Bekerja dengan baik
Ada
ribuan jenis kerja di muka bumi tetapi bagaimanakah bekerja dengan baik? Bekerja
dengan baik adalah ditafsirkan sebagai bekerja dengan penuh ikhlas, penuh tanggungjawab,
penuh kasih sayang dan semata-mata adalah sebab tidak lain dan tidak bukan adalah
kerana Allah. Inilah sifat-sifat kerja yang menjadi ibadah dan dituntut Allah
serta Allah redha padanya. Bagi yang berjaya mengerjakannya, mereka mendapat
balasan pahala dan Allah suka kepada mereka. Bagi yang gagal sehingga
mengakibatkan kemudharatan kepada pelanggan yang dilayan mereka, maka pekerja
ini mendapat amarah serta kutukan Allah...
Pada
zaman Khalifah Islam dahulu, terdapat khalifah yang meronda di waktu malam bagi
melihat masalah rakyatnya. Khalifah mengintip perbuatan rakyat jelata dengan
berpakaian preman. Selepas diketahuinya orang yang sangat miskin, khalifah ini
mengandar sebuntil beras di belakangnya bagi diberikan kepada fakir miskin.
Pada zaman ini, khalifah tidak sanggup makan sedap kerana mengetahui masih terdapat
orang miskin di negaranya yang sangat dhaif serta susah mendapat makanan dalam
satu hari. Inilah contoh pekerjaan seikhlas hati, penuh tanggungjawab serta penuh
kasih sayang dan semata-mata kerana Allah.
Mengikut
satu hadis nabi, pada hari khiamat nanti terdapat golongan VVIP yang dicemburui
oleh golongan lain. Mereka ini menjadi golongan VVIP bukan kerana mereka ini
mufti atau alim ulama atau mati shahid atau banyak mengerjakan haji atau banyak
bersedekah atau rajin beramal atau sebagainya akan tetapi kerana mereka ini sangat
hampirnya kepada Allah pada setiap waktu. Mereka ini bekerja dengan seikhlas
hati, penuh kasih sayang dan penuh tanggungjawab semata mata kerana Allah. Muka
mereka bercahaya dan juga mereka duduk di atas cahaya.
No comments:
Post a Comment