Dalam Al Quran Allah mencabar seluruh umat manusia bergabung
tenaga bagi menciptakan seekor lalat. Sudah tentu cerdik pandai di kalangan
manusia jika dikumpulkan dari serata sekalian ceruk pelusuk dunia itu tidak
mampu memperbuatnya. Apabila difikirkan lebih jauh, jika Allah mencabar kita
menciptakan sehelai daun kecil pun manusia sudah pasti tidak akan mampu
memperbuatnya. Allah banyak sekali
mengulang-ulangkan cerita “kami tumbuhkan bumi dari air menjadi tumbuhan yang
bermacam-macam warna” atau ulangan ayat yang sama erti maksud bicaranya ( Surah
2 : ayat 164 / 22:5 / 26:7 / 31:10 / 32:27 / 36:33,34,35,36 / 39:21 / 41:39 /
42:29 / 43:11 / 45:5 / 50:7,8,9,10,11 / 57:20 ) . Timbul persoalan kenapa Allah
sering merujuk kepada tumbuh tumbuhan? Setiap
yang dijadikan Allah bukan secara percuma atau sia-sia. Sekarang telah kerap
benar diperkatakan orang mengenai khasiat keladi tikus, cendawan susu harimau, cendawan
Shiitake, Lingzhi, Petawali, Mengkudu, tapak leman, apricot, graviola, nenas, manggis,
bawang putih, bawang merah, kunyit, tujuh bilah, hempedu bumi, tunjuk langit
dsbnya dalam khasiat masing masing menahan sel barah dari merebak bagi pesakit barah
dan bagi orang yang belum kena barah, mencegah sel-sel barah dari terbentuk
melalui menguat serta memperkukuh sistem pertahanan semulajadi badan (tahap kekuatan
imuniti tubuh) seseorang. Terdapat kata kata mengucapkan “seseorang telah mati sedangkan ia tidak mengetahui
bahawasa diatas pusaranya tumbuh herba yang sebenarnya boleh menjadi penawar
kepada penyakit yang menyebab kematiannya,” Terdapat juga kisah individu yang berjaya
sembuh dari penyakit barah setelah memilih cara hidup memakan makanan yang
betul, disiplin ketat, terapi meminum jus, senaman terancang teratur dan berkala.
Antara mereka yang terkenal adalah seniwati Dato Sarimah Ahmad, Datin Rahmah
Mahmood (Adik Ipar Mantan Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Badawi), Profesor
Sekine Susumu dan beberapa nama lain yang saya lupa nama mereka
(Sekiranya anda menegetahui, silalah kongsikan). Saya setuju dengan pendapat Profesor Sekine Susumu
di mana kata beliau, dalam pengubatan barah, kita perlu optimakan kualiti hidup
pesakit selepas kimoterapi dan radioterapi. Kebanyakkan pesakit barah, kondisi
mereka selepas kimoterapi, radioterapi dan prosedur pembedahan besar yang
panjang ada yang tidak begitu baik. Ada yang mati selepas 3 bulan melakukan
pembedahan radikal. Kualiti hidup
menjadi lebih buruk akibat kesan pembedahan, kimoterapi dan radioterapi.
Bukankah lebih baik mereka diberi peluang untuk mati dalam
keadaan aman, seperti mana kata kata ungkapan oleh Seniwati Sarimah Ahmad dan
Profesor Sekine Susumu. Selepas melalui
pembedahan radikal, kehilangan anggota badan; pesakit mati dalam keadaan sakit
dan menderita akibat kimo, radioterapi dan dari kesan pembedahan ( Sila baca
buku Profesor Sekine Susumu - Panjangkan
usia pesakit barah – Umur Pesakit kanser dipanjangkan 10 tahun tanpa pembedahan
).
No comments:
Post a Comment