http://www.resepirahsiaku.com/search/label/KISAH%20NABI%20DAN%20RASUL
http://www.resepirahsiaku.com/search/label/KISAH%20NABI%20DAN%20RASUL
Beriman kepada rasul dan
nabi merupakan Rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin
dan percaya bahawa Allah SWT telah mengutuskan para rasul dan nabi kepada
manusia ke dunia ini bagi menunjukan jalan ke arah kebenaran dan kebahagiaan di
dunia dan di akhirat. Para rasul dan nabi yang terdiri daripada kalangan
manusia bermula dengan Nabi Adam A.S dan berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W
sebagai penutup bagi nabi dan rasul terakhir.
Perbezaan Nabi dan Rasul. Rasul diutuskan kepada
seluruh manusia sedangkan nabi hanya untuk kaumnya sahaja. Semua rasul adalah
nabi, tetapi tidak sebaliknya.
Jumlah rasul-rasul dan nabi-nabi
adalah banyak. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui bilangan mereka itu.
Setiap rasul adalah nabi tetapi nabi itu bukannya rasul. Jumlah para rasul
ialah 313 orang. Hanya 25 orang rasul sahaja yang wajib diketahui oleh setiap
orang Islam.
Firman Allah SWT:
"Dan sesungguhnya kami
telah mengutuskan beberapa orang rasul sebelumnya (Wahai Muhammad). Diantaranya
itu adalah kami ceritakan riwayat hidupnya dan ada juga yang kami tidak
ceritakan" (Surah An-Nisa:164)
Nama Rasul
adalah seperti yang disebutkan didalam Al-Quran iaitu sebanyak 25 orang
Klik Nama Nabi untuk baca:-
No comments:
Post a Comment