Wednesday 3 October 2012

Bekerja dengan baik


Bekerja dengan baik

Ada ribuan jenis kerja di muka bumi tetapi bagaimanakah bekerja dengan baik? Bekerja dengan baik adalah ditafsirkan sebagai bekerja dengan penuh ikhlas, penuh tanggungjawab, penuh kasih sayang dan semata-mata adalah sebab tidak lain dan tidak bukan adalah kerana Allah. Inilah sifat-sifat kerja yang menjadi ibadah dan dituntut Allah serta Allah redha padanya. Bagi yang berjaya mengerjakannya, mereka mendapat balasan pahala dan Allah suka kepada mereka. Bagi yang gagal sehingga mengakibatkan kemudharatan kepada pelanggan yang dilayan mereka, maka pekerja ini mendapat amarah serta kutukan Allah...

Pada zaman Khalifah Islam dahulu, terdapat khalifah yang meronda di waktu malam bagi melihat masalah rakyatnya. Khalifah mengintip perbuatan rakyat jelata dengan berpakaian preman. Selepas diketahuinya orang yang sangat miskin, khalifah ini mengandar sebuntil beras di belakangnya bagi diberikan kepada fakir miskin. Pada zaman ini, khalifah tidak sanggup makan sedap kerana mengetahui masih terdapat orang miskin di negaranya yang sangat dhaif serta susah mendapat makanan dalam satu hari. Inilah contoh pekerjaan seikhlas hati, penuh tanggungjawab serta penuh kasih sayang dan semata-mata kerana Allah.  

Mengikut satu hadis nabi, pada hari khiamat nanti terdapat golongan VVIP yang dicemburui oleh golongan lain. Mereka ini menjadi golongan VVIP bukan kerana mereka ini mufti atau alim ulama atau mati shahid atau banyak mengerjakan haji atau banyak bersedekah atau rajin beramal atau sebagainya akan tetapi kerana mereka ini sangat hampirnya kepada Allah pada setiap waktu. Mereka ini bekerja dengan seikhlas hati, penuh kasih sayang dan penuh tanggungjawab semata mata kerana Allah. Muka mereka bercahaya dan juga mereka duduk di atas cahaya.

 

 

No comments:

Post a Comment