Sunday 13 May 2012

Ajaran Sesat Dalam Laman Web

Ajaran Sesat Dalam Laman Web

Radio IKIM pada 745am 26 / 03 / 2012 berbicara tentang ajaran sesat dalam laman web….
Fatihah = tunjukilah aku jalan yang lurus.
Banyak pandangan orang ramai dalam siaran ikim ini antaranya jika ikut Sunnah rasullullah saw kita tidak tersesat. Sebenarnya penyelesaian  untuk menghindari terjebak dengan ajaran sesat adalah mudah saja iaitu tidak putus-putus anda berdoa: Janganlah Engkau masukkan daku ke jalan orang-orang yang kau murkai atau tidak pula jalan jalan orang orang yang sesat.
Sebenarnya doa ini sudah kita ulangi 17 kali dalam sehari tetapi kita masih terpedaya dengan ajaran sesat!!! Kenapa ya, ada manusia masih terjerumus ke sana? Sebabnya kita tidak mendalami atau menghayati apa yang kita baca dalam sembahyang terutamanya surah Al-Fatihah.
Diingatkan Fatihah adalah ibu Al Quran. Membaca satu surah Fatihah sama seperti membaca satu Al Quran. Jadi amat dangkal jika manusia itu tidak mahu ambil tahu langsung atau mengkaji dengan mendalam apa maksud di sebalik kata-kata Arab Surah Al Fatihah. Fatihah sekadar dijadikan hiasan nama kepada anak perempuan mereka. Allah mengkiaskan lagi dengan berjanji kepada kita bahawa orang yang berilmu akan diangkat beberapa darjat.. Jadi setelah membaca coretan ini, hendaklah kita berfikir dalam-dalam dan mengkaji maksud tersirat di sebalik Al Fatihah. Segala ayat Al Quran mempunyai maksud tersirat dan rahsia tersembunyi. Hanya orang-orang tertentu yang dikehendaki Allah atau disayangi dan diredhai Allah mengetahuinya. Hendaklah kita rajin bertanya kepada para Alim Ulama yang dipercayai tentang maksud ayat-ayat ini kerana Allah ada perli manusia, “Sesungguhnya telah kami permudahkan Al Quran ini, siapakah yang mengambil peringatan darinya” Dari perli Allah ini, jelas Al-Quran bukan untuk dipertandingkan dalam Musabaqah Al Quran dengan melihatkan kepada kemerduan pembacanya semata-mata! Sebaliknya Al Quran ini untuk dikaji secara mendalam segala isi kandungan maksudnya, pengajarannya, pembuktiannya dan sebagainya. Jika masih tidak dapat mengetahui maksudnya, hendaklah berdoa agar dibuka Allah pintu hati kita terhadap memahami maksudnya. Maka beruntunglah sesiapa yang tidak jemu-jemu mencari maksud ayat-ayat Al Quran ini….
Sekiranya kita faham Surah Al Fatihah dan bukan membacanya sebaliknya meminta petunjuk seperti petunjuk orang dulu-dulu yang tidak dimurkai Allah, niscaya Allah akan membuka pintu hati kita serta memberi petunjuk kepada kita kerana Firman Allah dalam Quran… Aku akan memberi petunjuk kepada mereka yang mau menerima petunjuk… Jadi kalau kita sembahyang sambil lewa saja, tidak faham kata-kata Fatihah yang dibaca atau sekadar memenuhi kehendak tuntutan syariat -- macam mana Allah nak beri anda petunjuk? Lebih berat lagi bila kita melupakan Allah maka Allah akan melupakan kita pula.. Allah menyuruh kita ingat kepadanya pada setiap masa iaitu pada masa kita duduk, berbaring atau berdiri !!! Dalam Quran, Allah ada mengatakan 3 golongan iaitu Golongan Kiri, Golongan Kanan dan Golongan yang Hampir. Antara sikap Golongan Hampir ialah mereka ingat pada Allah pada setiap masa. Menurut Al Quran, Golongan yang Hampir ini pula banyak di kalangan orang-orang terdahulu dan sedikit di antara Golongan orang-orang zaman kemudian. Golongan Kanan pula banyak di kalangan orang-orang dulu-dulu dan banyak juga di kalangan orang-orang kemudian.
Kalau dibandingkan dengan zaman sekarang, banyak antara kita terpesona dengan kecantikan anak Yahudi dalam filem-filem mereka yang berteknoloji 3D, kita sibuk membeli home theater bagi memenuhi kehendak menonton anak anak Yahudi ini sedangkan Allah melarang kita melihat anak-anak atau harta mereka,`Jangan engkau layangkan pemandangan engkau kepada segala macam kesenangan yang kami berikan kepada mereka,” Ini jelas kerana kebanyakkan pelakon dan pengarah Filem Hollywood terdiri dari Yahudi. Kita juga sibuk melayan Facebook yang terbukti menjadi bencana Masyarakat. Facebook banyak menyebabkan pasangan bercerai berai. Wanita meluahkan perasaan dalam facebook, dibaca bekas pak we lama atau vice versa dan syaitan mula mengambil alih bagi memporak-perandakan keluarga. Facebook diasaskan oleh pengasas berbangsa Yahudi (Zuckerberg) yang mendapat ilham membuat facebook dari agama mereka yang mempunyai dinding ratapan di Jerusalem. Dinding ratapan ini diabadikan sebagai somebody wrote on your wall dalam facebook !! Orang kita pula seronok atau lebih selesa membaca novel cinta, sakit tuan / puan , majalah mingguan wanita, utusan meloya, kosmo, metro yang penuh dengan gossip @ fitnah tidak berfaedah daripada membaca tafsir Quran dimasa lapang mereka!! Lebih buruk lagi bila mereka menjadikan tafsir Quran sekadar sebagai hiasan dalam rumah mereka !!
38:29  (Inilah) kitab yang kami turunkan kepada engkau lagi diberkati, supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat peringatan orang orang yang berakal.

No comments:

Post a Comment