Saturday 10 March 2012

Buddha Yang Nabi Lagi Rasul



Ketika menghadiri perjumpaan ahl-ahli Bicarasufi pada 25 Oktober 2008 lalu, saya sempat berbual dengan Tuan Cenderawasih tentang agama-agama dunia dan tokoh-tokohnya khususnya agama Buddha. Seronok berbual dengannya.Hal ini berikutan diskusi saya dengan Ustaz Izzat dan Mat Lang di forum Bicarasufi tentang perkara tersebut.Kebetulan saya ada sedikit pengetahuan dan rujukan tentangnya, maka saya tambahkan di sini.

Dalam perbincangan kami itu, secara tidak langsung kami bersepakat mengatakan Buddha mungkin salah seorang pesuruh Tuhan.Belasan tahun lalu, saya juga pernah mendengar pandangan peribadi Dr Danial (JIM Pulau Pinang) dalam ceramahnya mengatakan Buddha seorang nabi.Namun kita sedia maklum, jika dikaji ilmu dan sumber-sumber agama Buddha hari ini memang hampir-hampir tidak ada yang menyentuh tentang Tuhan. Hal ini menjadikan para penganut agama Buddha umumnya sama ada menjadi seorang atheis ataupun bertuhankan Gautama Buddha- pengasas ajaran itu.

Secara peribadi pula, saya memandang kehadiran Gautama Buddha yang bernama Putera Siddharta itu bukanlah membawa satu agama baru ke India, sebaliknya sebagai pentajdid agama tauhid sebelumnya iaitu agama yang kemudiannya dijenamakan sebagai ‘Hindu’.Saya lebih senang menyebut agama tauhid ini sebagai agama Weda, iaitu ajaran-ajaran asal yang kemudiannya dikitabkan. Ajaran agama Weda itu sudah mengalami kerosakan (tidak lagi lurus)dan kekeliruan kerana sikap manusia dan usia agama itu sendiri yang sudah lama. Dengan itu Tuhan mengutus pelurusnya iaitu Gautama Buddha.

Samalah halnya seperti ajaran Nabi Adam yang asalnya lurus semasa baginda masih hidup, kemudian jadi bengkok setelah baginda wafat, telah diluruskan kembali oleh Nabi Nuh selepas banjir besar. Ajaran Nuh yang asalnya lurus (manusia menyembah Allah) lama kelamaan bengkok(manusia kembali menyembah berhala apabila Nabi Noh wafat), diluruskan kembali oleh Nabi Ibrahim. Ajaran Nabi Ibrahim yang asalnya lurus (manusia menyembah Allah) lama kelamaan bengkok (manusia menyembah berhala apabila baginda Nabi Ibrahim wafat), diluruskan kembali oleh Musa.Ajaran Musa yang asalnya lurus (manusia menyembah Allah) lama kelamaan bengkok setelah Nabi Musa meninggal dunia (manusia bertuhankan nafsu), diluruskan kembali oleh Nabi Isa. Ajaran Musa dan Isa dan seluruh ajaran di serata dunia diluruskan oleh Nabi Muhammad saw. Ajaran Nabi Isa asalnya lurus telah menjadi bengkok setelah Nabi Isa diangkat ke langit oleh Allah Taala seperti Firman Allah dalam:

Quran 4:157 Dan kerana perkataan mereka : Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa anak Maryam, seorang Rasul Allah. Padahal bukanlah mereka membunuhnya dan bukan pula menyalibnya, melainkan orang yang serupa dengan dia. Sesungguhnya orang2 yang bersalah-salahan tentang Isa itu dalam keraguan, bukanlah dengan pengetahuan, melainkan menurut dugaan sahaja ; dan tidaklah mereka itu membunuh Isa dengan yakin.

Quran 4:158 Bahkan Allah mengangkat Isa itu kepadanya, Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

Quran 4:171 Hai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih lebihan dalam agamamu dan janganlah kamu berkata terhadap Allah, melainkan dengan kebenaran. Sesungguhnya Al Masih, Isa anak Maryam, hanya Rasul Allah dan kalimatNya, disampaikanNya kalimat itu kepada Maryam beserta roh daripadaNya ;  sebab itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul2Nya dan janganlah kamu katakan (Tuhan itu) bertiga. Berhentilah kamu, itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah, hanya Tuhan yang Esa. Mahasuci Dia, bahwa ada baginya seorang anak. Baginya apa2 yang di langit dan apa2 yang di bumi.Cukuplah Allah menjadi wakil.

Quran 112:1,2,3,4 Katakanlah (ya Muhammad): Dialah Allah yang Mahaesa. Allah yang dituju (untuk meminta hajat.Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan.Dan tidak ada satupun yang menyerupaiNya.

Semua rasulrasul Allah tidak membawa ajaran agama baru tetapi semata mata agama tauhid sebagaimana asal yang dikehendaki menyembah, berharap, meminta tolong, minta perlindunganserta minta jalan yang lurus hanya kepada Allah.Cuma yang berubah sedikit ialah dari segi syariat agama-agama itu yang ada perbezaan yang Tuhan sesuaikan dengan kehendak-kehendak zaman ketika itu. Semua rasulrasul Allah membawa Islam walaupun jenama ‘Islam’ itu muncul pada zaman Muhammad saw.

KITAB AGAMA BUDDHA
Cenderawasih bertanyakan saya tentang kitab agama Buddha.Memang ada kitab-kitabnya dan yang paling utama ialah kitab Tripitaka (Tiga Keranjang). Jika dibandingkan dengan agama Islam, kitab Tripitaka ini bolehlah ditarafkan sebagai hadis atau sunnah Rasulullahsaw kerana kitab ini mengandungi perkara-perkara yang pernah dicakap, pernah dibuat dan pernah diakui oleh Gautama Buddha. Samalah dengan hadis dalam agama Islam iaitu perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad.Sama seperti hadis juga, kitab Tripitaka ini disusun lama selepas kematian nabinya.Dari SATU SUDUT, kitab Tripitaka tidaklah sekufu dengan kitab suci al-Quran kerana Tripitaka bukanlah perkataan Tuhan (wahyu) tetapi hadis Sang Buddha. Manakala kitab Bible pula sudah bercampur antara wahyu Tuhan, hadis para nabi dan tulisan para sejarahwan.Buddha berdakwah selama lebih kurang 45 tahun.Sepanjang tempoh itu, ajarannya tidak ditulis.Dakwah dilakukan secara lisan hasil hafazandan ingatan para pendakwah.

PERSIDANGAN PERTAMA
Pada tahun 483 SM, para sami Buddha yang bersedih atas kematian Buddha dikejutkan dengan pelakuan seorang sami bernama Subhadda. Subhadda ini merupakan sami yang paling lewat menjadi sami. Dia mengatakan:“Teman-teman, janganlah berasa kesal. Berhentilah menangis. Sekarang Sang Buddha sudah meninggal dunia. Kitalah yang berkuasa.Kini kita dapat berbuat dan bertindak sesuka hati kita.Lebih baiklah kamu semua bersuka ria atas KEMERDEKAAN kamu daripada kamu berduka cita.”Para hawari Buddha sangat terkejut dengan syor Subhada ini yang tidak lain adalah saranan supaya ajaran Buddha dibatalkan memandangkan dia sudah meninggal dunia. Hal yang sama berlaku kepada ajaran Nabi Isa as. Sebelum Nabi Isa diangkat oleh Allah, dia dikhianati oleh hawari paling akhir daripada 12 orang hawari iaitu Yahuza/ Judas sehingga Nabi Isa dihukum salib. Tempat Judas kemudiannya didakwa digantikan oleh St. Paul sebagai hawari terakhir.St. Paul pula bertindak membatalkan begitu banyak ajaran Taurat dan Injil yang dipegang oleh Isa as hinggalah ajarannya berubah menjadi agama Kristian.

Para sami Buddha sudah nampak betapa bahayanya jika ajaran-ajaran Buddha tidak diselamatkan. Oleh itu, satu perhimpunan yang dihadiri oleh 500 orang sami diadakan untuk mengingat dan menyeragamkan ajaran Buddha sebelum ia menjadi tidak asli. Majlis ini berlangsung selama tujuh bulan. Beberapa orang sami utama termasuklah murid kesayangannya bernama Ananda menyampaikan ajaran Buddha SECARA LISAN untuk dihafal ataupun diingati oleh para sami.

Ringkasnya, setakat tarikh itu ajaran asli Buddha bolehlah dikatakan terpelihara.
Dalam agama Islam, sebaik-baik sahaja Nabi Muhammad wafat, muncul segolongan yang membatalkan syariat Islam seperti pembayaran zakat.Pengganti baginda iaitu Khalifah Abu Bakar bertindak bijak lagi pantas dengan terus ‘mencantas’ golongan ini.Dengan itu agama Islam diselamatkan serta-merta.Virus perosaknya dihapuskan.

PERSIDANGAN KEDUA
100 tahun selepas itu, diadakan sidang yang kedua. Kali ini ia dihadiri oleh 700 orang sami dan berlangsung selama lapan bulan. Persidangan ini dilakukan kerana ajaran Buddha yang asli sudah ada yang terseleweng. Hal ini kerana ada antara sami yang hadir dalam persidangan kali pertama tidak bersetuju dengan beberapa keputusan sidang pertama itu. Mereka kemudiannya menyebarkan ajaran Buddha tanpa mengikut keputusan sidang pertama.Ajaran ini kemudiannya semakin meluas dan mengancam kelangsungan ajaran Buddha yang asli.Sekali lagi hadis-hadis Buddha diulangkaji, disampaikan SECARA LISAN dan dihafal oleh para sami. Tidak ada sebarang catatan dibuat.Dakwah disampaikan melalui lisan semata-mata.

PERSIDANGAN KETIGA
Pada tahun 269 SM, Asoka menjadi maharaja yang masyhur.Dia memeluk agama Buddha dan berusaha menyebarkan ajaran ini.Saya berpandangan hal ini ada kaitan dengan politik.Kemungkinan Asoka menjadikan agama sebagai alat untuk mengukuh dan meluaskan pengaruh politiknya. Ketika itu para sami Buddha sudah berpecah kepada belasan mazhab. Ada antaranya yang bermusuhan.Asoka yang melihat situasi ini boleh melemahkan kekuasaannya berusaha mengadakan sidang kali ke-3.Semua mazhab menghantar sami-sami mereka.Jika kita perhatikan, sidang ini tidak ubah seperti Sidang Nicea dalam agama Kristian yang diadakan 300 tahun selepas zaman Jesus.Pemerintah pula melihat agama sebagai satu alat untuk tujuan-tujuan politik mereka lalu mereka mengacu agama yang ada mengikut acuan mereka.Kemudian ajaran Jesus yang mereka pilih itu diwartakan sebagai ‘ajaran Jesus’.Mana-mana ajaran yang tidak mereka pilih diwartakan sebagai sesat.

Hal inilah yang berlaku pada zaman Asoka.Mana-mana mazhab Buddha yang tidak dipersetujui pemerintah dikira sebagai sesat.60,000 daripada penganut ajaran Buddha diwartakan sebagai murtad.Boleh jadi mereka yang 60,000 ini membawa ajaran Buddha yang asal, tidak mustahil.Dalam Persidangan Nicea, penganut ajaran Jesus yang menyembah 1 Tuhan (Unitary) diisytiharkan sesat manakala yang menyembah 3 Tuhan dalam 1 (Trinity) diwartakan sebagai penganut asli.

Quran 4:171 Hai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih lebihan dalam agamamu dan janganlah kamu berkata terhadap Allah, melainkan dengan kebenaran. Sesungguhnya Al Masih, Isa anak Maryam, hanya Rasul Allah dan kalimatNya, disampaikanNya kalimat itu kepada Maryam beserta roh daripadaNya ;  sebab itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul2Nya dan janganlah kamu katakan (Tuhan itu) bertiga. Berhentilah kamu, itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah, hanya Tuhan yang Esa. Mahasuci Dia, bahwa ada baginya seorang anak. Baginya apa2 yang di langit dan apa2 yang di bumi.Cukuplah Allah menjadi wakil.

Dalam persidangan ke-3 ini, sekali lagi ajaran-ajaran Buddha dibincang dan disampaikan secara lisan, dan sudah ada penambahan kepada ‘kitab lisan’ ajaran Buddha.Sebelumnya, sejak zaman Ananda kitab lisan ini mempunyai 2 bahagian sahaja iaitu Sutta dan Winaya.Namun kali ini, Asoka menambahkan satu lagi bahagian iaitu Abhidhamma.Ketiga-tiga bahagian ini menjadi ‘kitab secara lisan’ ajaran Buddha dan dinamakan Tripitaka (Tiga Keranjang).Tidak mustahil juga ajaran-ajaran dalam dua bahagian pertama itu turut dipilih-pilih ataupun diubahsuai.
Secara peribadi, saya berkeyakinan ajaran asli Buddha mula lari daripada yang asalnya secara besar-besaran pada zaman Asoka. Apabila agama dipolitikkan dengan cara yang tidak benar, begitulah jadinya.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian, pada zaman ini sudah ada ajaran-ajaran Buddha yang dituliskan tetapi bukan secara keseluruhan.Ada yang ditulis di kepingan-kepingan kayu, batu-batu dan lain-lain.Asoka sendiri mempunyai beberapa tulisan.Ada pendapat mengatakan kitab Tripitaka ditulis secara keseluruhannya pada zaman Asoka selepas perhimpunan ke-3 ini.Namun begitu tidak ada sumber-sumber kukuh untuk mengesahkannya.Apa yang pasti, memang ada orang-orang tertentu yang mencatat ataupun menyimpan sebahagian kecil ajaran Buddha ataupun huraiannya.

PENUTUP BAHAGIAN INI
Setakat ini, kesimpulannya memang ADA KEMUNGKINAN Buddha seorang nabi lagi rasul yang membawa agama tauhid.Namun seperti agama-agama tauhid yang lain (selain Islam), keasliannya tidak terpelihara hingga ke akhir zaman.
'BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw'Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

NABI MUHAMMAD SAW ADALAH MAITREYA?

Dalam kitab agama Buddha yaitu KITAB BUDDHA, Gautama Buddha berkata:

"Wahai Nanda, aku bukanlah Buddha yang pertama di dunia, bukan pula yang terakhir. Pada suatu masa, akan lahir seorang Buddha di dunia ini yang akan memberikan ajaran tentang kebenaran dan kebatilan....Dia akan menjadi pemimpin dan penuntun seluruh umat manusia....namanya ialah MAITREYA." (KITAB BUDDHA, Carus, hal. 217).
"Maitrea" artinya "yang penyayang", demikian juga dengan Muhammad, beliau mendapat gelar "Rahmatan lil 'Alamin" yang artinya "yang penyayang untuk alam semesta" (AL-QURAN SURAT AL-ANBIYA':107). Sedangkan Yesus bukanlah Maitreya, karena Yesus datang bukan untuk alam semesta melainkan hanya untuk umat Israel (MATIUS 15:24: "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel" dan dalam MATIUS 10:5-6 Yesus berpesan kepada 12 orang muridnya: "Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria; melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel"

No comments:

Post a Comment