Mulia
Friday, 30 March 2012
CERITA SELAK KAIN
Cerita selak kain...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan "Dan janganlah kamu
menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan
satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran
Surah al-Israa': 32 BARU-BARU ini ada beberapa kisah selak kain yang saya
dengar. Pertama kes Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang menjawab 'isu
lembu' ketika Perhimpunan Agung Umno. Saya melihat memek muka beriya-iya
Shahrizat melalui siaran langsung TV3. Saya lihat Shahrizat selinsing lengan;
dan ugut untuk selak kain, tapi taklah dia selak kain. Namun perlakuannya itu
mendapat sokongan gemuruh perwakilan Wanita, kebanyakannya bertudung merah. Dia
ugut untuk selak kain pada lain kali. Namun sepanjang Perhimpunan Agung Umno
yang mendapat liputan besar-besaran semua siaran TV tanah air ( sehingga seorang
anak kecil saya pun naik 'boring' ), dia tidak pula ditunjukkan selak kain.
Jadi tiadalah peluang orang ramai tengok Shahrizat selak kain, mungkin pada
pilihan raya umum nanti kot, jika dia tidak... Melalui siaran TV3 juga, suatu
pagi saya terdengar seorang pakar motivasi menceritakan kisah seorang wanita
pada zaman Nabi dulu menyelak kain. Katanya, wanita ini akan masuk syurga
terlebih dulu daripada Sayidatina Fatimah binti Rasulullah. Ya, Fatimah
az-Zahra diumpamakan akan tunggang unta dan wanita itu memegang tali unta; jadi
dia akan masuk syurga dulu. Pakar motivasi itu tidak menamakan wanita itu;
tetapi daripada pembacaan saya, agak saya wanita itu adalah Atiqa, orang yang
dikhabarkan oleh Rasulullah kepada puterinya, Fatimah sebagai berakhlak tersangat
mulia sehingga membuatkan Fatimah teringin mengetahui siapa wanita itu. Kali pertama mengunjungi Atiqa, Fatimah tidak
dibenarkan memasuki rumahnya malah diminta pulang saja sebab suami Atika tidak
ada dan keizinannya pun tidak diperolehi; beliau berjanji akan memberitahu hal
itu kepada suaminya. Kali kedua, Fatimah membawa seorang anaknya (Hussein atau
Hasan); beliau juga tidak dibenarkan masuk kerana keizinan suami hanyalah untuk
Fatimah seorang dan bukan bersama anaknya. Kali ketiga barulah Fatimah dibenarkan masuk.
Beliau mendapati wanita itu menyediakan air minuman dan rotan sambil menunggu
kepulangan suaminya. Apabila si suami balik, Fatimah mendapati dia menyambutnya
dengan begitu baik sekali; kata pakar motivasi itu di samping memberi minum
sehingga puas, dia menyelak kainnya untuk tatapan suami; bertanya sama ada si
suami inginkan dirinya. Fatimah
tertanya-tanya apa guna rotan itu, katanya itulah bagi suaminya merotan dirinya
jika layanan diberikan tidak memuaskannya. Demikianlah wanita mulia itu
menyelak kain untuk suaminya dan bukan untuk tatapan umum termasuk berjuta-juta
biji mata yang menyaksikan siaran TV.
Kisah selak kain (malah lebih daripada itu) berikutnya saya temui
melalui pembacaan. Laporannya menyatakan, sebuah kelab isteri-isteri taat
melalui buku seorang pemimpinnya, berkata cara untuk menyambut suami pulang
adalah dengan berbogel. Saya tergelak membaca laporan itu; terbayang dalam
fikiran 'jahat' saya, jika pasangan muda baru kahwin, bagus juga jika si isteri
dengan badan yang ada 'cutting' dan seksi menyambut suami dalam keadaan
berbogel, tetapi jika sudah veteran, si suami boleh pengsan melihat si isteri
yang sudah londeh anggota badan, berbogel menyambutnya. Kisah berikutnya, suatu
pagi terkejut saya menyaksikan seorang pembaca berita wanita TV3 yang
mengenakan 'tube' yang mendedahkan sebahagian besar bahagian atas dadanya.
Sekalipun mengenakan 'kot' penampilannya yang menyelak 'penutup atas'
membuatkan ramai 'kurang selesa'. Teringat saya zaman Tok Mat dulu (Menteri
Penerangan, Allahyarham Dato' Mohamed Rahmat), selebriti pakaian kurang sopan
termasuk lelaki berambut panjang yang muncul di kaca TV, akan dipanggilnya.
Sekarang ini tidak adakah 'orang kuat' sanggup memanggil kakitangannya
menghadap atas soal disiplin berpakaian ini?
Baru-baru ini terdengar pula saya kisah seorang guru dipanggil menghadap
pegawai tinggi kementerian kerana berkopiah ke sekolah; persoalannya kenapa
kini orang sanggup menegur orang berkopiah (berpakaian bagus) sedangkan yang
mendedahkan sana sini termasuk mengugut menyelak kain atau sudah berbuat
demikian di tempat umum tidak ditegur?
Kalau wanita nak sangat selak kain atau dedah dada, lakukanlah depan
suami, insya-Allah akan mendapat kedudukan tinggi di sisi-Nya seperti
pengiktirafan Nabi s.a.w. ke atas Atiqa!
Kenapa Hilangkan Sejarah Penting Ini
Kenapa Hilangkan
Sejarah Penting Ini
KENAPA UMNO LENYAPKAN CERITA INI DARI
PENGETAHUAN KITA
Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh
rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku
sejarah. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara
sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. Sebahagian
pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan
mata kita. Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut
kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau
reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah
Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha).
Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy. Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.
Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH. Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.
Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir. PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya
1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.
2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.
4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.
6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.
7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan
penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.
8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.
8.Kesatuan Opera Melayu.
9.Persatuan Pemandu Teksi.
10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA. Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.
Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL. HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.
Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.
Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar. British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.
Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.
Wasiat Pejuang
Artikel Berkaitan :
1. Mitos Merdeka Part 1
2. Mitos Merdeka Part 2
3. 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka
4. Apa beza sosialis dan komunis? UMNO-BN "Paranoid"...
5. Terang Bulan dan Penipuan Umno
Penemuan kota kaum Aad bukti mukjizat AlQuran
Satu ketika dahulu, ramai ragu-ragu
tentang kewujudan kaum A’ad seperti yang termaktub dalam al-Quran. Ketika ayat
mengenai kehancuran kaum A’ad diturunkan, ramai terkejut dengan kedashyatan
azab Allah terhadap kaum nabi Hud as tersebut. Namun, rata-rata umat Islam
ketika itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kaum yang disebut Allah swt
sebagai kaum A’ad tersebut.
Begitu juga apa yang dialami oleh
kaum Yahudi yang menetap bersama-sama umat Islam di Madinah. Mereka mendengar
desas-desus turunnya ayat tentang kaum A’ad tersebut. Dalam kitab suci mereka
iaitu Taurat tidak langsung menceritakan kemusnahan kaum A’ad sedangkan
kaum-kaum lain seperti kaum Lut as, kaum Nuh as dan sebagainya diceritakan
dengan terperinci dalam kitab mereka. Berikutan itu, kaum Yahudi terus
menyebarkan fitnah bahawa kaum A’ad sebenarnya tidak pernah wujud dan apa yang
diberitakan dalam al-Quranul karim hanyalah omongan kosong yang langsung tidak
berfakta.
Ternyata orang
Yahudi silap
Tahun berganti tahun, abad berganti
abad. Ramai orientalis mula datang ke tanah arab untuk mengkaji dan menyelidik
kitab suci al-Quran, syair-syair dan cerita penglipur lara popular di tanah
arab. Antara orientalis paling popular yang pernah datang ke tanah arab adalah
T. E. Lawrence atau lebih dikenali dengan Lawrence of Arabia.
Lawrence of
Arabia
Kepada yang belum mengenali siapakah
Lawrence of Arabia, beliau adalah orientalis yang bertanggungjawab menghasut
pemimpin tanah arab untuk memberontak kepada kerajaan Turki Othmaniyyah sekitar
tahun 1916-1918. Disebabkan hasutan dan dokongan daripada Lawrence of Arabia
tersebut, tanah arab akhirnya bebas daripada menjadi jajahan Turki Othmaniyyah
dan King Saud diangkat menjadi pemimpin besar tanah arab. Kerajaan baru yang
ditubuhkan dikenali sebagai Arab Saudi. Dan kerajaan Arab Saudi kekal
memerintah tanah arab sehingga ke hari ini. Lawrence of Arabia yang juga
seorang Leftenan Kolonel tentera Diraja Britain meninggal dunia pada 19 Mei
1935 akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu beliau berumur 45 tahun.
‘Jasa’
Lawrence of Arabia
Miskipun Lawrence of Arabia boleh
dikatakan musuh di dalam selimut kepada umat Islam, namun jasanya kepada
penemuan kota Iram yang dikatakan sebagai kota kaum A’ad tidak boleh disangkal.
Beliau adalah insan pertama daripada Eropah yang sangat berminat dengan‘Lost
City’ Iram. Beliau yang hidup dengan cara orang Badwi dan kemampuannya
berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan fasih membuatkan cerita mengenai
kemusnahan tamadun kaum A’ad mudah sampai ke telinganya.
Kerana sangat berminat dengan kisah
kaum A’ad dan kotanya yang memiliki tiang-tiang yang besar, Lawrence of Arabia
telah mengelarnya dengan gelaran ‘Atlantis of the Sands’.Seperti kota Atlantis,
kota Iram juga kelihatan mustahil untuk ditemui. Lawrence of Arabia juga tidak
yakin apakah kota tersebut benar-benar wujud. Baginya, ia sekadar cerita dogeng
yang terkandung dalam al-Quran.
Atlantis of
the Sands
Sebenarnya, apa yang ditulis oleh
Lawrence of Arabia mengenai kota Iram yang digelar beliau sebagai ‘the Atlantis
of the Sands’ telah menarik minat beberapa ahli arkeologi daripada Eropah
kemudian harinya. Mereka adalah Nicholas Clapp, George Hedges, Dr. Juris Zarins
dan Ranulph Fiennes.
Pada akhir tahun 80-an dan awal
90-an, keempat-empat individu ini telah berusaha untuk mencari satu tamadun
yang musnah sepertimana yang disifatkan dalam al-Quran. Rujukan utama keempat-empat
mereka adalah berdasarkan al-Quranul karim dan cerita-cerita lisan daripada
masyarakat Badwi.
Dr. Zarins yang bertindak sebagai
ketua arkeologi dalam pencarian tersebut telah bersama-sama Nicholas Clapp dan
George Hedges meminta NASA merakamkan gambar sekitar tempat yang dimaksudkan
mempunyai potensi untuk dikaitkan dengan kota purba Iram yang telah musnah.
Gambar tersebut telah dirakamkan menggunakan satelit NASA,SPOT(Satellite Pour
I’Observation de la Terre). Rakaman tersebut mengejutkan mereka apabila ia
jelas memaparkan laluan unta dan sebuah runtuhan kota purba yang kelihatan
mengelilingi sebuah ‘runtuhan’ oasis. Namun laluan perdagangan dan
runtuhan kota purba tersebut tidak mampu dilihat jelas pada mata kasar. Imej
tersebut telah dirakamkan di Rub’al Khali, Oman yang terletak di selatan
Semenanjung Arab.
Pada 1992, eskavasi telah dimulakan.
Daripada hasil penemuan arkeologi, mereka bersepakat bahawa ia adalah kota Iram
yang musnah seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran berdasarkan pentarikhan
karbon menyatakan ia dibina sekitar 6,000 tahun sebelum masihi. Menurut mereka
lagi, kota yang ditemui itu adalah salah satu kota yang dimiliki oleh kaum A’ad
dan banyak lagi yang tenggelam dalam ‘lautan’ pasir.
Keajaiban
Al-Quran
Terdapat beberapa persamaan hasil
penemuan arkeologi dengan ayat-ayat Allah swt yang menceritakan kisah kaum A’ad
dan nabi Hud as. Antaranya adalah berkenaan dengan pembinaan tiang-tiang yang
sangat tinggi yang mana tidak pernah dibina oleh sesiapa pun sebelumnya.
1. Tiang-tiang
tinggi
Dalam al-Quran ada menyebut tentang
kota Iram yang disifatkan mempunyai tiang-tiang yang tinggi,
6. Apakah kamu tidak memperhatikan
bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum A’ad?
7. (iaitu) penduduk Iram yang
mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi
8. yang belum pernah dibangunkan
(suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain,
(Surah al-Fajr
ayat 6-8)
Firman Allah swt telah dapat
dibuktikan melalui hasil penemuan arkeologi pada 1992. Clapp yakin bahawa yang
kota purba yang ditemui adalah Iram berdasarkan kepada tapak-tapak tiang yang
berbentuk segiempat sama. Dipercayai bahawa tiang-tiang yang dibina adalah 7
batang kesemuanya.
2. Membina
benteng-benteng
Kaum A’ad juga diriwayatkan membina
benteng-benteng. Ia diceritakan Allah dalam surah as-Syu’araa’ ayat 128
sehingga 130.
128. Apakah kamu mendirikan pada
tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main.
129. dan kamu membuat
benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)?
130. Dan apabila kamu menyeksa, maka
kamu menyeksa sebagai orang- orang kejam dan bengis.
(Surah
as-Syu’araa’ ayat 128-130)
Sepertimana perihal tiang-tiang yang tinggi yang dibina oleh kaum A’ad,
mereka juga turut membina benteng yang dianggarkan mempunyai tinggi lebih
daripada 2 meter. Jika mengikut rekod arkeologi, tiada tamadun sekitar 6,000 BC
telah membina tembok atau benteng seperti yang dibina oleh kaum A’ad. Ia
bertepatan dengan apa yang Allah swt bicarakan dalam Surah al-Fajr ayat 8.
3. Terdapat
kebun-kebun dan mata air
133. Dia telah menganugerahkan
kepadamu binatang-binatang ternak, dan anak-anak,
134. dan kebun-kebun dan mata air,
(Surah
as-Syu’araa’ ayat 133-134)
Mengenai perihal kebun-kebun dan
mata air, ia dapat dibukti melalui penemuan oasis di tengah-tengah kota Iram.
Penemuan oasis merupakan titik pertama sebelum penemuan Kota purba Iram. Mata
air merupakan sumber utama kepada kemajuan kota Iram satu ketika dahulu. Kaum
A’ad dikatakan mencari nafkah dengan mengembala binatang ternak dan juga
berdagang. Oasis milik kaum A’ad masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini.
4. Dimusnahkan
oleh angin kencang
41. Dan juga pada (kisah) Aad ketika
Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan,
42. angin itu tidak membiarkan
satupun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti serbuk.
(Surah
adz-Dzaariyaat ayat 41-42)
Dalam ayat Allah dalam surah
adz-Dzaariyaat ini, angin kencang telah membinasa kaum A’ad yang sombong. Angin
tersebut telah membinasakan seluruh masyarakat A’ad yang kufur terhadap Allah
swt. Hasil arkeologi membuktikan bahawa runtuhan kota Iram bagaikan serbuk dan
ia bertepatan benar dengan apa yang dimaksudkan Allah swt dalam ayat 42 surah
adz-Dzaariyaat.
Penutup
Bagi ahli arkeologi, miskipun
runtuhan tersebut sangat dashyat sehingga sukar untuk dilihat dengan mata
kasar, ia bagaimanapun masih lagi mempunyai nilai yang sangat bermakna kerana
dalam sudut yang lebih besar ia membukti al-Quran merupakan kalam Allah yang
penuh mukjizat.
Kota yang dikatakan mustahil untuk
ditemui ini akhir telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi bukan muslim dan
sepertimana yang diberitahu sebelum ini, rujukan utama mereka adalah al-Quran. Pembaca
semua, ingatlah ayat Allah azza wa jalla ini, Sesungguhnya pada kisah-kisah
mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran
itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab)
yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk
dan rahmat
bagi kaum yang beriman.
(Surah Yusuf
ayat 111)
MENGAPA ANAK DERHAKA
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya
satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif... . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di
rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,
pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak
tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang
panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh
membayangkan diri mereka dikalangan orang yang
berjaya.
sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.
Tips;
1.Mulakanlah
hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah
keluarga
(Seorang penulis menyatakan
anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan / puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ
Menjawab Soalan Paderi
Menjawab 29
Soalan Paderi Amerika
Seorang pemuda Arab yang baru saja menamatkan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah SWT berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka memang akrab. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan. Pemuda Muslim itupun menerima dengan terbuka tentangan atau cabaran debat tersebut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 (peny-29) pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya:
- "Sebutkan
satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada
tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga
belas yang tiada empat belasnya." ( peny- bahagian pertama -berkenaan
nombor- 13 soalan)
- "Sebutkan
sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud
dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk
ke dalam surga? (peny- bahagian kedua -berkenaan ibarat- 2 soalan)
- Sebutkan sesuatu
yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang
diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang
tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang
terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang
diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?" (peny-
bahagian ketiga -berkenaan ciptaan- 8 soalan)
- "Sebutkan
sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang
mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran
matahari?" (peny - bahagian keempat -berkenaan perkara besar- 5
soalan)
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Basmalah dia berkata :
(peny- Jawaban terhadap bahagian pertama -berkenaan nombor- 13 soalan)
- Satu yang tiada
duanya ialah Allah s.w.t..
- Dua yang tiada
tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami
jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran
Kami)."(Al-Isra': 12).
- Tiga yang tiada
empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir
menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan
kembali dinding yang hampir roboh.
- Empat yang tiada
limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada
enamnya ialah Solat lima waktu.
- Enam yang tiada
tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
- Tujuh yang tiada
delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman,
"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali
tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak
seimbang." (Al-Mulk: 3).
- Lapan yang tiada
sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman,
"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada
hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala)
mereka." (Al-Haqah: 17).
- Sembilan yang
tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu:
tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kemarau, katak, darah,
kutu dan belalang.(??*)
- Sesuatu yang
tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman,
"Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat." (Al-An'am: 160).
- Sebelas yang
tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
- Dua belas yang
tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman
Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu
Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah
daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
- Tiga belas yang
tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah
dan ibunya.
(Peny- Jawaban terhadap bahagian -berkenaan ibarat- kedua 3
soalan)
- Adapun sesuatu
yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t.
ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing." (At-Takwir : 1)
- Kuburan yang
membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
- Mereka yang
berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf ,
yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan
terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap
kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan
memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf : 9)
(Peny - Jawaban terhadap bahagian ketiga -berkenaan penciptaan- 8
soalan)
- Sesuatu yang
diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai (??*). Allah
s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai." (Luqman: 19).
- Makhluk yang
diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi
Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
- Makhluk yang
diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal
(??*) dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.
berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."
(Al-Anbiya' : 69).
- Makhluk yang
terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah
tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi
(penghuni gua).
- Sesuatu yang
diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita,
sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita
itu sangatlah besar." (Yusuf : 2).
(Peny-Jawaban terhadap bahagian keempat -berkenaan perkara besar-
5 soalan)
- Adapun pohon
yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari
maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan
Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan
Dua di siang hari. (peny- solat 5 waktu adalah kewajiban utama setiap
muslim setiap hari dalam sepanjang hayatnya)
Kemudian graduan Arab tadi bertanya kembali satu soalan kepada si
paderi... HANYA 1 Soalan! "Apakah kunci surga itu?"
Si paderi pada asalnya tidak mahu menjawab akhirnya terpaksa menjawab jua setelah di desak oleh keadaan : "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."
Semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan mereka semua..

KEHEBATAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
KEHEBATAN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
1. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiimi." ( Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. ) Sabda Rasulullah s.a.w.: "Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain antara ia dengan nama Allah, 'Akbar' seperti putih mata dengan hitamnya.Begitulah dekatnya." Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah. Sabda Baginda s.a.w. lagi: "Ismullahil-A'zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiimi sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain." ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )
2. Bersabda Nabi s.a.w.: "Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiimi, bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya." Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma: "Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiimi, mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata:"Rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung itu." Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah."
3. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya."
4. Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan Laa haula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan." Dari al-Waqii dan Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.: "Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilanbelas, maka hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai." Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat."
5. Bersabda Nabi s.a.w.: "Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu,barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi. Kerana sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah." Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan Bismillaahir rahmaanirrahiimi setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan samada atas harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita. Dari Anas bin Malik bersabda Nabi s.a.w.: "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanirrahiimi selama sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."
6. Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Ada suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: "Alangkah beratnya timbangan amal kebajikan mereka." Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segakla perbicaraan mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan,nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi."
7. Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiimi kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi kerana sesungguhnya Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang."
8. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya, lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan "Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya Allah takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk selama-lamanya."
9. Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama disebutkan di dalam al-Qur'anulkariim manakala 1 berada di sisi Allah. Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi itu ada sembilanbelas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilanbelas. Maka, barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlaj dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah.
10.Dan, barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi ( yakni Malaikat ) dan alam yang rendah ( yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di mukabumi ).

air mata malam pertama
Hatiku bercampur baur antara
kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan
hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan
gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan
imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan
diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga.
Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat
Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa
mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir
bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para
hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
“Ana dah jadi isteri! ” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.
“Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.”Doaku perlahan. Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.
“Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti”Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami. “Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya. Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku. “Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.
Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud ke jari manisku. “Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. “Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana ke pangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. ” Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku. Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku. Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.
Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.
“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana”.Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya. “Apa dia ayah, mak? Macam penting je” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.
“Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.”
“Apa!!!”Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri. “Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku. “Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?”Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian. “Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. “Ujar mak setelah sekian lama membisu.
“Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.”Terang ayah lagi.
“Ana..” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.
“Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”; “Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.
“Ahhhhgggg…”Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan. Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni. “Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku.
Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan.
Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam. “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.”
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.” Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. “Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.
“Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.”Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.
“Abang nak ke mana tu?”Soalku. “Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.”Jawabnya. “Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesian melihatnya, keletihan. “Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. “Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.
Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.
“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.
” Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.”
“Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku. “Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.
“Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. “Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang.”Jawabnya tersenyum. “Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.” “Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat. “Ish..;gatal la abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.
Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. “Apa yang Ana menungkan ni?”Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. “Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. “Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku.
“Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku. “Sayang…” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku. “Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. “Ana ikut aje ke mana abang nak bawa.”
“Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya.
“Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. “Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda. “Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. “Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?”
“Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. “Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.” “Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. “Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi. “Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil. “Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.
Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.
Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.
“Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya. “Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.” “Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan.
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?
Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil. “Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. ” Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. “Habis tu apa yang sayang menungkan ni?” Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. ” Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.
” Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.
” Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! ” Bisiknya.
Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. ” Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.
“Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari. Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri. ” Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. ” Pasal peminangan tu.” Ujarku.
Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.
” Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari. Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya. ” Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku. Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.
“Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. ” Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.
” Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu. ” Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu. Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.
” Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. ” Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. ” Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.
Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.
“Bang….”Seruku.
“Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.
“Malam ni abang nak…..nak…..”Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… ” Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum.
“Ah..abang ni…”Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.
“Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku.
Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.
“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku.
” Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku.
Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.
Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.
Rasulullah bersabda:
“Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.”
Rasulullah bersabda:
“Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.”
Rasulullah bersabda:
“Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.”
Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.
Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.
Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.
“Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.
“Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.”Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.
“Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.
“Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.
Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.
Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.
“Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya.
” Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..”
“Zul sakit ke?” Tanya ayah.
“Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.”Jawabnya.
“Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak.
“Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.
Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.
“Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk.
“Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.
“Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.”
” Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.”
“Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.”
“Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.”Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.
“Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.
“Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea”
“Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan.
“Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.
Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.
Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan.
Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.
Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.
” Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak.
Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.
Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku. Amin..

Subscribe to:
Posts (Atom)