Sunday 13 May 2012

MAKANAN YANG ADA BABI

http://azharibinhamzah.blogspot.com/2011/10/produk-munchys-ada-kod-lemak-babi.html

PRODUK MUNCHY'S ADA KOD LEMAK BABI... ?????


Salam...Baru-baru ni penulis terbaca satu artikel tentang lemak-lemak babi yang dijadikan sebahagian ramuan makanan ringan yang ada kat Malaysia ni. Dalam arikel tu tertulis beberapa kod lemak babi iaitu seperti berikut :

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15 E 270 30 E 433 45 E 481

Klik di sini, sini, sini, sini dan sini.

Ini makanan ringan yang penulis beli tu.
Baru-baru ni penulis membeli makanan jenama Munchy's iaitu Muzic Bar Choco Coated Wafer - terkejut saya bila no kod tu ada tertulis kat bahagian ingrediants makanan ringan tu iaitu .....Lecithin (E322) & E476, Stabiliser : E492. Dalam pada tu jugak ada label HALAL kat cover wafer ni. Penulis menerangkan perkara ni anak yang berusia 8 tahun. Dia pun tak "hingin" nak makan wafer tu walaupun beria-ia nak beli masa kat kedai. Nasib baik anak penulis paham bab halal haram ni. Kemudian penulis membuat research ringkas melalui interniet. Sila BACA SAMPAI HABIS kalau nak tahu jawapannya.

Teks berikut dipetik tanpa edit dari :   Al Ahkam.net
Kod Lemak Babi

PPIM SERINGKALI DIHUJANI DENGAN EMEL DARIPADA PENGGUNA YANG MINTA KESAHIHAN EMEL ‘FORWARD’ BERKENAAN PRODUK DAN RESTORAN-RESTORAN DI MALAYSIA. BERIKUT ADALAH KOMEN DARIPADA JABATAN PENYELIDIKAN PPIM. DISIARKAN JUGA ARTIKEL DARIPADA DR. M. AMJAD KHAN YANG BERTAJUK Why PIG FAT is not mentioned but CODE(S) are printed? (WHY E-CODES ARE DEVELOPED) untuk bacaan anda.

KOMEN PPIM HALAL KE HARAM ?
Assalamualaikum wrt wbt, saudara-saudara dan sahabat-sahabat sekelian, Di bawah ini, kami siarkan jawapan yang diperolehi daripada LAMAN WEB JAKIM mengenai status halal haram produk dan syarikat-syarikat yang terbabit. Mungkin senarai ini boleh menjadi panduan kasar untuk kita memilih samada untuk terus mengguna / menyokong atau memboikot syarikat-syarikat tersebut. Namun begitu, pada pendapat kami, tanggungjawab mencari yang halal itu adalah terletak ke atas bahu kita sendiri (wajib).
Bahkan kita patut sentiasa berwaspada terhadap apa-apa makanan atau minuman yang dihulurkan kepada kita termasuklah mengetahui apakah sebenarnya status ramuan yang dilabelkan di bawah Pelabelan Kod E. Kita hendaklah sedar bahawa sebenarnya tujuan pihak kapitalis merancang Pelabelan Ramuan Makanan di bawah Sistem Kod pada sekitar tahun 1800 an adalah sebahagian utamanya untuk mengelirukan Pengguna - khasnya Pengguna Islam. (Sila rujuk kepada pendapat Dr. M Amjad Khan di dalam artikel beliau “Kenapa perkataan “Babi” tidak di label dan diganti dengan Kod E”). Apatah lagi terlalu banyak penambah makanan / komponen yang dikeluarkan dari hari ke hari, dengan pengunaan kaedah bercampur aduk yang sangat meragukan.
Hanya pihak pengeluar ramuan sahaja yang benar-benar mengetahui apakah komponen ramuan yang dicipta. Kita juga patut sedar bahawa 80% pihak kapitalis adalah orang kafir dan kebanyakan mereka merupakan manusia yang tamak dan haloba.
Oleh yang demikian, cara yang paling berkesan untuk membalas perbuatan tidak bertanggungjawab mereka ialah JANGAN membeli / memakan barang-barang yang meragukan. Kita mesti bersatu, memboikot dan membeli hanya daripada pengusaha-pengusaha Islam sahaja. Kita jangan terbawa-bawa dengan slogan “Malaysia Negara Islam” atau “Malaysia is a Halal Hub”.  Berhati-hatilah membuat pilihan kerana kita adalah apa yang kita makan. Berikut adalah senarai hangat yang diperolehi daripada laman web JAKIM dan telah tersebar luas melalui emel-emel anda.
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
Restoran / syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM
kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station
2) Kam Lun Tai
3) Lotus Family Restoran
Restoran / syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice shop
3) Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.
KG Pastry atau Norainis Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM. Kam Lun Tai kuih bulan daripada syarikat ini telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
2. Farmbest : Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
3. Supplement : Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal. Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.
4. Café : Untuk makluman Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi Starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.
5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Gerai-Gerai makan Semua Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM 7. Confectionery Bakers Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
Kings Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Giant dan Tesco - Status makanan yang disediakan ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

Bread Talk & Bread Story
tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

8
. Restoran Burger King - Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
9. Sosej ayam - Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
10.Berkenaan Mewarnakan rambut : dari segi hukum syarak terbagi kepada

1) Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2) Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda
3) Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4) Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5) Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.
Dari segi ingredient / ramuan pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana, kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persoalan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??
Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri
tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di Malaysia sahaja . Waallahualam




Why PIG FAT is not mentioned but CODE(S) are printed?
(WHY E-CODES ARE DEVELOPED)

Forwarding as received, read and shared with your students...
PIG FAT By Dr. M. Amjad Khan
In nearly all the western countries including Europe, the PRIMARY choice for meat is PIG. There are a lot of farms in these countries to breed this animal. In France alone, there are more than 42,000 Pig Farms. PIGS have the highest quantity of FAT in their body than any other animal.
Europeans and Americans try to avoid fats. Thus, where does the FAT from these PIGS go?
All pigs are cut in slaughter houses under the control of the department of food and it was the headache of the department of food to dispose of the fat removed from these pigs.
About 60 years ago, these fats were burnt. Then they thought of utilizing it. First, they experimented it in the making of SOAPS and it worked. Then, a full network was formed and this FAT was chemically Processed, Packed and Marketed, while other manufacturing companies bought it. In the meantime, all European States made it a rule that every Food, Medical and Personal Hygiene product should have the ingredients listed on its cover. so, this ingredient was listed as PIG FAT. Those who are living in Europe for the past 40 years know about this. But, these products came under a ban by the ISLAMIC COUNTRIES at that time, which resulted in a trade deficit.
Going back in time, if you are somehow related to South East Asia, you might know about the provoking factors of the 1857 CIVIL WAR. At that time, Rifle Bullets were made in Europe and transported to the sub-continent through the Sea. It took months to reach there and the gun powder in it was ruined due to the exposure to sea.

Then, they
got the idea of coating the Bullets with fat, which was PIG FAT. The fat layer had to be scratched by teeth before using them. When the word spread, the soldiers, mostly Muslim and some Vegetarians, refused to fight. Which eventually lead to the Civil War.
The Europeans recognized these facts, and instead of writing PIG FAT, they started writing ANIMAL FAT. All those living in Europe since 1970s know this fact. When the companies were asked by authorities from the MUSLIM COUNTRIES, what animal fat is it, they were told it was COW and SHEEP Fat.

Here again a question raised, if it was COW or SHEEP Fat, still it is HARAAM to MUSLIMS, as these animal were not SLAUGHTERED as per the ISLAMIC LAW. Thus, they were again banned. Now, these multinational companies were again facing a severe drought of money as 75% of their income comes from selling their goods to Muslim Countries, and these earn BILLIONS OF DOLLARS of Profit from their exports to the MUSLIM WORLD.
Finally they decided to start a coding language, so that only their Departments of Food Administration should know what they are using, and the common man is left in the dark. Thus, they started E-CODES.
These E-INGREDIENTS are present in a majority of products of multinational firms including, but not limited to TOOTH PASTE, SHAVING CREAM CHEWING GUM, CHOCOLATE, SWEETS, BISCUITS, CORN FLAKES, TOFFEES, CANNED FOODS & FRUITS, SOME MEDICATIONS & MULTI-VITAMINS

Since these goods are being used in all MUSLIM Countries indiscriminately, our society is facing problems like shamelessness, rudeness and sexual promiscuity.

So, I request all MUSLIMS or non pork eaters to check the ingredients of the ITEMS of daily use and match it with the following list of E-CODES.
If any products has been listed with these codes please do not buy them since the source of fat is PIG FAT. Therefore, it is good if every Muslims are to remember these codes (and beat those unscrupulous capitalist at their own game).!

E100, E110, E120, E140,
E141 E153, E210, E213,
E214, E216, E234, E252,
E270 E280 E325, E326,
E327 E334 E335, E336
E337 E422, E430, E431,
E432, E433, E434, E435,
E436, E440, E470, E471,
E472, E473, E474, E475,
E476, E477, E478, E481,
E482, E483, E491, E492,
E493, E494, E495, E542,
E570, E572, E631, E635,
E904.

Dr.M.Amjad Khan
Medical Research Institute
United States

sumber: Laman web PPIM


Teks berikut mungkin dapat memberi sedikit jawapan yang melegakan kita.
Dipetik tanpa edit dari :Another Strange Girl Stories

Makanan ‘E-Codes’, Halal Di Malaysia


Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’, pernah menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu. Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian keatas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu. Kepada sesiapa yang belum pernah membaca email tersebut, korang boleh baca di sini...
Baru-baru ini, cerita mengenai bahan campuran makanan ‘E-Codes‘ ini sekali lagi tersebar dan menjadi salah satu isu dinegara kita. Ini bermakna sudah lebih kurang 3 tahun, kes mengenai kandungan campuran makanan bertanda ‘E -Code‘ masih menjadi tanda tanya kepada kita sebagai seorang pengguna. Malah ada yang menuding jari mempertikaikan tugas JAKIM dan tidak kurang juga yang mempertikaikan status negara kita sebagai Negara Islam. Dibawah ini terdapat senarai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi.
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920
Walaubagaimana pun, agak menghairankan juga bila makanan ringan yang banyak terdapat dipasaran dikatakan mempunyai campuran lemak babi gara-gara mempunyai bahan campuran salah satu dari kod diatas. Sedangkan makanan ringan tersebut mempunyai logo ‘Halal JAKIM’. Disebabkan rasa ragu mengenai isu ‘E-Codes‘ ini, saya telah mengambil keputusan untuk membuat ‘research’ mengenai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi ini. Antara yang saya temui adalah salah satu aduan yang dibuat di laman web Portal E-Halal mengenai email Dr. M. Anjad Khan pada tahun 2007 yang lalu.
Menurut pihak JAKIM mengenai kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:
Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan.
E110: dari sumber chemical
E120: dari summer serangga
E140: dari sumber tumbuhan
E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet
E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.
E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E234: Nisin; dari sumber microbe.
E280: Propionic Acid dari sumber chemical.
Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:
Bahan pewarna E153: carbon black.. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan Emulsifier
E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf bahan-bahan kritikal tersebut akan diperiksa dahulu sebelum disahkan halal. Pihak JAKIM nasihat kepada pengguna islam yang bijak agar memilih makanan yang mendapat pengesahan halal JAKIM atau badan-badan islam yang diikhtiraf.


Manakala dibawah ini pula, adalah jawapan dari pihak UKM mengenai isu ini pada 9 Dec 2009.
Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “diomong-omongkan” dengan perkara sebegini.
Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh musuh-musuh Islam.
Maksud saya adalah tidak semua bahan tambah (additives) itu diperbuat daripada lemak/minyak dan terbitannya. Untuk menjawab soalan saudari tentang yang mana satu kod E yang mengandungi lemak babi (sepatutnya yang tepat adalah lemak haiwan), eloklah saya jelaskan dengan ringkas disini utk mengelakkan kekeliruan. Sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).
Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.
Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.
Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi – lard, lemak lembu – beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.
Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Benarkan saya menjelasakan sedikit. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.
Munfaat ini TIDAK TERHAD kepada haiwan babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).
Mengikut konsep ISTIHALAH (transformation) yang digunapakai oleh mazhab Maliki dan Hambali, sesuatu bahan baru (produk) itu dianggag suci apabila ciri-cirinya berbeza sama sekali dengan ciri-ciri bahan mula, dengan syarat agen transformasi adalah halal. Dalam hal kolagen dan lemak, agen transformasi adalah asid atau enzim atau kedua-duanya.
Enzim industri pada masa ini dihasilkan daripada mikrob melalui teknik DNA rekombinan (recombinant DNA) dan kejuruteraan genetik (genetic engineering). DiMalaysia , kita adalah penganut mazhab Syafie, dan perkara seumpama ini tak dibenarkan. Sekiranya timbul isu halal/haram sebegini, eloklah kita tanyakan kepada pembekal produk itu sendiri, atau dapatkan pengesahan/kepastian daripada Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM, Serdang. Sekian dimaklumkan.
Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Kami termasuk Muslim brothers daripada India dan US dah cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.
Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Cara lain adalah dengan menggunakan kaedah bioteknologi seperti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM. Oleh yang demikian, saya tak dapat menjawab soalan saudari dengan tepat, kecualilah kita telah pasti bahawa komponen lipofilik sesuatu pengemulsi itu diperolehi daripada minyak tumbuhan..
School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
mamot@ukm.my
Pihak TV3 juga tidak ketinggalan membuat liputan mengenai isu ‘E-Codes’ ini dalam rancangan ‘360, Episode 49‘ yang telah pun disiarkan pada malam tadi. Untuk mengetahui apa kata pihak JAKIM dalam rancangan 360, korang boleh tengok video dibawah ini…
....Record your screencast online....
(MAAF rakaman idak dijumpai)
Selain isu ‘E-Codes‘, 360 juga telah merungkai isu barangan yang diperbuat dari bulu babi, makanan Cina ‘Bahkuteh’ yang mempunyai tanda halal, dan kisah peniaga lori bergerak Indonesia bertudung yang menjual rojak dan air di KL sebenarnya dimiliki oleh bukan Islam. Lantaran terdapatnya ‘Tokong’ dihadapan rumah Si Peniaga.
Baiklah, melihat bukti-bukti diatas, dapatlah saya menarik nafas lega kerana segala yang diberitahu mengenai ‘E-Codes‘ yang mempunyai lemak babi itu ada percanggahannya. Walaubagaimana pun, jika kita di izinkan Allah S.W.T untuk melanjutkan pelajaran atau melancong ke luar negara, perlulah di ingat mengenai ‘E-Codes‘ ini agar kita tidak termakan makanan yang tak sepatutnya kita makan…
Akhir kata, SALAM TAHUN BARU ‘MAAL HIJRAH 1431′ DARI SAYA BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN YANG SUDI MENJENGUK BLOG PICISAN INI. DIHARAPKAN KITA SAMA-SAMA DAPAT MEMPERBAIKI DIRI DARI SEMASA KE SEMASA PADA TAHUN BARU INI… Terima Kasih~
Reference;
Aduan: Portal E-Halal
Penulis juga dah merujuk laman Web Munchy's ....kat situ tertera bahawa JAKIM mengesahkan semua produk Munchy's adalah HALAL. Klik sini. So, kalau nak makan kira boleh la. Dijamin oleh JAKIM. Harap2 benar2 HALAL la. Kalau kita makan pun hukumnya harus. Tak mau makan pun takpa. KALAU la produk itu "benar2" ada unsur babi maka dosa kita dah LEPAS... dah tak berdosa. Semua dosa tu terletak atas pundak2 pegawai JAKIM yang terlibat. "Demo@hangpa@Kamu tanggung la dosa tu di sana / akhirat nanti para pegawai JAKIM oi...." Apa2 pun berhati2 la dalam memilih makanan. Pastikan benar2 "halalan toyyiba". Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment