Firman Allah Ta’ala yang
bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat
bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
3:96 – Sesungguhnya rumah yang
mula mula dibangunkan untuk manusia (beribadat) ialah (bait Allah) yang di Makkah (Kaabah), yang
diberi berkat dan petunjuk untuk semesta alam.
3:97 – Di sana ada beberapa
tanda yang nyata, (diantaranya) maqam Ibrahim. Barang siapa masuk ke negeri Makkah,
niscaya aman sentosa. Allah mewajibkan atas manusia mengerjakan haji, iaitu
orang yang kuasa berjalan kepadanya; dan barang siapa ingkar, sesungguhnya
Allah Mahakaya dari sekalian alam.
“Neil Amstrong telah
membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet
Bumi."Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara
ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan
berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran
Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah
Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan
kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul
Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya
(negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura”
bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan
Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di
sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu”
(ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam.
Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan
sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang
bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika
kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah,
kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).”
(ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah
bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada
langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat
difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi
(tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu
bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit. Selain
itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah
berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang
membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda
maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy ,
sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada
tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci
Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik
dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong
membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet
Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai
kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil
Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi,
dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan
di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah
penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui
bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka
mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website
tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama
web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi
tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah.
Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir).
Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut
masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki
karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di
alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub
utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism
Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum
kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama
besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang
tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak
dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita
mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri
yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta
yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan
batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di
negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan
pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal
dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih
daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”
(Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di
bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR.
Thabrani)
Wallahu’alam….
No comments:
Post a Comment