Wednesday 13 June 2012

Iktibar dari gempa Di Sumatera 7 Okt 2009

Iktibar dari gempa Di Sumatera 7 Okt 2009

Gempa bumi di Padang 30 September 2009 berlaku tepat pada pukul 5.16 pm atau 17:16.
Gegaran ke-dua berlaku pada pukul 5.58 pm atau 17:58.
Esoknya, 1 Okt 2009 jam 8.52 am gegaran susulan berlaku di Jambi.
Jam 17:16 → lihat Surah 17 (Al-Israak) ayat 16 “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
Jam 17:58 → lihat Surah 17 (Al Israak) ayat 58 “Tiada suatu negeri pun (yg derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dgn azab yg sgt keras. Yg demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
Jam 8:52 → lihat Surah 8 (Al Anfaal) ayat 52 “(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Anas mengunjungi Aisyah, di dalam majlis itu seorang lelaki bertanya: Wahai Ummu al-Mukminin, "ceritakan kepada kami tentang gempa bumi? Beliau berkata: Apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tempat selain dari rumah suaminya, terkoyaklah hijab (penddg dari azab) yang antaranya dan antara Allah. Apabila perempuan memakai bau-bauan bukan untuk suaminya, baginya neraka dan kehinaan.
Apabila dihalalkan zina, meminum arak dan memukul alat muzik, Allah berfirman kepada bumi gegarkan mereka! Sekiranya mereka tak bertaubat dan meninggalkan maksiat, mereka dibinasakan dengannya oleh Allah. Anas bertanya : Apakah itu hukuman terhadap mereka?". Aisyah menjawab: "Ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kepada orang mukmin. Ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas orang kafir.
Telah timbul kerosakan di daratan dan di lautan kerana perkara yg dikerjakan oleh tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka itu sebahagian dari akibat dari apa yang mereka kerjakan, semoga dengan itu mereka kembali (patuh kpd Allah)~ Rum30:41
"Adakah kamu merasa aman dari Allah yang (kekuasaan-Nya) di langit dari menenggelamkan bumi bersama kamu, sehingga tiba-tiba bumi bergoncang atau adakah kamu merasa aman dari Allah yang (kekuasaan-Nya) di langit menghantarkan ke atas kamu angin kencang yang mengandungi batu, maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana peringatan (Azab)-Ku? al-Mulk67 : 16-17
"Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yg akan meminum arak dan mereka menamakannya dgn nama lain (bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dgn bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah akan menenggelamkan mrk ke dlm bumi (dgn gempa bumi) dan akan menjadikan mereka spt kera dan babi’ Hadis riwayat Ibnu Majah
‘Sesungguhnya di antara tanda hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak’  ~ Thabrani
"Tidak akan datang hari Qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"~ Bukhari
"Sebelum berlakunya hari Qiamat, akan terdapat kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"~ Ahmad
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, BALA pasti turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dianggap cukai.
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat).
5. Anak derhakakan ibunya.
6. Anak yang derhakakan ibunya tadi sangat baik dengan kawan-kawannya.
7. Anak suka menjauhkan diri dari ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Arak diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/ didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat generasi awal (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu mereka tunggulah angin merah, GEMPA BUMI ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain" ~ Tirmidzi
Drpd Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: Rasulullah datang kpd kami saw. Pada waktu itu kami sdg berbincang. Baginda bersabda: ‘Apa yg kamu bincangkan?’ Kami menjawab: ‘Kami sdg berbincang ttg hari Qiamat’. Nabi saw. bersabda: "Tak akan terjadi hari Qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya 10 tanda-tandanya".
Baginda menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, 3x gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yg ketiga di Semenanjung Arab, akhir sekali api yg keluar dari arah Yaman yg akan menghalau manusia kpd Pdg Mahsyar mereka".
Dukhan (asap)  keluar dan akibatkan penyakit spt selsema di kalangan org beriman dan akan mematikan semua org kafir.
Dajjal membawa fitnah besar hingga ramai org terpedaya dgn seruannya.
Binatang besar keluar berhampiran Bukit Safa di Mekah yg akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kpd Allah swt.
Matahari terbit dari Barat.Saat itu Allah tak lagi terima iman org kafir dan tak terima taubat org yg berdosa
Turunnya Nabi Isa ke bumi. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yg berdaulat pada masa itu, patahkan salib,bunuh Dajjal.
Keluarnya Ya'juj Ma'juj yg buat rosak di bumi
Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
Api besar halau manusia menuju ke Pdg Mahsyar. Api itu bermula dari arah Yaman
Di tgh-tgh negara Saudi terdpt satu garisan “fault” yg berpotensi utk berlaku gerak gempa yg para geologis memanggil garisan itu dgn nama- Najd Fault System. Malah satu letupan gunung berapi pernah tercatat pd kurun 13M. Gegaran terakhir dikesan dari “fault-line” ini pada tahun 1999
“Apa yg dpt dirajihkan dari himpunan hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yg mendahului segala petanda besar yg mengakibatkan perubahan besar berlaku di bumi ini. Keadaan itu disudahi dgn kematian Nabi Isa (setelah turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tpt tenggelamnya adalah permulaan tanda qiamat besar yg akan merosakkan sistem alam cakerawala. Kejadian ini disudahi dgn terjadinya peristiwa qiamat yg dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu terjadi di hari yg matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

No comments:

Post a Comment