Sunday 13 May 2012

Berbuat baik kepada ibu bapa

Berbuat baik kepada ibu bapa
Berbuat baik kepada ibu bapa hukumnya wajib!!! Tidak percaya sila perhatikan ayat Quran di bawah! Hari ini banyak sekali anak anak yang menghantar ibu bapa tinggal di pusat jaggan orang tua!
2:83 Ketika Kami ambil janji Bani Israel, bahwa tidak boleh kamu sembah, selain Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa, karib kerabat, anak2 yatim dan orang orang miskin; dan katakanlah kepada manusia perkataan yang baik, dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat, kemudian kamu berpaling (tiada menurut perintah itu), kecuali sedikit diantaramu, sedang kamu tetap berpaling.
17:23 Tuhanmu memerintahkan, supaya janganlah kamu sembah, kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seseorang diantara keduanya telah tua, atau kedua duanya, janganlah engkau katakan perkataan Cis kepada keduanya dan jangan pula engkau jerkah kedua duanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia.
17:24 Rendahkanlah sayap kehinaan (berhina dirilah) kepada keduanya, karena kasih sayang dna katakanlah: Ya Tuhanku! Kasihanilah keduanya, sebagaimana keduanya telah mengasuh ku ketika aku masih kecil.
19:14 Dan berbuat baiklah kepada ibu bapanya dan bukanlah ia sombong lagi durhaka.
Banyak juga insan yang pergi mengerjakan Haji dan Umrah kononnya haji dan Umrah boleh menghapuskan dosa mereka meninggalkan Ibu bapa masing masing di pusat jagaan orang tua sampai tidak menjenguk walaupun untuk seminit dua!!! Inilah kepercayaan karut yang dimomokkan oleh Iblis Laknatullah.
Dosa kamu tidak terhapus jika kamu setakat mengerjakan Haji dan Umrah !!! Ingatlah Allah itu Maha adil dari sekalian atau segala gala yang Adil !!! kalau kamu masih beranggapan sedemikian, maka tiada apa bezanya kamu dengan penganut Kristian yang boleh menghapuskan Dosa apabila membuat confession dengan paderi (Dalam Kristian, kononnya paderi boleh menghapuskan Dosa, Namun ajaran Nabi Isa yang sebenar tidak pernah mengatakan confession boleh menghapuskan Dosa !!!)
Diingatkan lagi bahawa Tuhan kepada Jesus, Tuhan kepada Ibrahim, Tuhan kepada Noh, Tuhan kepada Musa, Tuhan kepada Zakaria, Tuhan kepada John The Baptist, Tuhan kepada Solomon, Tuhan kepada Ishaq, Tuhan kepada Yaacob, Tuhan kepada Yunus, Tuhan kepada David, Tuhan kepada Muhammad, Tuhan kepada Ezekiel, Tuhan kepada kita semua adalah Tuhan yang satu iaitu Allah.
Allah itu sifatnya Mahapengasih dari segala yang pengasih dan Allah Maha Adil dari segala gala yang adil !!! ( Eloklah kamu cari sifat 20 Allah dan 99 nama Allah serta satu nama Allah yang tersembunyi ). Manusia akan bertanggungjawab dengan amal kejahatannya apabila ia mencapai akil baligh ( Lelaki keluar mani dan perempuan datang haid ) dan bukannya manusia diadili hanya apabila manusia mencapai umur 18 tahun!!

No comments:

Post a Comment