Innocence
of Muslim
Filem ini ditayangkan di You
Tube pada bulan Ogos – September 2012. Filem ini memburukkan Nabi Muhammad
s.a.w. Di sana sini orang Muslim di seluruh dunia membuat tunjuk perasaan dan
ada yang bertindak lebih keterlaluan apabila bercita cita mahu membunuh pelakon
dan penerbit filem. Ada yang menjerit jerit, bertempik serta memekik seolah
olah kelakuannya seperti pengganas!!!
Allah menyuruh kita berfikir
dan Rasul Allah pula menyuruh kita berbuat memaafkan dan kebaikan! Berapa kerat
antara kita berfikir, sekiranya Nabi Muhammad masih hidup di zaman ini apakah
tindakbalas baginda? Islam adalah sebenarnya agama perdamaian dan menyeru kita
membuat kebaikan.
Tidak ada antara kita yang
memikirkan mengapa dan kenapa Innocence of Muslim diujudkan? Kita juga tidak
fikir jauh siapa yang ujudkan filem ini dan untuk tujuan apa ia diujudkan. Jauh
sekali antara kita yang berfikir bagaimana hendak menjernihkan kembali suasana
yang telah dikeruhkan oleh filem fitnah sebegini?? Tidak dinafikan filem ini amat
berniat jahat dan bertujuan memporak perandakan Islam melalui pembuktian Islam
itu pengganas!! Ia didalangi Yahudi yang mahu membuktikan serta memburukkan kita
sebagai penganas! Buktinya, banyak antara Muslimin yang hendak mengamuk, tunjuk
perasaan malahan hendak membunuh para pelakon serta sesiapa yang terlibat
dengan filem ini! Ini adalah keputusan akhir yang diimpikan oleh Yahudi iaitu
membuktikan betapa ganasnya masyarakat Islam !!!
Kita gagal menyelami apa
yang dibawa oleh Nabi Allah dalam dakwahnya. Tatkala baginda dilempar najis,
baginda masih tidak marah malah boleh pula memaafkan si pelempar! Tatkala
seorang Yahudi buta mencaci nista Baginda Rasullullah tetap sabar dan tabah
malah menyuapkan makanan ke dalam rongga mulut si Yahudi buta dengan lemah
lembut. Baginda Rasullullah tetap menyuapkan makanan ke dalam rongga mulut si
Yahudi buta yang ternganga luas walaupun si Yahudi buta ini mencaci nista dan
memburukkan Rasullullah! Si Yahudi buta tidak tahu yang menyuapkan makanan itu
adalah Baginda Rasullullah sendiri!! Pada satu hari selepas kewafatan Baginda
Rasullullah, Khalifah Abu Bakar bertanyakan kepada anaknya Aishah, tentang
perkara apakah yang selalu diamalkan oleh Rasullullah yang belum di praktikkan
oleh Baginda Abu Bakar? Aishah menyebut Baginda Rasullullah selalu menyuapkan
makanan kepada seorang Yahudi buta di pinggir Pekan. Apabila Khalifah Abu Bakar
menyuapkan makanan ke mulut si Yahudi Buta, si Yahudi telah menempelak Khalifah
Abu Bakar, “Cis, Siapakah kamu yang menyuapkan makanan ke mulutku? Di manakah
orang yang selalu menyuapkan daku makanan? Khalifah Abu Bakar bertanyakan
bagaimanakah si Yahudi Buta mengetahui orang yang menyuapkan itu bukan orang
yang biasa menyuapkannya makanan sedangkan ia tidak dapat melihat? Si Yahudi
buta menerangkan bahawa orang yang selalu menyuapkannya makanan adalah dengan
lemah lembut siasahnya dan sanggup menunggunya mengunyah seluruh makan hingga
hancur terlebih dahulu sebelum menyuap kepadanya lagi. Si Yahudi buta
kehairanan kerana manusia yang biasa menyuapkan nasi ke mulutnya telah tidak
lagi berbuat demikian ke padanya lalu bertanya kemanakah gerangan perginya lelaki
itu? Khalifah Abu Bakar menjawab sambil menangis menerangkan lelaki yang selalu
menyuapkan makanan kepada Yahudi buta itu telah meninggal dunia. Si Yahudi buta
bertanya lagi kepada Khalifah Abu Bakar siapakah lelaki yang selalu menyuapkan
makanan kepadanya dengan lemah lembut dan berhemah walaupun dia mencaci nista
serta memburukkan Rasullullah semasa si Yahudi buta mengunyah? Khalifah Abu
Bakar menjawab bahawasanya orang yang menyuapkan makanan dengan lemah lembut
dan sanggup menunggu si yahudi mengunyah makanan sambil si Yahudi Buta itu
mencaci Muhammad itu adalah Nabi Muhammad itu sendiri! Si Yahudi buta terkejut dan insaf lalu ia
memeluk Islam selepas itu!!! Nah sekarang tidak bolehkah kita berfikir lagi
apakah sepatutnya penyelesaian yang patut dibuat oleh umat Islam terhadap filem
filem fitnah seperti Innocence of Muslim?
Terdapat juga kisah Baginda
Rasullulah yang mempunyai musuh yang sentiasa memusuhi Islam tetapi baginda
masih mahu berbaik dengan mereka! Tak silapnya si Abu Lahab kononnya sudah mati
akal bagaimana mahu menyakiti hati Baginda Rasulllulah maka pada suatu hari, si
Abu Lahab mahu menjodohkan dua anak lelaki kandungnya dengan 2 orang anak
perempuan Rasulullah. Rasulullah menerima pinangan itu dengan hati terbuka. Selepas
bebarapa ketika, Abu Lahab memerintahkan anak lelakinya menceraikan isteri
mereka! Berita ini diterima dengan tenang oleh Baginda Rasulllulah tanpa mahu membuat
permusuhan.
Berapa kerat antara kita
yang sanggup membuat filem seperti kita filemkan kisah Baginda Rasulullah dengan
si Yahudi buta ini bagi menerangkan perkara
sebenar tentang kelembutan dan betapa berhemahnya Islam ?
Berapa kerat antara kita yang
sanggup mengumpulkan ayat ayat dalam Al Quran berkenaan larangan menyakiti atau
meroboh rumah ibadat agama lain yang dilarang Allah terang terangan dalam Al
Quran? Mengikut ayat Allah ini peristiwa kejadian merobohkan bangunan pada 11
September itu adalah amat amat dilarang dalam Islam !! !
No comments:
Post a Comment