Aku Bayi Kerdil
Ya Allah, aku berterimakasih kepadaMu
yang telah menciptakan daku dengan sebaik-baik kejadian ( 3:6, 7:140, 39:6, 17:70,
82:7,8, 95:4 ). Namun, aku cukup gelisah menantikan hari lahirku. Apakah aku
akan dilemparkan ke dalam lubang mangkuk tandas dan mati lemas tertelan air
najis manusia? Ya Allah, adakah aku akan dilemparkan menerusi jendela? Ya Allah
Ya Tuhanku, adakah aku akan ditinggalkn di batas ban sawah padi untuk jadi
hurungan semut kerengga? Atau mungkinkah daku akan ditinggalkan dalam kebun
getah jadi habuan serigala? Tubuh kerdilku akan dirobek serta diratah oleh
binatang. Ibuku tidak pernah belas kepadaku. Bapaku tidak pedulikan daku. Kelahiranku
tidak dialu-alukan. Aku tidak seperti bayi kecil lain dimana mereka ditatang
dengan penuh belai manja. Aku tidak punya kasih sayang. Masyarakat sekeliling
memandang hina kepadaku lalu mendorong ibuku membunuh daku. Ya Allah Ya
Tuhanku, mengapakah masyarakat dan alim ulama menghinakan daku? Apakah salahku?
Mengapakah masyarakat dan alim ulama tidak mencari penyelesaian yang baik buat
ibu bapaku?
Aku terjadi dari perbuatan dua insan
yang tidak layak dipanggil ibu atau bapa. Ibuku tidak layak daku memanggilnya
ibu. Ayah pula diharamkan daku memanggilnya bapa. Apakah dosaku wahai ayah dan
ibu? Mengapa aku dibiarkan? Tiada siapa pedulikan daku? Ibuku dulu suka berpoya
serta berpakaian menjolok mata. Pergaulan bebas dan mukabuku
menjadi amalan harian ibuku. Bapaku kaki perempuan dan kaki hiburan. Ibu bapaku
tidak mengenali Quran. Pemimpinku mengharamkan tulisan jawi menyebabkan ibu
bapaku jadi begitu. Pemimpinku mempersenda hukum Islam malah menyuburkan
Akademi Fantasia, pertandingan hiburan, majlis yang melalaikan ibu bapaku dsbnya.
Pemimpinku membenarkan buku-buku lucah dijual berleluasa di pasaran. Pemimpinku
tidak kisah tentang nasib saudaraku di Rohingya, Sudan, Palestin, Iraq dsbnya.
Pemimpinku sibuk mengejar dunia (57:20,21,23), mahu mengekalkan kuasa walau apa
taruhannya. Pemimpinku tidak kisah dengan untung nasibku.
Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku tidak
punya kasih sayang. Kebanyakkan manusia benci serta menghinakan daku.
Sebaliknya engkau Ya Allah Ya Tuhanku, adalah lebih pengasih daripada segala
yang penyayang (7:151, 21:83). Engkau adalah sebaik-baik yang pengasihani (
30:143, 33:163, 57:9 ). Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau angkatlah rasulMu ke makam tertinggi,
teristimewa serta terpuji seperti yang telah Engkau janjikan.
Ya Allah Ya Tuhanku, di saat aku mahu
dilempar ke luar jendela, di saat aku mahu dilemaskan di dasar mangkuk tandas, di
saat anggotaku mahu dipisahkan dari badan, di saat kepalaku mahu dipecah dengan
batu, di saat aku mahu dirobek serigala, di saat tubuhku mahu diratah semut, ku
pohon Engkau ambillah nyawaku terlebih dahulu. Maha suci Engkau, Allah, Tuhanku,
Tuhan sekalian alam. Aku tidak memiliki Tuhan lain selain daripada Engkau yang
Esa.
Renungan:
Mariam
adalah wanita suci yang sentiasa patuh kepada ajaran serta tuntutan Taurat.
Berasal dari keluarga terpuji iaitu keluarga Imran, Mariam adalah wanita yang
dipilih Allah. Mariam telah mengandungkan Nabi Isa a.s. tanpa berbapa. Perkara
ini adalah mudah bagi Allah sepertimana firman Allah dalam Al Quran. Peristiwa
ini mengundang pelbagai fitnah mengatakan Mariam telah berbuat jahat. Penganut
Yahudi masa itu sangat susah mempercayai kejadian itu. Kejadian ini telah
diterangkan sendiri oleh Nabi Isa yang dipandaikan Allah boleh berkata-kata
semenjak dari dalam buaian. Kejadian Nabi Adam dan Hawa adalah lebih ajaib
iaitu dijadikan Allah tanpa ibu dan bapa!!!
Mengambil
pengajaran dari peristiwa ini, Mariam tidak pernah mahu membuang anaknya akibat
tekanan hidup serta caci nista kaumnya yang melanda. Nabi Isa dipelihara dengan
penuh kasih sayang walaupun menghadapi kesusahan, rintangan dan segala macam cabaran
kehidupan. Tidak bolehkah kita memberi peluang kepada bayi kecil ini akan hak
mereka untuk merasa hidup di bumi Allah?
No comments:
Post a Comment