Wednesday 3 October 2012

Kisah Bayi Kerdil


Aku Bayi Kerdil

          Ya Allah, aku berterimakasih kepadaMu yang telah menciptakan daku dengan sebaik-baik kejadian ( 3:6, 7:140, 39:6, 17:70, 82:7,8, 95:4 ). Namun, aku cukup gelisah menantikan hari lahirku. Apakah aku akan dilemparkan ke dalam lubang mangkuk tandas dan mati lemas tertelan air najis manusia? Ya Allah, adakah aku akan dilemparkan menerusi jendela? Ya Allah Ya Tuhanku, adakah aku akan ditinggalkn di batas ban sawah padi untuk jadi hurungan semut kerengga? Atau mungkinkah daku akan ditinggalkan dalam kebun getah jadi habuan serigala? Tubuh kerdilku akan dirobek serta diratah oleh binatang. Ibuku tidak pernah belas kepadaku. Bapaku tidak pedulikan daku. Kelahiranku tidak dialu-alukan. Aku tidak seperti bayi kecil lain dimana mereka ditatang dengan penuh belai manja. Aku tidak punya kasih sayang. Masyarakat sekeliling memandang hina kepadaku lalu mendorong ibuku membunuh daku. Ya Allah Ya Tuhanku, mengapakah masyarakat dan alim ulama menghinakan daku? Apakah salahku? Mengapakah masyarakat dan alim ulama tidak mencari penyelesaian yang baik buat ibu bapaku?

          Aku terjadi dari perbuatan dua insan yang tidak layak dipanggil ibu atau bapa. Ibuku tidak layak daku memanggilnya ibu. Ayah pula diharamkan daku memanggilnya bapa. Apakah dosaku wahai ayah dan ibu? Mengapa aku dibiarkan? Tiada siapa pedulikan daku? Ibuku dulu suka berpoya serta berpakaian menjolok mata. Pergaulan bebas dan mukabuku menjadi amalan harian ibuku. Bapaku kaki perempuan dan kaki hiburan. Ibu bapaku tidak mengenali Quran. Pemimpinku mengharamkan tulisan jawi menyebabkan ibu bapaku jadi begitu. Pemimpinku mempersenda hukum Islam malah menyuburkan Akademi Fantasia, pertandingan hiburan, majlis yang melalaikan ibu bapaku dsbnya. Pemimpinku membenarkan buku-buku lucah dijual berleluasa di pasaran. Pemimpinku tidak kisah tentang nasib saudaraku di Rohingya, Sudan, Palestin, Iraq dsbnya. Pemimpinku sibuk mengejar dunia (57:20,21,23), mahu mengekalkan kuasa walau apa taruhannya. Pemimpinku tidak kisah dengan untung nasibku.

          Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku tidak punya kasih sayang. Kebanyakkan manusia benci serta menghinakan daku. Sebaliknya engkau Ya Allah Ya Tuhanku, adalah lebih pengasih daripada segala yang penyayang (7:151, 21:83). Engkau adalah sebaik-baik yang pengasihani ( 30:143, 33:163, 57:9 ). Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau angkatlah rasulMu ke makam tertinggi, teristimewa serta terpuji seperti yang telah Engkau janjikan.

          Ya Allah Ya Tuhanku, di saat aku mahu dilempar ke luar jendela, di saat aku mahu dilemaskan di dasar mangkuk tandas, di saat anggotaku mahu dipisahkan dari badan, di saat kepalaku mahu dipecah dengan batu, di saat aku mahu dirobek serigala, di saat tubuhku mahu diratah semut, ku pohon Engkau ambillah nyawaku terlebih dahulu. Maha suci Engkau, Allah, Tuhanku, Tuhan sekalian alam. Aku tidak memiliki Tuhan lain selain daripada Engkau yang Esa.

Renungan:

Mariam adalah wanita suci yang sentiasa patuh kepada ajaran serta tuntutan Taurat. Berasal dari keluarga terpuji iaitu keluarga Imran, Mariam adalah wanita yang dipilih Allah. Mariam telah mengandungkan Nabi Isa a.s. tanpa berbapa. Perkara ini adalah mudah bagi Allah sepertimana firman Allah dalam Al Quran. Peristiwa ini mengundang pelbagai fitnah mengatakan Mariam telah berbuat jahat. Penganut Yahudi masa itu sangat susah mempercayai kejadian itu. Kejadian ini telah diterangkan sendiri oleh Nabi Isa yang dipandaikan Allah boleh berkata-kata semenjak dari dalam buaian. Kejadian Nabi Adam dan Hawa adalah lebih ajaib iaitu dijadikan Allah tanpa ibu dan bapa!!!

Mengambil pengajaran dari peristiwa ini, Mariam tidak pernah mahu membuang anaknya akibat tekanan hidup serta caci nista kaumnya yang melanda. Nabi Isa dipelihara dengan penuh kasih sayang walaupun menghadapi kesusahan, rintangan dan segala macam cabaran kehidupan. Tidak bolehkah kita memberi peluang kepada bayi kecil ini akan hak mereka untuk merasa hidup di bumi Allah?

No comments:

Post a Comment