Friday 28 December 2012

Innocence of Muslim


Innocence of Muslim

Filem ini ditayangkan di You Tube pada bulan Ogos – September 2012. Filem ini memburukkan Nabi Muhammad s.a.w. Di sana sini orang Muslim di seluruh dunia membuat tunjuk perasaan dan ada yang bertindak lebih keterlaluan apabila bercita cita mahu membunuh pelakon dan penerbit filem. Ada yang menjerit jerit, bertempik serta memekik seolah olah kelakuannya seperti pengganas!!!

Allah menyuruh kita berfikir dan Rasul Allah pula menyuruh kita berbuat memaafkan dan kebaikan! Berapa kerat antara kita berfikir, sekiranya Nabi Muhammad masih hidup di zaman ini apakah tindakbalas baginda? Islam adalah sebenarnya agama perdamaian dan menyeru kita membuat kebaikan.

Tidak ada antara kita yang memikirkan mengapa dan kenapa Innocence of Muslim diujudkan? Kita juga tidak fikir jauh siapa yang ujudkan filem ini dan untuk tujuan apa ia diujudkan. Jauh sekali antara kita yang berfikir bagaimana hendak menjernihkan kembali suasana yang telah dikeruhkan oleh filem fitnah sebegini?? Tidak dinafikan filem ini amat berniat jahat dan bertujuan memporak perandakan Islam melalui pembuktian Islam itu pengganas!! Ia didalangi Yahudi yang mahu membuktikan serta memburukkan kita sebagai penganas! Buktinya, banyak antara Muslimin yang hendak mengamuk, tunjuk perasaan malahan hendak membunuh para pelakon serta sesiapa yang terlibat dengan filem ini! Ini adalah keputusan akhir yang diimpikan oleh Yahudi iaitu membuktikan betapa ganasnya masyarakat Islam !!!

Kita gagal menyelami apa yang dibawa oleh Nabi Allah dalam dakwahnya. Tatkala baginda dilempar najis, baginda masih tidak marah malah boleh pula memaafkan si pelempar! Tatkala seorang Yahudi buta mencaci nista Baginda Rasullullah tetap sabar dan tabah malah menyuapkan makanan ke dalam rongga mulut si Yahudi buta dengan lemah lembut. Baginda Rasullullah tetap menyuapkan makanan ke dalam rongga mulut si Yahudi buta yang ternganga luas walaupun si Yahudi buta ini mencaci nista dan memburukkan Rasullullah! Si Yahudi buta tidak tahu yang menyuapkan makanan itu adalah Baginda Rasullullah sendiri!! Pada satu hari selepas kewafatan Baginda Rasullullah, Khalifah Abu Bakar bertanyakan kepada anaknya Aishah, tentang perkara apakah yang selalu diamalkan oleh Rasullullah yang belum di praktikkan oleh Baginda Abu Bakar? Aishah menyebut Baginda Rasullullah selalu menyuapkan makanan kepada seorang Yahudi buta di pinggir Pekan. Apabila Khalifah Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulut si Yahudi Buta, si Yahudi telah menempelak Khalifah Abu Bakar, “Cis, Siapakah kamu yang menyuapkan makanan ke mulutku? Di manakah orang yang selalu menyuapkan daku makanan? Khalifah Abu Bakar bertanyakan bagaimanakah si Yahudi Buta mengetahui orang yang menyuapkan itu bukan orang yang biasa menyuapkannya makanan sedangkan ia tidak dapat melihat? Si Yahudi buta menerangkan bahawa orang yang selalu menyuapkannya makanan adalah dengan lemah lembut siasahnya dan sanggup menunggunya mengunyah seluruh makan hingga hancur terlebih dahulu sebelum menyuap kepadanya lagi. Si Yahudi buta kehairanan kerana manusia yang biasa menyuapkan nasi ke mulutnya telah tidak lagi berbuat demikian ke padanya lalu bertanya kemanakah gerangan perginya lelaki itu? Khalifah Abu Bakar menjawab sambil menangis menerangkan lelaki yang selalu menyuapkan makanan kepada Yahudi buta itu telah meninggal dunia. Si Yahudi buta bertanya lagi kepada Khalifah Abu Bakar siapakah lelaki yang selalu menyuapkan makanan kepadanya dengan lemah lembut dan berhemah walaupun dia mencaci nista serta memburukkan Rasullullah semasa si Yahudi buta mengunyah? Khalifah Abu Bakar menjawab bahawasanya orang yang menyuapkan makanan dengan lemah lembut dan sanggup menunggu si yahudi mengunyah makanan sambil si Yahudi Buta itu mencaci Muhammad itu adalah Nabi Muhammad itu sendiri!  Si Yahudi buta terkejut dan insaf lalu ia memeluk Islam selepas itu!!! Nah sekarang tidak bolehkah kita berfikir lagi apakah sepatutnya penyelesaian yang patut dibuat oleh umat Islam terhadap filem filem fitnah seperti Innocence of Muslim?

Terdapat juga kisah Baginda Rasullulah yang mempunyai musuh yang sentiasa memusuhi Islam tetapi baginda masih mahu berbaik dengan mereka! Tak silapnya si Abu Lahab kononnya sudah mati akal bagaimana mahu menyakiti hati Baginda Rasulllulah maka pada suatu hari, si Abu Lahab mahu menjodohkan dua anak lelaki kandungnya dengan 2 orang anak perempuan Rasulullah. Rasulullah menerima pinangan itu dengan hati terbuka. Selepas bebarapa ketika, Abu Lahab memerintahkan anak lelakinya menceraikan isteri mereka! Berita ini diterima dengan tenang oleh Baginda Rasulllulah tanpa mahu membuat permusuhan.

Berapa kerat antara kita yang sanggup membuat filem seperti kita filemkan kisah Baginda Rasulullah dengan si  Yahudi buta ini bagi menerangkan perkara sebenar tentang kelembutan dan betapa berhemahnya Islam ?

Berapa kerat antara kita yang sanggup mengumpulkan ayat ayat dalam Al Quran berkenaan larangan menyakiti atau meroboh rumah ibadat agama lain yang dilarang Allah terang terangan dalam Al Quran? Mengikut ayat Allah ini peristiwa kejadian merobohkan bangunan pada 11 September itu adalah amat amat dilarang dalam Islam !! !




No comments:

Post a Comment