Sunday, 13 May 2012

Ciri-ciri wanita penghuni SURGA



Ciri-ciri wanita penghuni SURGA


1.   Wanita yang selalu menjalankan perintah Allah dan wanita yang selalu mentaati segala perintah suaminya,
2.   Wanita yang selalu menutup aib suaminya dan menjaga kehormatannya apabila suaminya bepergian.
3.   Wanita yang Amanah, qona'ah dan yang sabar menghadapi suaminya.
4.   Wanita yang tidak pernah menyakiti hati suaminya.

Ciri-ciri wanita penghuni NERAKA
1.   Wanita yang selalu menyakiti hati suaminya dan tidak bisa menjaga auratnya.
2.   Wanita yang merendah rendahkan suaminya.
3.   Wanita yang tidak bisa menjaga kehormatannya apabila suaminya bepergian.
4.   Wanita yang selalu menentang perintah suaminya, MEMBENTAK atau memarahi suaminya.
5.   Wanita yang kerjanya selalu makan, tidur dan bermalas-malasan saja, tidak memasak atau menyediakan makanan kepada suami dan anak-anaknya.
6.   Wanita yang memarahi suaminya membeli ikan yang banyak kerana malas mengerjakan ikan tersebut!
Sayyidina Ali karomah Allahu wajha berkata : Pada suatu hari ia dan istrinya (siti Fatimah Azzahra ) bertamu ke rumah baginda Rosulullah SAW. dan pada saat itu beliau nampak menangis hingga tersedu-sedu, lalu sayyidina Ali bertanya, ya Rosul, ada apa gerangan hingga engkau menangis sedemikian sedihnya, lalu Rosul berkata.... ya sayyidina Ali, pada saat aku di isro'kan kelangit, aku melihat banyak para wanita dari umatku disiksa dengan berbagai macam siksaan.
pertama aku melihat seorang wanita yang digantung dengan rambutnya, lalu disiram dengan timah panas. itu disebabkan karna wanita itu tidak bisa menjaga auratnya.

Sedang ciri-ciri wanita penghuni syurga menurut Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah dalam kitabnya yg bernama Majmu’ Fatawa adalah :

1. Bertakwa
2. Beriman kepada ALLAH,malaikat-malaikat-Nya,kitab-kitab-Nya,rasul-rasul-Nya,dan beriman kepada takdir yg baik dan yg buruk
3. Bersaksi bahwa tiada tuhan yg berhak disembah kecuali ALLAH,bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-NYA,mendirikan sholat,menunaikan zakat,berpuasa dibulan ramadhan,dan berhaji bagi yg mampu
4. Ihsan
5. Ikhlas
6. Gemar membaca Al-Quran
7. Menghidupkan amar ma’ruf nahi mungkar
8. Berinfaq/bersadaqoh
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yg memutuskannya dan pemaaf
10. Bersikap adil
11. Menjaga lisannya dari perkataan dusta
12. Amanah dan menepati janji
13. Berbakti kepada orang tua
14. Menyambung tali silaturahmi dengan karib kerabatnya,sahabat terdekat dan terjauh
“……dan barang siapa taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya,niscaya ALLAH memasukkannya kedalam surga yg mengalir didalamnya sungai-sungai,sedang mereka kekal didalamnya dan itulah kemenangan yg besar (An-Nisa : 13)
Ciri-ciri Wanita Ahli Syurga.
أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Wanita solehah yang beriman dan beramal soleh dan meninggalkan maksiat dan dosa dan mentaati suaminya ketika di dunia adalah wanita ahli syurga yang layak untuk memasuki mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.

Wanita solehah yang telah menjadi isteri wajib taat dan patuh kepada suaminya kerana reda Allah kepada isteri adalah bergantung kepada reda suami kepadanya selagi suami tidak melakukan maksiat dan dosa kepada Allah SWT.

Wanita solehah yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita muslimah ingin menjadi ahli syurga. Pada hakikatnya wanita ahli syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli syurga adalah seperti 
berikut :

1. Bertakwa.

Firman Allah SWT maksudnya : “(Apakah) perumpamaan (penghuni)  syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?” 
(Surah Muhammad ayat 15)
 
Bahkan syurga itu sendiri sememangnya disediakan Allah untuk mereka yang bertakwa sebagaimana firmanNya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. ( Surah Aali Imran : Ayat 133 )

2. Percaya rukun Iman dan menamalkannya.

Beriman kepada Allah SWT, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

Firman Allah SWT maksudnya : “ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” 
(Surah an-Nisaa’ ayat 13)

3. Percaya rukun Islam dan menamalkannya.

Bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Taat pada suami dan menjaga kehormatan diri

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Hadis Riwayat Thabrani)

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Isteri yang solehah tidak akan menentang dan meminta cerai kepada suaminya jika suaminya berhajat berpoligami. Kerana berpoligami adalah diharuskan syarak dan isteri akan mendapat ganjaran yang besar apabila merestui dan mengorbankan perasaan hatinya kerana perbuatan suaminya adalah untuk membantu sesama muslim iaitu melindungi dan mengawini seorang wanita muslim yang memerlukan seorang ketua keluarga.

Isteri solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah SWT. Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi--wangian hingga menimbulkan fitnah, menjaga pergaulannya, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba. Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdoa kepada Allah hingga menitiskan air mata.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :"Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah."(Hadis Riwayat Muslim)

5.  Bersifat Ihsan.

Ihsan bermaksud seseorang itu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

6. Ikhlas kepada Allah SWT

Beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan)  dan tidak menyakiti hati kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang meminta-minta dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan marah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, berbohong, mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba dan menjadi saksi palsu .

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.(dengan mendapat keizinan suaminya)

15.Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan yang jauh

Sahabat yang dimuliakan,
Sekiranya setiap wanita muslimah beramal dan menghayati 15 ciri-ciri di atas maka dirinya layak menjadi wanita solehah dan melayakkan dirinya pula untuk memasuki syurga Allah SWT seluas langit dan bumi. 

Wanita amat mudah untuk memasuki syurga berbanding kaum lelaki kerana kaum lelaki akan dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak-anak dan isterinya dan mengajak masyarakat sekelilingnya kepada Islam . Kaum lelaki juga akan bertanggungjawab kepada keperluan ibu bapanya dan adik-adiknya yang belum berkahwin walaupun dia telah mendirikan rumah tangga.

Oleh itu, wahai kaum Hawa! Sekiranya kalian berhajat memasuki syurga Allah SWT dan kembali kepada Allah dengan mendapat reda-Nya, kalian perlulah melengkapkan 15 ciri-ciri di atas terutama kalian perlulah mentaati suami kalian, bersyukur dengan rezeki yang dibawa balik olehnya, kawal emosi dan perasaan marah kalian kepadanya dan  jangan mudah melepaskan kata-kata yang menyakiti hatinya, insya Allah doa kalian untuk menikmati syurga akhirat akan ditunaikan oleh Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment