Manusia dalam Kerugian
Sesungguhnya manusia dalam amat rugi andainya
dia :
1. Memfitnah
orang lain.
2. Berbuat
bencana atas muka bumi.
3. Menonton
laman porno.
4. Membuang
masa dengan bermain permainan video di televisyen, androids, smart phone
dsbnya.
5. Menonton
filem bercorak hiburan, mengasyikkan serta melalaikan.
6. Tiada
berusaha untuk memberi manfaat kepada orang lain dalam hidupnya sebaliknya lebih
seronok untuk menyusahkan orang lain.
7. Berbual
kosong tanpa faedah.
Sesungguhnya manusia adalah sangat beruntung
sekiranya dia :
1. Tiada
melakukan perkara2 yang merugikan dirinya seperti telah disebut dalam perkara
diatas.
2. Menelaah
Al Quran, meneliti inti sari maksud serta pengajarannya serta mengamalkannya
dalam kehidupan sehariannya serta mengajarkannya pula kepada orang lain dengan
ikhlas dan percuma.
3. Berbincang
dengan mereka yang mengetahui atau pakar dalam sesuatu perkara tersebut sekiranya
dia berhajat membuat sesuatu perkara yang besar !
4. Membuat
perkara perkara yang memberi manfaat kepada orang lain atau mengajar orang lain
dengan ikhlas dan sepenuh hati tanpa mengharapkan sebarang bentuk imbal
balasan.
5. Tidak
menyusahkan orang lain secara sengaja!
No comments:
Post a Comment