Kasih Sayang
Kisah seorang ibu dan anak
kecil dalam bencana gempa bumi di China … Mereka ditemui dalam keadaan duduk
bertelingkup melindungi anaknya di bawah badannya. Bahagian atas belakang
badannya cedera kerana ditimpa dan ditusuk jatuhan kerikil konkrit dan kaca. Bila
ditemui, didapati anak masih menghisap susu payudara ibunya manakala ibu sudah
mati. Di sisi mereka ada sebuah telefon bimbit yang telah kehabisan bateri. Pesanan
di dalamnya berbunyi, “ Sekiranya
engkau ditakdirkan hidup, jadilah insan berguna. Ketahuilah bahawasanya ibu
amat menyayangi kamu.” Ibu seolah olah tidak menghiraukan
kecederaan dan kesakitan di belakang badannya asalkan anaknya selamat. Ibu
melindungi anak hingga ke akhir hayat. Begitulah
hebatnya kasih sayang ibu. Ada anggota penyelamat yang masih
trauma hingga ke hari ini melihat penderitaan mangsa-mangsa himpitan batu-batu
besar…
Quran, “Allah
lebih penyayang dari segala yang pengasih”
Ketika anda bekerja,
bekerjalah dengan penuh kasih sayang kerana kasih sayang akan menjadikan anda
lebih bertanggungjawab serta menghargai kesusahan serta penderitaan orang lain
yang pada ketika itu berkehendak sangat khidmat anda. Anda akan jadi jujur dan insan
yang baik serta dikasihi Allah insyaallah. Bekerjalah sepenuh hati tanpa
mengharapkan balasan wang ringgit atau habuan dunia. "Janganlah
kamu terlalu mengejar dunia, kerana dunia jika dikejar, ia semakin lari
menjauhi kamu, sedangkan akhirat jika
dikejar dia akan kekal bersama kamu"…Moga moga kita
mendapat rahmat dariNya … Amin
No comments:
Post a Comment