Saturday 18 February 2012

Cuba Kamu Ciptakan Seekor Lalat



Dalam Al Quran Allah mencabar seluruh umat manusia bergabung tenaga bagi menciptakan seekor lalat. Sudah tentu cerdik pandai di kalangan manusia jika dikumpulkan dari serata sekalian ceruk pelusuk dunia itu tidak mampu memperbuatnya. Apabila difikirkan lebih jauh, jika Allah mencabar kita menciptakan sehelai daun kecil pun manusia sudah pasti tidak akan mampu memperbuatnya.  Allah banyak sekali mengulang-ulangkan cerita “kami tumbuhkan bumi dari air menjadi tumbuhan yang bermacam-macam warna” atau ulangan ayat yang sama erti maksud bicaranya ( Surah 2 : ayat 164 / 22:5 / 26:7 / 31:10 / 32:27 / 36:33,34,35,36 / 39:21 / 41:39 / 42:29 / 43:11 / 45:5 / 50:7,8,9,10,11 / 57:20 ) . Timbul persoalan kenapa Allah sering merujuk kepada tumbuh tumbuhan?  Setiap yang dijadikan Allah bukan secara percuma atau sia-sia. Sekarang telah kerap benar diperkatakan orang mengenai khasiat keladi tikus, cendawan susu harimau, cendawan Shiitake, Lingzhi, Petawali, Mengkudu, tapak leman, apricot, graviola, nenas, manggis, bawang putih, bawang merah, kunyit, tujuh bilah, hempedu bumi, tunjuk langit dsbnya dalam khasiat masing masing menahan sel barah dari merebak bagi pesakit barah dan bagi orang yang belum kena barah, mencegah sel-sel barah dari terbentuk melalui menguat serta memperkukuh sistem pertahanan semulajadi badan (tahap kekuatan imuniti tubuh) seseorang. Terdapat kata kata mengucapkan “seseorang  telah mati sedangkan ia tidak mengetahui bahawasa diatas pusaranya tumbuh herba yang sebenarnya boleh menjadi penawar kepada penyakit yang menyebab kematiannya,” Terdapat juga kisah individu yang berjaya sembuh dari penyakit barah setelah memilih cara hidup memakan makanan yang betul, disiplin ketat, terapi meminum jus, senaman terancang teratur dan berkala. Antara mereka yang terkenal adalah seniwati Dato Sarimah Ahmad, Datin Rahmah Mahmood (Adik Ipar Mantan Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Badawi),  Profesor  Sekine Susumu dan beberapa nama lain yang saya lupa nama mereka (Sekiranya anda menegetahui, silalah kongsikan).  Saya setuju dengan pendapat Profesor Sekine Susumu di mana kata beliau, dalam pengubatan barah, kita perlu optimakan kualiti hidup pesakit selepas kimoterapi dan radioterapi. Kebanyakkan pesakit barah, kondisi mereka selepas kimoterapi, radioterapi dan prosedur pembedahan besar yang panjang ada yang tidak begitu baik. Ada yang mati selepas 3 bulan melakukan pembedahan radikal.  Kualiti hidup menjadi lebih buruk akibat kesan pembedahan, kimoterapi dan radioterapi.
Bukankah lebih baik mereka diberi peluang untuk mati dalam keadaan aman, seperti mana kata kata ungkapan oleh Seniwati Sarimah Ahmad dan Profesor  Sekine Susumu. Selepas melalui pembedahan radikal, kehilangan anggota badan; pesakit mati dalam keadaan sakit dan menderita akibat kimo, radioterapi dan dari kesan pembedahan ( Sila baca buku Profesor  Sekine Susumu - Panjangkan usia pesakit barah – Umur Pesakit kanser dipanjangkan 10 tahun tanpa pembedahan ).

No comments:

Post a Comment