Tak masuk syurga jika tak bayar hutang
KUALA LUMPUR: “Hutang
walaupun hanya RM30 akan menyebabkan roh seseorang itu terawang-awang dan tidak
boleh masuk syurga, jika dia masih berhutang,” kata pakar motivasi, Datuk Dr
Fadzilah Kamsah. Beliau berkata, sudah menjadi trend kepada orang yang
berhutang pada masa kini untuk tidak melunaskan hutang mereka, sedangkan soal
‘hutang-piutang’ menjadi kewajipan kepada setiap individu untuk membayar
semula.
“Saya risau dengan
trend zaman sekarang, orang yang berhutang macam tiada niat untuk membayar
hutang mereka terutama membabitkan hutang kecil dan pada mereka hutang
berkenaan seolah-olah tidak perlu dibayar balik kepada pemiutang. “Sebenarnya
dalam hukum sudah ada menjelaskan mengenainya (hutang)...Bila seseorang yang nak
beri hutang, dia mesti mempunyai saksi. Sekurang-kurangnya saksi terbabit dapat
mengingatkan penghutang mengenai hutang mereka,” katanya.
Beliau berkata
demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai
kejadian menimpa seorang tukang rumah yang mati dibelasah dengan kayu oleh dua
lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati mangsa menuntut hutang RM30. Itulah
nilai nyawa yang terpaksa digadai mangsa, Mohamad Khairul Anuar Osman, 28,
dibelasah kedua-dua suspek di rumah sewanya di Taman Perindustrian Maju Jaya,
Puchong Utama, di sini, jam 4.30 pagi 20 Ogos lalu.
Dia meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 4 pagi kelmarin.
Dia meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 4 pagi kelmarin.
No comments:
Post a Comment