Sunday 15 April 2012

Sifat dan gerak kerja Zionis

Sifat dan gerak kerja Zionis
Hishamuddin Rais  7:09 PM Mac 2, 2012
Saya telah beberapa kali menulis untuk menerangkan kepada pembaca tentang apa itu Zionisme dan apa itu Yahudi. Di Malaysia ini sering berlaku kesilapan tentang dua perkara ini. Dua perkara yang amat berbeza. Kesilapan ini sering dilakukan bukan hanya oleh ‘lebai-lebai’ kampung yang tidak bersekolah tetapi dilakukan juga oleh pemimpin politik yang mengakui memiliki pendidikan formal yang tinggi.
Kesilapan yang datang dari ucapan pemimpin United Malays National Organisation tidak menghairankan. Ini kerana saya tahu mereka tidak memiliki fikrah kritikal yang berkeupayaan berfikir lebih jauh dari Utusan Malaysia. Apa yang merisaukan saya ialah apabila saya mendengar ucapan kesilapan yang sama dari pemimpin parti PAS dan pemimpin PKR.
Biar saya cuba sekali lagi jelaskan di sini: Yahudi ialah satu bangsa. Bangsa Yahudi ini menganut agama Judaisme. Tetapi ada juga orang yang bukan Yahudi yang memeluk agama Judaisme. Contohnya penyanyi pop Madonna, aktres Elizebeth Taylor dan pemuzik kulit hitam Sammy Davis Junior. Mereka meninggalkan agama lama mereka untuk menganut Judaisme. Malah banyak warga Ethiopia yang berkulit hitam yang menganut agama Judaisme. Bagitu juga di India dan di tanah besar China akan ditemui penganut agama Judaisme ini.
Saya harap ini jelas – Yahudi ialah bangsa dan Judaisme ialah agama. Satu bangsa dan yang satu lagi agama, dua perkara yang jauh berbeza.
Agama Islam mewajibkan penganutnya mengetahui nama-nama 25 Nabi dan Rasul, termasuk Nabi Muhammad. Semua nama-nama Nabi dan Rasul ini daripada bahasa Yahudi. Hanya Nabi Muhammad dari bangsa Arab Qaraish dan Nabi Saleh sahaja mempunyai nama Arab.
Apa yang ingin saya terangkan di sini, apabila kita mengutuk Israel, yang seharusnya kita kutuk bukan Yahudi kerana Yahudi itu bangsa. Sebagai contoh kita wajib sedar bahawa Nabi Isa ialah seorang Yahudi. Justeru yang wajib kita kutuk, lawan dan tentang ialah fahaman Zionisme, bukan bangsa Yahudi.
Kenapa kita kutuk dan tentang Zionisme? Zionisme ini ialah satu gerakan politik yang bermula pada awal kurun ke-19 ini. Gerakan ini dimulakan oleh seorang wartawan Yahudi yang bernama Theodor Herzl. Gerakan Zionisme ini berlatar belakangkan penindasan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Orang Yahudi di Eropah menerima penindasan dan penghinaan dari warga Eropah yang berkulit putih. Ini adalah fakta sejarah.
Pensejarahan intim Yahudi dengan Palestin
Justeru gerakan Zionis ini telah berkongres pada tahun 1917. Kongress Zionis ini telah membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Akhirnya kaum Zionis yang berkongres telah mengeluarkan ketetapan untuk menubuhkan sebuah negara khusus untuk orang Yahudi. Ketetapan dari kongres Zionis ini kemudian mendapat surat sokongan dari menteri luar British yang bernama James Balfour. Maka surat sokongan inilah yang dipanggil Balfour Declaration 1917.
Israel akhirnya berjaya diwujudkan pada tahun 1948 berasaskan Deklarasi Belfour. Sesudah Perang Dunia Kedua, Eropah telah melihat bagaimana Yahudi telah ditindas oleh Nazi Jerman. Maka Eropah merasakan perlu untuk orang Yahudi memiliki negara sendiri. Kaum Yahudi telah mundar mandir mencari makan di merata-rata tempat di Eropah tidak memiliki tanah air semenjak 2000 lagi.
Melalui ketetapan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu, Palestin telah dipilih untuk menjadi tanah air orang Yahudi. Pada awalnya gerakan Zionis antarabangsa telah menerima cadangan untuk memilih Afrika Selatan, Australia Barat dan Uganda sebagai negara Israel. Ini juga fakta sejarah.
Palestin akhirnya dipilih kerana di Palestin telah ada komuniti Yahudi yang telah menjadi warga Palestin. Malah agama Judaisme juga memiliki pensejarahan yang intim dengan Palestin.
Justeru apabila kita menentang gerakan Zionis ini bukan kerana ianya dianggotai oleh orang Yahudi. Ini bukan sebab kenapa Zionisme ditentang. Harus disedari bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis dan bukan semua Zionis itu Yahudi. Ada juga Yahudi yang menentang Zionisme.
Zionis ialah gerakan yang memiliki asas pandang politik. Zionisme memiliki ideologi. Sesiapa yang menyokong pandangan politik dan ideologi politik ini boleh dianggap sebagai Zionis atau penyokong Zionis.
Asas utama ideologi Zionisme ialah menyokong kewujudan Israel. Israel yang diwujudkan hasil dari rampasan tanah hak milik warga Palestin. Tidak cukup dengan sokongan ini kaum Zionis juga mengistirahatkan bahawa negara Israel hanya khas untuk orang Yahudi sahaja.
Ada juga kumpulan kaum Zionis yang percaya bahawa hanya agama Judaisme sahaja yang betul dan tepat. Agama lain dianggap salah dan menyeleweng. Mengikut fahaman Zionis ini, orang-orang Yahudi dalam dunia ini adalah bangsa ‘pilihan tuhan’ atau ‘the choosen people’. Salah satu cabang ideologi Zionis ialah menyokong kuat sistem ekonomi kapitalis. Justeru kaum Zionis antarabangsa menjadi kapitalis besar dan mengawal Wall Street. Tetapi awas dan waspada, bukan semua kapitalis ini Zionis tetapi semua Zionis menyokong kapitalis.
Perdebatan Nik Aziz-Anwar
Saya timbulkan persoalan Zionis, Yahudi dan Israel ini kerana saya ingin memberi kefahaman tentang gerakan Zionis Antarabangsa. Zionis bukan hanya ditemui di Israel. Zionis bukan hanya Yahudi atau berkulit putih sahaja. Zionis bukan hanya berada di Tel Aviv. Zionis berada di Washington DC, di London, di Paris malah ada Zionis Melayu sedang bersarang di Putrajaya.
Cuba berfikir sajenak. Fikirkan bagaimana jarum Zionis dapat masuk mencucuk ke badan politik Melayu Islam. Jarum Zionis terbukti sedang mengasak dan mengancam politik Melayu. Semua dilakukan dengan begitu halus sekali. Malah ada pembaca yang mengatakan saya ini keterlaluan sedang dipengaruhi oleh teori konspirasi.
Ini bukan teori konspirasi. Apa yang saya tulis adalah fakta sejarah. Apa yang saya paparkan adalah bukti-bukti sahih tentang bagaimana jarum Zionis antarabangsa dapat bergerak dalam badan politik Melayu Islam secara licik dan tersusun.
Kita semua telah diberitahu bagaimana APCO telah dapat menyusup masuk ke pintu kuasa di Putrajaya apabila gerombolan yang dikaitkan dengan Zionis ini dilanggan oleh Najib Razak. Kita juga diberitahu bagaimana satu lagi gerombolan dikaitkan dengan Zionis telah didakwa menyusup masuk melalui sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura. Gerombolan ini dikatakan telah dilanggan untuk memasang peralatan komputer untuk polis Malaysia. Ini bukan teori.
Melalui akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) – media milik dan penyokong Zionis – kita lihat bagaimana badan politik Melayu telah diporak perandakan. Laporan dari akhbar pro-Zionis ini telah melahirkan kekecohan malah boleh memudaratkan persefahaman dalam Pakatan Rakyat.
Parti PAS melalui Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim dalam AWSJ mengenai Isreal tidak boleh diterima. Mengikut PAS, Israel wajib terus ditentang. Inilah bukti bagaimana kaum Zionis dapat bergerak dengan licik. Pandangan yang berbeza – sengaja diwujudkan – tentang Israel ini memungkinkan PKR dan PAS terus bertelagah. Jika tidak berwaspada mungkin membawa perpecahan.
Sebenarnya isu Palestin ini bukan isu politik asas – bukan isu induk – di Malaysia. Isu induk dan agenda utama di Malaysia ialah untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation dari terus berkuasa.
Tetapi dengan bijak kaum Zionis melalui kuncu-kuncunya telah menjadikan isu negara Isreal sebagai satu perdebatan berminggu-minggu dalam negara kita. Media kita secara tidak sedar telah diperalatkan oleh kaum Zionis. Kalau di TV isu ‘sokongan Anwar terhadap Israel’ ini berhari-hari menjadi induk berita. Akbar cetak juga tidak mahu kalah – terus melaporkan berhari-hari tentang ‘sokongan Anwar terhadap Israel’ di muka depan mereka.
Teladan dari Front Sosialis
Lihatlah hampir satu bulan kaum Zionis antarabangsa telah berjaya menjadikan agenda mereka sebagai perdebatan kita. Kita berdebat dan bermasam muka tentang Israel walhal negara Israel ini jauh sekali dari wilayah kita. Jika kita bergaduh dan Pakatan pecah kerana perbezaan pandangan tentang Israel, maka inilah buktinya kaum Zionis telah berjaya masuk jarum. Lihat bagaimana kaum Zionis bergerak untuk mempertahankan Israel. Tidak ada media media Melayu dalam negara ini berani menimbulkan agenda senjata nuklear Israel. Tidak ada suara politikus Islam yang berani bersuara. Semua takut dengan kuasa Zionis.
Apakah yang saya tulis ini bohong? Kalau saya berbohong sila tanya: Kenapa TV atau media kita tidak membuat berita dan penyelidikan tentang bom nuklear Israel? Tetapi heboh tak tentu pasal tentang Israel.
Untuk menjawab soalan ini biar saya bawa ke satu kisah yang agak lama dahulu. Pada satu ketika dahulu Parti Rakyat dan Parti Buruh telah bergabung untuk menjadi Front Sosialis. Ketika ini Front Sosialis adalah satu-satunya gerakan penentang gerombolan United Malays National Organisation yang ampuh di dalam dan di luar Parlimen.
Kemudian, SB telah memasukkan jarum untuk mencucuk pemimpin dan ahli kedua parti ini untuk berdebat. Agenda debat ialah tentang bahasa. Parti Rakyat mahu Bahasa Melayu dinobat sebagai bahasa kebangsaan. Manakala Parti Buruh mahu Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca.
Berbulan-bulan dua gerakan kiri ini berbincang dan bermasam muka membincangkan satu perkara yang tidak fundamental. Mereka terlalai dan terlupa bahawa menjatuhkan kerajaan Tunku Abdul Rahman ialah agenda utama. Bahasa hanyalah agenda sampingan. Akhirnya Front Sosialis retak dan pecah. Perseriktan kaum kiri pecah.
Kesah Parti Rakyat dan Parti Buruh ini wajib dijadikan teladan untuk kita semua. Ilmu pengetahuan ialah pengumpulan pengalaman. Debat bahasa – racun SB – yang telah terjadi kepada Front Sosialis adalah sama dengan debat Isreal – racun Zionis – dari AWSJ. Dua-dua debat ini bukan agenda utama untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation.
Justeru orang yang berilmu ialah mereka yang belajar dari pengalaman. Orang yang bodoh dan bebal ialah mereka yang mengulang kesilapan.

Sedikit komen dan pembetulan dari saya:
Israel = Bangsa dari keturunan Nabi Yakub. Nabi Yakub juga dikenali sbg Israel.
Yahudi = Agama Judaism dalam bahasa Melayu & Arab.
Judaism = Agama Yahudi dalam bahasa Inggeris.
Zionis = Sebuah pertubuhan Yahudi.
“Sosialis” adalah satu definisi sistem ekonomi yang dasarnya menyatakan kesemua kegiatan ekonomi, produksi dan harta adalah hak milik awam dan diuruskan oleh kerajaan. Sebagai orang Islam, kita patut perjuangkan sistem Islam itu sendiri – http://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_economic_jurisprudence.
Keutamaannya bila menyebutkan mengenai ekonomi, sistem wang kertas perlu dihapuskan dahulu untuk melemaskan sistem ekonomi kapitalis. Harga patut ditentukan oleh pasaran dan bukan ditentukan oleh kerajaan.

Arkib Bulanan: Oktober 2011

Pasaran saham

Berikut adalah pengetahuan saya tentang saham. Apakah maksud saham?
Saham bermaksud “pemilikan” atau “pegangan modal” atau “pegangan pelaburan” sesebuah syarikat. Jika anda memiliki saham dan syarikat mengalami keuntungan, anda dapat pulangan dividen. Jika anda memiliki 10% saham, anda adalah ahli lembaga pengarah syarikat.
Saham terbitan (IPO – Initial Public Offering) bermaksud saham-saham permulaan yang diterbitkan dan dijual oleh sesebuah syarikat kepada umum untuk mengumpul modal. Syarikat biasanya akan diwakili oleh bank. Saham yang telah dibeli kemudiannya boleh disimpan atau dilelong di pasaran saham.
Contoh: Saya hendak buka ladang kambing, memerlukan modal sebanyak RM50,000. Saya buka 50,000 keping kertas bercetak “0.002%” bercop syarikat saya lalu saya jual kertas itu dengan harga RM1 setiap satu kepada penduduk bandar. Jadi kertas itu adalah saham, siapa yang memilikinya adalah pemegang saham ladang kambing saya.
Dividen bermaksud pembahagian sebahagian keuntungan mengikut peratusan saham yang dimiliki.
Contoh: Ladang kambing saya mendapat keuntungan bersih hasil jualan kambing dan bajanya sebanyak RM20,000 dalam suku pertama tahun ini. Saya perlu membahagikan keuntungan kepada pemegang saham. RM20,000 / 50,000 = RM0.40, jadi setiap saham akan mendapat RM0.40 dividen. Isteri saya yang memiliki 10% pegangan iaitu 5000 keping kertas (saham) tadi akan mendapat RM2000 jumlah dividen. Boleh beli motor.
Pasaran saham adalah lokasi dimana pegangan saham sesebuah syarikat dilelong contohnya Bursa Malaysia.
Contoh: En. Ramli memiliki 5% saham ladang kambing saya iaitu 2500 keping kertas tadi. Dia ingin menjual kesemuanya lalu dia pergi ke ‘pasar lelong’.
Broker saham ialah orang tengah untuk menjalankan aktiviti jual beli saham, kerana anda (orang biasa) tidak boleh masuk ke Bursa Malaysia untuk membeli atau menjual saham. Contoh broker saham ialah Affin Securities.
Contoh: Apabila sampai ke pintu pasar lelong, En. Ramli telah ditahan oleh seorang pengawal, “Nak jual saham perlu melalui saya” kata pengawal itu yang bernama Ah Fin.
Apakah aktiviti yang dilakukan di Bursa Malaysia? Jawapannya mudah iaitu aktiviti lelongan “pegangan pelaburan”.
Kenapa harga saham turun naik? Kerana pasaran saham adalah pasaran lelongan.
- Jika ramai yang ingin membeli, harga akan dinaikkan kerana sedikit yang ingin menjual (jika harganya tinggi, tentulah ramai yang ingin menjual).
- Jika ramai yang ingin menjual, harga akan diturunkan kerana sedikit yang ingin membeli (jika harganya rendah, ramailah yang ingin membeli). [Supply and demand]

Apa yang menyebabkan minat untuk saham dibeli dan dijual? Ada banyak sebab seperti berita baik tentang syarikat yang bakal mengaut keuntungan pada masa depan, pengambilan untung dari harga saham yang naik melebihi harga pembelian asal dengan menjual sejumlah saham, khabar angin, spekulasi oleh individu seperti Warren Buffett, Mahathir.
Ada dua jenis pemegang saham:
1. Pelabur (investor) = Membeli saham dan menyimpannya untuk dividen dan harga saham yang dijangka naik. Jangkamasa pegangan agak lama.
2. Pedagang (trader) = Membeli saham dan memegang dalam suatu jangkamasa pendek dan menjualnya bila harga naik. Ada masanya terpaksa dijual masa harga jatuh untuk memotong rugi (cut loss). Biasanya dipanggil “main saham”.

Apa kaitan dengan blog ini? Mungkin boleh jadi rujukan nanti.

Asal-usul Duit Kertas

Duit kertas mula direka di China semasa dinasti Tang pada abad ketujuh kemudian digunakan dalam empayar Mongol, Eropah dan Amerika. Asalnya duit kertas ada dua jenis: “Draft” iaitu resit untuk jumlah duit sebenar yang ada dalam akaun deposit dan “Bills” iaitu bil yang dikeluarkan dengan janji; boleh ditukar (kepada duit sebenar) pada tarikh tertentu.
Duit sebenar yang dimaksudkan adalah duit yang berasaskan logam berharga seperti emas, perak, tembaga dan komoditi makanan ruji seperti beras, gandum, ternakan dan lain-lain mengikut perkiraan tertentu.
Pada zaman dinasti Tang, seseorang pedagang akan mengamanahkan sejumlah duit sebenar kepada satu pihak yang boleh dipercayai. Kemudian pedagang akan diberikan resit kertas yang tertulis jumlah duit sebenar yang diamanahkan. Resit ini akan digunakan untuk transaksi untuk berdagang. Selepas dinasti Tang, dinasti Song menyerap sistem duit kertas dan mula meletakkan polisi sistem ini dalam kerajaan.
-need edit- Persetujuan Bretton Woods

Duit Kertas – Penghambaan

Pernah satu ketika cemeti digunakan untuk menyebat hamba abdi di USA, tetapi kini penipuan adalah senjata paling ampuh untuk memperhamba-abdikan umat manusia seluruh dunia. Penipuan itu adalah duit kertas yang kita gunakan hari ini.Saya menggunakan perkataan perhambaan kerana itulah yang terjadi pada waktu ini. Sebagai contoh, kita lihat petani. Petani sebenarnya mengalami kerugian besar sepanjang kariernya kerana hasil tanaman dan ternakan yang diperolehi dikenakan sekatan kawalan harga seperti beras dan ayam. Petani terpaksa menerima imbuhan yang lebih kecil dari jumlah yang sepatutnya. Bukankah ini perhambaan? Siapakah yang mengawal harga?
Contoh yang kedua, pekerja sektor industri dan pembinaan. Pada waktu ini di Malaysia, rakyat manakah yang anda lihat membanjiri kilang-kilang dan bangunan-bangunan yang sedang dibangunkan? Saya kata Bangladesh, Vietnam dan Indonesia. Pernahkah anda tertanya-tanya, apa yang terjadi kepada negara mereka sampai mereka perlu ke Malaysia untuk mencari duit? Lihat sejarah nilai mata wang mereka berbanding 1 US Dollar:
Bangladesh (Taka ):
1971: 7.50 ~ 8.00
1980: 16.00 ~ 26.00
1990: 36.00 ~ 40.00
2000: 43.00 ~ 68.50
2011: 75.60

Vietnam (Dong ₫)
1978: 2.17 ~ 2.19
1980: 2.30
1981: 9.00
1989: 4300.000
1991: 11900.000

Indonesia: (Rupiah Rp)
1970: 378.000
1978: 625.000
1986: 1664.000
2011: 8928.000

Kekayaan mereka lesap secara tiba-tiba dan perlahan-lahan. Nilai keringat yang mereka titiskan duit mereka hilang, siapa yang kebas? Kerana kejatuhan matawang ekonomi, mereka merantau dan menjadi hamba-hamba moden pekerja sektor industri dan pembinaan di Malaysia hari ini. Walaupun jauh merantau, setimpalkah pendapatan mereka dengan pekerjaan berat yang mereka lakukan? Perlukah cemeti? dengan rela hati, mereka bekerja bertungkus lumus demi mendapatkan kertas-kertas bercop dengan nilai yang tertera. Apakah jaminan kepada kertas-kertas ini? adakah emas sebagai tambatan nilainya?
Pada tahun 80an boleh beli 20kg beras dengan RM10, hari ini boleh beli beras sebanyak 10kg dengan RM10, selepas lima tahun, hanya boleh beli sebanyak 4kg beras dengan RM10. Bagaimana pula selepas 10 tahun?

Rujukan (siri):
2.   THE GOLD DINĀR AND SILVER DIRHAM: ISLAM AND THE FUTURE OF MONEY by Imran Hossein

No comments:

Post a Comment