Ketika menghadiri perjumpaan ahl-ahli Bicarasufi pada 25 Oktober
2008 lalu, saya sempat berbual dengan Tuan Cenderawasih tentang agama-agama
dunia dan tokoh-tokohnya khususnya agama Buddha. Seronok berbual dengannya.Hal
ini berikutan diskusi saya dengan Ustaz Izzat dan Mat Lang di forum
Bicarasufi tentang perkara tersebut.Kebetulan saya ada sedikit pengetahuan
dan rujukan tentangnya, maka saya tambahkan di sini.
Dalam perbincangan kami itu, secara
tidak langsung kami bersepakat mengatakan Buddha mungkin salah seorang pesuruh
Tuhan.Belasan tahun lalu, saya juga pernah mendengar pandangan peribadi Dr
Danial (JIM Pulau Pinang) dalam ceramahnya mengatakan Buddha seorang nabi.Namun
kita sedia maklum, jika dikaji ilmu dan sumber-sumber agama Buddha hari ini
memang hampir-hampir tidak ada yang menyentuh tentang Tuhan. Hal ini menjadikan
para penganut agama Buddha umumnya sama ada menjadi seorang atheis ataupun
bertuhankan Gautama Buddha- pengasas ajaran itu.
Secara peribadi pula, saya memandang kehadiran Gautama Buddha yang
bernama Putera Siddharta itu bukanlah membawa satu agama baru ke India,
sebaliknya sebagai pentajdid agama tauhid sebelumnya iaitu agama yang
kemudiannya dijenamakan sebagai ‘Hindu’.Saya lebih senang menyebut agama tauhid
ini sebagai agama Weda, iaitu ajaran-ajaran asal yang kemudiannya dikitabkan.
Ajaran agama Weda itu sudah
mengalami kerosakan (tidak lagi lurus)dan kekeliruan
kerana sikap manusia
dan usia agama itu sendiri yang
sudah lama. Dengan itu Tuhan
mengutus pelurusnya iaitu Gautama Buddha.
Samalah halnya seperti ajaran Nabi Adam yang asalnya lurus semasa
baginda masih hidup, kemudian jadi bengkok setelah baginda wafat, telah diluruskan
kembali oleh Nabi Nuh selepas banjir besar. Ajaran Nuh yang asalnya lurus
(manusia menyembah Allah) lama kelamaan bengkok(manusia kembali menyembah
berhala apabila Nabi Noh wafat), diluruskan kembali oleh Nabi Ibrahim. Ajaran Nabi
Ibrahim yang asalnya lurus (manusia menyembah Allah) lama kelamaan bengkok
(manusia menyembah berhala apabila baginda Nabi Ibrahim wafat), diluruskan
kembali oleh Musa.Ajaran Musa yang asalnya lurus (manusia menyembah Allah) lama
kelamaan bengkok setelah Nabi Musa meninggal dunia (manusia bertuhankan nafsu),
diluruskan kembali oleh Nabi Isa. Ajaran Musa dan Isa dan seluruh ajaran di
serata dunia diluruskan oleh Nabi Muhammad saw. Ajaran Nabi Isa asalnya lurus
telah menjadi bengkok setelah
Nabi Isa diangkat ke langit oleh Allah Taala seperti Firman
Allah dalam:
Quran
4:157 Dan kerana perkataan mereka : Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih,
Isa anak Maryam, seorang Rasul Allah. Padahal bukanlah mereka membunuhnya dan
bukan pula menyalibnya, melainkan orang yang serupa dengan dia. Sesungguhnya
orang2 yang bersalah-salahan tentang Isa itu dalam keraguan, bukanlah dengan
pengetahuan, melainkan menurut dugaan sahaja ; dan tidaklah mereka itu membunuh
Isa dengan yakin.
Quran
4:158 Bahkan Allah mengangkat Isa itu kepadanya, Allah Mahaperkasa lagi
Mahabijaksana.
Quran
4:171 Hai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih lebihan dalam agamamu dan
janganlah kamu berkata terhadap Allah, melainkan dengan kebenaran. Sesungguhnya
Al Masih, Isa anak Maryam, hanya Rasul Allah dan kalimatNya, disampaikanNya
kalimat itu kepada Maryam beserta roh daripadaNya ; sebab itu berimanlah kamu kepada Allah dan
rasul2Nya dan janganlah kamu katakan (Tuhan itu) bertiga. Berhentilah kamu, itu
lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah, hanya Tuhan yang Esa. Mahasuci Dia,
bahwa ada baginya seorang anak. Baginya apa2 yang di langit dan apa2 yang di
bumi.Cukuplah Allah menjadi wakil.
Quran
112:1,2,3,4 Katakanlah (ya Muhammad): Dialah Allah yang Mahaesa. Allah yang dituju
(untuk meminta hajat.Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan.Dan tidak
ada satupun yang menyerupaiNya.
Semua rasulrasul Allah tidak membawa ajaran agama baru tetapi semata
mata agama tauhid sebagaimana asal yang dikehendaki menyembah, berharap,
meminta tolong, minta perlindunganserta minta jalan yang lurus hanya kepada Allah.Cuma
yang berubah sedikit ialah dari segi syariat agama-agama itu yang ada perbezaan
yang Tuhan sesuaikan dengan kehendak-kehendak zaman ketika itu. Semua rasulrasul
Allah membawa Islam walaupun jenama ‘Islam’ itu muncul pada zaman Muhammad saw.
KITAB
AGAMA BUDDHA
Cenderawasih bertanyakan saya tentang kitab agama Buddha.Memang
ada kitab-kitabnya dan yang paling utama ialah kitab Tripitaka (Tiga
Keranjang). Jika dibandingkan dengan agama Islam, kitab Tripitaka ini bolehlah
ditarafkan sebagai hadis
atau sunnah Rasulullahsaw kerana kitab ini mengandungi
perkara-perkara yang pernah dicakap, pernah dibuat dan pernah diakui oleh
Gautama Buddha. Samalah dengan hadis dalam agama Islam iaitu perkataan,
perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad.Sama seperti hadis juga, kitab Tripitaka
ini disusun lama selepas kematian nabinya.Dari SATU SUDUT, kitab Tripitaka
tidaklah sekufu dengan kitab suci al-Quran kerana Tripitaka bukanlah perkataan Tuhan
(wahyu) tetapi hadis Sang Buddha. Manakala kitab Bible pula sudah
bercampur
antara wahyu Tuhan, hadis para nabi dan tulisan para sejarahwan.Buddha
berdakwah selama lebih kurang 45 tahun.Sepanjang tempoh itu, ajarannya tidak
ditulis.Dakwah dilakukan secara
lisan hasil hafazandan ingatan para pendakwah.
PERSIDANGAN
PERTAMA
Pada tahun 483 SM, para sami Buddha yang bersedih atas kematian
Buddha dikejutkan dengan pelakuan
seorang sami bernama Subhadda. Subhadda ini merupakan
sami yang paling lewat menjadi
sami. Dia mengatakan:“Teman-teman, janganlah berasa kesal. Berhentilah
menangis. Sekarang Sang Buddha sudah meninggal dunia. Kitalah yang berkuasa.Kini
kita dapat berbuat dan bertindak sesuka hati kita.Lebih baiklah kamu semua
bersuka ria atas KEMERDEKAAN kamu daripada kamu berduka cita.”Para hawari
Buddha sangat terkejut dengan syor Subhada ini yang tidak lain adalah saranan
supaya ajaran Buddha
dibatalkan memandangkan dia sudah meninggal dunia. Hal yang sama berlaku
kepada ajaran Nabi Isa as. Sebelum Nabi Isa diangkat oleh Allah, dia dikhianati oleh hawari paling akhir
daripada 12 orang hawari iaitu Yahuza/ Judas sehingga Nabi Isa
dihukum salib. Tempat
Judas kemudiannya didakwa digantikan oleh St. Paul sebagai hawari terakhir.St.
Paul pula bertindak membatalkan begitu banyak ajaran Taurat dan Injil yang
dipegang oleh Isa as hinggalah ajarannya berubah menjadi agama Kristian.
Para sami Buddha sudah nampak betapa bahayanya jika ajaran-ajaran
Buddha tidak diselamatkan. Oleh itu, satu perhimpunan yang dihadiri oleh 500
orang sami diadakan untuk mengingat dan menyeragamkan ajaran Buddha sebelum ia
menjadi tidak asli. Majlis ini berlangsung selama tujuh bulan. Beberapa orang
sami utama termasuklah murid kesayangannya bernama Ananda menyampaikan ajaran Buddha SECARA LISAN untuk dihafal ataupun
diingati oleh para sami.
Ringkasnya,
setakat tarikh itu ajaran asli Buddha bolehlah dikatakan terpelihara.
Dalam agama Islam, sebaik-baik sahaja Nabi Muhammad wafat, muncul segolongan yang membatalkan
syariat Islam seperti pembayaran zakat.Pengganti baginda iaitu Khalifah Abu
Bakar bertindak bijak lagi pantas dengan terus ‘mencantas’ golongan ini.Dengan
itu agama Islam diselamatkan serta-merta.Virus perosaknya dihapuskan.
PERSIDANGAN
KEDUA
100 tahun selepas itu, diadakan sidang yang kedua. Kali ini ia
dihadiri oleh 700 orang sami dan berlangsung selama lapan bulan. Persidangan
ini dilakukan kerana ajaran Buddha yang
asli sudah ada yang terseleweng. Hal ini kerana ada
antara sami yang hadir dalam persidangan kali pertama tidak bersetuju dengan
beberapa keputusan sidang pertama itu. Mereka kemudiannya menyebarkan ajaran
Buddha tanpa mengikut keputusan sidang pertama.Ajaran ini kemudiannya semakin
meluas dan mengancam kelangsungan ajaran Buddha yang asli.Sekali lagi hadis-hadis
Buddha diulangkaji, disampaikan SECARA LISAN dan dihafal oleh para sami. Tidak
ada sebarang catatan dibuat.Dakwah disampaikan melalui lisan semata-mata.
PERSIDANGAN
KETIGA
Pada tahun 269 SM, Asoka
menjadi maharaja yang masyhur.Dia memeluk agama Buddha dan berusaha menyebarkan
ajaran ini.Saya berpandangan hal ini ada kaitan dengan politik.Kemungkinan
Asoka menjadikan agama sebagai alat untuk mengukuh dan meluaskan pengaruh
politiknya. Ketika itu para
sami Buddha sudah berpecah kepada belasan mazhab. Ada antaranya yang
bermusuhan.Asoka yang melihat situasi ini boleh melemahkan kekuasaannya
berusaha mengadakan sidang kali ke-3.Semua mazhab menghantar sami-sami
mereka.Jika kita perhatikan, sidang ini tidak ubah seperti Sidang Nicea dalam
agama Kristian yang diadakan 300
tahun selepas zaman Jesus.Pemerintah pula melihat agama sebagai
satu alat untuk tujuan-tujuan politik mereka lalu mereka mengacu agama yang ada
mengikut acuan mereka.Kemudian ajaran Jesus yang mereka pilih itu diwartakan
sebagai ‘ajaran Jesus’.Mana-mana
ajaran yang tidak mereka pilih diwartakan sebagai sesat.
Hal inilah yang berlaku pada zaman Asoka.Mana-mana mazhab Buddha yang tidak
dipersetujui pemerintah dikira sebagai sesat.60,000 daripada penganut ajaran
Buddha diwartakan sebagai murtad.Boleh jadi mereka yang 60,000 ini membawa
ajaran Buddha yang asal, tidak mustahil.Dalam Persidangan Nicea, penganut ajaran Jesus yang menyembah 1
Tuhan (Unitary) diisytiharkan sesat manakala yang menyembah 3 Tuhan dalam 1
(Trinity) diwartakan sebagai penganut asli.
Quran
4:171 Hai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih lebihan dalam agamamu dan
janganlah kamu berkata terhadap Allah, melainkan dengan kebenaran. Sesungguhnya
Al Masih, Isa anak Maryam, hanya Rasul Allah dan kalimatNya, disampaikanNya
kalimat itu kepada Maryam beserta roh daripadaNya ; sebab itu berimanlah kamu kepada Allah dan
rasul2Nya dan janganlah kamu katakan (Tuhan itu) bertiga. Berhentilah kamu, itu
lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah, hanya Tuhan yang Esa. Mahasuci Dia,
bahwa ada baginya seorang anak. Baginya apa2 yang di langit dan apa2 yang di
bumi.Cukuplah Allah menjadi wakil.
Dalam persidangan ke-3 ini, sekali lagi ajaran-ajaran Buddha
dibincang dan disampaikan secara lisan, dan sudah ada penambahan kepada ‘kitab
lisan’ ajaran Buddha.Sebelumnya, sejak zaman Ananda kitab lisan ini mempunyai 2
bahagian sahaja iaitu Sutta dan Winaya.Namun kali ini, Asoka menambahkan satu
lagi bahagian iaitu Abhidhamma.Ketiga-tiga bahagian ini menjadi ‘kitab secara
lisan’ ajaran Buddha dan dinamakan Tripitaka (Tiga Keranjang).Tidak mustahil
juga ajaran-ajaran dalam dua bahagian pertama itu turut dipilih-pilih ataupun
diubahsuai.
Secara peribadi, saya berkeyakinan ajaran asli Buddha mula lari daripada yang asalnya secara
besar-besaran pada zaman Asoka. Apabila agama
dipolitikkan dengan cara yang tidak benar, begitulah jadinya.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian, pada zaman ini sudah ada
ajaran-ajaran Buddha yang dituliskan tetapi bukan secara keseluruhan.Ada yang
ditulis di kepingan-kepingan kayu, batu-batu dan lain-lain.Asoka sendiri
mempunyai beberapa tulisan.Ada pendapat mengatakan kitab Tripitaka ditulis secara keseluruhannya pada zaman Asoka
selepas perhimpunan ke-3 ini.Namun begitu tidak ada sumber-sumber
kukuh untuk mengesahkannya.Apa yang pasti, memang ada
orang-orang tertentu yang mencatat ataupun menyimpan sebahagian kecil ajaran
Buddha ataupun huraiannya.
PENUTUP
BAHAGIAN INI
Setakat ini, kesimpulannya memang ADA KEMUNGKINAN Buddha seorang
nabi lagi rasul yang membawa agama tauhid.Namun seperti agama-agama tauhid yang
lain (selain Islam), keasliannya tidak terpelihara hingga ke akhir zaman.
'BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw'Abu
Zulfiqar 'Alexanderwathern'
NABI MUHAMMAD SAW ADALAH MAITREYA?
Dalam kitab agama Buddha yaitu KITAB BUDDHA, Gautama Buddha berkata:
"Wahai Nanda, aku bukanlah Buddha yang pertama di dunia, bukan pula yang terakhir. Pada suatu masa, akan lahir seorang Buddha di dunia ini yang akan memberikan ajaran tentang kebenaran dan kebatilan....Dia akan menjadi pemimpin dan penuntun seluruh umat manusia....namanya ialah MAITREYA." (KITAB BUDDHA, Carus, hal. 217).
"Maitrea" artinya "yang penyayang", demikian juga dengan Muhammad, beliau mendapat gelar "Rahmatan lil 'Alamin" yang artinya "yang penyayang untuk alam semesta" (AL-QURAN SURAT AL-ANBIYA':107). Sedangkan Yesus bukanlah Maitreya, karena Yesus datang bukan untuk alam semesta melainkan hanya untuk umat Israel (MATIUS 15:24: "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel" dan dalam MATIUS 10:5-6 Yesus berpesan kepada 12 orang muridnya: "Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria; melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel"
Dalam kitab agama Buddha yaitu KITAB BUDDHA, Gautama Buddha berkata:
"Wahai Nanda, aku bukanlah Buddha yang pertama di dunia, bukan pula yang terakhir. Pada suatu masa, akan lahir seorang Buddha di dunia ini yang akan memberikan ajaran tentang kebenaran dan kebatilan....Dia akan menjadi pemimpin dan penuntun seluruh umat manusia....namanya ialah MAITREYA." (KITAB BUDDHA, Carus, hal. 217).
"Maitrea" artinya "yang penyayang", demikian juga dengan Muhammad, beliau mendapat gelar "Rahmatan lil 'Alamin" yang artinya "yang penyayang untuk alam semesta" (AL-QURAN SURAT AL-ANBIYA':107). Sedangkan Yesus bukanlah Maitreya, karena Yesus datang bukan untuk alam semesta melainkan hanya untuk umat Israel (MATIUS 15:24: "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel" dan dalam MATIUS 10:5-6 Yesus berpesan kepada 12 orang muridnya: "Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria; melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel"
No comments:
Post a Comment