Saturday 18 February 2012

Kisah Burung Tempua dan Sang Cacing


Kisah Burung Tempua dan Sang Cacing

Burung tempua adalah sejenis burung kecil yang sangat rajin dan tekun menganyam sarang dari rumput dan pokok-pokok kecil. Sarangnya kemas dan cantik hingga sering kali menjadi bahan penghias dinding di rumah anda barangkali. Ingatkah kita kisah Nabi Sulaiman yang boleh mendengar bicara raja semut memberi arahan kepada semut-semut yang lain supaya menyorok dalam rumah masing masing agar tidak mati dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman ( Surah 27 - An Naml: Ayat 18 ). Setiap makhluk ciptaan Allah ada tugas tertentu mereka yang tersendiri. Sepatutnya kita memuji Allah atas kasih sayang, kurnia, ihsan serta rahmat yang diturunkan Allah bukannya dengan melakukan kemusnahan di muka bumi. Amalan membakar plastik, buang sampah ke dalam sungai, buang sampah dari flet yang tinggi, buang anak, merokok lalu asap si perokok menyebabkan bayi dalam kandungan cacat, kawan sebelah perokok mendapat lelah adalah perkara jijik dan keji yang sangat dibenci Allah. Sarang tempua seringkali jadi habuan orang yang mengumpulnya lalu menjualnya. Tugas si burung tempua setiap hari apabila terbit suria pagi adalah mencari makan, balik ke sarangnya memberi makan kepada anak. Apabila mendapati sarangnya telah hilang dicuri manusia, si burung tidak putus asa, hilang akal dsbnya, sebaliknya berusaha membuat sarang yang baru. Berbeza dengan sikap manusia apabila berhadapan dengan masaalah ia jadi cepat putus asa hingga ada yang sanggup membunuh diri. Juga kisah cacing binatang ciptaan Allah yang bersifat lemah kerana tidak berkaki, tiada tangan, tiada mata, tiada hidung, tiada telinga tetapi tekun bekerja dengan arahan yang ditetapkan Allah kepadanya iaitu menyuburkan tanah, memberikan pengudaraan tanah bagi pertumbuhan pokok yang baik. Sebaliknya manusia apabila diberikan kerja, liat hendak pergi kerja, bermacam macam alasan, seolah olah tidak bersyukur terhadap kerja yang dianugerahkan Allah kepadanya.

No comments:

Post a Comment