Saturday 6 July 2013

Allah Ujud


Allah Ujud



2:255 Allah, tak adalah Tuhan, melainkan Dia, (Ia) hidup, berdiri (memelihara semesta alam), tiada Ia mengantuk dan tiada pula tidur. BagiNya apa apa yang di langit dan apa apa yang di bumi. Tidak ada yang memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya, melainkan dengan izinNya. Dia mengetahui apa apa yang dihadapan mereka dan apa apa yang di belakang mereka. Mereka tiada mengetahui sesuatu pengetahuan, melainkan dengan kehendakNya. KursiNya (ilmuNya/kerajaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiada susah bagiNya memelihara keduanya. Dia Mahatinggi lagi Mahabesar.

16:3 Dia menciptakan langit dan bumi dengan sebenarnya. Maha tinggi Allah dari apa2 yang mereka persekutukan.

16:12 Dia tundukkan untukmu malam dan siang, matahari dan bulan. Semua bintang bintang tunduk dibawah perintahNya. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang berakal.

20:124 Barang siapa berpaling dari peringatanKu (Quran), maka untuknya penghidupan yang sempit, kemudian Kami himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

24:39 Orang-orang yang kafir, amalan mereka itu seperti bayangan panas di padang pasir, orang yang haus mengira bahawa itu adalah air. Sehingga apabila ia sampai ke tempat itu, ia tiada mendapati suatu apapun dan dia mendapati Allah di sisi amalannya, lalu Allah menyempurnakan perhitungannya. Allah amat cepat perhitungan Nya.

24:40 Atau amalan mereka seperti gelap gulita di tengah-tengah laut yang dalam, di lamun ombak, di atas ombak itu ada ombak pula, di atasnya ada awan. Gelap gulita bercampur gelap gulita. Apabila seseorang mengeluarkan tangannya hampir dia tidak dapat melihatnya. Barang siapa yang tiada diberi Allah cahaya, maka tidak adalah cahaya untuknya.

27:86 Tiadakah mereka melihat, bahawa Kami menjadikan malam untuk mereka bersenang senang dan siang untuk melihat (berusaha)? Sungguh tentang demikian itu jadi tanda2  untuk kaum yang beriman.

27:88 Engkau lihat gunung gunung, engkau kira ia tetap, padahal ia lari seperti lari awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang menjadikan tiap2 sesuatu dengan kokoh. Sungguh Dia Mahamengetahui apa apa yang kamu perbuat.

28:71 Katakanlah (Ya Muhammad): Adakah kamu lihat, jika Allah menjadikan malam untukmu, terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan lain daripada Allah, yang sanggup memberikan cahaya kepadamu?  Apa tiadakah kamu mendengar?

28:72  Katakanlah: Adakah kamu lihat, jika Allah menjadikan siang untukmu, terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan lain daripada Allah, yang sanggup mengadakan malam, untukmu bersenang senang?  Apa tiadakah kamu melihat?

28:73 Di antara rahmatNya, ialah mengadakan untukmu malam dan siang, supaya kamu bersenang senang malam hari dan mencari kurniaNya (penghidupan) (siang hari), mudah mudahan kamu berterima kasih (kepadaNya).

29:61  Demi, kalau engkau tanyakan kepada mereka Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan, niscaya mereka menjawab : Allah. Maka kemanakah mereka berpaling?

29:63  Demi, kalau engkau tanyakan kepada mereka Siapakah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu dihidupkanNya bumi yang telah mati, niscaya mereka menjawab : Allah. Katakanlah : Puji pujian bagi Allah ( atas pengakuan kamu itu ). Tetapi kebanyakkan mereka tiada memikirkan.

30:37 Tiadakah mereka lihat, bahwa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya dan menyempitkannya (bagi siapa yang dikehendakiNya). Sungguh tentang demikian itu menjadi tanda tanda (atas ada Allah) bagi kaum yang beriman.

 

31:29

35:13 Dia memasukkan malam kedalam siang dan memasukkan siang kedalam malam, dan Dia menundukkan matahari dan bulan (untuk kepentinganmu), masing2 berlari (beredar), hingga waktu yang ditentukan. Itulah Allah, Tuhanmu, baginya semua kerajaan. Orang orang (berhala) yang kamu sembah, selain daripada Allah, tiada mempunyai sebesar kulit tipispun  (sedikitpun).

36:38 – 40

39:38 –

40:57

40:64

41:11 – 12

41:37

42:11 , 29

43:9 Demi jika engkau tanyakan kepada mereka, siapa yang menciptakan langit dan bumi, niscaya mereka menjawab : Yang menciptakannya adalah (Allah) yang mahaperkasa lagi Mahamengetahui.

43:10 Yang menjadikan bumi untukmu, sebagai tempat tinggal dan mengadakan untukmu disana beberapa jalan, mudah mudahan kamu mendapat petunjuk.

45:5

50:6

52:36

55:5

57:4

64:3

65:12 Allah yang menjadikan tujuh petala langit dan bumi seumpamanya.  Perintah Allah turun antara semuanya, supaya kamu ketahui, bahawa sesungguhnya Allah Mahakuasa atas tiap tiap sesuatu, dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi  tiap tiap sesuatu.

67:3 Yang menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat. Tiadalah engkau lihat kekurangan (tidak sesuai) pada mahkluk Rahman (Allah). Maka engkau ulanglah melihatnya (langit itu) . Adakah engkau lihat (disana) pecah belah (rosak rosak)?

67:4 Kemudian engkau ulanglah melihatnya 2 kali lagi, niscaya kembali mata engkau menjadi hina dan silau.

67:5 Sesungguhnya Kami hiasi langit, yang hampir ke dunia dengan bebberapa pelita (bintang2) dan Kami jadikan tahi-tahi bintang, untuk pelempar syetan syetan dan Kami sediakan untuk mereka seksa neraka.

67:15 Dia yang menjadikan bumi untukmu dengan mudah kamu jalani, maka berjalanlah kamu di beberapa penjurunya dan makanlah rezeki Allah, dan kepadanya (kamu) berbangkit.

112:1 Katakanlah (ya Muhammad): Dialah Allah yang Mahaesa.

112:2 Allah yang dituju (untuk meminta hajat)

112:3 Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan (berbapa).

112:4 Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya

 

 

Adakah kita berfikir jika satelit ciptaan manusia boleh terlontar dari ketetapan orbitnya dalam masa kurang 50 tahun, kenapa setelah ribuan tahun bumi serta planet-planet lain tidak terpenggal yakni terlontar daripada orbitnya semasa mengelilingi matahari? Siapa yang menetapkan bumi berputar mengelilingi matahari? Mampukah professor Fizik memberi jawapannya? Dari sebesar-besar planet hinggakan ke sekecil-kecil zarah (atom) , teori zarah adalah nukleusnya dikelilingi oleh elektron yang beredar mengelilingi nukleus di petala masing masing. Bilangan elektron adalah sama dengan bilangan proton. Proton adalah ditengah tengah atom bersama neutron. Apabila elektron yang di petala paling luar terlepas dari atom, atom bertukar menjadi ion atau telahannya atom telah mengion! Ion menjadi tidak stabil dan mahu bergabung dengan ion lain bagi menjadi sebatian yang lebih stabil. Ada dua jenis ion iaitu ion positif dan ion negatif.

Tenaga cahaya juga diserap oleh air laut sehingga tidak sampai ke tengah atau dasar laut yang dalam. Tiada cahaya bermaksud tiada fotosintesis! Tiada fotosintesis bermakna tiada kehidupan! Tetapi adakah anda memikirkan kenapa masih ada hidupan di kawasan laut yang dalam? Siapakah yang memberi makan kepada organisma ini? Selain itu, laut yang dalam adalah bertekanan tinggi ( sila googlekan Boyle’s Law dan Henry’s Law ) dari segala arah. Kapal selam buatan manusia juga tidak mampu pergi ke dasar laut yang dalam kerana ia akan pecah lantaran tekanan air laut yang tinggi! Kenapa ikan di laut dalam boleh mampu menyesuaikan diri dengan tekanan yang melampau ini? Kenapa badan ikan tidak pecah lantaran tekanan air amat tinggi? Siapakah yang mencipta ikan dengan kelebihan sedemikian yakni ikan sesuai serta boleh hidup selesa dimana kapal selam manusia pada kedalaman yang sama akan hancur punah ranah? Jurang laut paling dalam terletak di Lautan Pasifik berhampiran Filipina sedalam 10,057 kaki di bawah paras laut.

Allah menetapkan bumi mengelilingi matahari pada hari dan kadar yang tertentu. Kadar ini tidak berubah-ubah sehingga manusia mampu mencipta alat pengukur masa iaitu jam. Dapat juga manusia mencipta kalendar dan tahun oleh dari masa putaran bumi ini.

Ramai Manusia tidak menyedari bahawa bumi adalah sebuah planet yang paling sempurna kejadiannya sehingga mengizinkan berbagai kehidupan tumbuh dan hidup diatas permukaannya. Selain itu, terdapat juga hidupan yang hidup di suasana yang melampau seperti mikroorganisma yang mampu hidup dalam kawah gunung berapi di mana suhunya terlampau panas dan tidak sesuai didiami oleh penghuni jenis lain. Terdapat juga hidupan yang boleh hidup di suasana melampau seperti di laut dalam. Di laut dalam, tiada cahaya yang dapat menembusinya kerana cahaya matahari tidak mampu menembusi air laut. Dalam Al Quran, Allah mengumpamakan orang2 tidak beriman berada di dalam kegelapan. Sebaliknya orang yang beriman berada dalam cahaya yang menerangi mereka.

Matahari adalah sebutir bintang yang sentiasa mengeluarkan tenaga dalam bentuk haba, cahaya, radiasi, elektromagnet dan sebagainya. Setiap tenaga ini berbeza-beza jarak gelombang, magnitude dan frekuensinya. Ada yang boleh dilihat ( 7 cahaya pelangi ) dan ada yang tidak boleh dilihat (Elekromagnet / X Ray / Radiasi dsbnya). Bumi dibanding matahari hanyalah sebuah planet kecil, namun kita amat memerlukan cahaya matahari yang sedikit sahaja sampai ke bumi. Cahaya matahari yang sampai ke bumi hanya sebahagian kecil saja. Tak sampai pun 0.01%. Cahaya dan tenaga yang dibebaskan matahari tersebar ke seluruh arah pada setiap masa. Matahari adalah sebutir bintang kecil jika dibandingkan dengan jutaan bintang bintang lain di langit. Jutaan bintang bintang lain ini juga membebaskan tenaga yang amat banyak dan inilah gambaran kekuasaan Allah yang amat besar serta amat luas.

Berapa banyakkah antara kita sedar, bahawa Allah telah menciptakan bumi ini dengan terlalu banyak keseimbangan. Jika tidak seimbang, maka manusia dan segala jenis kehidupan lain tidak dapat hidup atas permukaan bumi. Sebagai contoh, adalah kandungan gas yang kita sedut sehari hari pada sepanjang masa. Kandungan gas ini adalah tetap sepanjang masa dari dulu sampai sekarang. Siapakah yang menetapkan kandungan gas ini sedemikian rupa sehingga sesuai segala kehidupan hidup dan membiak di dalamnya? Adakah ia terjadi dengan begitu sahaja? Mengapa NASA masih belum menemui satu pun planet yang sesuai didiami manusia? Siapakah yang merekacipta dan menetapkan ketetapan sedemikian jika selain Allah?

Oksijen = 21%

Nitrogen = 78%

Karbon Dioksida = 1%

Karbon Monoksida = kurang 1%

Tahukah anda sekiranya kandungan gas oksijen atas permukaan bumi melebihi 21%, manusia, tumbuh-tumbuhan dan hidupan lain tidak dapat hidup? Sel sel akan menjadi rosak akibat radikal bebas. Letupan dan kebakaran mudah terjadi kerana gas oksijen sangat membantu pembakaran! Begitu juga keadaannya  jika oksijen dalam atmosfera kurang dari 21% di mana manusia, tumbuh-tumbuhan dan hidupan lain tidak dapat hidup! Jika oksijen dalam atmosfera kurang dari 21%, manusia tidak dapat membakar makanan dengan sempurna! Pernafasan manusia akan terganggu seperti mengalami sesak nafas. Paras pH darah akan menjadi berasid akibat pengumpulan gas karbon monoksida dalam darah. Manusia akan bernafas cesara hiperventilasi dan lama kelamaan akan menyebabkan respiratori alkalosis dan sebagainya!

Tahukah anda pepohon hijau dan daun menukarkan gas karbon dioksida yang dikeluarkan oleh manusia dan haiwan kepada oksijen? Setiap hari, sebanyak 200 bilion tan gas oksijen dikeluarkan oleh tumbuh tumbuhan. Jika tiada pokok yang tinggal, lihatlah ikan di dalam akuarium mati terkapai kerana tidak mendapat oksijen.. Dari itu, eloklah anda tanam satu pokok dalam sehari.

Malangnya, terdapat manusia rakus yang tidak kisah dengan pencemaran alam. Pembalakkan tidak terkawal / projek perumahan semuanya menyebabkan hakisan tanah serta memusnahkan tumbuhan dan haiwan yang bernilai perubatan merawat barah dari kawasan hutan. Ada spesis yang belum lagi dikenalpasti namanya apatah lagi nilai perubatannya!  Masih banyak lori dan bas mengeluarkan asap berkepul-kepul. Motosikal 2 lejang juga mengeluarkan asap  beracun. Ladang Nuklear Linas dibenarkan beroperasi. Pihak yang memerintah tidak melakukan apa-apa tindakan penambahbaikan. Tiada sebarang pemantauan. Tidak hairan kes barah meningkat dan gaya penyakit barah tidak lagi ditentukan oleh faktor keturunan (Genetik). Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit barah! Keadaan ini berbeza dengan di Negara Eropah, Jepun, Amerika, new Zealand, Australia dsbnya dimana pencemaran alam sekitar amat dititik beratkan!

Nota 1 : Ulama di zaman lampau adalah serba boleh. Jauh sekali jika dibandingkan dengan ulama zaman sekarang! Sudah sampai masanya ulama zaman sekarang mencontohi teladan baik ulama zaman lampau agar kegemilangan agama Islam akan kembali dan tidak lagi menjadi cercaan dan kejian penduduk dunia!

 
Ulama Tut Tut
Ulama Sebenar
1
Hanya berpendidikan peringkat tertinggi PhD hanya dalam bidang Agama semata-mata. Mereka tiada pengetahuan mendalam bidang bidang perubatan, IT, Fizik, Kimia, Matematik, Astronomi, Nuklear, Botani, Geophysics, Biotechnoloji, Persekitaran dsbnya.
Ulama zaman dulu kala tiada PhD tetapi berpengetahuan luas dalam bidang Agama, Astronomi, Matematik, Kimia, Perubatan, Fizik dan sebagainya sehingga buku-buku karangan mereka diseludup ke Eropah dan menjadi bahan rujukan bangsa Barat dalam memajukan serta menjadi asas teknoloji sains bangsa Barat. Ada Formula Ilmu Hisab, Aljibra menjadi asas matematik sampai sekarang. Begitu juga dalam bidang Perubatan, Kaji Bintang, Kimia, Fizik dsbnya.
Al Khindi, Al Khawarizmi, Ibnu Sina antara nama-nama besar cendekiawan Islam zaman silam yang tidak mengharapkan upah dunia tetapi berusaha bersungguh sungguh mengkaji Ilmu Allah serta memanfaatkan ilmu tersebut demi kebaikan manusia.
2.
Takut-takut dan ragu-ragu menyuarakan pendapat kerana takut akan dipecat dipenjarakan dsbnya
Sanggup berkorban apa sahaja termasuk jiwa raga.
3.
Bersikap bacul dan dayus.
Bersikap berani mati demi menegakkan hukum agama.
4.
Tidak bersatu pendapat malah, berbantah-bantah antara satu sama lain.
Bersatu pendapat
5.
Melenting apabila dikritik!
Boleh mendengar kritikan orang lain dan tidak marah dengan kritikan tersebut, sebaliknya meminta orang yang mengkritik menyenaraikan kelemahan mereka serta bagaimana pandangan pengkritik untuk ulama tersebut memperbaiki kelemahan / kesilapannya. Ulama juga berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan mereka dangan berubah, menimba ilmu dan lain2 cara.
6.
Sanggup memfitnah dan diperalatkan oleh orang / pihak tertentu bermatlamat duniawi.
Tidak begitu.
7.
Gelap mata bila mendapat habuan duit.
Tidak dapat dirasuah kerana ulama ini berada di jalan yang lurus.
8.
Bersikap ria atau suka menunjuk-nunjuk.
Bersikap amat sederhana, lembut, boleh berunding dan dihormati dan disanjung orang ramai.
9.
Amat disukai dan disenangi oleh Iblis
Ulama zaman dulu amat dibenci Iblis. Iblis susah hati sama mereka!

 

Nota 2 : Metro 19 Februari 2012 bertajuk : Seksi beracun: Ramai amoi penggoda dari China hidap HIV. Malaysia amat mementingkan sektor pelancongan hingga terlupa untuk memantau atau menahan pelancong berbahaya yang datang merosakkan Negara ini! Contohnya warga Afrika atau Awang Hitam yang mengkeldai dadahkan wanita melayu serta menipu perdaya jutaan ringgit wang rakyat Malaysia dalam internet. Diberitakan akhbar metro, bahawa amoi penggoda dari China adalah gred C (berpenyakit HIV @ Hepatitis B, Sexually Tranmitted Diseases dsbnya) dan kumpulan ini yang dibenarkan masuk ke Malaysia! Ada pula yang bersuamikan suami kontrak di Negara ini! Kalau anda pergi berjalan ke Emporium di ibukota, mereka berani mempelawa nak servis atau tidak walaupun anda berjalan dengan isteri! Bila anda dah dapat servis, anda sebarkan pula penyakit HIV, Hepatitis B atau STDs kepada isteri. Orang tak berdosa jadi mangsa. Contoh ulama bacul dan dayus adalah: Pada waktu sekarang dianggarkan lebih 400 kelahiran luar nikah didaftarkan di Malaysia. Bermaksud dalam setahun anggaran 150,000 kelahiran luar nikah didaftarkan. Ini tidak termasuk kes buang anak dan bunuh bayi yang tidak diketahui! Juga tidak termasuk jumlah pengguguran haram. Tidak termasuk kes kejadian ibu muda mati akibat pengguguran haram. Jangan dilupakan juga ratusan ribu hubungan jenis haram yang tidak jadi hamil! Sekarang ribuan orang Islam telah murtad. Murtad berlaku berleluasa dan tidak boleh terkawal kerana undang undang Malaysia yang mengikut undang2 British melindungi orang murtad. Kenapa tidak diubah artikel 11 agar orang2 Islam yang murtad diadili hanya di bawah mahkamah Syariah? Katakan berapa ramai ulama dan mufti berani menegakkan kebenaran? Berapa banyak mufti dan ulama yang berani menegur pihak pemerintah agar berbuat sesuatu? Kenapa biarkan pesta dan rancangan hiburan yang menggalak maksiat? Kenapa tidak ditapis rancangan televisyen radio majalah dsbnya? Kenapa diharamkan sekolah agama rakayat? Kenapa dihapuskan tulisan jawi? Katakan berapa banyak ulama dan mufti berani menegakkan kebenaran?

Nota 3 : Tiadakah kita perhatikan cerdik pandai Islam sekarang menulis buku sebegini bunyinya, Hak Cipta Terpelihara, Tidak dibenarkan mengulang cetak dalam apa jua bentuk baik elektronik, internet, paparan slaid, buku dsbnya dari mana-mana bahagian dari buku ini tanpa keizinan secara bertulis dari penerbit/penulis. Allah melihat apa yang anda buat; Belilah yang halal, Dengarlah CD Quran yang Halal – berdosa kalau anda dengar yang cetak rompak -. Tindakan potong tangan akan dikenakan atas penciplak, Tindakan undang undang akan diambil kepada penciplak hak cipta – Lebih buruk lagi sampai ada kata kunci bagi memastikan CD itu hanya asli yang harganya sampai 70 Ringgit!

Amat menjengkelkan kita kerana mereka menjual ilmu Allah untuk kepentingan peribadi dan keuntungan duniawi, sedangkan Nabi serta Rasul Allah tidak pernah mengharapkan sezarrah upah atau balasan daripada ummat yang mereka dakwahkan!!! Allah tidak pernah menurunkan Torah, Injil dan Quran untuk diperniagakan sehingga orang menjadi kaya raya dengannya!!! Kitab Allah untuk disebarkan seluas luasnya bukan untuk cari untung individu!

Nabi Ibrahim dicampakkan kaumnya ke dalam api kerana tidak puas hati dengan dakwah Nabi Ibrahim yan melarang kaumnya menyembah berhala; Nabi Nuh dilontar najis serta dipersendakan oleh kaumnya. Nabi Luth dihina serta dipersenda kaumnya. Nabi Isa diperolok-olokkan malah dibunuh seperti kepercayaan penganut Kristian (Nabi Isa sebenarnya diangkat ke langit dan seorang pengkhianat Yahudi diserupakan Allah mukanya seperti muka Nabi Isa lalu disalib). Nabi Muhammad dilempar najis dan batu malah ada beberapa kali cubaan memnbunuhnya kerana berdakwah, baik lelaki mahupun wanita Yahudi pernah cuba membunuh nabi Muhammad; Nabi Yahya (John The Baptist) dan nabi Zakaria dibunuh oleh kaumnya (Kaum Yahudi - Raja Herode yang mahu bernikah dengan anak saudaranya yang cantik jelita tetapi dibantah oleh Nabi Yahya yang berpegang teguh mengikut ajaran kitab Allah, Torah/Old Testament ). Terdapat juga Nabi kaum Yahudi yang dicampakkan oleh kaum Yahudi ke dalam kandang singa dan harimau. Penulis tidak malu menggunakan ayat Allah bagi mendapatkan wang, jelas sekali mereka lebih cintakan atau membesarkan atau mengutamakan mengejar dunia dari akhirat!!!

Seharusnya penulis buku menulis sebegini iaitu, “Asalkan tidak mengubah isi dan erti, untuk keperluan dakwah, pendidikan dan edaran semata-mata, diperbolehkan mengutip dan memperbanyakkan sebahagian atau seluruh isi buku ini tanpa izin dari penulis, penerbit atau dari penterjemah!

Nota 4 : Kepada alim ulama yang tidak bersikap buruk seperti diceritakan, dipohon maaf dan setinggi tahniah diucapkan kepada anda semoga amalan dan usaha baik anda hanya Allah yang dapat  membalasnya. Tidak sesekali berniat menghina tetapi hanya sekadar nasihat untuk penambahbaikan demi faedah kebaikan umat Islam seluruhnya.

No comments:

Post a Comment