Cerita selak kain...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan "Dan janganlah kamu
menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan
satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran
Surah al-Israa': 32 BARU-BARU ini ada beberapa kisah selak kain yang saya
dengar. Pertama kes Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang menjawab 'isu
lembu' ketika Perhimpunan Agung Umno. Saya melihat memek muka beriya-iya
Shahrizat melalui siaran langsung TV3. Saya lihat Shahrizat selinsing lengan;
dan ugut untuk selak kain, tapi taklah dia selak kain. Namun perlakuannya itu
mendapat sokongan gemuruh perwakilan Wanita, kebanyakannya bertudung merah. Dia
ugut untuk selak kain pada lain kali. Namun sepanjang Perhimpunan Agung Umno
yang mendapat liputan besar-besaran semua siaran TV tanah air ( sehingga seorang
anak kecil saya pun naik 'boring' ), dia tidak pula ditunjukkan selak kain.
Jadi tiadalah peluang orang ramai tengok Shahrizat selak kain, mungkin pada
pilihan raya umum nanti kot, jika dia tidak... Melalui siaran TV3 juga, suatu
pagi saya terdengar seorang pakar motivasi menceritakan kisah seorang wanita
pada zaman Nabi dulu menyelak kain. Katanya, wanita ini akan masuk syurga
terlebih dulu daripada Sayidatina Fatimah binti Rasulullah. Ya, Fatimah
az-Zahra diumpamakan akan tunggang unta dan wanita itu memegang tali unta; jadi
dia akan masuk syurga dulu. Pakar motivasi itu tidak menamakan wanita itu;
tetapi daripada pembacaan saya, agak saya wanita itu adalah Atiqa, orang yang
dikhabarkan oleh Rasulullah kepada puterinya, Fatimah sebagai berakhlak tersangat
mulia sehingga membuatkan Fatimah teringin mengetahui siapa wanita itu. Kali pertama mengunjungi Atiqa, Fatimah tidak
dibenarkan memasuki rumahnya malah diminta pulang saja sebab suami Atika tidak
ada dan keizinannya pun tidak diperolehi; beliau berjanji akan memberitahu hal
itu kepada suaminya. Kali kedua, Fatimah membawa seorang anaknya (Hussein atau
Hasan); beliau juga tidak dibenarkan masuk kerana keizinan suami hanyalah untuk
Fatimah seorang dan bukan bersama anaknya. Kali ketiga barulah Fatimah dibenarkan masuk.
Beliau mendapati wanita itu menyediakan air minuman dan rotan sambil menunggu
kepulangan suaminya. Apabila si suami balik, Fatimah mendapati dia menyambutnya
dengan begitu baik sekali; kata pakar motivasi itu di samping memberi minum
sehingga puas, dia menyelak kainnya untuk tatapan suami; bertanya sama ada si
suami inginkan dirinya. Fatimah
tertanya-tanya apa guna rotan itu, katanya itulah bagi suaminya merotan dirinya
jika layanan diberikan tidak memuaskannya. Demikianlah wanita mulia itu
menyelak kain untuk suaminya dan bukan untuk tatapan umum termasuk berjuta-juta
biji mata yang menyaksikan siaran TV.
Kisah selak kain (malah lebih daripada itu) berikutnya saya temui
melalui pembacaan. Laporannya menyatakan, sebuah kelab isteri-isteri taat
melalui buku seorang pemimpinnya, berkata cara untuk menyambut suami pulang
adalah dengan berbogel. Saya tergelak membaca laporan itu; terbayang dalam
fikiran 'jahat' saya, jika pasangan muda baru kahwin, bagus juga jika si isteri
dengan badan yang ada 'cutting' dan seksi menyambut suami dalam keadaan
berbogel, tetapi jika sudah veteran, si suami boleh pengsan melihat si isteri
yang sudah londeh anggota badan, berbogel menyambutnya. Kisah berikutnya, suatu
pagi terkejut saya menyaksikan seorang pembaca berita wanita TV3 yang
mengenakan 'tube' yang mendedahkan sebahagian besar bahagian atas dadanya.
Sekalipun mengenakan 'kot' penampilannya yang menyelak 'penutup atas'
membuatkan ramai 'kurang selesa'. Teringat saya zaman Tok Mat dulu (Menteri
Penerangan, Allahyarham Dato' Mohamed Rahmat), selebriti pakaian kurang sopan
termasuk lelaki berambut panjang yang muncul di kaca TV, akan dipanggilnya.
Sekarang ini tidak adakah 'orang kuat' sanggup memanggil kakitangannya
menghadap atas soal disiplin berpakaian ini?
Baru-baru ini terdengar pula saya kisah seorang guru dipanggil menghadap
pegawai tinggi kementerian kerana berkopiah ke sekolah; persoalannya kenapa
kini orang sanggup menegur orang berkopiah (berpakaian bagus) sedangkan yang
mendedahkan sana sini termasuk mengugut menyelak kain atau sudah berbuat
demikian di tempat umum tidak ditegur?
Kalau wanita nak sangat selak kain atau dedah dada, lakukanlah depan
suami, insya-Allah akan mendapat kedudukan tinggi di sisi-Nya seperti
pengiktirafan Nabi s.a.w. ke atas Atiqa!
No comments:
Post a Comment