Filem2 yang Memesongkan Akidah
Samada
kita sedari atau tidak, pada masa ini terdapat banyak filem-filem yang
memesongkan akidah. Baik ia filem mahupun cerita kartun, ia memesongkan akidah.
Terdapat individu yang memandang ringan mengenai isu ini dengan membeli filem
untuk tontonan keluarga serta anak masing-masing untuk tujuan santai dan hanya
berhibur di hujung minggu. Tidak mereka sedari, anak yang masih kecil senang
dipengaruhi oleh filem-filem sebegini sehingga terbawa-bawa hingga dewasa.
Lebih teruk lagi jika si anak menjadikan filem sebagi idola serta meniru
pegangan idola mereka. Ibu bapa tidak akan dapat melihat jiwa atau
kecenderungan anak-anak kerana ia sukar dinilai dari hanya luaran atau hanya
berdasarkan air muka! Antara filem-filem yang merosakkan akidah ini termasuk :
Ghost Rider 2 (Nicolas Cage)
– Filem ini adalah bapak kepada segala filem yang memesongkan akidah serta
merosakkan iktikad! Iblis masuk dalam tubuh manusia tetapi kuasanya terhad. Lalu Iblis membuat anak dalam satu rahim wanita dengan perjanjian beri nyawa pd wanita ini. Nadya mengandung tanpa persetubuhan setelah membuat
perjanjian dengan syaitan! Anak Iblis menjadi baik dan berjuang untuk menegakkan kebenaran
serta melakukan kebaikan. Syaitan ada anak = Blackheart. Syaitan tak marah
anaknya dibunuh dan sebaliknya memang bertujuan mahu anaknya dibunuh pd usia 13 tahun supaya dia boleh pakai tubuh anaknya dan jadi lebih berkuasa. Asal usul syaitan dalam tubuh Johny Blaze pula adalah malaikat yang
melindungi manusia! Malaikat ini kononnya teruja membalas kejahatan manusia lalu ia jadi setan!! Filem ini menegaskan anak syaitan baik dan syaitan membantu
manusia mengatasi kejahatan dan menegakkan keadilan! Syaitan boleh diterima
sebagai kawan baik manusia! Manusia disarankan supaya bersekongkol dengan
syaitan, memuja serta mewirakan syaitan! Sewajarnya filem ini diHARAMkan
di Malaysia!!!
Clash of the Titans
– Kisah Tuhan Petir (Zeus) yang mempunyai anak lelaki akibat hubungannya dengan
seorang manusia perempuan dan Tuhan ini bergantung nasib pula kepada anaknya!
Wrath of the Titans – Filem ini adalah Raja atau Ketua segala filem yang memesongkan akidah!!
The Lightnings Thief – Kisah Tuhan Laut (Poseidon) yang mempunyai anak akibat hubungannya dengan seorang manusia perempuan!
The Lightnings Thief – Kisah Tuhan Laut (Poseidon) yang mempunyai anak akibat hubungannya dengan seorang manusia perempuan!
Immortals – Kisah Tuhan Zeus yang
bergantung harap untung nasib mereka kepada kekuatan dan kebijaksanaan seorang
manusia!
Legions – Malaikat
Jibril diutus untuk melupuskan seluruh manusia kerana Allah murka kepada kejahatan
manusia dan hilang moral kemanusiaan. Jibril tidak mahu menurut perintah
tersebut kerana Jibril sayang kepada manusia. Filem ini bercanggah dengan sifat
Allah dalam Al Quran, kerana disogokkan Malaikat lebih sayang kepada manuisa
dari Allah! Sifat Allah Mahapenyayang daripada segala yang pengasih! Allah
memberi peluang kepada manusia bertaubat selagi nyawa dikandung badan dan tidak
sesekali manusia akan dilupuskan seperti Legion ( kecuali umat umat yang amat
sombong lagi mengaku dirinya Tuhan atau menyembah patung seperti umat Firaun,
Ad, Tsamud, Kaum Nuh , Namrud dsbnya ). Allah memberi peluang kepada manusia
memperhatikan kebesaran Alam di mana langit tiada sempadan dan cakerawala ini
tetap berkembang keluasannya! Fakta Al Quran ini yang menyebut cakerawala
sentiasa berkembang luasnya disokong oleh kajian astronomi moden! Dalam filem
ini digambarkan Allah tidak penyang tetapi malaikat Jibril lebih penyayang
kepada manusia daripada Allah. Filem legion amat bercanggah dengan sifat Allah
jika anda menghayati ayat Quran di bawah:
7:151
Engkaulah sepenyayang penyayang yang penyayang.
12:64
Maka Allah sebaik-baik yang memelihara dan Dia lebih penyayang dari segala yang
penyayang.
12:92
Dia lebih Penyayang dari segala yang penyayang.
21:83
Engkau lebih pengasih dari segala yang pengasih.
24:20
Kalau tiadalah kurnia Allah kepadamu dan rahmatNya, (Niscaya kamu disiksaNya
dengan segera). Sesungguhnya Allah Penyantun lagi Penyayang.
24:22
Allah Pengampun lagi Pengasih.
57:9 Sungguh Allah Amat kasihan dan Penyayang kepada
kamu.
Jelas
sekali bahawa filem Legion mempertikaikan sifat Allah dan filem ini wajar
disanggah !
Hellboy & Hellboy 2
– Iblis mempunyai anak dan anak Iblis ini menyeru kepada kebaikan serta berhempas pulas menegakkan
kebenaran.
Avatar –
Kisah satu pokok besar yang memberi nyawa dan kekuatan kepada sekalian mahkluk
serta berupaya memelihara keseimbangan alam semesta.
Thor – Tuhan
yang berkuasa hanya jika ada tukul besi.
Harry Porter –
Mengagung-agung serta membesarkan kuasa sihir. Tidak sesekali mengagung-agungkan
kebesaran Allah!
Legions – Kisah
malaikat yang bergaduh sesama mereka sedangkan para malaikat tidak pernah
membantah arahan Allah.
Priest –
Alice in Wonderland
– Terdapat dunia lain di bawah tanah yang penuh dengan kuasa ajaib.
Prince of Persia
– Manusia berkuasa pergi ke masa lampau dan berupaya mengubah qada dan qadar !
Terminator – Manusia
berkuasa pergi ke masa lampau dan berupaya mengubah qada dan qadar !
Back to the Future
- Manusia berkuasa pergi ke masa lampau dan berupaya mengubah qada dan qadar !
Star Trek -
Manusia berkuasa pergi ke masa lampau dan berupaya mengubah qada dan qadar !
Lost in Space -
Manusia berkuasa pergi ke masa lampau dan berupaya mengubah qada dan qadar !
Jumanji -
Manusia berkuasa pergi ke masa lampau dan berupaya mengubah qada dan qadar !
Narnia -
Manusia berkuasa pergi ke masa lampau dan berupaya mengubah qada dan qadar !
Haiwan pelik pelik yang tidak pernah terlintas kita rupa bentuknya.
The Adjustment Bereau ( Matt Damon &
Emily Blunt ) – Manusia boleh mengubah nasib dirinya
sendiri dan qada dan qadar bukan ketentuan dari Allah.
I am Number 4 -
Manusia yang berkuasa.
The Sorcerer and White Snake
-
The Storm Warriors I & II
– Manusia mempunyai banyak kuasa
The Forbidden Kingdom
– Monyet mempunyai banyak kuasa.
The Last Airbender
– Manusia yang berkuasa mengawal lautan, api, air dan angin, bukan Allah.
Transformers -
Robot-robot besar adalah bernyawa, sangat bijaksana dan nyawanya diberikan oleh
sebutir kiub ajaib !
Conan The Destroyer (Arnold Schwarzenegger)
= Boleh menghidupkan semula orang mati dengan bantuan ahli sihir.
Jumper –
Manusia berkuasa boleh ada di mana.
X Men –
Manusia berkuasa.
Enchanted – Kisah
tuan puteri dari dunia lain.
Barbie –
Binatang kesayangannya bernama bible.
Smurf – Kuasa
sihir pada makhluk kecil.
Thomas & Friend – Keretapi
benyawa dan berkata-kata!
Cars & Cars 2 – Kereta
benyawa dan berkata-kata!
Ben 10 –
Kuasa diberikan oleh jam tangan.
Dragon Wars – Untung
nasib manusia terletak pada geliga ular yang disimpan seorang gadis!
Legend of the Guardian
– Burung Hantu (simbol Yahudi) yang berkuasa!
The Green Lantern
– Kuasa diberikan oleh sebentuk cincin.
Winx TV7 - Kartun
Inggeris pagi ahad mengenai sekumpulan pari-pari perempuan yang berpakaian seksi
dan mempunyai berbagai-bagai kuasa magik yang boleh menyelamatkan dunia. Kartun
ini juga mengajar serta menggalakkan anak gadis berpakaian seksi serta menjolok
mata, berpeleseran, berkucupan dan bermesraan dengan teman lelaki masing
masing.
Muzik yang memuja syaitan – Heavy
Metal, Rock Metal, Black Metal, Black Sabbath, punk, skin head dsbnya.
Hantu Bonceng – digabungkan dengan rencah
seks!
Ombak rindu - digabungkan dengan rencah
seks!
Budaya kita mempunyai banyak kisah kisah atau
hikayat yang baik baik yang boleh dijadikan samada kartun atau filem seperti
kisah Hang Tuah, Hang Jebat, Laksamana Bentan, Hikayat Sang Kancil dsbnya. Jika
dilakukan dengan bersungguh sungguh ia akan mendapat kejayaan contohnya Kartyun
Upin Ipin dan Boboi Boi. Sangat penting elemen keagamaan dan sahsiah yang baik
diterapkan dalam kartun atau filem filem ini bagi mendidik anak anak secara
Islam dan mempraktikkan budaya timur.
No comments:
Post a Comment