Friday 28 December 2012

Manusia dalam Kerugian


Manusia dalam Kerugian

Sesungguhnya manusia dalam amat rugi andainya dia :

1.   Memfitnah orang lain.
2.   Berbuat bencana atas muka bumi.
3.   Menonton laman porno.
4.   Membuang masa dengan bermain permainan video di televisyen, androids, smart phone dsbnya.
5.   Menonton filem bercorak hiburan, mengasyikkan serta melalaikan.
6.   Tiada berusaha untuk memberi manfaat kepada orang lain dalam hidupnya sebaliknya lebih seronok untuk menyusahkan orang lain.
7.   Berbual kosong tanpa faedah.

Sesungguhnya manusia adalah sangat beruntung sekiranya dia :

1.   Tiada melakukan perkara2 yang merugikan dirinya seperti telah disebut dalam perkara diatas.
2.   Menelaah Al Quran, meneliti inti sari maksud serta pengajarannya serta mengamalkannya dalam kehidupan sehariannya serta mengajarkannya pula kepada orang lain dengan ikhlas dan percuma.
3.   Berbincang dengan mereka yang mengetahui atau pakar dalam sesuatu perkara tersebut sekiranya dia berhajat membuat sesuatu perkara yang besar !
4.   Membuat perkara perkara yang memberi manfaat kepada orang lain atau mengajar orang lain dengan ikhlas dan sepenuh hati tanpa mengharapkan sebarang bentuk imbal balasan.
5.   Tidak menyusahkan orang lain secara sengaja!

No comments:

Post a Comment