Wanita
solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar
dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad
SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum
wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya
oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya
menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum
wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan
keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW
menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas
keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan
anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais
Al-Qarni.
Salah
satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada
kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka.
Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada
kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah
SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang
paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat
Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi
sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap
keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang
yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina
kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi
betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada
Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia
lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada
bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka
kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad
mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan
kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut
bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh
tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari
syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki
diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi,
bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang
gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah
sejati?”
Si
ayah pun menjawab “anakku,seorang
muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya
semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah
sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah
yang terbaik”
Si
ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan
ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh
mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan
mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi
ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas
apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan
ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul
tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam
bergaul”
Setelah
itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah
saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si
ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya
nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang
solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si
anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan
berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima
waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati
suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia
kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
No comments:
Post a Comment