http://www.scribd.com/doc/44951261/10-Rentetan-Peristiwa-Kewafatan-Nabi-Muhammad-s
10 RENTETAN PERISTIWA KEWAFATAN NABI
MUHAMMAD S.A.W.
Hadith 56Dari Aisyah radiyallahu`anha, katanya: “Aku
melihat Nabi salallahu alaihi wasalam semasa baginda hampir wafatdan di sisinya
sebuah bejana berisi air, dan baginda memasukkan tangannya ke dalam bejana itu
lalu menyapumukanya, sesudah itu baginda berdoa: ‘Ya Tuhanku! berilah aku
pertolongan terhadap penderitaan-penderitaanmaut atau sakaratulmaut (yang
sedang aku hadapi ini)’.” (Tirmizi dan Ibn Majah) Muslimin dan muslimat yang
dirahmati Allah. Dalam hadith ke 56 yang kita bahas pada kali ini, diambil
daripada Ummul Mukminin Saidatina Aisyah rha yang berada di sisi Nabi salallahu
alaihi wasalam yang ketika itu dalam keadaan sedang menghadapi sarakatulmaut
sebelum baginda wafat pada usianya 63 tahun. Mari kita lihat 10 rentetan
peristiwa yang membawa kepada sakitnya Nabi salallahu alaihi wasalam. Bukannya
apa tuan-tuan; bila kita habis teliti 10 rentetan peristiwa ini nanti, baru
kita akan nampak bagaimana hadith di atas ini datang.
1) Pada Ramadhan 10 Hijrah, Nabi salallahu alaihi wasalam
telah berikhtikaf di dalam masjidnya selama 20 hari.Sedangkan Ramadhan sebelum
ini, baginda hanya ikhtikaf 10 hari sahaja. Ini satu perubahan yang Nabi cuba tunjuk
kepada para sahabat radiyallahu`anhu. Nabi nak bagitaunya apa tuan-tuan?...Nabi
nak bagitau, kalau dah rasa semakin tua tu, semakin rumah kata pi, kuboq kata
mari, sepatutnya hendaklah kita rapat dengan rumah Allah. Itu mesejnya. Dan,
ya, memang ada warga emas yang kita lihat ikut mesej tesebut, namun yang tak
kenanya ialah kebanyakan dari mereka anggap Islam ini hanya ritual sahaja,
sehingga tak bermasyarakat langsung dah depa. Pi masjid,
semayang-semayang-semayang, zikir-zikir-zikir, itu sahaja yang depa buat.
Perjuangan untuk meneliti Al Quran, mempelajari,
menyelami, mengamalkan Al Quran sudah tidak ada dalam kalender mereka. Sedangkan
Allah berfirman dengan banyak kali ulang ; sesungguhnya telah Kami permudahkan
Al Quran, berapa keratkah antara manusia yang mengambil peringatan darinya?
Allah juga berpesan banyak kali ulang: Mudah mudahan kamu berfikir. Jelas
sekali bahawa Allah amat suka kepada Manusia yang berfikir perihal ia
diciptakan atau dilahirkan atas dunia ini? Adakah untuk berseronok seronok ,
berhibur, bersantai atau melayani nafsu semata mata? Juga adakah untuk mencari
harta kekayaan dan uang yang banyak, anak anak yang cantik atau isteri cantik
seperti disarankan oleh suratkhabar Metro Ahad pada 29 04 2012 ?? Bila ajak depa, “Jom sheikh, joint parti yang
nak tegakkan Islam.”...Dengaq-dengaq kita kata macam tu, mula-mula dia belehaq
dulu, “Blurppp! blurpp! banyak angin sungguh aih!”...Kita tau, belehaq banyak
kali tu kira signal nak bagitau dia dah pencen la tu. Tapi dia tak sedaq, Nabi
saw start angkat senjata pi jihad time umuq baginda 55 tahun. Sama dengan umuq pencen
kita. Cuba tuan-tuan calculate tengok, betoi tak kata ana?...Nabi hijrah pi
Madinah ketika umuq dia 40 (umuq Nabi ketika terima wahyu) + 13 (berdakwahkat
Mekah) = 53 tahun. Selepas tu, 2 tahun kemudian baru Allah suruh turun pi jihad
ke medan Badar. So, 53 + 2,bukan 55 ka?...So, jangan jadikan umur lanjut
sebagai excuse untuk tidak turun ke medan jihad.
2) Taddarus Quran Nabi saw pada Ramadhan 10 Hijrah
berlaku sebanyak dua kali. Maknanya, pada tahun itu, Jibril alaihissalam turun
check bacaan Quran Nabi sebanyak dua kali, sedangkan Ramadhan sebelum itu,
Jibril hanya check sekali saja. Ramai para sahabat tak berapa alert tentang
perkembangan ini, kecuali Abi Bakrin seorangsahaja.
3) Pada awal bulan Safar tahun 11 Hijrah, Nabi salallahu
alaihi wasalam pergi ke kawasan Bukit Uhud dan bagindaberdoa untuk seluruh
syuhada` Uhud. Juga sebelum ini, Nabi salallahu alaihi wasalam tak pernah buat
perkara macam tu.
4) Kemudian pada malamnya pada hari yang sama, Nabi pergi
pula ke perkuburan Baqi` dan begitu juga yang baginda lakukan iaitu berdoa
kepada Allah meminta keampunan untuk penghuni Baqi`.
5) Pada hari ke 29 bulan Safar tahun 11 hijrah, Nabi mula
jatuh sakit. Kejadian itu berlaku selepas Nabi balik dari menghantar jenazah
seorang sahabatnya di Baqi`. Sesampai saja di rumah Aisyah, Nabi mengadu sakit
kepala.Start dari hari itu, Nabi mula diserang demam panas. Seperti yang ana
ulas pada perenggan terakhir dalamperbahasan Qanun Jinayah Syar`iyah (Bah 1 –
Bab 3 – Fasal 3 - Perkara 124) yang baru lalu, bahwa adasebahagian ulama
bersetuju antara faktor penyebab kepada jatuh sakitnya Nabi sehingga membawa
kewafatan baginda ialah kerana kesan racun yang pernah diberi oleh wanita
Yahudi di Khaibar.
6) Lima hari sebelum wafat, baginda salallahu alaihi
wasalam meminta supaya disiramkan kepadanya air sejuk.Sebaik selepas sahabat
siram air yang banyak ke atas tubuhnya, Nabi minta pula dia dipapah ke atas
mimbar supaya baginda boleh jumpa para sahabat. Di atas mimbar itulah, Nabi
bagi mesej yang sangat penting. Kata Nabi,“Barang siapa yang pernah aku sebat
belakangnya, sekarang marilah sebat belakang aku balik. Dan barang siapa yang
pernah aku jatuhkan maruahnya, maka tampillah sekarang, jatuhkanlah maruah aku
sekarang!” ...Ini dia yang dikatakan sebagai keadilan seorang pemimpin Islam.
Bila Nabi kata macam tu, time tu baru sahabat-sahabat semua sedar bahwa antara
mereka dengan Nabi sudah sampai ke penghujungnya. Sehingga bangun Abi Bakrin seraya
berkata, “Ya rasul Allah! aku tebus ibu dan ayah ku untuk mu!”...Kebiasaan
dalam masyarakat Arab memang macam tu bila depa tengok satu benda yang
besar,.depa akan guna nama mak bapak.
7) Empat hari sebelum kewafatannya, Nabi berwasiat dengan
satu wasiat yang cukup besar, iaitu supaya dihalau keluar seluruh orang-orang
yahudi, nasara dan musyrikin dari semenanjung tanah Arab. Inilah wasiat yang
telah dilupakan oleh umat Islam hari ini. Kalau ada golongan yang bangkit
memperingatkan wasiat ini kepada pemerintah Islam hari ini, pasti mereka akan
dicap sebagai terroris seperti yang dikenakan pada Osama bin Laden.
Cuba tuan-tuan buka laman
www.ladang.net bertarikh Dec 13 `05 (http://ladang.net.my/idimensi/modules.php?name=News&file=article&sid=406),
dalam posting yang diterjemahkan telah dibongkarkan suatu
perancangan di dalam mesyuarat kabinet Ariel Sharon, bagaimana negara haram
yahudi itu hendak menyerang loji-loji nuklear Iran. Inilah resolusi terbaru
musuh-musuh Allah. Apa yang kita boleh buat sekarang tuan-tuan?...Takdak apa
yang boleh kita buat melainkan berdoa sajalah. Seperti biasa, kita hanya
sekadar tunggu dan lihat depan mata kita sendirinegara-negara Islam satu persatu
diserang. Nak harapkan OIC?... Nak harapkan pemimpin-pemimpin Islam yang berstatus
millionaire?... Jangan haraplah tuan-tuan, depa ni setakat jihad ekonomi boleh
la sembang. Habih kuat pun, setakat kutuk saja. Itu saja yang depa boleh. Kalau
boleh jihad perang ni depa tak mau dengaq langsung. Sehinggakan baru-baru ni
time bulan posa yang lalu, sapa pun tak tau pihak kuffar dalam negara kita
sendiri sekali lagi serang dua buah masjid di Penang. Berita tentang kejadian
tersebut ditutup begitu saja. Alasan depa, takut jadi rusuhan kaum. Inilah
antara punca pihak kuffar semakin pijak kepala kita sebab kita dok bagi muka
kat depa. Ana bukan nak menghasut, tetapi semua ni dah lebih tuan-tuan. okay
kita sambung peristiwa rentetan seterusnya, iaitu sehari sebelum wafat, Nabi
saw telah melakukan dua perkara. Pertama, baginda telah memerdekakan seluruh
hamba sahaya samada miliknya atau milik orang lain selagi mana baginda mampu.
Dan yang keduanya, Nabi saw bersedeqah wangnya sebanyak 7 dinar. Itulah saja wang
yang baginda ada pada saat dia nak wafat. Sebagai pengajaran betapa besarnya
“sedeqah jariah”, bagindatetap bangun bersedeqah walaupun ketika itu baginda
amat gering.
9) Hari terakhirnya, iaitulah pada hari Isnin 12 Rabiul awal.
Maknanya, pada hari Isnin Nabi dilahirkan dan pada hari Isnin juga Nabi wafat.
Sebab itu, Imam Ghazali pernah berkata bahwa hari mati seseorang akan berlaku
samada sama dengan hari dia dilahirkan atau waktu ketika dia dilahirkan. Tu dia
tuan-tuan. So, pakat check la masing-masing punya surat beranak. Ini andaian
Imam Ghazali rahimallahu ta`ala saja.... Okay pada Subuh Isnin tu, ketika sahabat-sahabat
nak pergi masjid, tiba-tiba depa nampak Nabi selak langsir dan melambai ke arah
mereka. Kelihatan seolah-olah Nabi dah sihat. Cuba tuan-tuan bayangkan suasana
time tu. Dalam keadaan semua pakat risau tengok Nabi sakit, tiba-tiba nampak
Nabi lambai. Habih kecoh sahabat semua pakat seronok. Lalu Abi Bakrin bagi
isyarat supaya Nabi jadi imam. Tetapi Nabi tak kata apa, hanya lambaian dan senyuman sahaja
yang mampu Nabi buat. Rupa-rupanya itulah lambaian dan senyuman terakhir Nabi
kepada para sahabat radiallahuanhu. Kemudian Nabi pun baring semula dan baginda
dikelilingi oleh ahli-ahli keluarganya sahaja ketika itu. Sahabat-sahabat lain
tidak ada. Mereka kembali menjalankan urusan masing-masing setelah disangka
Nabi dah sihat. Time tu lah Nabi panggil anaknya Fatimah bersama kedua cucu
kesayangannya Hassan dan Hussein serta kesemua isterinya, lalu dinasihatinya
mereka.
10) tibanya waktu nazak Nabi saw. Ini dia tuan-tuan, baru
sampai hadith yang kita baca mula-mula tadi tu. Ketika itulah Aisyah kata, “Aku
melihat Rasulullah saw memasukkan tangannya ke dalam bejana dan menyapu air
kemukanya sambil berkata: Sesungguhnya kematian ini ada sakarahnya.”... Lalu
Nabi berdoa seperti yang disebut dalam hadith di atas. Dalam riwayat yang lain
sebut, Nabi baring atas ribaan Aisyah sambil mengikat kepalanya dengan kain
yang basah. Sebab itu kalau ada anak-anak kita demam, antara cara perubatan
untuk menyejukkan tubuh depa ialah basahkan tuala kecik macam tuala good
morning tu dan bubuh kat kepala anak kita. Atau lagi cantik kalau dapat bubuh
ais kiub dalam tuala good morning, pastu bubuh kat dahi anak, insyaAllah, panas
badan dia boleh kurang. Sambil demah dahi anak tu, bacalah doa-doa apa sikit
seperti fatihah ka or ayatul syifa` ka, insyaAllah boleh reduce sikit demam tu.
Sebab yang kata molikul air ni, yang terdiri dari unsur hidrogen dan oksigen,
dia boleh berubah-rubah apabila disebut nama Allah kat dia. Dia boleh berubah
sebab air juga ciptaan Allah yang istimewa yang memiliki manfaat besar kepada
manusia. Jadi, apabila kita baca fatihah kat air, melalui mikroscope kita akan
lihat molikul air bertukar menjadi amat cantik, atomnya tambah bertenaga dan
bercahaya seperti yang ditunjuk dalam gambar yang disebar dalam internet hari
tu. Kita lihat bagaimana gambar-gambar dalam internet tu, membuat perbandingan
molikul air yang dibaca nama Allah dengan yang tidak dibaca nama Allah, kita
boleh tengok, ada bezanya tuan-tuan. Berbalik kepada keadaan Nabi dalam sakarah
tadi. Ketika Nabi baring di atas dada Aisyah, ucapan last sekali yang baginda
sebut seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah rha ialah sambil mata baginda
merenung ke atas, baginda berkata (maksudnya), “Bersama-sama dengan mereka yang
telah Engkau kurniakan nikmat dari golongan paranabi, siddiqin, syuhada` dan
solihin. Ya Allah Ya Tuhanku! ampunkanlah dosa ku dan kasihanilah aku. Letakkanlah aku
dengan kekasih yang tertinggi. Ya Allah Ya Tuhanku! Engkaulah kekasihku yang tertinggi.”...Menurut
Aisyah,sebaik sahaja Nabi kata macam tu, dirasanya seluruh anggota tubuh Nabi
menjadi terlalu lemah dan akhirnya wafatlah Nabi saw, iaitu pada pagi Isnin 12
Rabiul awal ketika berusia 63 tahun 4 hari. Bila tersebar berita
kewafatan Nabi saw, orang yang pertama sampai selain ahli keluarga Nabi ialah
Saidina Abi Bakrin. Dalam keadaan langkah kaki Abi Bakrin yang begitu lemah,
beliau menuju ke pembaringan jenazah Rasulullah di katil Aisyah. Muka Nabi yang
ditutup dengan selimut dari Yaman mengikut riwayat, ditariknya lemah. Lalu
menangis Abi Bakrin, diciumnya dahi Nabi saw, maka gemparlah seluruh Madinah
sehingga Saidina Umar al-Khatab sendiri tidak dapat menerima hakikat ini.
Pedang dihunusnya, Umar kata, “Sapa kata Nabi mati, dia mati!”...Kacau punya
cerita tu tuan-tuan. Punyanya sayang Umar kepada Nabi sampai sapa kat Nabi
mati, dia nak pancung orang tu. Tu dia yang kata Umar tu tuan-tuan. Umar kata,
“Baginda hanya pengsan sepertimana pengsannya Musa di Bukit Tursina. Sat gi dia
sedaq la tu.”...Dengan pedang yang terhunus, menyebabkan orang ramai takut nak
ziarah pulak dah. Bila dengaq kecoh kat luar, Abi Bakrin pun kesat airmata, dia
keluar dan panjat satu batu, lalu panggil semua orang untuk dia buat satu
ucapan. Lalu berkatalah Abi Bakrin dalam satuucapannya yang masyhur, “Wahai
manusia! siapa yang rasa dia sembah Muhammad, maka ketahuilah mereka bahwa
Muhammad dah mati. Namun barang siapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah
itu hidup, tidak akan mati buat selama-lamanya. “...Kemudian Abi Bakrin sambung
dengan ayat 144 Surah Ali `Imran yang bermaksud, “Sesungguhnya Muhammad itu
hanyalah seorang rasul dan telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul.
Sekiranya rasul itu mati atau terbunuh di medan peperangan, adakah kamu akan
kembali menjadi kafir? Barangsiapa yang murtad selepas Muhammad mati, tiadalah dia
memudaratkan Allah walaupun sedikitpun; ...”...Bila Saidina Umar
dengaq ucapan Abi Bakrin macam tu, barulah dia sedaq Nabi memang wafat betoi. Lalu
terlepaslah pedang dari tangan Umar, pastu dia pula menangis semahu-mahunya. Itu
dia tuan-tuan kasihnya para sahabat kepada Nabi saw yang tiap-tiap hari Nabi
bergaul dengan depa. So macamana dengan kita yang tak pernah tengok Nabi?...
Lagilah kita rasa kasih dan rindu nak jumpa dengan baginda. Tak sabar rasanya
nak tengok dia di Padang Mahsyar. Betoi tuan-tuan. Kita hanya tahu berkenaan
sifat peribadi, akhlak dan perjuangannya melalui hadith-hadith dan sirah-sirah
sahaja tanpa melihat batang tubuh baginda saw. Sabarlah tuan-tuan, sampai
masanya, insyaAllah, Allah akan izinkan kita jumpa Nabi. Cumanya, kenalah kita
istiqomah di atas jalan perjuangan seperti yang telah Nabi tunjuk. Jangan
sekali-kali tergelincir. Tetapi kalau tergelincir pi berjuang di atas jalan
setan, dibimbangi bukan Nabi yang kita jumpa, malah kita akan dipisahkan dari
orang-orang beriman dan dihumban dalam neraka bersama-sama Firaun, Qarun, Haman
dan orang-orangyang sealiran dengan mereka. Nauzubillahiminzalik.
Kesimpulannya
1) Nabi saw tu adalah manusia seperti kita juga. Dia
bukannya malaikat. Dia makan minum, ada perasaan sakit, dia kahwin, dia kena
demam pening apa semua sehingga membawanya kepada maut. Sebab itu Allah sebut
pada ayat30 Surah az-Zumar, “Wahai Muhammad! kamu akan mati dan mereka juga akan
mati.”...Maknanya, Nabi juga adalah manusia biasa yang pasti akan mati dan
begitu juga kita akan menyusulinya. Cumanya, kenalah buat persediaan untuk kembali
kepada Allah.
2) Disamping kita berubat, jumpa doktor apa semua, jangan
lupa kaedah yang diajar oleh Nabi seperti yang diriwayat oleh Aisyah rha,
bagaimana air digunakan sebagai medium untuk menyejukkan badan yang diserang demam
panas. Allahu `alam.
No comments:
Post a Comment