapak kaki suaminya, wanita itu tidak berbelah bagi mencium tapak kaki suaminya. Malangnya, tidak ramai wanita yang tahu atau sedar akan hakikat ini! Kebanyakkan mereka akan mengetahui atau menyedarinya apabila mereka telah mati di mana penyesalan sudah tiada gunanya lagi !!


Justeru, sekiranya pasangan anda menghidap sebarang bentuk sakit kronik, tak kira sama ada anda insan lelaki atau wanita, jangan tinggalkan dia, sebaliknya jagalah dia dengan sebaik baiknya dan dengan sepenuh hati kerana pasangan anda itu adalah anugerah serta amanah Allah kepada anda!  Serupa juga dengan ibu bapa, jangan hantar ibu bapa anda ke rumah orang tua kerana anda sudah jemu menjaga mereka. Ingatlah, tanpa mereka anda tiada! Tanpa mereka, anda bukanlah seperti mana anda pada hari ini! Anda tidak akan dapat membalas jasa ibu bapa, walaupun sebaik mana kebaikan anda telah usaha lakukan terhadap mereka!!!

Justeru, berhiaslah, berwangilah untuk suami anda bukan untuk lelaki lain di tempat kerja !

Lagu kat bawah ini sesuai sekali kalau dinyanyikan oleh Dato SM Salim…. Sesiapa boleh ambilnya dan jangan risau atau khuatir fasal hakmiliknya asal saja ia boleh mengajar manusia menjadi manusia baik !!!

Cinta dahulu, cinta mulia,
Cangkul dan tanah memisahkannya!

Cinta sekarang, cinta murahan,
Cerai terajang, jadi amalan!

Banyak isteri pelajaran tinggi,
Semua Universiti mereka dah pergi,
Oleh itu, isteri ranggi,
Banyak isteri, bentak suami,
Dosa dan Nusyuz ditolak tepi.
Hukum agama, dicampak pergi!

Tertipu dengan ego sendiri,
Suami baik tak diperduli,
Silap sedikit, dicemuh dicaci
Mohon maaf, jauh sekali,
Akhirat nanti, isteri yang rugi,








Dosa laman sosial


Dosa laman sosial

Kuala Lumpur: Seorang suri rumah berusia 27 tahun ibarat berada di neraka dunia apabila dia terpaksa menahan kesakitan akibat ditampar, disepak selain dipukul dengan kayu oleh suaminya selama tiga hari dalam kejadian di rumah mereka di Kepong, di sini. Detik hitam itu mula menimpa suri rumah terbabit kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu apabila suaminya berusia awal 30-an mengamuk selepas berang melihat mangsa terlalu asyik bersembang di laman sosial. Tambah memeritkan, sepanjang dipukul suaminya dalam tempoh tiga hari itu, mangsa hanya dibenarkan meneguk air.
Penderitaan suri rumah itu bagaimanapun berakhir apabila dia dapat melarikan diri daripada cengkaman suaminya jam 10 pagi kelmarin ketika dibawa membeli barang keperluan di kedai berhampiran rumah mereka sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini. Menurut sumber, selain berang dengan sikap isterinya terlalu asyik bersembang di laman sosial, lelaki terbabit juga dipercayai cemburu dengan perbuatan wanita berkenaan.

Pssst :::
Itulah surirumah sekarang akibat mengabaikan tanggungjawab kepada suami itulah jadinya !! Itu jugalah lelaki sekarang yang suka ikut iblis bukan suka ikut akal fikiran !!!

Dallas Wiens temu jodoh



Austin (Texas): Lelaki yang menjalani pembedahan pemindahan wajah penuh melangsungkan perkahwinan dengan seorang mangsa kebakaran semalam di gereja yang menjadi lokasi dia mengalami kecederaan ngeri lima tahun lalu.
Wajah Dallas Wiens cacat sehingga tidak boleh dikenali langsung apabila dia tersentuh kabel bervoltan tinggi ketika dia bekerja di gereja berkenaan pada 2008.
Wiens, 27, menjalani puluhan pembedahan bagi membentuk semula wajahnya.
Isterinya, Jamie Nash, 29, nyaris terbunuh dalam kemalangan kereta pada 2010 apabila kenderaan berkenaan terbakar ketika dia terperangkap di dalamnya.
Kemalangan itu menyebabkan Jamie mengalami kesan lecur teruk pada tangan, belakang dan kaki. Mereka bertemu ketika menghadiri sesi kaunseling bersama kumpulan sokongan di sebuah hospital di Dallas sebelum akhirnya berkahwin semalam. Kata Wiens, dia berasa sangat bertuah kerana dipilih Jamie sebagai suami dan berjanji menyayangi wanita terbabit sepenuh hati. Beratus-ratus orang bersesak-sesak dalam Gereja Ridglea untuk menyaksikan Wiens dan Jamie disahkan sebagai pasangan suami isteri.
Antara mereka ialah doktor dan jururawat yang pernah merawat pasangan berkenaan. Dallas - dari Fort Worth di Texas - sedang mengecat gereja itu sambil berdiri pada tempat tinggi apabila kepalanya tersentuh kabel.
Renjatan elektrik menyebabkan dia cedera parah dan mukanya seolah-olah cair. Tiga tahun kemudian, bapa kepada seorang anak itu menjadi individu pertama di Amerika Syarikat menjalani pemindahan muka penuh. Wiens menerima hidung, bibir, kulit, otot dan saraf baru daripada penderma tidak dikenali dan menjalani hampir 40 pembedahan. Jamie pula - berasal dari Garland, Texas - mengalami lecur 70 peratus daripada badannya.
Ibu kepada seorang anak itu kini aktif memberi syarahan mengenai bahaya menggunakan mesej pesanan ringkas telefon bimbit ketika memandu. –
The Sun

AMALKANLAH


AMALKANLAH!

1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :


“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :



 “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.



Friday, 8 March 2013

Sembah hanya Allah


Sembah hanya Allah

1:5 Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan.

5:55 Sesungguhnya wali kamu ialah Allah, rasulNya dan orang2 beriman yang mendirikan sembahyang dan memberikan zakat, sedang mereka itu tunduk (kepada Allah).

5:56 Barang siapa mengangkat Allah, rasulNya dan orang2 yang beriman menjadi wali, maka sesungguhnya golongan Allah itulah orang2 yang menang.

6:153 Sesungguhnya ini jalanku yang lurus: Sebab itu, kamu turutlah jalan ku itu, dan janganlah kamu turut jalan-jalan yang lain, nanti bercerai-berai kamu daripada jalanNya. Demikianlah Allah berwasiat kepadamu, mudah2an kamu bertaqwa.

7:196 Sesungguhnya waliku ialah Allah yang menurunkan Kitab, Dialah yang menjadi wali bagi orang2 yang saleh.

10:104 - Katakanlah : Hai sekalian manusia, jika kamu dalam keraguan tentang agamaku, maka aku tiada akan menyembah barang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tetapi aku menyembah Allah yang mematikan kamu dan aku disuruh, supaya aku termasuk orang orang yang beriman.

10:106 - Janganlah engkau sembah - selain daripada Allah - sesuatu yang tiada bermanfaat dan tiada pula melarat kepada engkau. Jika engkau perbuat (demikian itu), niscaya engkau termasuk orang2 yang aniaya.

11:2 - Bahwa janganlah kamu sembah, melainkan Allah. Sesungguhnya aku memberi khabar takut dan khabar gembira kepadamu daripadaNya.

11:26 - (Yakni) janganlah kamu sembah kecuali Allah. Sesungguhnya aku takut, kalau kamu ditimpa siksa hari yang pedih.

11:50 - (Telah Kami utus) kepada (kaum) 'Ad seorang saudarnya, Hud. Ia berkata: Hai kaumku ! Sembahlah Allah, tidak ada bagimu Tuhan selain daripadaNya. Kamu tidak lain, hanya orang2 yang mengada adakan.
15:96 (Iaitu) orang2 yang mengadakan serta Allah, Tuhan yang lain. Nanti mereka itu akan tahu.

15:98 Sebab itu tasbihlah engkau, serta memuji Tuhanmu dan hendaklah engkau termasuk orang2 yang sujud.

15:99 Dan sembahlah Tuhanmu sehingga sampai kepadamu keyakinan (mati).

19:42 Ketika ia berkata kepada bapanya: Ya bapaku, mengapa engkau sembah sesuatu yang tiada mendengar dan tiada pula melihat dan tiada bermanfaat kepada engkau sedikitpun? 

19:43 Ya bapaku, sesungguhnya aku telah diberi ilmu yang belum engkau ketahui, sebab itu ikutlah aku, niscaya ku tunjuki engkau jalan yang lurus.

19:44 Ya bapaku, janganlah engkau sembah syetan. Sesungguhnya syetan itu durhaka kepada Yang Mahapengasih.

19:45 Ya bapaku, sesungguhnya aku takut (khuatir) bahawa engkau akan ditimpa siksaan dari Yang Mahapengasih, lalu engkau menjadi wali (teman) bagi syetan.

19:46 Berkata bapanya: Adakah engkau benci kepada Tuhan tuhanku, hai Ibrahim? Demi, jika engkau tidak berhenti, niscaya ku rajam (kulempar) engkau dengan batu, dan tinggalkanlah aku dalam masa yang panjang.

19:47 Sahut Ibrahim: Salam (selamat) untukmu. Nanti akan ku mintakan ampun bagi engkau kepada Tuhanku, sesungguhnya Dia berbuat baik kepada ku.

19:48 Aku menghindarkan diri daripadamu dan dari apa yang kamu sembah, selain daripada Allah dan aku meminta kepada Tuhanku, mudah2an aku tidak celaka (kecewa) dalam permintaanku kepada Tuhanku.

19:65

20:4

20:8

20:14

20:98

26:213 - Sebab itu janganlah engkau sembah Tuhan yang lain bersama Allah, nanti engkau mendapat siksa.

35:3 - Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu, adakah yang menciptakan, selain daripada Allah, yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan, kecuali Dia, maka ke manakah kamu akan berpaling?

41:14 - Ketika datang kepada mereka beberapa rasul dari hadapan dan dari belakang mereka (dari segala penjuru), bahawa janganlah kamu sembah, melainkan Allah.

41:37 - Di antara tanda tanda Allah ialah malam dan siang, matahari dan bulan. (Sebab itu) janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula kepada bulan, dan sujudlah kepada Allah yang menciptakan semuanya itu, jika kamu menyembah kepadaNya.

44:8 - Tidak ada Tuhan, kecuali Dia, (Dia) menghidupkan dan mematikan. (Dia) Tuhanmu dan Tuhan bapa bapamu yang dahulu.

64:13 -



Allah Esa




52:39 Bahkan adakah bagiNya (Allah) anak perempuan dan bagi kamu anak laki laki?

53:21 Adakah untukmu anak laki laki dan untukNya (Allah) anak perempuan?

59:22 Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan, kecuali Dia, mengetahui yang gaib dan yang hadir, Dia Mahapengasih lagi Penyayang.

59:23 Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan, kecuali Dia, Raja (yang memerintahi semesta alam), Maha suci, Maha Selamat (Sejahtera dari aib dan kekurangan), Memberi keamanan, yang Mengawas (segala hambaNya), Maha Perkasa , Yang Maha Pemaksa dan Yang Maha Amat Besar. Mahasuci Allah dari apa apa yang mereka persekutukan.

59:24 Dialah Allah, yang Menciptakan, yang Mengadakan (dari tidak ada menjadi ada), dan yang Merupakan (Membentuk rupa dengan indah) , bagiNya beberapa nama yang terbaik. Tasbih kepadaNya apa apa yang di langit dan di bumi, dan Dia Maha Perkasa lagi Mahabijaksana.

112:1 Katakanlah (ya Muhammad): Dialah Allah yang Mahaesa.

112:2 Allah yang dituju (untuk meminta hajat)

112:3 Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan (berbapa).

112:4 Dan tidak ada satupun yang menyerupaiNya.




ALLAH




2:28 - Mengapakah kamu menyangkal Allah, sedang kamu dahulu mati (belum ada) kemudian kamu dihidupkanNya, sudah itu dimatikanNya, kemudian akan dihidupkanNya, akhirnya kamu kembali kepadaNya.

3:26 - Katakanlah : Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut  kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan ; Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas tiap tiap sesuatu.

3:27 - Engkau masukkan malam ke dalam siang (lebih lama malam) dan Engkau masukkan siang ke dalam malam (lebih lama siang). Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari pada yang hidup dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa terhitung.

4:56 - Sesungguhnya Allah Mahaperkasa, lagi Maha bijaksana.

4:87 - Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Demi, Dia akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya. Siapakah yang terlebih benar perkataannya dari (perkataan) Allah?

6:14 - Dia yang menciptakan langit dn bumi dan Dia memberi makan dan Dia tiada diberi makan.

6:57 Tidak adalah suatu keputusan, melainkan bagi Allah. Dia mengisahkan kebenaran dan Dialah yang sebaik baik yang memutuskan (segala perkara).

6:59 - Di sisiNya (Allah) segala anak kunci yang gaib, tiadalah yang mengetahuinya , kecuali Dia sendiri. Dia mengetahui apa apa yang di daratan dan di lautan. Tiadalah gugur sehelai daun kayupun, melainkan Dia mengetahuinya, dan tiada sebuah biji dalam gelap gulita bumi dan tiada pula (benda) yang basah dan yang kering, melainkan semuanya itu dalam Kitab yang terang.

6:60 Dia yang mewafatkan (menidurkan) kamu malam hari dan mengetahui apa apa yang kamu kerjakan siang hari, kemudian Dia membangkitkan (membangunkan) kamu siang hari, supaya diteruskan masa hidup yang telah ditentukan, kemudian kepadaNya tempat kembalimu, kemudian Dia memberitakan kepadamu apa apa yang telah kamu kerjakan.

6:95 - Sesungguhnya Allah yang membelah biji (tumbuh-tumbuhan) dan biji (pohon2). Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Demikian itulah (perbuatan) Allah. Mengapakah kamu berpaling (daripadaNya)?

6:141 - Dia yang menjadikan beberapa bidang kebun, yang berjunjung dan yang tiada berjunjung, pohon kurma dan tanaman yang bermacam macam buahnya dan zaitun dan delima yang serupa kelihatannya dan yang tiada serupa.

7:57 - Dia yang mengirim angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatNya ; sehingga apabila angin itu telah mengandung awan yang berat (sebab mengandungi air), Kami halaukan dia ke negeri yang mati, lalu Kami turunkan air hujan dan Kami keluarkan dengan dia bermacam macam buah buahan. Demikianlah Kami keluarkan orang2 mati , mudah2an kamu mendapat peringatan.

8:67 - Kamu menghendaki harta benda dunia sedang Allah menghendaki Akhirat.

8:69 - Sesungguhnya Allah Pengampun dan Penyayang.

8:70 - Allah Pengampun lagi Penyayang.

8:71 - Allah Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.

8:72 - Allah Mahamelihat apa apa yang kamu kerjakan.

10:31 - Katakanlah : Siapakah yang memberi rezekimu dari langit dan dari bumi? Siapakah yang memberikan pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup? Siapakah yang mengaturkan urusan? Nanti mereka akan menjawab : Allah. Sebab itu katakanlah : Tiadakah kamu takut kepadaNya?

10:32

10:34 Katakanlah : Adakah di antara sekutu2mu (berhala) yang dapat memulai kejadian, kemudian mengulanginya? Katakanlah : Allah memulai kejadian, kemudian mengulangnya. Bagaimanakah kamu berpaling?

10:35

10:55 - Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa apa yang di langit dan di bumi. Ingatlah, sesungguhnya janji Allah sebenarnya.

10:56 - Dia menghidupkan dan mematikan dan kepadaNya kamu dikembalikan.

10:57 - Hai segala manusia, sungguh telah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu dan menyembuhkan apa yang dalam dada (hati) lagi petunjuk dan rahmat bagi orang orang yang beriman.

10:104 - Katakanlah : Hai sekalian manusia, jika kamu dalam keraguan tentang agamaku, maka aku tiada akan menyembah barang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tetapi aku menyembah Allah yang mematikan kamu dan aku disuruh, supaya aku termasuk orang orang yang beriman.

10:106 - Janganlah engkau sembah - selain daripada Allah - sesuatu yang tiada bermanfaat dan tiada pula melarat kepada engkau. Jika engkau perbuat (demikian itu), niscaya engkau termasuk orang2 yang aniaya.

11:2 - Bahwa janganlah kamu sembah, melainkan Allah. Sesungguhnya aku memberi khabar takut dan khabar gembira kepadamu daripadaNya.

11:26 - (Yakni) janganlah kamu sembah kecuali Allah. Sesungguhnya aku takut, kalau kamu ditimpa siksa hari yang pedih.

11:50 - (Telah Kami utus) kepada (kaum) 'Ad seorang saudarnya, Hud. Ia berkata: Hai kaumku ! Sembahlah Allah, tidak ada bagimu Tuhan selain daripadaNya. Kamu tidak lain, hanya orang2 yang mengada adakan.

16:78 - Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu, sedang kamu tiada mengetahui suatu apapun ; dan Dia adakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati, mudah mudahan kamu berterima kasih kepadaNya.

16:79 - Tiadakah mereka memperhatikan burung yang mudah terbang di udara?  Tiada yang menahannya melainkan Allah. Sungguh pada  demikian itu menjadi tanda (atas kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.

22:5 - Hai sekalian manusia, jika kamu dalam keraguan tentang berbangkit, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari sepotong daging, yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, supaya Kami terangkan kepadamu (kekuasaan Kami). Dan Kami tetapkan dalam rahim (kandungan ibu) sekehendak Kami, hingga waktu yang ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu menjadi kanak kanak , kemudian supaya kamu sampai dewasa. Di antara kamu ada yang diwafatkan dan setengah kamu dikembalikan kepada umur yang sekeji kejinya, sehingga ia tiada mengetahui sesuatu, sesudah mengetahuinya. Engkau lihat bumi kering, tetapi apabila Kami turunkan air (hujan) di atasnya, lalu bergerak dan bertambah tinggi lalu menumbuhkan bermacam-macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

25:2 - Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi dan tiada mempunyai anak dan tidak ada bagiNya sekutu dalam kerajaanNya dan Dia menjadikan tiap tiap sesuatu, lalu mengaturkannya menurut aturan tertentu.

25:58 - Tawakkallah (menyerahlah) kepada (Allah) Yang hidup, yang tiada mati, dan tasbihlah serta memujiNya. Cukuplah Dia Maha mengetahui segala dosa hambaNya.

26:23 - Berkata Firaun : Siapakah Tuhan sekalian alam itu?

26:24 - Berkata Musa : Ialah Tuhan (yang mengatur ) langit dan bumi beserta apa apa yang di antara keduanya, jika kamu berhati yakin.

26:25 - Berkata Firaun kepada orang2 yang dikelilingnya : Tiadakah kamu dengar (perjawabannya itu)?

26:26 - Berkata Musa : (Dia itulah) Tuhan kamu dan Tuhan bapa2mu yang dahulu kala.

26:27 - Berkata Firaun : Sesungguhnya rasul yang diutus kepadamu ialah orang gila.

26:28 - Berkata Musa : (Tuhan itu) ialah Tuhan (yang mengatur) Timur dan Barat dan apa apa yang di antara keduanya, jika kamu memikirkannya.

26:29 - Berkata Firaun : Demi, jika engkau angkat Tuhan selain daripadaku, niscaya aku masukkan engkau ke dalam penjara.

26:30 - Berkata Musa : Meskipun aku unjukkan kepadamu suatu keterangan yang nyata (atas kebenaranku)?

26:77 - Sesungguhnya semuanya itu musuhku, kecuali Tuhan sekalian alam.

26:78 - Yang menciptakan daku, lalu Dia menunjuki aku.

26:79 - Dan yang memberi makanku dan minumku.

26:80 - Dan jika aku sakit, Dialah yang menyembuhkan daku,

26:81 - Dan yang mematikan daku, kemudian akan menghidupkan daku,

26:82 - Dan yang kuharap mengampuni kesalahanku pada hari pembalasan.

26:213 - Sebab itu janganlah engkau sembah Tuhan yang lain bersama Allah, nanti engkau mendapat siksa.

26:217 - Dan tawakkallah (berserah dirilah) kepada yang Maha perkasa lagi Pengasih,

26:218 - Yang melihatmu ketika engkau berdiri,

26:219 - Dan ketika engkau bolak balik , dalam orang orang yang sujud.

26:220 - Sungguh Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

35:1 - Puji pujian bagi Allah, yang menciptakan langit dan bumi, menjadikan malaikat malaikat jadi utusan (pesuruh), yang mempunyai sayap dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat. Allah menambah kejadian apa yang dikehendakiNya. Sesunguhnya Allah Mahakuasa atas tiap tiap sesuatu.

40:2 Diturunkan kitab (ini) daripada Allah yang Mahaperkasa lagi Mahamengetahui.

40:3 Yang mengampuni dosa dan menerima taubat, keras siksaNya, lagi mempunyai kurnia yang luas. Tidak ada Tuhan, kecuali Dia. kepadaNya tempat kembali.

40:62 Itulah Allah Tuhanmu, yang menciptakan tiap tiap sesuatu. Tidak ada Tuhan, kecuali Dia. Maka bagaimanakan kamu berpaling?

40:64 Allah yang menjadikan bumi untukmu buat tempat tetap (sementara waktu) dan (menjadikan) langit sebagai atap (bangunan) dan Dia memberi rupamu, lalu dibaguskanNya rupamu dan Dia memberi rezeki kepadamu, diantara yang baik baik (lazat). Itulah Allah Tuhanmu. Mahasuci Allah, Tuhan semesta alam.

40:65 Dia hidup, tidak ada Tuhan kecuali Dia, sebab itu, sembahlah Dia serta mengikhlaskan agama bagiNya. Puji-pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.

40:66 Katakanlah : Aku dilarang menyembah orang-orang (tuhan-tuhan) yang kamu sembah, selain daripada Allah, setelah datang keterangan kepadaku daripada Tuhanku, dan aku disuruh supaya patuh kepada Tuhan semesta alam.

40:68 Dia yang menghidupkan dan mematikan. Apabila Dia hendak memutuskan suatu urusan, maka hanya Dia berkata kepadanya : Jadilah engkau, lalu jadilah ia.

42:8 Kalau Allah menghendaki, niscaya dijadikanNya mereka suatu umat, tetapi dimasukkanNya siapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya. Dan orang-orang yang aniaya tidak ada untuk mereka wali dan tidak pula penolong.

42:9 Bahkan adakah mereka mengambil wali wali (Tuhan-tuhan) selain daripadaNya? Pada hal Allah yang menjadi wali dan Dialah yang menghidupkan orang orang yang mati, dan Dia Mahakuasa atas tiap tiap sesuatu.

42:10 - Apa apa yang kamu perselisihkan tentang sesuatu, maka hukumnya dikembalikan kepada Allah. Itulah Allah Tuhanku, kepadaNya aku tawakkal dan kepadaNya aku kembali.

42:11 - Yang menciptakan langit dan bumi. Dia mengadakan jodoh bagimu, daripada dirimu, begitu pula jodoh jodoh pada binatang binatang ternak, sehingga kamu menjadi ramai. Tak ada suatupun yang menyerupaiNya. Dia Mahamendengar lagi Mahamelihat.

42:12 - KepunyaanNya perbendaharaan langit dan bumi. Dia melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya, dan menyempitkannya. Sesungguhnya Dia Mahamengetahui tiap tiap sesuatu.

42:13 - Dia telah mengaturkan agama bagimu, sebagaimana telah diwasiatkanNya kepada Nuh, dan yang Kami wahyukan kepadamu, dan yang Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, iaitu : Hendaklah kamu dirikan agama dan janganlah kamu berpecah belah dalam agama. Berat bagi orang orang musyrik (menerima) apa yang engkau serukan kepada mereka (iaitu mengesakan Allah). Allah memilih kepadaNya, siapa yang dikehendakiNya dan menunjuki siapa yang kembali kepadanya.

42:53 - (Iaitu) jalan (agama) Allah, yang mempunyai apa apa yang di langit dan apa apa yang di bumi. Ingatlah kepada Allah kembali segala urusan.

44:8 - Tidak ada Tuhan, kecuali Dia, (Dia) menghidupkan dan mematikan. (Dia) Tuhanmu dan Tuhan bapa bapamu yang dahulu. 

64:11 - (Seseorang ) tiada ditimpa malapetaka (musibah), melainkan dengan izin Allah. Barang siapa yang beriman kepada Allah, ditunjuki Allah hatinya. Allah Mahamengetahui tiap tiap sesuatu.

64:18 - Mengetahui yang ghaib dan yang hadir lagi Mahaperkasa dan Mahabijaksana.

71:13 - Mengapakah kamu tidak memikirkan kebesaran Allah?

71:14 - Sesungguhnya Dia menjadikan kamu bertingkat tingkat.

71:15 - Tiadakah kamu lihat, bagaimana Allah menjadikan 7 langit bertingkat tingkat?

71:16 - Dan mengadakan di dalamnya bulan bercahaya dan mengadakan matahari jadi pelita?

41:37 - Di antara tanda tanda Allah ialah malam dan siang, matahari dan bulan. (Sebab itu) janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula kepada bulan, dan sujudlah kepada Allah yang menciptakan semuanya itu, jika kamu menyembah kepadaNya.

71:17 - Allah menumbuhkan kamu dari bumi sebagai tumbuh-tumbuhan.

71:18 - Kemudian mengembalikan kamu kepadanya dan akan mengeluarkan kamu (dari dalamnya) sebenar-benar keluar.

85:9 - Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi. Allah menjadi saksi atas tiap tiap sesuatu.

85:13 - Sesungguhnya Dia memulai (mengadakan manusia) dan mengulangnya (menghidupkannya kembali).

85:14 - Dia Pengampun, lagi Penyayang.

85:15 - Yang mempunyai 'arasy lagi mulia.

85:16 - Yang memperbuat apa apa yang dikehendakinya.

87:1 - Sucikanlah nama Tuhanmu yang Mahatinggi,

87:2 - Yang menciptakan (semua alam) lalu menyempurnakan kejadiannya.

87:3 Dan yang menentukan dan memberi petunjuk,

87:4 Dan yang menumbuhkan padang rumput (tanam tanaman),