Tragedi Memali bukan ajaran sesat
4:01PM Okt
27 2009
Dewan Pemuda PAS menyanggah
sekeras-kerasnya tulisan di akhbar Kosmo!
(26 Oktober) bertajuk "Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat" yang
mengaitkan peristiwa Memali, Kedah dengan ajaran sesat di muka surat 11. Pemuda
PAS sangat kesal kerana artikel tersebut yang jelas berunsur fitnah melampau
dan berniat jahat terhadap PAS dan perjuangan murni rakyat yang menolak
undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Tulisan tersebut jelas
bertujuan menghasut dan dengan niat menanam kebencian terhadap perjuangan PAS
kepada masyarakat umum. Maklumat yang disampaikan juga tidak tepat, bahkan jauh
tersasar daripada fakta kejadian sebenar yang berlaku. Tragedi Memali pada
tahun 1985 suatu peristiwa hitam yang sangat bersejarah, apabila kerajaan telah
menggunakan kekerasan ketenteraan melampau terhadap rakyat yang tidak
bersenjata - rakyat biasa yang mempertahankan hak mereka untuk menentang
penggunaan undang-undang zalim ISA sehingga sanggup syahid.
Artikel akhbar ini juga turut menghina Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim
Mu’adzam shah yang telah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para
syuhada. Allahyarham Tuan Guru Omar Zuhdi, Pondok Lanai, Kedah telah
mengeluarkan fatwa bahawa Ibrahim Libya dan pengikutnya dikategorikan syahid. Dewan
Pemuda PAS mendesak supaya Kosmo!
menarik balik artikel yang telah disiarkan itu serta memohon maaf secara
terbuka kepada keluarga dan waris yang terlibat dalam peristiwa Memali serta
PAS. Pemuda PAS juga akan mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya
Kosmo! gagal untuk berbuat demikian.
Kamaruzaman
Mohamad setiausaha Dewan Pemuda PAS
Memperingati Ulang Tahun ke-25
Tragedi Berdarah Memali
( 19 Nov 1985 – 19 Nov 2010 )
Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri
Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang
sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar
oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi
penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di
Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau yang mesra
dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud
merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya
mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya
memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat
diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah
terbaik.
Dengan suaranya
yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika
itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun. Dr
Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri
oleh ribuan pendengar di kalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan
oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang
oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam
sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi
dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya
membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS
agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.
Sokongan dan
dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan
Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan
mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya.
Akhirnya, pelbagai
tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust.
Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah
dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak
keselamatan mula dilakukan dengan hebat.
Menjelang operasi
penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya.
Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin
menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat
merbahaya yang diperlukan segera.
Cerita-cerita karut
yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali
disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang
istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di
Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya
berlaku dalam tempoh menjelang operasi.
Sangat dahsyat.
Tanggal hampir segenap penjuru kampung
telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg.
Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah
memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan
senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan
nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar.
Namun apalah
sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang menghantar
bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water
canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis
polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam
kelengkapan lain.
Anggota polis
berpecah kepada dua
kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran
dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur
perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan
menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin
tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang
mengetahui bahawa di hadapan mereka bukanlah Komunis.
Selepas kejadian,
maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov
tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah
balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi
ini termasuklah di kalangan mereka yang bukan beragama Islam.
Antara watak
utama di belakang operasi yang disebut ‘Ops
Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’
Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr. Mahathir
sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan
tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.
Keesokannya
harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan
taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri
dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau.
Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari
dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati
syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak
menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi
mempertahankan As-Syahid.
Antara mereka
yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf
Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara
yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar
mengelakkan berlakunya pertumpahan darah khasnya orng ramai.
Namun, Ust
Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada
kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan
atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat
menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.
Berita kehadiran
anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan
tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan di kalangan mereka juga
terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama
daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang di kalangan mereka akhirnya bergegas ke
Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan
serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis
tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, lalu
mereka meninggalkan tempat tersebut.
Setelah dilihat
Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan
agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima
arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan
orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian
melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh.
Parang panjang
yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi
menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh
panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa
itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.
Pihak keselamatan
yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah
orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan
dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi
mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e
nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus
berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke
tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.
Jerit pekik
penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis
dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional.
Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh
ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya,
beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “Abang
kena apa?”. Si isteri menjawab, “Abang ditembak”.
Menjelang waktu
Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun
sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus menghadapi rakyat yang serba
kekurangan. Operasi
pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari
pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke
dalam trak-trak polis. Di dalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat
menemani para syuhada’.
Ada penduduk
kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ Ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk
kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa
ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut
agar merahsiakan
kejadian.
Beberapa hari
kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan
korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak
berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan)
dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati
sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid.
Pandangan ini
diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa
mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak
berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust
Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus
sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para
korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka
yang masih basah
dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.
Wajah mereka yang tenang menghadap Allah
ditambah pula dengan bau wangi yang dapat dihidu oleh
orang-orang yang menguruskan jenazah mereka. Esoknya, media yang dikawal
pemerintah pun menyiarkan berita operasi ini dengan versi pemerintah. Ust Ibrahim dan
rakan-rakan dicap sebagai Bughah (penderhaka
kerajaan Islam). Bagi PAS yang mempunyai lidah rasminya sendiri
iaitu akhbar Harakah memperbetulkan pula berita tersebut. Selepas itu, ribuan umat Islam
dari seluruh pelusuk Malaysia bergegas ke Kg. Memali menyaksikan sisa-sisa dosa
pemerintah ke atas pejuang Islam.
Sehingga hari
ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes
yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’
Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk
menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan
sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang
anggota keselamatan.
Hari ini, genap
23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan
beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar
dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah. Bahkan
seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah
untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap
Allah s.w.t.
Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS
mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja
anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada
balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan
kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan
sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan,
sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.k Para Syuhada’ Memali
Catatan: Sejarah ini saya paparkan semula bukan dengan niat untuk
memprovokasi mana-mana pihak, tetapi sekadar ingin mengingatkan semula generasi
hari ini khasnya anak muda bahawa kebangkitan perjuangan Islam pada hari ini
adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu yang sejarahnya penuh dengan darah
dan air mata. Semuanya demi melihat Islam tertegak. Mudah-mudahan sejarah ini
menjadi inspirasi untuk kita terus istiqamah, sabar, dan terus berada diatas
landasan ini.
Saya juga memohon
maaf sekiranya ada maklumat yang saya sampaikan ini tidak tepat kerana semua
ini hanya maklumat dari ingatan saya sahaja. Anda
boleh merujuk semula buku yang ditulis oleh Cikgu Non (CN Al-Afghani) yang
menulis buku ‘Suamiku Kekasih Allah atau buku terbitan PAS Pusat hasil
temuramah dengan Sdr. Yusuf Husein (sekarang pimpinan PAS Kedah) atau VCD Ops
Hapus Komunis. Jika ada kesalahan, tolong maklumkan di ruangan
komentar dibawah ini. Jazakallahu khairan kathira. arruhuljadid Jengka, Pahang,
Malaysia
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang
lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah
dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran
antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim
Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim
Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara / Operasi Hapus'.
Baling merupakan sebuah daerah yang
dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng
dari Parti Komunis Malaya pada tahun 1955. Baling dikejutkan
lagi pada tahun 1974
berikutan insiden kebuluran pada era Anwar
Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan
Peristiwa Memali. Peristiwa ini dipaparkan melalui tayangan video singkat oleh RTM1. Video ini
memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata parang, lastik dan molotov
cocktail (bom petrol) menyatakan perasaan tidak puas hati mereka
terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama
beberapa bulan.
Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu
papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan tua yang
bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya. Walaubagaimanapun,
tayangan video berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan
kumpulan yang diserang sebagai pengganas.
Video berkenaan turut menayangkan
pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya,
Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu
masih berada di dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka
membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka.
Mereka turut menyatakan kesal di atas penglibatan mereka di dalam kumpulan
Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka. Bagaimanapun
selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ceramah ke seluruh
Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dipaksa membuat
pengakuan berkenaan.
Musa Hitam
selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia
menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim
Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh
mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam.
Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985
Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam
Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.
Ibrahim Libya juga dituduh
melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang,
penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan
Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian
Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan
di bawah ISA.
Ibrahim
Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali, mukim Siong, Baling, Kedah. Lulusan
Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian
menyambung pengajiannya di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwah
di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Beliau
kerap berceramah di RTM 1 Malaysia. Beliau mengambil keputusan bersara dari
kerajaan kerana tidak setuju dengan dasar dasar sekular ala Barat yang
diterapkan oleh kerajaan. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di
kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada
masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya
sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.
Pada tahun 1978, atas tiket PAS
bertanding di kawasan Bayu-Baling. Beliau memperoleh 5,081 undi berbanding
6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.
Peristiwa Memali adalah insiden yang
dituduh oleh parti UMNO sebagai satu kaedah untuk menghapuskan
ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai
Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota
polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit
Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.
Malam itu Ustad Ibrahim Mahmud
memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam. Penduduk seramai 50 orang hadir.
Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah
politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis
Daerah. Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan
tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan
telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan. Jika tindakan
mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai
digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula
Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih
berkubu. Komunis sentiasa mencari titik lemah anggota tentera yang meronda
sempadan Malaysia-Thailand.
Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya
yang tidur di madrasah tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan
polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani. Seluruh pengikut Ibrahim Libya
menunaikan solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan
Islam dahulu.
Sepasukan polis yang terdiri
daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Unit Tindakan
Khas (UTK berpakaian Komando 69), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta
Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan
tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat
rendah dan seorang konstabel tertembak rakan sendiri. Mengikut sumber dalaman,
mereka yang terkorban adalah sebab terkena peluru sesat dari pasukan polis itu
sendiri semasa serbuan dibuat. Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana
memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.
Dua helikopter
polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera
dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Dianggarkan
seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ustad Ibrahim
Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota
Unit Tindakan Khas (UTK), dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan
seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia.
Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa
dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai jenazah para syuhada. Sultan
Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.
Kawasan Memali pada keseluruhan hari
itu adalah mendung & gelap mengikut penduduk disitu. Tiada sebarang
aktiviti harian dijalankan dan banyak kedai ditutup berikutan insiden ini. Status
mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah,
Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang
mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang telah
mengeluarkan fatwa berkenaan akhirnya disingkirkan oleh kerajaan UMNO daripada
menganggotai badan fatwa berkenaan.
Kenapa Para Syuhada Memali tidak berundur melihat kedatangan pasukan
kereta kebal serta anggota polis yang ramai sedangkan Ustad Ibrahim Libya dan
orang kampung ketika itu tidak bersenjata?
8:15 Hai orang orang yang
beriman, apabila kamu menjumpai orang orang kafir yang banyak (hendak
memerangimu), maka janganlah kamu mundur ke belakang.
8:16 Barang siapa yang
memundurkan dirinya ketika itu - kecuali hendak meminggir untuk (siasat)
peperangan atau berkumpul ke pihak kaum muslimin (yang lain) - sesungguhnya orang itu kembali
dengan mendapat kemarahan daripada Allah dan tempatnya dalam neraka jahanam;
dan itulah sejahat2 tempat kembali.
8:30 Ketika orang2 kafir
memperdayakan engkau, supaya mereka mempenjarakan engkau, membunuh engkau atau
mengusir engkau. Mereka itu memperdayakan, dan Allah memperdayakan mereka pula
(membalas tipu dayanya). Allah sebaik baik memperdayakan.
Kenapa Syuhada Memali tidak Undur?
8:15 - Hai orang2 yang beriman, apabila kamu
menjumpai orang2 kafir yang banyak (hendak memerangimu), maka janganlah kamu
mundur ke belakang.
8:16 - Barang siapa yang memundurkan dirinya ketika
itu kecuali hendak meminggir untuk (siasat) peperangan atau berkumpul ke pihak
kaum muslimin (yang lain) - sesungguhnya orang itu kembali dengan mendapat
kemarahan daripada Allah dan tempatnya dalam neraka jahanam; dan itulah sejahat
jahat tempat kembali.
Senarai Korban Memali
1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung
Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau
meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem
tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di
Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah
dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor
Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua
Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah
1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah
Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan
seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul
Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang
balu dan tujuh
orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung
Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung
Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, anggota Kementerian Kesihatan Malaysia,
meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi
Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak
dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai
Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan
seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung
Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok
Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung,
Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung
Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir,
Sik, 30 tahun, mekanik
motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh,
Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia
kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.