Wednesday 13 June 2012

Proses Perempuan Bersalin

Proses Perempuan Bersalin

Buat masa ini saintis tersohor dunia masih tidak mengetahui secara jelas apa yang menyebabkan pengecutan otot rahim wanita semasa proses bersalin atau kelahiran bayi! Saintis tidak jelas apa yang tiba tiba menukarkan rhythmicity Rahim yang pada mulanya perlahan dan lemah kepada pengecutan otot Rahim yang kuat .
Pengecutan otot bermula dari bahagian atas rahim (iaitu fundus). Pengecutan otot paling kuat di bahagian atas rahim manakala tiada pengecutan otot berlaku di bahagian mulut / pangkal rahim (Cervix). Kuasa apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku masih tidak diketahui saintis yang mengkajinya!
Allah telah menetapkan pengecutan berlaku seperti Firman Allah surah An Nahl -  16:78 Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu, sedang kamu tiada mengetahui suatu apapun; dan Dia adakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan kamu berterima kasih kepadaNya.
6:98 Dia yang menjadikan kamu daripada diri (bangsa) yang satu (Adam), kemudian kamu tetap (dalam Rahim) dan tersimpan (dalam tulang punggung bapakmu).
Jika pengecutan otot berlaku di bahagian bawah rahim dan tiada pengecutan otot di fundus – tiada kelahiran akan berlaku!!! Pengecutan otot pada awalnya lemah dan berlaku selang masa 30 minit beransur ansur menjadi kuat berlaku dalam selang masa 30 saat!!! Pengecutan otot ini berkaitan dengan ibu rasa sakit semasa bersalin, bila otot relaks, ibu tidak rasa sakit lagi. Selalunya misi akan suruh ibu teran bila Pengecutan otot kuat iaitu berlaku sela masa setiap 30 saat. Pada masa ini, mulut rahim telah terbuka luas berdiameter 10cm.
Rahim juga merupakan anggota badan wanita yang ajaib.
1.   Rahim wanita adalah anggota yang paling akhir akan membusuk (dirosakkan/dihancurkan bakteria) apabila mayat wanita itu mati.
2.   Wanita selepas bersalin, akan mengalami pengecutan otot rahim (Proses Autolysis). Saiz Rahim yang besar akan kembali menjadi kecil. Proses Autolysis dipercepatkan dengan penyusuan badan. Proses Autolysis akan membuang darah melalui faraj. Darah ini dipanggil darah nifas ( lochia ).
3.   Rahim wanita berhubung dengan dunia luar melalui saluran falopio. Jika melakukan hubungan jenis sewaktu datang haid, ada pergerakan pengecutan ryhtmic otot rahim yang bertujuan membawa sperma ke arah salur falopio… Pergerakan ini mungkin juga akan membawa darah haid yang berisi tisu endometrium tertumpah ke kebuk abdomen seperti Pouch of Douglas. Tisu Rahim yang tertumpah melalui salur falopio mungkin akan melekatkan dirinya ke Greater Omentum atau dinding usus dan tumbuh di sana. Bila wanita datang bulan, tisu endometrium ini turut mengeluarkan darah ke dalam kebuk abdomen. Ini menyebabkan wanita rasa sakit (senggugut) semasa haid = endometriosis. Tisu endometrium boleh juga dibawa ke mata atau peparu lalu melekat dan tumbuh disana ... !! Semasa haid, wanita mengalami pendarahan di matanya atau batuk berdarah. Keadaan ini kerap disalah tafsir oleh doktor yang kurang perihatin mengatakan pesakit wanita itu menghidap penyakit batuk kering ( TB / Tuberculosis ) atau barah paru paru.

No comments:

Post a Comment