Wednesday 13 June 2012

Banyak manusia yang gagal

Banyak manusia yang gagal

Allah menjadikan manusia bukan dengan percuma atau sia sia tetapi untuk diuji tahap keimanannya ( 2:155 , 3:186 , 21:35 , 23:115 , 29:2,3  , 38:27 , 44:38 , 45:22 , 46:3 , 75:36 ). Setakat mengatakan dirinya Islam masih jauh belum cukup lagi.
Kes manusia yang gagal dalam ujian Allah ini pula cukup banyak sampai tidak terhitung kita jumlah sebenarnya. Nabi Muhammad bersabda bahawa pada akhir zaman , umat Islam umpama buih-buih di lautan. Ini disebabkan apabila manusia melupakan Allah, maka Allah pun melupakan manusia itu ( 2:152 , 7:51 , 9:67 , 20:42 , 29:45 , 38:31-33 , 39:8,49 , 41:51 , 59:19 , 63:9 , 76:25 , ).
Surah Al Ankabut dalam Al Quran bertajuk labah labah ( Sarang labah adalah paling rapuh dan janganlah keimanan manusia pun sebegini juga! ) juga menerangkan ( Surah 29 : ayat 1 - 69 ) secara terperinci perihal manusia yang gagal. Allah menerangkan dalam surah yang lain terdapat 3 golongan manusia pada akhirat iaitu golongan kiri, golongan kanan dan golongan yang hampir. Golongan yang hampir adalah golongan elit yang amat dikasihi Allah. Sekiranya anda bergaul dengan mereka dan mendapat kasih sayang dari golongan yang hampir, anda seorang yang bertuah. Jadi, perhatikan rakan-rakan anda manalah tahu jika mereka golongan yang hampir..Untuk mendampingi golongan yang hampir, maka perlulah selalu berdoa pada Allah agar diketemukan dengan para ahli golongan yang hampir... Golongan yang hampir amat sedikit terdiri dari umat zaman sekarang manakala ia banyak terdiri dari golongan zaman dahulu... Ini jelas diperhatikan dengan orang Islam zaman dahulu sanggup meninggalkan tanah air mereka (tanah arab) untuk sebarkan ajaran Islam... Berbeza dengan ulama zaman sekarang yang tidak sanggup pergi ke Sabah atau Sarawak atau masuk hutan menjenguk orang pribumi asli bagi menyebarkan Islam. Ulama sekarang lebih rela mengeluarkan fatwa haram menentang kerajaan yang zalim melalui demonstrasi jalanan... Islam sebenar , menyarankan bahawasanya wajib mentaati pemerintah ... Tetapi apabila pemerintah menyeleweng, mengebom warga Mongolia sampai hancur, mengujudkan kawasan radioaktif Lynas di Gebeng, membuat fitnah seks dalam banyak jenis akhbar tempatan, menghina hukum Islam, maka pemerintah sebegini wajib disanggah... Malangnya khutbah Jumaat hanya menyebut wajib mentaati pemerintah saja walhal perkara menyanggah pemerintah yang zalim serta menyeleweng, takut untuk di war-warkan dalam khutbah Jumaat. Inilah sikap imam atau khalifah dalam masjid yang penakut atau tidak beretika atau bersikap menjual ayat Allah bagi mendapat habuan dunia. Sikap ini jauh sekali tertinggal di belakang di mana Nabi Musa serta Nabi Harun menegaskan kepada Firaun dalam istana Firaun sendiri bahawasanya Allah adalah Tuhan yang sebenar yang wajar disembah ( 2:255 , 28:70 , 47:19 , 51:51 , 64:13 ). Tiada Tuhan selain Allah. Nabi Musa serta Nabi Harun sanggup pergi masuk ke dalam istana Firaun walaupun menyedari ia perbuatan paling gila kerana nyawa adalah galang gantinya!!! Ibu Nabi Musa dan Nabi Harun amat bersusah hati melihat anaknya pergi masuk ke istana Firaun bagi menegakkan agama yang sebenar. Tahap penyerahan Nabi Musa serta Nabi Harun adalah antara tertinggi dan Nabi Musa mendapat gelaran Ulul Azmi!!
Nabi Ibrahim dilontar ke dalam api akibat memecahkan berhala berhala raja Namrud. Nabi Ibrahim juga meninggalkan Siti Hajar yang sarat mengandung di tengah gurun pasir tandus yang tiada didiami manusia!!! Nabi Ibrahim serta isterinya Siti Hajar amat susah mendapat anak kerana dia mengandung pada usia yang amat tua serta pada usia yang tidak logik boleh mengandung! Anak itu pula diperintahkan disembelih oleh Allah dimana Nabi ibrahim patuh kepada perintah tersebut! Syaitan melarang sembelihan tersebut lalu dilontar batu oleh Nabi Ibrahim!! Ini antara sikap taqwa serta patuh kepada Allah yang paling tertinggi di kalangan umat manusia. Nabi Ibrahim mendapat gelaran Ulul Azmi!!
Nabi Isa diturunkan Allah dalam kejadian ajaib di mana ia dilahirkan tanpa bapa. Nabi Isa diutus Allah selepas Bani Israel menyelewengkan, mengubah, membuat undang undang baru yang menguntungkan Bani Israel saja.. Untuk mengembalikan bangsa Yahudi ke jalan yang lurus, Nabi Isa bersusah payah serta bersabar membawa mereka menyembah Allah yang esa. Nabi Isa mendapat ancaman bunuh dari kaumnya!!
Bangsa Israel adalah bangsa yang sukar difahami kerana mereka lebih mengenali Nabi Muhammad kerana perwatakan Nabi Muhammad diterangkan dengan jelas dalam Old Testament ( Torah / Taurat ) dan New Testament ( Injil ), namun masih degil menerima kenabian Nabi Muhammad saw atau menerima AlQuran ( Last Testament yang dibuktikan Allah terpelihara isi kandungannya! ) . Ia dapat difahami dari kisah Nabi Musa dan Nabi Isa yang dikurniakan paling banyak mukjizat serta keajaiban yang diperlihatkan kepada kaum mereka namun masih gagal meyakinkan Bani Israel mengikuti ajaran Islam ! Namun begitu, bukan semua nya degil kerana ada antara bani Israel dan orang Kristian yang beriman kepada ajaran Nabi Musa, Nabi Harun dan Nabi Isa. Buktinya, terdapat jasad orang Kristian yang tidak reput ditelan zaman ... Tempat mereka di sisi Allah hanya Allah yang mengetahuinya!! Sesungguhnya Allah Mahaadil lagi Mahapenyayang dan tidak wajar kita mengatakan orang Kristian masuk neraka kerana kita tidak tahu pendirian mereka!! 
Allah melarang manusia mengatakan ada Tuhan lain selain Allah. Allah juga menegaskan Isa bukan anak Tuhan tetapi hanyalah hambanya iaitu manusia biasa yang diutus kepada kaum yang telah menyeleweng dari ajaran Old Testament ( Torah / Taurat ).
Allah amat suka jika kamu berfikir, manakala tidak menyukai jika kamu tidak berfikir ( 10:100 )
Allah suruh kita berfikir kenapa Last Testament (Al Quran) di buat dalam bahasa Arab menerusi seorang rasul yang tidak tahu membaca serta tidak tahu menulis. Bahasa Arab kerana bahasa Arab mempunyai kesusasteraan yang tinggi. Bahasa Arab juga, Allah mencabar manusia berkumpul mengumpulkan sekalian cerdik pandai bahasa dari seluruh dunia bagi mencipta satu ayat yang serupa Al Quran namun manusia masih tidak upaya membuatnya! Dalam Old Testament ( Torah / Taurat ) tidak ada perkataan Tuhan mengatakan ayat ayat Old Testament ( Torah / Taurat ) terpeilhara dari gubahan, olahan serta seleweng tokok tambah atau pengurangan oleh manusia!! Dalam undang undang buatan manusia hari ini, undang-undang baru akan memansuhkan atau membatalkan undang-undang lama! Maksudnya bagi sesuatu Akta atau Peraturan, yang baru akan mengantikan yang lama dimana yang lama akan termansuh dengan sendirinya!! Dalam Kitab Allah, aturan undang undang manusia ini tidak terpakai pula! Contohnya bangsa Yahudi serta Kristian tidak mengiktiraf Last Testament (Al Quran) sebagai kitab dari Allah walaupun jelas dalam Last Testament (Al Quran) mengatakan ayat ayat Allah akan terpelihara sampai bila bila. Tidak seperti Undang undang atau Akta atau Peraturan atau Arahan atau Koda Tata Amalan atau Pekeliling Ketua Pengarah atau garispanduan atau ciptaan manusia yang perlukan amendment setiap tahun, Last Testament (Al Quran) tetap sesuai dari zaman dulu sampai sekarang! Tiada percanggahan terdapat dalam Al Quran! Malah Al Quran menerangkan faktor faktor saintifik yang tidak dapat dibuktikan pada zaman dahulu seperti ilmu cakerawala, pendebungaan, jantina ditentukan oleh sperma lelaki, hukum fizik, rose merah dilangit ( 55:37 , 70:8 ), air tawar dan air masin tidak bercampur ( 25:53 , 27:61 , 35:12 , 55:19-20  ), laut dalam  adalah sangat gelap gulita ( 2:19,20 , 24:40 ), peratusan daratan dan lautan yang amat tepat dsbnya. Al Quran juga membenarkan Kitab Torah dan Injil dihadapannya (6:92).
Tentulah bukan seorang manusia yang tidak tahu membaca serta tidak tahu menulis sanggup membuat ayat ayat yang tiada langsung percanggahan sebegini!!! 
Berbalik kepada isu manusia yang gagal, bukanlah mengenal ia menteri atau rakyat biasa!!! Cuba dengar menteri yang ada menyimpan artis, ahli perniagaan yang menyimpan mistress dsbnya!!! Bagi penjual kereta terpakai mereka boleh mengubah milage kereta dari 450,000 km menjadi hanya 54,000km 70,000km 60,000km 38,000 km sahaja  bagi menarik pelanggan! Segala bruises, dented dan karat dibuat cat layang... Penjual kereta terpakai juga selalu mendapat potongan dari bengkel pengecat kereta!!
Doktor menjual ubat telah expired, menokok botol kosong bagi mencairkan antibiotik, mengguna semula sarung tangan berulang kali, kitar semula jarum pencucuk intra muscular injection, mengguna semula jarum cucuk gula di jari berulangkali tanpa basmi kuman dsbnya!!!
Jurutera sanggup mendapat rasuah dari kes Norita Samsudin bagi mendapat kelulusan certificate of fitness dan banyak lagi contoh manusia yang gagal!! Mengapakah manusia ini gagal?  Mereka gagal kerana kurang mengingati mati ( 4:78 , 7:34,51 , 10:49 , 16:61 , 21:35 , 29:57 ) serta ada tujuan kononnya mahu hidup selama lamanya dalam dunia ini ( 8:67 ;  9:24,38,69 ) !!!
Quran itu telah dipermudahkan tetapi tiada manusia mahu mengambil peringatan darinya ( 54:17,22,32,40 ) !! Apabila tidak mau mengambil peringatan dari Al Quran, manusia tergelincir dari jalan yang lurus lalu mendapat jalan yang bengkok!!! Jelas sekali apabila surat khabar membesarkan isu bagaimana cara mau dapat anak cantik atau isteri cantik!!
Metro Ahad 29 April 2012 : Setempat mukasurat 3 : Mak Lawa, anak cun ; Cantik, Tak Sombong - Keluarga Mohd Yusoff sering jadi perhatian masyarakat Pasir Mas. Amalan Kecantikan Keluarga Neelofa. ( lihat Surah 3 : Ayat 14-19)
Metro Ahad 29 April 2012 : Setempat mukasurat 4 : Sering jadi tumpuan kerana cantik ; Mak Lawa, anak cun ; Tak abai pantang Rozita Che Wan dan Ayu Rhaudah.
Metro Ahad 29 April 2012 : Setempat mukasurat 6 : Mak Lawa, anak cun ; Warisan kahwin campur. Sering menarik perhatian masyarakat ketika di Kanada.
Metro Ahad 29 April 2012 : Setempat mukasurat 8 : Mak Lawa, anak cun ; Rancang dapat anak cantik ; Zilfalil rancang kehamilan.

http://www.youtube.com/watch?v=qTi9tEqUIPQ
http://www.youtube.com/watch?v=ZZ8gtCKKEpg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=Zfi-ayv3YXg
http://www.youtube.com/watch?v=Q2bEpCK3Hx0&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=d2WLdhbapSk&feature=related



Elias Hj Idris

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada, beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

No comments:

Post a Comment