Sunday 4 March 2012

Filem2 yang Memesongkan Akidah


Filem2 yang Memesongkan Akidah

Samada kita sedari atau tidak, pada masa ini terdapat banyak filem-filem yang memesongkan akidah. Baik ia filem mahupun cerita kartun, ia memesongkan akidah. Terdapat individu yang memandang ringan mengenai isu ini dengan membeli filem untuk tontonan keluarga serta anak masing-masing untuk tujuan santai dan hanya berhibur di hujung minggu. Tidak mereka sedari, anak yang masih kecil senang dipengaruhi oleh filem-filem sebegini sehingga terbawa-bawa hingga dewasa. Lebih teruk lagi jika si anak menjadikan filem sebagi idola serta meniru pegangan idola mereka. Ibu bapa tidak akan dapat melihat jiwa atau kecenderungan anak-anak kerana ia sukar dinilai dari hanya luaran atau hanya berdasarkan air muka! Antara filem-filem yang merosakkan akidah ini termasuk :

Ghost Rider 2 (Nicolas Cage) – Filem ini adalah bapak kepada segala filem yang memesongkan akidah serta merosakkan iktikad! Iblis masuk dalam tubuh manusia tetapi kuasanya terhad. Lalu Iblis membuat anak dalam satu rahim wanita dengan perjanjian beri nyawa pd wanita ini. Nadya mengandung tanpa persetubuhan setelah membuat perjanjian dengan syaitan! Anak Iblis menjadi baik dan berjuang untuk menegakkan kebenaran serta melakukan kebaikan.  Syaitan ada anak = Blackheart. Syaitan tak marah anaknya dibunuh dan sebaliknya memang bertujuan mahu anaknya dibunuh pd usia 13 tahun supaya dia boleh pakai tubuh anaknya dan jadi lebih berkuasa. Asal usul syaitan dalam tubuh Johny Blaze pula adalah malaikat yang melindungi manusia! Malaikat ini kononnya teruja membalas kejahatan manusia lalu ia jadi setan!! Filem ini menegaskan anak syaitan baik dan syaitan membantu manusia mengatasi kejahatan dan menegakkan keadilan! Syaitan boleh diterima sebagai kawan baik manusia! Manusia disarankan supaya bersekongkol dengan syaitan, memuja serta mewirakan syaitan! Sewajarnya filem ini diHARAMkan di Malaysia!!!  

Clash of the Titans – Kisah Tuhan Petir (Zeus) yang mempunyai anak lelaki akibat hubungannya dengan seorang manusia perempuan dan Tuhan ini bergantung nasib pula kepada anaknya!


Wrath of the Titans – Filem ini adalah Raja atau Ketua segala filem yang memesongkan akidah!!

The Lightnings Thief – Kisah Tuhan Laut (Poseidon) yang mempunyai anak akibat hubungannya dengan seorang manusia perempuan!

ImmortalsKisah Tuhan Zeus yang bergantung harap untung nasib mereka kepada kekuatan dan kebijaksanaan seorang manusia!

Legions – Malaikat Jibril diutus untuk melupuskan seluruh manusia kerana Allah murka kepada kejahatan manusia dan hilang moral kemanusiaan. Jibril tidak mahu menurut perintah tersebut kerana Jibril sayang kepada manusia. Filem ini bercanggah dengan sifat Allah dalam Al Quran, kerana disogokkan Malaikat lebih sayang kepada manuisa dari Allah! Sifat Allah Mahapenyayang daripada segala yang pengasih! Allah memberi peluang kepada manusia bertaubat selagi nyawa dikandung badan dan tidak sesekali manusia akan dilupuskan seperti Legion ( kecuali umat umat yang amat sombong lagi mengaku dirinya Tuhan atau menyembah patung seperti umat Firaun, Ad, Tsamud, Kaum Nuh , Namrud dsbnya ). Allah memberi peluang kepada manusia memperhatikan kebesaran Alam di mana langit tiada sempadan dan cakerawala ini tetap berkembang keluasannya! Fakta Al Quran ini yang menyebut cakerawala sentiasa berkembang luasnya disokong oleh kajian astronomi moden! Dalam filem ini digambarkan Allah tidak penyang tetapi malaikat Jibril lebih penyayang kepada manusia daripada Allah. Filem legion amat bercanggah dengan sifat Allah jika anda menghayati ayat Quran di bawah:
7:151 Engkaulah sepenyayang penyayang yang penyayang.
12:64 Maka Allah sebaik-baik yang memelihara dan Dia lebih penyayang dari segala yang penyayang.
12:92 Dia lebih Penyayang dari segala yang penyayang.
21:83 Engkau lebih pengasih dari segala yang pengasih.
24:20 Kalau tiadalah kurnia Allah kepadamu dan rahmatNya, (Niscaya kamu disiksaNya dengan segera). Sesungguhnya Allah Penyantun lagi Penyayang.
24:22 Allah Pengampun lagi Pengasih.
57:9  Sungguh Allah Amat kasihan dan Penyayang kepada kamu.
Jelas sekali bahawa filem Legion mempertikaikan sifat Allah dan filem ini wajar disanggah !

Hellboy & Hellboy 2 – Iblis mempunyai anak dan anak Iblis ini menyeru kepada  kebaikan serta berhempas pulas menegakkan kebenaran.

Avatar – Kisah satu pokok besar yang memberi nyawa dan kekuatan kepada sekalian mahkluk serta berupaya memelihara keseimbangan alam semesta.

Thor – Tuhan yang berkuasa hanya jika ada tukul besi.

Harry Porter – Mengagung-agung serta membesarkan kuasa sihir. Tidak sesekali mengagung-agungkan kebesaran Allah!

Legions – Kisah malaikat yang bergaduh sesama mereka sedangkan para malaikat tidak pernah membantah arahan Allah.

Priest

Alice in Wonderland – Terdapat dunia lain di bawah tanah yang penuh dengan kuasa ajaib.

Prince of Persia – Manusia berkuasa pergi ke masa lampau dan berupaya mengubah qada dan qadar !

Terminator – Manusia berkuasa pergi ke masa lampau dan berupaya mengubah qada dan qadar !

Back to the Future - Manusia berkuasa pergi ke masa lampau dan berupaya mengubah qada dan qadar !

Star Trek - Manusia berkuasa pergi ke masa lampau dan berupaya mengubah qada dan qadar !

Lost in Space - Manusia berkuasa pergi ke masa lampau dan berupaya mengubah qada dan qadar !

Jumanji - Manusia berkuasa pergi ke masa lampau dan berupaya mengubah qada dan qadar !

Narnia - Manusia berkuasa pergi ke masa lampau dan berupaya mengubah qada dan qadar ! Haiwan pelik pelik yang tidak pernah terlintas kita rupa bentuknya.

The Adjustment Bereau ( Matt Damon & Emily Blunt ) – Manusia boleh mengubah nasib dirinya sendiri dan qada dan qadar bukan ketentuan dari Allah.

I am Number 4 - Manusia yang berkuasa.

The Sorcerer and White Snake -

The Storm Warriors I & II – Manusia mempunyai banyak kuasa

The Forbidden Kingdom – Monyet mempunyai banyak kuasa.

The Last Airbender – Manusia yang berkuasa mengawal lautan, api, air dan angin, bukan Allah.

Transformers - Robot-robot besar adalah bernyawa, sangat bijaksana dan nyawanya diberikan oleh sebutir kiub ajaib !

Conan The Destroyer (Arnold Schwarzenegger) = Boleh menghidupkan semula orang mati dengan bantuan ahli sihir.

Jumper – Manusia berkuasa boleh ada di mana.

X Men – Manusia berkuasa.

Enchanted – Kisah tuan puteri dari dunia lain.

Barbie – Binatang kesayangannya bernama bible.

Smurf – Kuasa sihir pada makhluk kecil.

Thomas & Friend – Keretapi benyawa dan berkata-kata!

Cars & Cars 2 – Kereta benyawa dan berkata-kata!

Ben 10 – Kuasa diberikan oleh jam tangan.

Dragon Wars – Untung nasib manusia terletak pada geliga ular yang disimpan seorang gadis!

Legend of the Guardian – Burung Hantu (simbol Yahudi) yang berkuasa!

The Green Lantern – Kuasa diberikan oleh sebentuk cincin.

Winx TV7 - Kartun Inggeris pagi ahad mengenai sekumpulan pari-pari perempuan yang berpakaian seksi dan mempunyai berbagai-bagai kuasa magik yang boleh menyelamatkan dunia. Kartun ini juga mengajar serta menggalakkan anak gadis berpakaian seksi serta menjolok mata, berpeleseran, berkucupan dan bermesraan dengan teman lelaki masing masing.

Muzik yang memuja syaitan – Heavy Metal, Rock Metal, Black Metal, Black Sabbath, punk, skin head dsbnya.

Hantu Bonceng – digabungkan dengan rencah seks!

Ombak rindu - digabungkan dengan rencah seks!

Budaya kita mempunyai banyak kisah kisah atau hikayat yang baik baik yang boleh dijadikan samada kartun atau filem seperti kisah Hang Tuah, Hang Jebat, Laksamana Bentan, Hikayat Sang Kancil dsbnya. Jika dilakukan dengan bersungguh sungguh ia akan mendapat kejayaan contohnya Kartyun Upin Ipin dan Boboi Boi. Sangat penting elemen keagamaan dan sahsiah yang baik diterapkan dalam kartun atau filem filem ini bagi mendidik anak anak secara Islam dan mempraktikkan budaya timur. 

No comments:

Post a Comment