Wednesday 13 June 2012

Mengenal Diri


Penjelasan yang ke-29

Berbagai-bagai cara orang hendak mengenal dirinya atau AKUnya. Ada yang melalui meditasi, pertapaan, mengosongkan fikiran, latihan jiwa yang menyiksakan badan dan sebagainya. Tetapi bagi oaring-orang Sufi ialah dengan Zikrullah yang diajar oleh guru-guru Sufi yang pakar. Dengan berzikir dan melalui bimbingan Syeikh Mursyid sampailah seseorang itu pada tahap mengenal dirinya atau AKUnya.

Orang-orang Sufi ada menjelaskan bahawa "Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka akan kenallah ia akan Tuhannya". Ini bukan bermakna DIA jadi Tuhan. Apabila seseorang itu kenal gambar, maka kenallah ia akan orang yang digambarkan. Apabila seseorang kenal akan baying dalam cermin, maka kenallah ia orang yang punya baying. Fahamkanlah!

Penjelasan yang ke-30

Orang yang memasuki jalan kesufian (Tareqat Sufiyah) adalah sebenarnya memasuki pengembaraan iaitu pengembaraan AKUnya menuju Allah SWT. Pengembaraan ini bukan dari tempat ke tempat atau dari masa ke masa, tetapi pengembaraan ini adalah pengembaraan dalam kesadaran AKU, beredar dalam pengalaman kerohanian atau kejiwaan. Hanya jiwa yang merasainya, tidak kelihatan oleh mata kasar.

Tetapi setelah sampai ke destinasi (tempat dituju) iaitu kesadaran bahawa AKU ini fana dalam Allah dan Baqa(kekal) denganNya, barulah AKU itu sedar bahawa pengembaraan itu hanya dari tidak sedar kepada sedar. Sedar betapa AKU memang berada di destinasi sejak awal hingga akhir. Apakah destinasi itu? Itulah kesadaran dan pengenalan tentang Allah atau dalam istilah kesufian digelar MA'RIFAT.

Pada hakikatnya AKU itu memang berada ‘dalam' Allah dan ‘kekal' dengan Allah sejak awal lagi, dulu, sekarang, dan akan dating. AKU memang bersama dan ‘berpadu' dengan Tuhannya. AKU itu memang diliputi oleh lautan Wujud Ketuhanan.
Penjelasan yang ke-31

Dalam peringkat AKU yang hakiki, ia tidak peduli orang yag mengeji kerana keji itu tidak akan merendahkan martabatnya. Ia juga tidak peduli orang yang memuji kerana pujian itu tidak akan meninggikan martabatnya. AKU tidak sakit hati dengan kejian dan tidak bangga dengan pujian. Semua itu tidak apa-apa bagi AKU. Keji dan puji tidak menjejaskan martabatnya sedikit jua.

‘Yang apa-apa' bagi AKU hanya Allah kerana Dialah tempat AKU kembali, tempat AKU mengadu, tempat menyerahkan diri, tempat perlindungan, tempat pembelaan dari apa jua angkara, dari jin dan manusia, dari dunia dan apa saja. Cukuplah Allah bagi AKU.
Penjelasan yang ke-35

AKU sentiasa menyerahkan diri kepada Allah SWT. Penyerahannya bulat dan padu. Ia menyerahkan dirinya kepada Allah ibarat bayi menyerahkan dirinya kepada ibunya, ibarat mayat menyerahkan dirinya kepada pemandi mayat, ibarat ombak memfanakan atau melenyapkan dirinya kedalam lautan. Bahkan lebih dari itu lagi. Tidak dapat digambarkan lagi.
Penjelasan ang ke-36
AKU sebenarnya berasal dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu dihadrat Allah SWT. Kemudian dating sebentar ke planet bumi dan diperbadankan dengan badan jasmani untuk tempoh yang ditentukan seolah-olah merantau sebentar di planet bumi ini. Apabila sudah cukup tempoh berada diperantauan, AKU pun kembali pulang menuju ke tempat asal. Ibarat perantau kembali ke kampong halaman. Tidaklah terkira hati berasa nyaman. Tetapi jika diperdalam renung dan kaji, AKU tetap berada di tempat sendiri. Bukan dari mana dank e mana pergi. Bila dan dimana juga pun AKU di tempat sendiri juga. AKU datang dari Ilahi, tidak bercerai walaupun seinci dan sesaat. AKU tetap bersama setiap masa dengan Allah SWT. Dulu AKU bersama denganNya, sekarang pun bersama denganNya, akan dating pun bersama denganNya. Sentiasa AKU bersama dengan Allah SWT. AKU itu tetap. AKU juga, bersama Allah sentiasa. Hanya alam-alam yang ditempuh saja berbeza , dari satu alam KE SATU ALAM YANG LAIN. AKU SENTIASA KEKAL DENGAN Allah, walaupun di alam manapun berada.

Penjelasan yang ke-37
AKU tidak kagum dengan kemajuan manusia. Tidak kagum dengan kemajuan sains dan teknologi, kemajuan peniagaan dan perindustrian. Bahkan AKU tidak hairan dengan segala urusan keduniaan.
Yang dihairankan oleh AKU iailah Allah Yang Maha Bijaksana yang melimpahkan segala ilham kemajuan itu. Sebenarnya Dialah yang maju dan Dialah yang bijaksana. Dia yang memiliki segala ilham. Sumber ilham kemajuan itu dari Yang Memiliki Ilham itu sendiri iaitu Allah SWT.
Penjelasan yang ke-39
AKU tidak megah dengan harta benda, wang ringgit, pangkat darjat, anak pinak, sanak saudara yang banyak dan segala ghairullah (selain Allah). AKU tidak iri hati dengan orang kaya. Ia tidak dengki dengan orang-orang berpangkat tinggi. Pada pandangan AKU segala harta benda, wang ringgit, pangkat, saudara mara, anak pinak dan sebagainya itu adalah milik Allah yang dianugerahkanNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Dia yang menentukan siapa yang patut diberi harta banyak dan siapa yang patut diberiNya harta yang sedikit. Semua itu Allah yang menentukan. KetentuanNya tidak dapat disanggah dan dipertikaikan. Kenapa AKU mesti dengki dan iri hati dengan ketentuanNya. Dia yang AKU puji dan puja tentulah AKU redha dengan ketentuanNya.

No comments:

Post a Comment