Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu di kala usianya satu hingga
tujuh tahun". Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik
atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan
rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan
ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah…
“Jika dia bijak dan
menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita
cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga
21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula
merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting
anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk
penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. “Saya
pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa
bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa
tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi
berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah dia rasa suka, dan
pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan
anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam,
anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya serta ucapkan kata kata
ajaib "ayah (atau ibu, atok, nenek dsbnya) sayang kamu, nanti besar,
jadilah insan berguna dan macam macam lagi kata kata yang baik". manusia
dijadikan lebih dari 70% air. Air, apabila menerima kata-kata yang baik akan
membentuk molekul air yang indah, sekiranya air menerima kata kata yang buruk,
maka molekul air akan membentuk wajah molekul air yang hodoh!! (Sila anda
googlekan Masaru Emoto).
Hubungan rohani tetap
subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan
ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan
“bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada
mereka. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…
DOA
ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang
anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan
orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina
Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu
juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat
dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun, kanak-kanak kalau menegur
memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Mereka juga belum tahu
menipu. Perasaan anak mesti dihargai. Sesetengah ibu bapa kurang bercakap
dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa
tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa
kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa
padah (lihat movie trust).
BERTAUBAT
SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan
hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah
meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila
insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci
untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup
dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu
ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah
ampunkan dosa.
Allah maha
pengampun dan luas rahmatnya.
Tetapi jangan ambil
kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala
turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya
tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang
telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika
semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
“Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang
untuk bersama kita.”
HUBUNGAN
DENGAN BAPA
Lazim ibu yang
dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan
anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam
konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu..
Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih
sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu
juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan
melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran
kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib
mentaati dan menghormati golongan tua.”
USAH
DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan
seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah
seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang
yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan
terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin
hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya. Kewajipan anak
lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat
bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham,
kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak
perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami..
Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.
“Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti
kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim
ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun
tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim
kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh
suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya
pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar
itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa
isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.
Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu.
Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan
santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan
sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan
jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips
yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan
potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan
winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak.
Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners
dan losers .. Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri
mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya
sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa
rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih
kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan
dengan persekitaran)
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah kata kata pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin
mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,
pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus
membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan
membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan
dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk
bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. bersama di sisi anak anak tatkala mereka takut
(guruh geledek petir , filem gergasi dsbnya)
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut
harijadinya..Sediakanlah hadiah
harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda
belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan
belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali
pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih
daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami
isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia
mereka..
15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai
barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan
mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat
demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman
selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada
keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi
kadangkala cuma untuk kesan bunyi sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang
akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk
mendengar tangisan anak mereka sendiri..
No comments:
Post a Comment