Wednesday 3 October 2012

Cara Pantas Hafal


Berikut merupakan cara-cara bagi seseorang untuk mengingat dengan cepat:-

 

1. Mengaplikasi Pancaindera

 

Kita perlu belajar untuk fokus terhadap sesuatu perkara dengan menggunakan segala pancaindera yang ada  kerana amat rumit untuk kita mengingat jika kita tidak memperhatikannya daripada awal. Sesungguhnya memori yang kuat akan terhasil daripada gabungan deria penderngaran(telinga), pergerakan(kaki dan tangan), deria bau(hidung) dan deria rasa(lidah).

 

2. Membuat Petunjuk/Tanda

 

Bagi meningkatkan lagi memori, buat petunjuk melalui objek yang kita mudah untuk ingat secara imaginasi.

 

3. Menggunakan Emosi

 

Sudah sedia maklum bahawa sesuatu yang berbaur cinta, kebahagiaan dan kesediahn amat mudah untuk diingati. Oleh itu, mainkan emosi dengan mengaitkannya dengan perkara yang perlu kita ingati.

 

4. Asosiasi  dan Imaginasi

 

Gunakan asosiasi(pertalian) dan imaginasi peribadi seperti anggota-anggota keluarga, rakan-rakan, rumah, pejabat , suatu peristiwa menarik dan hal-hal yang istimewa bagi kita.

 

5. Melakukan Pengulangan

 

Ulanglah perkara yang perlu dipelajari atau diingati dengan pelbagai cara yang berbeza lagi kreatif. Contohnya, membuat peta minda, bercakap dengan nada yang kuat atau membuat lagu.

 

6. Membuat Kata Kunci

 

Cuba mengingat bahagian pertama dan bahagian terakhir sesuatu perkataan atau lain-lain dan kemudian bina kata kunci yang mudah untuk diingati melalui bahagian-bahagian tersebut.

 

Sumber:


 

No comments:

Post a Comment