Yazid Arraqqasyi dari Anas bin
Malik ra. berkata Jibrail datang Kepada Nabi saw ada waktu yg ia tidak biasa
datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad,
aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api
neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu
benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk
bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya". Lalu nabi s. a. w.
bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam? ". Jawabnya:
"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu
tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam
nyala dan baranya.
- Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya
akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi
Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka
itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya.
- Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut
dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke
bawah bumi yg ke tujuh.
- Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat
panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan
minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan
api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan". Nabi s. a.
w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, sesetengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda". Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah
penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg
terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir
setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s.serta keluarga Fir'aun sedang
namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu
ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis
dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang
yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir".
Kemudian Jibrail diam segan
pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak Kau terangkan
penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang
berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat".
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali
dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan
masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa
besar dari ummatmu". Kemudian Nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga
menangis, kemudian Nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar
kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. Dari Hadith Qudsi
"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat Sedangkan kamu tak dapat
bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka
jahanamKu itu "
- Neraka Jahanam
itu mempunyai 7 tingkat
- Setiap tingkat
mempunyai 70,000 daerah
- Setiap daerah
mempunyai 70,000 kampung
- Setiap kampung
mempunyai 70,000 rumah
- Setiap rumah
mempunyai 70,000 bilik
- Setiap bilik
mempunyai 70,000 kotak
- Setiap kotak
mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
- Di bawah setiap
pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
- Di dalam mulut
setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam
pekat.
- Juga di bawah
setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
- Setiap rantai
diseret oleh 70,000 malaikat.
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
Turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat,sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh
Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk (Al-Baqarah : 159).
Na'uzubillah !
No comments:
Post a Comment