Sunday 13 May 2012

nikmat ahli syurga yg paling sengkek


Nabi Musa a.s adalah diantara para nabi yang sangat sedikit bilangannya yang boleh berdialog dengan Allah s.w.t secara terus. Baik, Allah menceritakan kepada Nabi Musa a.s apakah nikmat syurga yang akan diperoleh oleh orang terakhir yang keluar dari neraka. Allah memerintahkan malaikat untuk mencari sesiapa lagi di neraka yang masih ada Tauhid di dalam hatinya meskipun sekecil zarah.
Maka selepas dicari-cari, jumpalah seorang lagi hamba Allah lalu dikeluarkan dia dari neraka. Tubuhnya hitam mati. Maka Allah pun memerintahkan ex-ahli neraka ini untuk ke syurga. Jadi, apabila dia lihat syurga ini, dia mengadu kepada Allah bahawa syurga dah penuh. Baik. Apa yang dimaksudkan ialah tiada ruang yang sesuai untuknya disyurga. Ini kerana di hari akhirat nanti hijab akan terbuka sehingga seseorang itu dapat melihat sangat jauh, mendengar sangat tajam dan boleh berdialog dari jarak jauh sehinggakan ahli syurga boleh berdialog dengan ahli neraka.
Maka Allah pun berikan tawaran kepadanya iaitu kekuasaan seperti kekuasaan di bumi di mana ia seperti seorang raja yang rakyatnya terdiri dari raja-raja. Kemudian akan digandakan lagi, digandakan lagi, digandakan lagi, digandakan lagi, digandakan lagi (sebanyak lima kali)….ahli syurga terbaru ini memotong sebelum Allah meneruskannya dan berkata, “Aku redha” kerana tersangat gembira dan tidak tertahan nak merasainya, tidak sanggup menunggu. Maka Allah menyatakan akan diberikan kekuasaan di bumi di mana ia seperti seorang raja yang rakyatnya terdiri dari raja-raja, dan digandakan sepuluh kali nikmat tersebut maka jadilah keseluruhannya sebelas.
Inilah nikmat syurga yang paling low class yang akan dirasai oleh orang terakhir yang akan keluar dari neraka. Bayangkan nikmat syurga first class, MasyaAllah, memang tidak mungkin terbayang.
Tuan Guru juga menyatakan hari akhirat juga dikenali sebagai hari penyesalan kepada orang yang masuk syurga serta memasuki neraka. Ini kerana orang yang masuk neraka menyesal tidak beramal dengan sebenar-benar amal di dunia manakala orang yang masuk syurga menyesal tidak beramal dengan lebih kuat agar dapat memasuki syurga yang lebih tinggi.
Apakah azab neraka paling ringan yang seorang hamba berdosa akan rasai? Ia adalah bara api neraka diletakkan di bawah celahan tapak kaki yang mana panasnya akan mengelegakkan otak sehingga luluh otaknya selama 500 tahun. Orang yang merasai azab ini akan merasa beliaulah yang merasai azab seksa paling teruk sedangkan hakikatnya ia paling ringan. Moga Allah menempatkan kita sebagai ahli syurga.

No comments:

Post a Comment