Berikut merupakan cara-cara bagi seseorang untuk mengingat dengan
cepat:-
1. Mengaplikasi Pancaindera
Kita perlu belajar untuk fokus terhadap sesuatu perkara dengan
menggunakan segala pancaindera yang ada
kerana amat rumit untuk kita mengingat jika kita tidak memperhatikannya
daripada awal. Sesungguhnya memori yang kuat akan terhasil daripada gabungan
deria penderngaran(telinga), pergerakan(kaki dan tangan), deria bau(hidung) dan
deria rasa(lidah).
2. Membuat Petunjuk/Tanda
Bagi meningkatkan lagi memori, buat petunjuk melalui objek yang
kita mudah untuk ingat secara imaginasi.
3. Menggunakan Emosi
Sudah sedia maklum bahawa sesuatu yang berbaur cinta, kebahagiaan
dan kesediahn amat mudah untuk diingati. Oleh itu, mainkan emosi dengan
mengaitkannya dengan perkara yang perlu kita ingati.
4. Asosiasi dan Imaginasi
Gunakan asosiasi(pertalian) dan imaginasi peribadi seperti
anggota-anggota keluarga, rakan-rakan, rumah, pejabat , suatu peristiwa menarik
dan hal-hal yang istimewa bagi kita.
5. Melakukan Pengulangan
Ulanglah perkara yang perlu dipelajari atau diingati dengan
pelbagai cara yang berbeza lagi kreatif. Contohnya, membuat peta minda,
bercakap dengan nada yang kuat atau membuat lagu.
6. Membuat Kata Kunci
Cuba mengingat bahagian pertama dan bahagian terakhir sesuatu
perkataan atau lain-lain dan kemudian bina kata kunci yang mudah untuk diingati
melalui bahagian-bahagian tersebut.
Sumber:
No comments:
Post a Comment