Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan
seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata
beliau. Setelah memeriksa beliau, saya mendapati, beliau mengalami sakit mata
selamat 5 hari dan tidak beransur pulih dengan ubat yang diberi oleh tiga
doktor sebelum itu. Semasa memeriksa mata beliau, saya dapati, selain daripada
jangkitan virus dan yang menghairankan saya, selalunya infeksinya hanya
melibatkan konjunktiva atau bahagian mata yang putih. Bagi pesakit ini,
bahagian kornea atau bahagian mata yang hitam yang penting untuk melihat telah
koyak dengan agak banyak sehingga menyebabkan beliau rasa amat sakit dan tidak
dapat melihat dengan jelas. Saya terpaksa meletak ubat dan menampal kedua mata
beliau dan memasukkan beliau ke dalam wad untuk pemerhatian rapi. Setelah
melihat keadaan yang agak teruk bagi jangkitan yang selalunya mudah dikawal,
hati kecil saya bertanya apakah hikmah ataupun rahsia di sebalik kejadian ini.
Dengan kuasa Allah, saya menyedari bahawa beliau agak kasar dengan suaminya.
Setelah dua hari di dalam wad dan beransur pulih, saya menasihati beliau secara
tidak langsung tentang pentingnya sebagai seorang isteri solehah kita harus
menjaga tiga perkara suami kita.
1. Mata beliau - sentiasa kelihatan cantik dan menawan dengan menjaga
rupa paras dan berat badan.
2. Hidung beliau - sentiasa berbau wangi dan menjaga kebersihan mulut
dan nafas supaya selesa apabila suami bercakap berdekatan dengan kita.
3. Telinga beliau - sentiasa mengeluarkan kata-kata yang manis dan
pujian serta penghargaan, dan jangan sekali-kali kufur nikmat.
Beliau seterusnya
memberitahu saya sebelum berlakunya sakit mata itu, beliau telah merajuk dengan
suaminya. Beliau nampaknya insaf ketika memberitahu kisah ini dan mengakui bahawa setiap kali beliau
berlaku kasar terhadap suaminya, tentu sesuatu perkara negatif akan berlaku
terhadap beliau. Saya meneruskan menasihati beliau bahawa dalam kehidupan kita
bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami dan sebagai seorang isteri,
hidup kita fokus untuk jadi isteri solehah. Dan jika mempunyai profession, jadi
professional mukminah. Setelah berjumpa dengan beliau hari ni, beliau
menyatakan bahawa beliau memang selalu memberitahu suaminya bahawa fokus beliau
adalah untuk menjadi isteri solehah dan setelah peristiwa ini,
semangat beliau untuk mencapai cita-cita ini bertambah kuat. Saya bersyukur
kerana di dalam setiap pesakit yang saya jumpai dapat mempelajari sesuatu dan
menambah lagi kesyukuran apabila hati kita suka pada kebaikan dan takut pada kejahatan.
No comments:
Post a Comment