Wednesday 3 October 2012

Tak masuk syurga jika tak bayar hutang


Tak masuk syurga jika tak bayar hutang

KUALA LUMPUR: “Hutang walaupun hanya RM30 akan menyebabkan roh seseorang itu terawang-awang dan tidak boleh masuk syurga, jika dia masih berhutang,” kata pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah. Beliau berkata, sudah menjadi trend kepada orang yang berhutang pada masa kini untuk tidak melunaskan hutang mereka, sedangkan soal ‘hutang-piutang’ menjadi kewajipan kepada setiap individu untuk membayar semula.

“Saya risau dengan trend zaman sekarang, orang yang berhutang macam tiada niat untuk membayar hutang mereka terutama membabitkan hutang kecil dan pada mereka hutang berkenaan seolah-olah tidak perlu dibayar balik kepada pemiutang. “Sebenarnya dalam hukum sudah ada menjelaskan mengenainya (hutang)...Bila seseorang yang nak beri hutang, dia mesti mempunyai saksi. Sekurang-kurangnya saksi terbabit dapat mengingatkan penghutang mengenai hutang mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai kejadian menimpa seorang tukang rumah yang mati dibelasah dengan kayu oleh dua lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati mangsa menuntut hutang RM30. Itulah nilai nyawa yang terpaksa digadai mangsa, Mohamad Khairul Anuar Osman, 28, dibelasah kedua-dua suspek di rumah sewanya di Taman Perindustrian Maju Jaya, Puchong Utama, di sini, jam 4.30 pagi 20 Ogos lalu. 

Dia meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 4 pagi kelmarin.

No comments:

Post a Comment