Kisah Burung Tempua dan Sang Cacing
Burung tempua adalah sejenis
burung kecil yang sangat rajin dan tekun menganyam sarang dari rumput dan
pokok-pokok kecil. Sarangnya kemas dan cantik hingga sering kali menjadi bahan
penghias dinding di rumah anda barangkali. Ingatkah kita kisah Nabi Sulaiman
yang boleh mendengar bicara raja semut memberi arahan kepada semut-semut yang
lain supaya menyorok dalam rumah masing masing agar tidak mati dipijak oleh
tentera Nabi Sulaiman ( Surah 27 - An Naml: Ayat 18 ). Setiap makhluk ciptaan
Allah ada tugas tertentu mereka yang tersendiri. Sepatutnya kita memuji Allah
atas kasih sayang, kurnia, ihsan serta rahmat yang diturunkan Allah bukannya
dengan melakukan kemusnahan di muka bumi. Amalan membakar plastik, buang sampah
ke dalam sungai, buang sampah dari flet yang tinggi, buang anak, merokok lalu
asap si perokok menyebabkan bayi dalam kandungan cacat, kawan sebelah perokok
mendapat lelah adalah perkara jijik dan keji yang sangat dibenci Allah. Sarang
tempua seringkali jadi habuan orang yang mengumpulnya lalu menjualnya. Tugas si
burung tempua setiap hari apabila terbit suria pagi adalah mencari makan, balik
ke sarangnya memberi makan kepada anak. Apabila mendapati sarangnya telah
hilang dicuri manusia, si burung tidak putus asa, hilang akal dsbnya, sebaliknya
berusaha membuat sarang yang baru. Berbeza dengan sikap manusia apabila
berhadapan dengan masaalah ia jadi cepat putus asa hingga ada yang sanggup
membunuh diri. Juga kisah cacing binatang ciptaan Allah yang bersifat lemah kerana
tidak berkaki, tiada tangan, tiada mata, tiada hidung, tiada telinga tetapi
tekun bekerja dengan arahan yang ditetapkan Allah kepadanya iaitu menyuburkan
tanah, memberikan pengudaraan tanah bagi pertumbuhan pokok yang baik.
Sebaliknya manusia apabila diberikan kerja, liat hendak pergi kerja, bermacam
macam alasan, seolah olah tidak bersyukur terhadap kerja yang dianugerahkan
Allah kepadanya.
No comments:
Post a Comment