http://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/index.htm
Artikel di bawah dipetik dari laman web ini. Sila klik di sini
Hubungan malaikat dengan Allah Azza wa Jalla adalah hubungan Ubudiyyah (kehambaan) yang bersih, hubungan taat dan patuh, tunduk yang sempurna kepada segala titah perintah Allah. Inilah hubungan-Nya dan tidak ada hubungan lain. Kerana itu malaikat bukanlah tuhan, bukan puteri tuhan dan bukan anak cucu tuhan sebagaimana kepercayaan orang orang musyrikin dahulu.
Hubungan malaikat dengan Allah Azza wa Jalla adalah hubungan Ubudiyyah (kehambaan) yang bersih, hubungan taat dan patuh, tunduk yang sempurna kepada segala titah perintah Allah. Inilah hubungan-Nya dan tidak ada hubungan lain. Kerana itu malaikat bukanlah tuhan, bukan puteri tuhan dan bukan anak cucu tuhan sebagaimana kepercayaan orang orang musyrikin dahulu.
Firman
Allah yang mafhumnya:
"Sebenarnya (malaikat itu) adalah hamba
hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahului Allah dengan perkataan dan
mereka mengerjakan perintah Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di
hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka dan mereka tidak memberi
syafa'at melainkan kepada orang yang diredai oleh Allah. Dan mereka itu selaiu
berhati hati kerana takut kepada Nya." (Al-Anbia': 26-28)
Dan
firman Nya yang mafhum:
"Mereka takut kepada Tuhan dari atas mereka dan mereka melepaskan apa yang diperintah kepada mereka." 52
"Mereka takut kepada Tuhan dari atas mereka dan mereka melepaskan apa yang diperintah kepada mereka." 52
Dan
firman Nya lagi yang mafhum:
"Mereka tidak mendurhakai Allah akan apa
yang diperintah kepada mereka, malah mereka mengerjakan apa yang
diperintah." (An Nahl: 50-53)
Para malaikat adalah salah satu dari makhluk makhluk
Allah, sentiasa taat kepada Allah, tidak kuasa membuat sesuatu dengan kekuasaan
dari mereka sendiri, tidak boleh memberi sesuatu kepada Allah dengan kekuatan
yang diberi kepada mereka. Mereka benar benar taat kepada perintah dan
beribadah kepada Nya.
Firman
Allah yang mafhumnya:
"(Para malaikat berkata): Dan tidak ada
siapa pun dari kami ini melainkan adalah di sisi Allah satu darjah yang
tertentu. Dan sesungguhnya kami adalah berbaris baris (dalam beribadah kepada
Allah) dan kami adalah mereka yang bertasbih memuji Allah." (As-Saffat:
165-166)
Manakala ini adalah hakikat kejadian para malaikat, sudah
tentu termasuk dalam mensyirikkan Allah kalaulah mereka diibadah, diminta
pertolongan atau dii'tiqad bahawa mereka mempunyai sesuatu hak kekuasaan.
Firman
Allah yang mafhum:
"Dan Allah tidak menyuruhkan kamu
menjadikan para malaikat dan para nabi sebagai sekutu (bagi Allah), apakah is
menyuruh kamu kufur setelah kamu menjadi muslimin."
(Ali-Imran: 80)
HUBUNGAN
MALAIKAT DENGAN ALAM DAN MANUSIA
Apabila hubungan para malaikat dengan Allah adalah
hubungan Ubudiyyah dan taat yang penuh kepada perintah Nya, maka hubungan
mereka dengan alam dan manusia adalah salah satu cawangan dari ubudiyyah dan
ketaatan tersebut. Ibadah mereka sebagaimana yang diterangkan oleh Allah
tidaklah terbatas pada mentasbih dengan memuji dan memuja Allah sahaja, malah
ibadah mereka mencakupi pelaksanaan tugas mengikut kehendak Allah iaitu tugas
mentadbir, menjaga dan mengurus urusan alam atau makhluk ciptaan Allah yang
termasuk setiap gerakan dan perjalanan, setiap yang bernyawa dan tidak
bernyawa, setiap hukuman dan peraturan serta meluluskan setiap penentuan Allah
mengikut qada' taqdir Nya pada makhluk ini kesemuanya. Dan melaksanakan
kehendak Allah dalam muraqabah (memerhati), mencatit setiap perkara yang
berlaku di alam ini, sama ada yang berlaku itu menurut iradah (kehendak)
makhluk sendiri atau luar dari iradah makhluk. Mereka diwakili untuk menjaga
langit dan bumi, tiap tiap pergerakan dalam alam ini termasuk ke dalam
kewajipan yang dipertugaskan kepada mereka mengikut kehendak Allah.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Maka demi malaikat yang bertugas
mengatur urusan." (An Nazi'at: 5)
Firman Nya yang mafhum:
"Maka demi malaikat yang membahagikan
urusan." (Ad-Dzariyat: 4)
Maka " " dan " " adalah para malaikat
di sisi ahli iman dan pengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Al Qur'an dan al Sunnah
menjelaskan jenis jenis malaikat yang diperwakili untuk mengurus berbagai bagai
makhluk Allah. Untuk mengurus hal matahari ada malaikatnya, begitu juga untuk
mengurus hal bulan, cakerawala, bukit bukau, awan, hujan, nutfah (titisan air
mani) hingga sempurna kejadian manusia, urusan ajal manusia, kesemuanya ada
malaikat yang mengurusnya, sebagaimana untuk mengawal tiap tiap orang hamba,
malah tiap tiap makhluk dan kejadian kejadian yang berlaku di cakerawala ini
ada malaikat yang mengurusnya.
Tugas para malaikat yang disebut itu tidaklah bercanggah dengan apa yang dikatakan qawanin (undang undang tabi'i alam ini) dan sebab sebab yang ada hubungan di antara satu sama lain, kerana undang undang tabi'i alam dan sebab sebab itu adalah makhluk Allah juga, maka para malaikat pun diperwakili mengurus dan menjaga undang undang tabi'i slam dan sebab-sebab itu, sebagaimana mereka menjaga makhluk makhluk yang lain:
1.
Seandainya tidak ada kehendak Allah dalam
menjaga sebab sebab dan undang undang tabi'i ini
2.
Seandainya tidak ada kekuasaan Allah dalam
menugaskan para malaikat untuk menjaga perkara perkara tersebut, nescaya
mustahil sama sekali pada akal bahawa cakerawala ini boleh berkekalan selama
ini dalam keteraturan dan keindahan penyusunannya.
Ada pun manusia, dengan fitrah hidupnya termasuk ke dalam
ri'ayah (jagaan) yang diperwakilkan kepada malaikat, kerana manusia sejenis
makhluk Allah di slam ini, malah ia sejenis makhluk yang diutamakan dengan
pengurniaan segala apa yang ada di slam ini, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya:
"Apakah kamu tidak melihat, Allah telah
memudahkan bagi kamu barang yang berada di langit dan di bumi." (Luqman:
20)
Maka jagaan malaikat dan ri'ayahnya akan langit, bumi dan
segala yang ada di antara kedua merupakan ri'ayah Allah dan pertolongan Nya
kepada manusia dalam melaksanakan kewajipan khalifah dan tanggungjawabnya,
malah lebih dari itu, para malaikat mempunyai tugas tugas lain berhubungan
dengan iradah manusia dalam hidupnya. Tujuannya sebagaimana yang dikehendaki
oleh Allah iaitu untuk memandu manusia ke arah kebahagiaan, membantu mereka
dalam hal beribadah dan memilih jalan yang balk dan soleh, menjauhkan mereka
dari jalan kejahatan dan kebinasaan. Malaikat sahajalah yang dipilih oleh Allah
Rabb al 'Alamin untuk menyampaikan hidayah Nya kepada manusia penghuni bumi ini
melalui para rasul Nya. Dan malaikat yang terpilih untuk tugas ini ialah Jibril
a.s. Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan sesungguhnya al Qur'an itu turunnya
dari Tuhan Rabbul alamin, dibawa turun oleh ar Ruhul amin (Jibril) kepada hati
engkau, supaya engkau
menjadi salah seorang di antara orang orang yang memberi peringatan." (As
Syu'ara: 193 194)
Malaikat tetap bersama manusia dan menyertai mereka di
sepanjang hidup, demi memandu dan mengarahkan hidup mereka dengan memberi ilham
dan menggesa mereka ke arah al Haq dan kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud.
Sesungguhnya syaitan itu ada pengaruh dalam lintasan
hati anak Adam dan para malaikat juga ada pengaruhnya. Pengaruh syaitan ialah
mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantahi kebenaran. Ada
pun lintasan para malaikat ialah mengilhamkan melakukan kebajikan dan
membenarkan kebenaran. Maka barangsiapa yang mendapat ilham kebaikan hendaklah
ia mengetahui bahawa itu adalah dari Allah. Dan siapa
mendapat sebaliknya hendaklah ia meminta perlindungan dengan Allah supaya jauh
dari syaitan, kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: "Syaitan
menakutkan kamu akan kepapaan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, sedangkan Allah berjanji kepada kamu untuk memberi keampunan dan limpah
kurnia daripada Nya dan Allah Maha Luas (Pemberian Nya) lagi Maha
Mengetahui." (Tarmidhi, An Nasai, Ibn Hubban)
Selain dari itu, Allah Ta'ala menugaskan para malaikat
berdoa dan memohon ampun untuk para mukmin seperti firman Allah yang mafhumnya:
"Malaikat malaikat yang memikul arasy
dan malaikat malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya
dan mereka beriman kepada Nya serta meminta ampun bagi orang orang yang beriman
(seraya mengucapkan): Ya Tuhan Kami! Rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala
sesuatu maka berilah keampunan kepada orang orang yang bertaubat dan mengikuti
jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala nyala. Ya
Tuhan Kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam syurga 'Adn yang telah Engkau
janjikan kepada mereka dan orang orang yang soleh di antara bapa bapa mereka
dan isteri isteri mereka dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah
yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari balasan
kejahatan. Dan orang orang yang Engkau lepaskan dari (balasan) kejahatan pada
hari itu maka sesungguhnya Engkau telah anugerahkan rahmat kepada Nya dan itulah
kemenangan yang besar." Ghafir: 7 9
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tidak ada suatu hari pun yang seorang
hamba hidup padanya melainkan dua malaikat turun kepadanya. Salah satunya
berkata: Hai Tuhanku, berikanlah kepada orang yang membelanja (hartanya) akan
ganti (apa yang dibelanjakannya). Dan satu lagi berkata: Hai Tuhanku,
berikanlah kepada orang yang bakhil akan kebinasaan." (Bukhari,
Muslim)
Para malaikat memberangsangkan hamba supaya taat dan
beribadah kepada Allah, memberi galakan supaya berzikir, membaca al Qur'an,
belajar dan membuat kebajikan dan sentiasa menghadiri hatinya bersama dengan
salatnya dan ketika membaca al Qur'an.
Apa yang disebut itu adalah dibuktikan oleh hadith hadith sahih, di antaranya:
Apa yang disebut itu adalah dibuktikan oleh hadith hadith sahih, di antaranya:
1. Hadith yang dikeluarkan oleh al Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Salat seorang lelaki secara berjamaah
pahalanya lebih dari salat seorang diri di rumahnya atau di tempat kerjanya dua
puluh darjah lebih. Yang demikian itu adalah kerana apabila seorang itu telah
berwudu' dan menyempurnakan wudu'nya kemudian tuju kepada masjid yang tiada
tujuan lain melainkan untuk mendirikan salat, ia melangkah suatu langkah maka
diangkatkan dengan sebabnya satu darjah dan dihapus daripadanya satu dosa
hingga ia masuk masjid. Apabila ia berada di dalam masjid, ia dianggap berada
di dalam salat selama ia menunggu salat. Dan malaikat berdoa kepada orang itu
selama isa berada di tempat salatnya: Ya Tuhanku, kasihlah dia, ya Allah,
ampunilah dia, ya Allah, maafkanlah kepadanya. Didoakan demikian selama ia
tidak menyakiti (orang) dan selama tidak berhadas di tempat itu."
2. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Para malaikat gilir ganti (dalam
bertugas mengawal manusia), ada malaikat di malam hari dan malaikat di siang
hari, mereka berhimpun di waktu salat Subuh dan salat 'Asr, kemudian naik ke
langit oleh malaikat yang mengawal di waktu malam. Maka Allah bertanya mereka,
sedang Allah lebih mengetahui: Bagaimana kamu tinggal hamba hambaKu? Mereka
menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam hal mereka sedang melakukan salat (yakni
salat Subuh) dan Kami datang kepada mereka dalam hal mereka sedang melakukan
salat (yakni salat 'Asr)."
Mengenai pertanyaan para malaikat dalam majlis zikir,
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya
bagi Allah beberapa malaikat, mereka bertebaran di jalanraya mencari cari orang
yang berzikirkan Allah. Apabila mereka bertemu dengan suatu kaum yang
berzikirkan Allah, mereka menyeru: Marilah kepada hajat kamu. Maka para
malaikat pun mengelilingi majlis itu dengan sayap mereka hingga kepada langit
di dunia. Kemudian Allah bertanya malaikat pada hal Allah lebih mengetahui:
Apakah hamba hambaKu berkata? Jawab Malaikat: Mereka mengucap tasbih, tahmid
dan takbir.
Tuhan
bertanya: Adakah mereka melihat Aku?
Jawab
malaikat: Wallah, mereka tidak meiihatMu.
Tuhan
bertanya: Bagaimana kalau mereka melihat Aku?
Jawab
malaikat: Kalau mereka melihatMu tentulah mereka bertambah banyak beribadah dan
bersungguh sungguh memujiMu dan banyak bertasbih kepada Mu.
Tuhan
bertanya: Apakah mereka meminta dari Ku?
Jawab
malaikat: Mereka meminta syurga dari Mu.
Tuhan
bertanya: Apakah mereka melihat syurga?
Jawab
malaikat: Tidak, Wallahi mereka tidak melihatnya.
Tuhan
bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga?
Jawab
malaikat: Jika mereka melihat syurga tentulah mereka bertambah tamak dan
meminta dengan penuh kegemaran.
Tuhan
bertanya: Dari apakah mereka meminta pertindungan?
Jawab
malaikat: Dan api neraka.
Tuhan
bertanya: Adakah mereka nampak neraka?
Jawab
malaikat: Tidak, Wallahi mereka tidak nampak neraka.
Tuhan
bertanya: Bagaimana kalau mereka nampak neraka?
Jawab
malaikat: Jika mereka nampak neraka nescaya mereka bertambah usaha melarikan
diri dan bertambah takut kepadanya.
Tuhan
berfirman: Aku bersaksi di hadapan kamu bahawa Aku tetah ampun dosa mereka.
SaIah seorang dari mataikat berkata: Di antara mereka ada seorang yang bukan
dari gotongan mereka, ia datang hanya kerana suatu hajat. Jawab Tuhan: Mereka
semua adatah sekumpulan, tidak celaka siapa yang bersama sama dengan
mereka." (Bukhari, Muslim)
Dalam memberi galakan kepada penuntut penuntut ilmu (ahli
ahli ilmu) Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tidak ada seorang yang keluar dari
rumahnya kerana menuntut ilmu pengetahuan melainkan para malaikat merendahkan
sayap untuknya reda dengan apa yang ia buat." (At Tarmidhi, Ibn
Majah, Ibn Hubban, al Hakim)
Para malaikat bertugas juga menetapkan hamba di atas amal
soleh, khususnya dalam berjihad fi sabilillah sebagaimana firman Allah yang
mafhumnya:
"Ingatlah tatkala Tuhanmu wahyukan
kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku bersama kamu. Oleh yang demikian
tetapkanlah hati orang orang yang beriman." Aku akan mencampak kegerunan
ke dalam hati orang orang kafir. Oleh itu pancungkanlah tengkuk mereka dan
pancungkanlah tiap tiap hujung jari (kaki dan tangan) mereka." (Al
Anfaal: 12)
Selain dari itu, maka di sana ada lagi tugas para
malaikat yang kesannya sangat besar dalam meluruskan hidup hamba dan mengawal
mereka dari melakukan kejahatan, sebagaimana penerangan Allah bahawa para
malaikat ditugaskan untuk muraqabah amalan amalan hamba dan mencatatnya setelah
dihitungnya.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Dan Kami lebih
dekat kepadanya daripada urat lehernya. Ketika dua orang malaikat
mencatit amalannya, seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri.
Tiada suatu ucapan yang diucapkan melainkan ada didekatnya malaikat pengawal
yang selaiu hadir." (Qaf. 16-18). Urat leher disini bermaksud
internal dan external carotid arteri. jika tiada darah dipam melalui 2 pasang
(kiri dan kanan) arteri ini, manusia akan pengsan serta merta.
Dan
firman Nya yang mafhumnya:
"(Pada hal sesungguhnya) bagi kamu ada
malaikat yang mengawasi (pekerjaan kamu), yang mulia di sisi Allah dan yang
mencatit (amalan kamu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Al-Infitar: 10-12)
Dan
firman Nya lagi yang mafhumnya:
"Apakah mereka (manusia) mengira bahawa
Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan bisikan mereka? Sebenarnya (Kami
mendengar), dan utusan utusan Kami (malaikat maiaikat) selalu mencatit di sisi
mereka." (Az Zukhruf: 80)
Pada akhir pembicaraan mengenai hubungan malaikat dengan
manusia dan peranan mereka dalam mengawal amal iradi (kehendak atau pilihan)
manusia dan yang bukan iradi (luar kehendak manusia). Di sini kami nukilkan
ulasan Ibn al Qaiyim rahimahullah mengenai tugas malaikat di dalam bukurlya.
"Para malaikat yang diwakili mengurus kejadian manusia semenjak dari penciptaan nutfah (air mani) hingga sempurna kejadiannya. Mereka diwakili membentuk kejadian manusia dan memindah proses kejadiannya dari suatu kejadian kepada kejadian lain, serta menjaganya dalam ketiga alam kegelapan (iaitu kegelapan dalam perut ibu, kegelapan dalam rahim dan kegelapan dalam selaput yang membungkus anak dalam rahim), mereka mencatit rezeki manusia, amalannya, ajalnya, kecelakaan atau kebahagiaannya, mereka bersama manusia dalam, setiap masa dan keadaan, mereka menghitung amalan dan percakapannya, menjaganya semasa hidup, mencabut rohnya ketika mati dan membentangkan manusia di hadapan Tuhan. Mereka diwakili membawa azab, memberi nikmat dalam alam barzakh dan selepas bangkit, mereka diwakili mengadakan alat alat kenikmatan dan penyiksaan, mereka diwakili meneguhkan hati orang orang mukmin dengan keizinan Allah, mengajar mereka perkara perkara yang memberi manfaat, mempertahan dan membela mereka. Malaikat juga menjadi wali (penolong) orang orang mukmin di dunia ini dan di akhirat. Merekalah yang mendorongkan manusia kepada kebaikan, mencegah mereka dari kejahatan.
Tegasnya, para malaikat juga sebagai penolong manusia, penjaga, pengajar, penasihat, pengajak kepada kebaikan, pendoa, peminta ampun, pengucap selamat untuk manusia selama manusia itu hidup dalam mentaati Allah dan mengajarkan kebaikan kepada manusia lain. Malaikat juga pembawa khabar gembira iaitu penghormatan Allah kepadanya ketika tidurnya, ketika matinya dan ketika bangkitnya semula. Malaikat juga yang menjadikan manusia hidup zahid di dunia ini, menggalakkan mereka kepada akhirat, mengingatkan mereka ketika mereka lupa, memupuk semangat bekerja ketika mereka merasai malas, menetapkan hati mereka ketika dalam ketakutan.
Seterusnya para malaikatlah yang berusaha mendatangkan kebaikan dan maslahah kepada manusia di dunia dan di akhirat. Mereka adalah utusan Allah pada penciptaan Nya dan perintah Nya. Mereka adalah utusan Allah yang menyambungkan antara Allah dengan hamba hamba Nya. Mereka membawa turun perintah Allah keseluruh alam dan membawa naik laporan kepada Allah."
BILANGAN
MALAIKAT
Bilangan malaikat adalah banyak, Allah sahajalah yang
mengetahui bilangannya.
Firman
Allah yang mafhum:
"Dan Kami tidak jadikan pengawal
pengawal neraka itu melainkan dari jenis malaikat. Dan Kami tidak jadikan
bilangan mereka melainkan supaya menjadi fitnah kepada orang orang yang kafir
dan supaya ahlul kitab (Yahudi dan Nasrani) itu yakin kepada (kebenaran al
Qur'an) dan supaya orang orang yang beriman semakin bertambah kuat iman mereka.
Dan supaya ahlul kitab dan orang orang mukmin tidak ragu ragu. Dan supaya orang
orang yang di dalam hati mereka ada penyakit (ragu ragu) dan orang orang kafir
berkata, "Apakah tujuan Allah menyebutkan bilangan itu?" Demikianlah
Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki Nya dan memberi hidayah kepada siapa
yang dikehendaki Nya. Dan tiadalah mengetahui tentera tentera Tuhanmu melainkan
Dia sendiri. Dan ia tidak lain melainkan suatu peringatan kepada manusia." (A1
Muddathir. 31)
Di dalam hadith marfu' yang dikeluarkan oleh at Tarmidhi,
Ibn Majah dan al Bazar dengan lafaz yang bermaksud:
Bersuara oleh langit dan sebenarnya ia berhak
mengeluarkan suara, kerana tidak ada suatu tempat sekadar empat jari meIainkan
ada di atasnya malaikat yang sujud.
Di dalam hadith mi'raj pula Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud:
"Maka diangkat kepada saya akan al Bait
al Ma'mur , lalu saga bertanya malaikat Jibril, is pun menjawab: A1 Bait al
Ma'mur ini dilakukan salat padanya setiap hari tujuh puluh ribu malaikat." (Bukhari)
BERIMAN
KEPADA MALAIKAT SECARA TAFSIL DAN IJMAL
Wajib kita beriman dengan para malaikat yang namanya
termaktub di dalam al Qur'an dan al hadith secara tafsil, yang di antaranya
tiga malaikat yang menjadi ketua iaitu: Jibril, Mika'il dan Israfil.
Jibril ialah malaikat yang diwakili membawa wahyu, yang dengannya hati dan roh menjadi hidup. Jibril telah disebut di dalam al Qur'an al Karim bersama malaikat Mika'il. Firman Allah yang mafhumnya
Jibril ialah malaikat yang diwakili membawa wahyu, yang dengannya hati dan roh menjadi hidup. Jibril telah disebut di dalam al Qur'an al Karim bersama malaikat Mika'il. Firman Allah yang mafhumnya
"Katakanlah (Ya Muhammad!) Barangsiapa
menjadi musuh dengan Jibril maka sesungguhnya ia menurunkan (al Qur'an) kepada
hatimu dengan keizinan Allah, menyetujui (isi Kitab) yang sebelumnya dan
(sebagai) satu petunjuk dan khabaran gembira bagi orang orang mukmin. Barangsiapa
menjadi musuh dengan Allah dan malaikat Nya dan Rasul Nya dan Mika'il maka
sesungguhnya Allah musuh dengan orang orang kafir." (A1
Baqarah: 97-98)
Allah telah memuji malaikat Jibril di dalam al Qur'an
dengan sebaik baik pujian dan mensifatkannya dengan sebaik baik sifat seperti
dalam firmanNya yang mafhum:
"Sesungguhnya Aku bersumpah dengan
bintang bintang, yang beredar dan terbenam. Demi malam apabila telah hampir
meninggalkan gelapnya. Dan demi Subuh apabila fajamya mulai menyingsing.
Sesungguhnya al Qur an itu benar benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan
yang mulia (Jibril), yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi
di sisi Allah yang mempunyai Arasy', yang ditaati di sana (alam malaikat) lagi
dipercayai." (At Takwir: 15-21)
Dan firman Allah mengenai sifat malaikat, yang bermaksud:
"Yang mengajarkan (Nabi Muhammad) oleh
(Jibril) yang sangat kuat, yang mempunyai akal yang cergas, lalu (Jibril itu)
menampakkan dirinya dengan rupa yang asli." (An Najm: 5-6)
Mika'il ialah malaikat yang diwakili menurunkan hujan,
yang menyebabkan hidupnya bumi, tumbuhan dan binatang. Manakala Israfil ialah
malaikat yang diwakili meniup sangkakala, yang menyebabkan hidupnya makhluk
semula setelah mati.
Di antara malaikat yang disebut di dalam al Qur'an ialah malaikat Malik yang menjadi penjaga neraka. Firman Allah .yang mafhum:
Di antara malaikat yang disebut di dalam al Qur'an ialah malaikat Malik yang menjadi penjaga neraka. Firman Allah .yang mafhum:
"Dan mereka (penghuni neraka) menyeru:
(Hai Malik!) Hendaklah Tuhanmu hukumkan (mati) ke atas kami." (Az
Zukhruf 77)
Keempat malaikat itu dan yang lain lagi yang disebut nama
nama mereka dalam hadis sahih wajib kita beriman kepada mereka dengan
amal/tugas yang diwakili kepada mereka. Ada pun para malaikat yang tidak
disebut nama nama mereka wajib kita beriman secara ijmal iaitu beriman dengan
jenis jenis mereka dan tugas tugas mereka sebagaimana yang diterangkan di dalam
al Qur'an dan al Sunnah.
Oleh yang demikian, kita beriman kepada malaikat iaitu malaikat yang diwakili untuk menjaga dan mencatit amalan kita seperti firman Allah yang mafhumnya:
Oleh yang demikian, kita beriman kepada malaikat iaitu malaikat yang diwakili untuk menjaga dan mencatit amalan kita seperti firman Allah yang mafhumnya:
"Pada hal sesungguhnya bagi kamu ada
malaikat mataikat yang mengawasi (pekerjaan kamu), yang mulia di sisi Allah dan
yang mencatit (pekerjaan kamu itu)." (A1 Infitar: 10-12)
Dan firman Nya yang mafhumnya:
"Bagi manusia ada malaikat maiaikat yang
selalu mengikutinya, bergiliran di muka dan di belakangnya, mereka menjaga atas
perintah Allah." (Ar Ra'd: 11)
Dan firman Nya lagi yang mafhumnya:
"Apakah mereka mengira bahawa Kami tidak
mendengar rahsia dan bisikan bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar) dan
utusan utusan Kami (malaikat) selalu mencatit di sisi mereka." (Az
Zukhruf. 80)
Tersebut di dalam setengah setengah buku tafsir
mengatakan: Malaikat yang bertugas mencatit amalan manusia itu ada dua: Satu
malaikat di pihak kanan dan satu lagi di pihak kiri. Yang di pihak kanan mencatit
segala kebajikan, manakala yang di pihak kiri pula menulis segala kejahatan.
Dan ada dua orang malaikat lagi: Satu di pihak hadapan dan satu lagi di pihak
belakang. Dengan demikian, bererti seorang manusia berada di antara empat orang
malaikat.
Berhubung dengan pengawasan malaikat lagi sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Tiada seorang pun daripada kamu
melainkan telah diwakili bersama samanya seorang teman daripada jin dan
malaikat. Sahabat berkata: Walau pun engkau sendiri ya Rasulullah? Baginda
menjawab: Ya, hingga saya sendiri pun, tetapi Allah membantukan saya untuk
menghadapinya, lalu ia memeluk Islam dan tidak menyuruh saya melainkan
kebaikan" (Muslim, Ahmad)
Kita beriman juga kepada malaikat " ", malaikat
yang diwakili mengambil nyawa makhluk di alam ini. Firman Allah yang mahfumnya:
"Katakanlah (ya Muhammad), malaikat
malikul maut yang diwakili untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu.
Kemudian kepada Tuhan kamulah kamu akan dikembaiikan" (As
Sajadah: 11)
Al Qur'an al Karim dan al Hadith al Syarif tidak
menegaskan dengan terang nama nama malaikat ini, tetapi termaktub dalam
setengah isar menyebut nama 'Izra'il. Wallahu A'lam.
Kita beriman kepada malaikat yang menanggung 'Arasy seperti yang diterangkan di dalam al Qur'an yang mafhumnya:
Kita beriman kepada malaikat yang menanggung 'Arasy seperti yang diterangkan di dalam al Qur'an yang mafhumnya:
"Dan para hari itu (Kiamat) lapan orang
malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. Dan di antara
mereka ialah malaikat Israfil yang diwakili meniup sangkakala." (Al
Haqqah: 17)
Kita beriman kepada malaikat yang diwakili menjaga neraka.
Mereka ialah az Zabaniyah. Yang terkemuka ialah sembilan belas dari mereka.
Firman Allah yang mahfumnya:
Firman Allah yang mahfumnya:
"Dan berkatalah mereka yang berada di
dalam neraka kepada penunggu penunggu Jahannam: "Mintakanlah daripada
Tuhan kamu, moga moga Dia meringankan kami sehari dari azab." (Ghafir:
49)
Dan firman Nya yang mahfumnya:
"Penjaga penjaga (neraka) ialah malaikat
yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
diperintahkan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang diperintah." (At-Tahrim:
6)
Dan firman Nya lagi yang mahfumnya:
"Di atas Neraka Saqar ada sembilan belas
(malaikat penjaganya) dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari
malaikat." (A1 Muddathir. 31)
Kita beriman juga kepada para malaikat yang diwakili menjaga
syurga, mereka bertugas memberi sambutan kepada penghuninya seperti layanan
makanan, minuman, tempat kediaman dan lain lain, di mana ni'mat ni'mat itu
tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak
pernah terlintas di hati manusia.
KESAN KEIMANAN
KEPADA MALAIKAT DALAM HIDUP MANUSIA
Sebagaimana kami jelaskan bahawa Allah tidak mengizinkan
kita melihat perkara perkara ghaib di dunia ini merupakan suatu nikmat yang
besar kepada makhlukNya. Dan di antara limpah kurnia Nya ia memperkenalkan kita
sejenis makhluk yang mulia iaitu para malaikat, di mana beriman kepada malaikat
adalah termasuk dalam beriman kepada perkara perkara ghaib yang menjadi salah
satu sifat orang orang muttaqin yang disebut oleh Allah dalam firman Nya yang
mafhum:
"Alif Lam Mim, Kitab (al Qur'an) ini
tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu) mereka
yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafqahkan
sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (Al
Baqarah: 1-3)
Beriman kepada malaikat menimbulkan kesan yang sangat
mendalam dalam kehidupan seorang mukmin. Di antaranya:
1.
Menjauhkan kita dari terjerumus ke dalam
khurafat dan kepercayaan kepercayaan dongeng, kerana Allah telah memperkenal
dan mengajarkan kita tentang roh roh mu'minah (para malaikat) yang ghaib
berserta dengan tugas tugas mereka, sebagaimana terjerumusnya mereka yang tidak
beriman kepada perkara perkara ghaib dan tidak menerima ilmu dari (wahyu
ketuhanan)
2.
Menjadikan kita beristiqamah (lurus) di atas
perintah Allah, kerana mereka yang tertanam di hatinya dengan kewujudan
malaikat selaku tentera Allah dan beriman kepada pengawasan mereka terhadap
amalan dan percakapan manusia dan beriman kepada penyeksaan para malaikat ke atas
tiap tiap perkara yang keluar daripada manusia dia terasa malu terhadap Allah
dan terhadap malaikat. Dengan demikian, is tidak akan menyesali perintah Allah
dan tidak mendurhakai Nya, sama ada di waktu terang mahu pun di waktu sembunyi.
Bagaimana ia akan mendurhakai Nya sedangkan ia mengetahui bahawa segala sesuatu
yang terkeluar darinya akan ditulis, dihisab dan disiksa!
3.
Menjadikan kita bersabar, meneruskan jihad fi
sabilillah, menimbulkan ketenangan jiwa, tidak berputus asa, tidak merasai
cemas. Perasaan ini adalah lahir dari beriman kepada para malaikat dan tugas
tugas mereka
Ketika
seorang musafir sesat jalan, ketika jahiliah sedang bermaharajalela dalam
masyarakat hingga jadilah seorang mukmin itu sebagai seorang dagang di watannya
dan di kalangan kaum keluarganya, ia menghadapi penentangan, kata kata senda
dan halangan dari mentaati Allah dan mengamalkan ajaran, di waktu sesat dan
waktu dagang yang seperti ini simukmin itu mendapati dirinya ditemani oleh
malaikat,' ia menyabarkannya, menetapkan hatinya supaya terus tegak di atas
jalan kebenaran.
Inilah dia malaikat yang selaku tentera Allah, yang beribadah kepadanya sebagaimana simukmin beribadah, bertawajjuh (tumpu) kepada Allah pencipta langit dan bumi sebagaimana si mukmin bertawajjuh. Dia akan memberkati langkah hidup seorang mukmin, meneguhkan pendiriannya, menyebut baik di sisi Tuhannya. Dengan deniikian, si mukmin itu bukanlah berseorangan dalam perjalanan menuju Allah, malah dia bersama sama dengan makhluk makhluk Allah yang lain yang bukan sedikit bilangannya, dia bersama sama dengan para malaikat yang mulia, bersama dengan para Nabi alaihimus salam, bersama dengan langit dan bumi. Kerana itu, simukmin adalah orang yang paling banyak rakan dan mempunyai tempat bergantung yang sangat kuat.
Perasaan inilah yang menjadikan simukmin itu sabar, tenang hati sekali pun manusia lain menentangnya, malah is bertambah teguh dan makin kuat perjuangannya.
Tidakkah saudara saudara berfikir betapa besarnya nikmat Allah melalui Penciptaan Para malaikat! Dan melalui beriman kepada mereka! Di mana keimanan ini melahirkan kesan dan pengaruh yang kuat dalam jiwa, amalan dan kelurusan hidup seorang manusia.
Beriman kepada malaikat bererti membenarkan Kitab Allah dan membenarkan Rasul Nya al Sadiq al Amin 'alaih.
Inilah dia malaikat yang selaku tentera Allah, yang beribadah kepadanya sebagaimana simukmin beribadah, bertawajjuh (tumpu) kepada Allah pencipta langit dan bumi sebagaimana si mukmin bertawajjuh. Dia akan memberkati langkah hidup seorang mukmin, meneguhkan pendiriannya, menyebut baik di sisi Tuhannya. Dengan deniikian, si mukmin itu bukanlah berseorangan dalam perjalanan menuju Allah, malah dia bersama sama dengan makhluk makhluk Allah yang lain yang bukan sedikit bilangannya, dia bersama sama dengan para malaikat yang mulia, bersama dengan para Nabi alaihimus salam, bersama dengan langit dan bumi. Kerana itu, simukmin adalah orang yang paling banyak rakan dan mempunyai tempat bergantung yang sangat kuat.
Perasaan inilah yang menjadikan simukmin itu sabar, tenang hati sekali pun manusia lain menentangnya, malah is bertambah teguh dan makin kuat perjuangannya.
Tidakkah saudara saudara berfikir betapa besarnya nikmat Allah melalui Penciptaan Para malaikat! Dan melalui beriman kepada mereka! Di mana keimanan ini melahirkan kesan dan pengaruh yang kuat dalam jiwa, amalan dan kelurusan hidup seorang manusia.
Beriman kepada malaikat bererti membenarkan Kitab Allah dan membenarkan Rasul Nya al Sadiq al Amin 'alaih.
No comments:
Post a Comment